Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

27/02/2012

Author : Unknown Time : 5:27:00 pm Total Comment : 0

Sepuluh Akhlak Karimah

 Pertama ;
Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.

Kedua ;
Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”

Ketiga ;
Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.

Keempat ;
Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.

Kelima ;
Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.
Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ;
Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ;
Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ;
Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh ;
Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.
Author : Unknown Time : 5:20:00 pm Total Comment : 0

Air Mata Nabi Adam AS

 Nabi Adam telah menangis selama 300 kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya:

Dalam sehari ada 24 jam.? Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :
"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia,mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

Pertama,
orang yang meninggalkan sembahyang. 

Kedua, 
orang yang tidak mahu keluarkan zakat.! 

Ketiga, 
orang yang derhaka kepada ibubapanya. 

Keempat,
orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima,
orang yang suka minum arak.

Author : Unknown Time : 5:13:00 pm Total Comment : 0

Rasulullah lihat rahsia di syurga


JIKA Allah mencipta neraka sebagai tempat hukuman bagi segala dosa insan, syurga pula dijanjikan bagi mereka yang diredai-Nya.

Bagi menyampaikannya kepada umat manusia, Allah memperlihatkan Rasulullah SAW keadaan di syurga ketika baginda dalam perjalanan Israk Mikraj.

Ketika memasuki syurga, baginda yang diiringi Jibril, melihat sesuatu yang menjadi suatu rahsia buat setiap insan. Rasulullah melihat beberapa kubah lu’lu’ yang ternganga dengan tulisan di pintu syurga “Sedekah itu adalah 10 kali ganda dan memberi hutang itu 18 kali ganda.”

Rasulullah SAW yang hairan dengan kenyataan bahawa memberi hutang itu lebih besar daripada bersedekah, bertanyakan Jibril.

Jawab Jibril: “Orang yang meminta itu kadang-kadang dia sudah pun mempunyai barang itu, sedangkan orang yang berhutang itu tiada mempunyai apa-apa, maka terpaksa berhutang untuk mendapatkannya, atau dengan kata lain dia berhutang kerana benar-benar berhajat."

Kemudian Rasulullah SAW berjumpa sebatang sungai susu yang tiada berubah rasanya dan sebatang sungai arak yang lazat dan sebatang sungai madu yang jernih. Di situ ada juga buah delima dan segala macam buah kayu.

Selepas itu, keluar daripadanya pakaian penghuni syurga dan kemudian keluar burung yang bentuknya seperti unta.

Rasulullah SAW terlihat pula telaga Al-Kausar. Dalamnya ada 70,000 fursah yang airnya mengalir di atas batu yakut dan zabarjad. Di tepinya ada lu’lu’ yang besar, airnya mengalir masuk ke kolah Rasulullah.

Timbanya seperti bintang di langit dijadikan daripada emas dan perak serta tanahnya daripada kasturi yang amat harum. Kemudian keluarlah Rasulullah SAW dari syurga itu.

Diriwayatkan, di dalam syurga mengalir beberapa sungai yang airnya datang dari sumber mata air Sungai Firdaus dan ada beberapa sungai yang namanya diberi sesuai dengan sifat airnya seperti Sungai Air Jernih, Sungai Susu dan Sungai Madu.

Al-Quran juga ada menyebut mengenai rumah atau mahligai di syurga. Riwayat Haizh Abubakar Al-Ajri daripada Imran Hashim dan Abi Hurairah menyebut: “Bahawa mahligai-mahligai di syurga tercipta dari Lu’Lu’ dan pada tiap-tiap mahligai itu ada 70 kampung dari yaqut yang merah, pada tiap-tiap kampung ada 70 rumah daripada zamrud hijau.”

Mengenai tumbuhan pula, digambarkan bahawa batang pokok dibuat daripada emas dan nikmat buahnya tidak dapat digambarkan oleh manusia.

Ada pokok yang dinamakan Sidratul Muntaha yang jauh tempat yang dinaungi oleh pokok itu adalah 70 tahun dengan menaiki kuda dan lebar daunnya mampu menutup sesuatu umat, setiap daun ada malaikat dan berwarna-warni adakala bertukar jadi intan baiduri.

Fungsi bidadari pula adalah untuk menghibur dan melayani serta menjadi jodoh (isteri) lelaki mukmin ahli syurga dan keadaan bidadari itu digambarkan dalam al-Quran: “Dan akan melayani atau menghibur mereka bidadari yang seperti mutiara tersimpan (molek dan cantik). Dan kami jodohkan mereka dengan bidadari.”

Author : Unknown Time : 5:09:00 pm Total Comment : 0

Al Quran mukjizat Nabi Muhammad saw

 
Setiap rasul yang diutus kepada umatnya memiliki mukjizat masing-masing. Ketika ilmu sihir digandrungi masyarakat pada masa Nabi Musa, maka Allah menganugrahkan mukjizat kepada nabi Musa berupa kemampuan untuk membelah lautan dan mengubah tongkat menjadi ular besar.

Ketika ilmu kedokteran memiliki derajat tinggi pada masa Nabi Isa, maka Allah menganugrahkan mukjizat kepada Nabi Isa berupa kemampuan untuk menghidupkan kembali orang mati dan menyembuhkan orang buta.

Ketika ilmu sastra dan syair menjadi idola di kalangan bangsa Arab pada masa Nabi Muhammad, maka Allah memberikan mukjizat kepada Nabi Muhammad saw yaitu dengan menurunkan kitab suci Al-Qur`an.

Al-Qur`an merupkan mukjizat terbesar yang dianugrahkan kepada Nabi Muhammad, karena keberadaannya yang tidak lenyap meskipun Rasulullah sudah wafat.

Adapun sisi kemukjizatan Al-Qur`an antara lain:

1. Redaksi Al-Qur`an mencakup keindahan bahasa (fashahah) dan retorika (balaghah)

2. Al-Qur`an memiliki redaksi berbeda antara gaya bahasa bertutur dengan rima-rima dalam syair

3. Memuat kisah-kisah umat terdahulu dan sejarah perjalanan hidup para nabi yang dikenal luas oleh kalangan Ahli Kitab. Padahal pembawa Al-Qur`an adalah Rasulullah saw yang ummi (buta huruf), tidak bisa menulis dan membaca.

4. Al-Qur`an menginformasikan hal-hal yang ghaib dan peristiwa-peristiwa yang akan terjadi di masa datang.

5. Keshahihan (otentitas) Al-Qur`an senantiasa terjaga dan terpelihara sepanjang masa. Allah swt berfirman, “Sesungguhnya Aku (Allah) yang menurunkan Al-Qur`an, dan sesungguhnya Aku pula yang benar-benar memeliharanya.” (Al-Hijr: 9)

Setelah mengetahui bahwa Al-Qur`an adalah mukjizat sepanjang masa, maka kewajiban kita sebagai seorang muslim terhadap Al-Qur`an adalah membacanya, mentadabburinya, dan mengamalkannya. Adapun keutamaan dari membaca dan mentadabburi Al-Qur`an sangat banyak sekali, antara lain:

1- Memperoleh Pahala Berlipat Ganda
Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah, maka baginya satu kebaikan. Sedangkan kebaikan dibalas dengan sepuluh kali kelipatannya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf. Akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (HR At-Tirmidzi)

2- Bersanding dengan Malaikat yang Mulia
Aisyah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw bersabda, “Orang yang mahir dalam Al-Qur’an bersama-sama dengan Malaikat yang mulia lagi baik. Sedangkan orang yang membaca Al-Qur’an dengan gagap dan dia kesulitan dalam membacanya, dia mendapat dua pahala.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

3- Memperoleh Syafaat dari Al-Qur`an
Abu Umamah Al-Bahili berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda, ‘Bacalah Al-Qur`an. Karena pada Hari Kiamat ia akan datang memberi syafaat bagi pembacanya.” (HR. Muslim)

 4- Al-Qur`an adalah Hidangan Allah
Abdullah bin Mas’ud mengatakan, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya Al-Qur`an adalah hidangan Allah. Maka terimalah hidangan-Nya semampu kalian. Sesungguhnya Al-Qur’an adalah tali Allah yang kuat, cahaya yang menerangi, obat yang bermanfa’at, menjaga orang yang berpegang kepadanya dan menyelamatkan orang yang mengikutinya.

Ia (al-Qur’an) tidak melenceng sehingga di caci maki, tidak bengkok sehingga diluruskan, tidak akan pernah habis keajaibannya, tidak rusak dikarenakan oleh banyaknya bantahan—bacalah, sesungguhnya Allah—akan mengganjar kalian karena telah membacanya. Setiap huruf adalah sepuluh kebaikan. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim adalah satu huruf, akan tetapi (masing-masing) Alif, Lam, dan Mim (adalah satu huruf).” (HR Al-Hakim)

5- Menuntun Jalan Menuju Surga
Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Al-Qur`an akan menjadi sesuatu yang memberi syafaat dan syafaatnya diterima. Menjadi pejalan dan membenarkan. Barangsiapa yang meletakkan Al-Qur`an di hadapannya, maka Al-Qur`an akan menuntunnya ke surga; Dan barangsiapa yang meletakkan Al-Qur`an di belakang punggungnya, maka Al-Qur`an akan menggiringnya ke dalam neraka.” (HR. Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)

6- Menjadi Tombo Ati
Seorang ulama mengatakan bahwa tombo ati (obat penyakit hati) ada lima: yaitu membaca Al-Qur`an sekaligus mentadabburinya, shalat tahajjud, dzikir di malam hari, perut yang lapar, dan bersahabat dengan orang-orang saleh.

Selain keutamaan di atas, dengan mentradisikan membaca dan mentadabburi Al-Qur`an akan membentuk kepribadian yang sesuai dengan nilai-nilai Al-Qur`an. Hal tersebut merupakan salah satu cara agar kita bisa menteladani Rasulullah saw, karena akhlak beliau—sebagaimana dikatakan oleh Sayyidah Aisyah—adalah Al-Qur`an.


Author : Unknown Time : 5:05:00 pm Total Comment : 0

Kisah sembahyang dan Nabi


SUBUH:

Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.


# Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
# Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.


ZOHOR:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.


# Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan.
# Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
# Rakaat ketiga:- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
# Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.


ASAR:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:


# Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
# Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
# Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
# Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.



MAGHRIB:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:


# Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
# Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
# Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.


ISYAK:


Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.


# Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
# Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
# Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun.
# Rakaat keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun.

25/02/2012

Author : Unknown Time : 10:03:00 pm Total Comment : 0

Mengenal Islam Lebih Dalam (Aqidah)


بسم الله الرحمن الرحيم

Banyak orang yang mengaku Islam, terutama para pemudanya yang tidak tahu, apa itu Islam. Mungkin jika mereka ditanya seperti itu, mereka akan menjawab, “Islam itu sebuah agama.” Hanya itu yang mereka tahu. Makanya, jangan terkejut bila banyak ditemukan pemuda – pemuda yang jarang solat, puasa, dan anti terhadap jihad.

Banyak penyelewengan – penyelewengan istilah dan aqidah yang dilakukan oleh pemerintah untuk MEMATIKAN syari’at Allah. Dengan memakai ulama’ – ulama’ karbitan pembohong yang berbual di tv – tv.


Beriman Kepada Allah
Orang yang mengaku Islam WAJIB membenarkan secara PASTI (MUTLAK) wujud Allah. Kita WAJIB menjadi manusia – manusia yang BERTAUHID. Ya’ni manusia – manusia yang menghambakan / mengabdi HANYA kepada Allah saja. Tidak boleh mengabdi kepada yang lain seperti, mengabdi kepada Negara, orang tua, simbol – simbol dll. Mengabdi hanya kepada Allah. Kepada orang tua, kita hanya diperbolehkan berbakti BUKAN mengabdi.

Dan kita hanya diperintahkan untuk memikirkan kurnia Allah saja, BUKAN memikirkan Dzat Allah. Kita dilarang memikirkan bentuk (Dzat) Allah, suara Allah, Tangan Allah, dan keadaan Allah, kerana yang demikian adalah perbuatan yang DIHARAMKAN. Dan seorang hamba juga DILARANG bertanya – Tanya tentang hal itu.

Rasulullah saw bersabda : “Fikirkanlah kurnia – kurnia Allah dan janganlah kalian memikirkan (Dzat) Allah.” (Al-Hadist)

Di dalam beriman kepada Allah, kita WAJIB bertauhid hanya kepada-Nya. Tauhid sendiri berasal dari kata wahhada yuwahidu tauhidan yang artinya menyatukan atau menjadikan sesuatu sebagai satu – satunya. Para ulama’ membagi tauhid menjadi 3 jenis ;

*Tauhid Rububiyyah
Adalah suatu KEYAKINAN yang pasti (mutlak) bahawa hanya Allah semata Rabb (Tuhan) dan Pemilik segala sesuatu. Sang Pencipta alam, Pencipta dan pemilik segalanya. Dan kita WAJIB meng-Esakan Allah dalam segala perbuatan-Nya.

“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.” (Al Fatihah : 2)

“…Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.” (Al A’raaf : 54)
 
*Tauhid Uluhiyyah
Adalah suatu KEYAKINAN yang pasti (mutlak) meng-Esakan Allah melalui perbuatan hamba- hamba-Nya. Seperti, solat, puasa, zakat, haji, sedekah, nazar, berharap, cinta, takut, isti’anah (meminta pertolongan), dan segala bentuk ibadah baik yang nampak atau yang ada di dalam hati seorang hamba HARUS DIPERUNTUKAN UNTUK ALLAH DAN KERANA ALLAH, TIDAK BOLEH KERANA YANG LAIN. Jadi, segala bentuk pekerjaan dan ibadah kita harus kerana Allah, bukan kerena yang lain. Inilah tauhid uluhiyyah.

“Hanya KEPADA Engkaulah yang kami BERIBADAH, dan hanya kepada Engkaulah kami MEMINTA PERTOLONGAN.” (Al-Fatihah : 5)

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka MENGABDI kepada-Ku.” (Adz-Dzaariyaat : 56)

*Tauhid Asma’ wa Sifat
Adalah suatu KEYAKINAN yang pasti (mutlak) bahwa Allah mempunyai  nama – nama yang baik (Asma’ul Husna) dan sifat – sifat yang Mulia. Allah mempunya sifat – sifat yang sempurna dan suci tanpa cela, cacat dan kekurangan.

“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zahir dan Yang Batin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al Hadiid : 3)
“Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kukuh.” (Adz Dzaariyaat : 58)

Itulah sekelumit pengetahuan tentang tauhid. Yang barangsiapa tidak menyakini salah satu dari tauhid tersebut, maka ia telah KAFIR.


Beriman Kepada Malaikat – Malaikat-Nya
Orang yang mengaku Islam WAJIB membenarkan tentang keberadaan para malaikat ciptaan Allah dengan KEIMANAN YANG TEGUH DAN KUKUH. Dan tidak boleh digoyahkan oleh keraguan tentang hal ini sedikitpun.

Dan barangsiapa yang mengingkari adanya malaikat, maka ia telah KAFIR disebabkan pengingkarannya itu.

“Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (An Nisa : 136)

Nama – nama Malaikat yang WAJIB diketahui :
Jibril – Menyampaikan wahyu
Mikail – Menurunkan hujan dan menurunkan rezeki
Israfil – Meniup sangkakala (sejenis trompet) jika hari Kiamat sudah tiba
Izra’il – Mencabut nyawa tiap – tiap makhluk yang bernyawa
Malik – Menjaga pintu Neraka
Ridhwan – Menjaga pintu Syurga
Rakib – Mencatat amal baik manusia
Atid – Mencatat amal buruk manusia
Munkar  – Menanya manusia yang sudah mati di alam kubur
Nakir  – Menanya manusia yang sudah mati di alam kubur

Jumlah para malaikat banyak sekali, tidak ada satupun manusia yang dapat mengetahui jumlahnya, kecuali Allah. Dan para malaikat juga boleh menjadi tentera – tentera Allah penolong para mujahid di medan tempur, maupun mujahid yang dizalimi oleh para Munafik dan Kafirin, dengan izin Allah, mujahid tesebut ditolong oleh malaikat.

“Dan tidak ada yang mengetahui TENTERA Tuhanmu melainkan Dia sendiri. Dan Saqar (Neraka) itu tiada lain hanyalah peringatan bagi manusia.” (Al-Muddatstsir : 31)

Malaikat adalah hamba Allah yang ta’at akan perintah Allah. Tidak pernah bermaksiat, tidak makan dan minum serta tidak bernafsu dan berjenis kelamin. Kaum Muslimin harus meyakini itu.


Beriman Kepada Kitab - Kitab-Nya
Orang yang mengaku Islam WAJIB membenarkan dan berkeyakinan dengan keyakinan yang bulat, kuat dan teguh bahwa Allah menurunkan kitab – kitab TAUHID yang berisi perintah,  larangan, janji , ancaman, serta apa – apa yang dikehendaki Allah dari makhluk-Nya kepada para utusan-Nya.

“Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya.” (Al Baqarah : 285)

Adapun Kitab – Kitab yang Allah turunkan adalah ;
Al Qur’an diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, sebagai PETUNJUK bagi SELURUH UMMAT MANUSIA sampai hari Kiamat.
Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS, Sebagai petunjuk bagi bani Israil SEBELUM datang nabi yang membawa kitab baru YANG MENGGANTI syari’at Nabi Musa AS itu sendiri.
Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS, Sebagai petunjuk bagi bani Israil SEBELUM datang nabi yang membawa kitab baru YANG MENGGANTI syari’at Nabi Daud AS itu sendiri.
Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS, Sebagai petunjuk bagi bani Israil SEBELUM datang nabi yang membawa kitab baru YANG MENGGANTI syari’at Nabi Isa AS itu sendiri.
Shuhuf adalah sejenis lembaran – lembaran suci yang berisi perintah dan larangan yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Musa AS.

Sesungguhnya ini benar-benar terdapat dalam kitab-kitab yang dahulu, (yaitu) Kitab-kitab Ibrahim dan Musa.” (Al-A´laa : 18-19)

Dan semua kitab – kitab yang turun dari langit adalah KALAMULLAH bukan MAKHLUK ALLAH. Jadi, barangsiapa yang meyakini kitab – kitab yang turun dari sisi Allah adalah makhluk-Nya, maka ia telah KAFIR.

Dan semua syari’at – syari’at dari Nabi – nabi terdahulu sudah digantikan oleh syari’at yang ada di dalam Qur’an. Al Qur’an adalah kitab yang jelas dan menjelaskan segala sesuatu secara universal lagi sempurna, di dalamnya terdapat syari’at – syari’at yang WAJIB dijalankan dan HARAM ummat yang memegang Qur’an memakai hukum lain selain hukum Allah untuk mengatur kehidupannya maupun kehidupan ummat manusia. Dan barangsiapa yang tidak meyakini dan beriman kepada syari’at yang ada di dalam Qur’an, maka ia adalah ORANG YANG KAFIR LAGI TERSESAT.

“Dan Kami turunkan kepadamu Al Quran, agar kamu menerangkan pada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.” (An-Nahl : 44)



Beriman Kepada para Rasul-Nya
Orang yang mengaku Islam WAJIB membenarkan dan berkeyakinan dengan keyakinan yang bulat, kuat dan teguh bahwa Allah mengutus para utusannya untuk mengatur kehidupan para makhluk-Nya juga sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira disamping menyeru ummat manusia kepada agama yang Haq dan bertauhid.

Nama – nama mereka sudah kita ketahui di dalam al Qur’an, yang WAJIB diketahui hanya 25;
Adam, Idris, Nuh, Hud, Soleh, Ibrahim, Luth, Isma’il, Ishaq, Ya’qub, Yusuf, Syu’aib, Ayyub, Dzulkifli, Musa, Harun, Daud, Sulaiman, Ilyas, Il Yasa’, Yunus, Zakaria, Yahya, Isa dan yang terakhir dan termulia, penutup para nabi dan rasul SholawaatuLLohi wa Salaamuhu ‘Alayhim Ajma’iin, Muhammad SholaLLahu ‘Alayhi wa Salaam.

Jika ada yang mengaku – aku ada nabi lagi setelah nabi Muhammad, maka ia boleh dibunuh dan halal darahnya bagi ummat Islam.

Dan kaum Muslimin sepakat bahawa para Rasul itu lebih utama dibandingkan para nabi. Dan Rasul itu bertingkat – tingkat keutamaannya. Di antara para Rasul yang paling utama adalah Ulul ‘Azmi, mereka ada 5 ya’ni; Muhammad, Nuh, Ibrahim, Musa dan Isa SholawaatuLLohi wa Salaamuhu ‘Alayhim Ajma’iin.

Dari Abu Dzar al Ghifari ra, saya bertanya : “Ya RasuluLLah, berapa jumlah para nabi ?” Beliau pun menjawab : “Jumlah para nabi sebanyak 124.000 orang dan diantara mereka yang termasuk Rasul sebanyak 35 orang, suatu jumlah yang besar.” (HR. Ahmad)

“Dan sesungguhnya telah Kami utus beberapa orang rasul sebelum kamu, di antara mereka ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada (pula) yang tidak Kami ceritakan kepadamu. Tidak dapat bagi seorang rasul membawa suatu mukjizat, melainkan dengan seizin Allah; maka apabila telah datang perintah Allah, diputuskan (semua perkara) dengan adil. Dan ketika itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada yang batil.” (Al-Mu’min : 78)

Dan semua ajaran para Nabi dan Rasul itu SAMA : Mengajak ummat untuk bertauhid dan menjauhi thaghut (apa – apa yang SELAIN Allah),

“Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "SEMBAHLAH ALLAH (SAJA) DAN JAUHILAH THOGHUT !” (An-Nahl : 36)

Semua yang selain Allah WAJIB dijauhi, hukum selain hukum Allah WAJIB dijauhi (ditinggalkan), ajaran selain ajaran Allah WAJIB dijauhi (ditinggalkan), syari’at selain syari’at Allah WAJIB dijauhi (ditinggalkan) dll.

Barangsiapa yang TIDAK BERIMAN kepada para Nabi dan Rasul, beserta ajarannya UNTUK MENYEMBAH ALLAH SAJA DAN MENJAUHI THAGHUT, maka ia telah KAFIR dan TERSESAT.


Beriman Kepada Hari Kiamat

Orang yang mengaku Islam WAJIB membenarkan dan berkeyakinan dengan keyakinan yang bulat, kuat dan teguh bahwa Allah akan menghancurkan alam semesta ini beserta segala isinya. Adapun waktunya hanya Allah saja yang Mengetahui, dan jika ada makhluk yang mengaku – aku tahu akan hal itu, maka dia itu adalah PENDUSTA dan PENIPU.

“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat,” (Luqman : 34)


Allah MERAHASIAKAN waktu terjadinya Kiamat, tapi Dia tanda – tanda yang menunjukkan akan datangnya saat tersebut.

Para ulama’ membahagi tanda tersebut menjadi 2; Tanda – tanda kecil (sughra) dan tanda – tanda besar (kubra)

Tanda – tanda kecil Hari Kiamat :
Suatu tanda sebelum munculnya hari Kiamat degan kurun waktu yang cukup panjang, tidak menutup kemungkinan sebahagian tandanya muncul bersamaan dengan tanda – tanda besar (kubra).
•    Diutusnya NabiyuLLah Muhammad saw, dan ditutupnya pintu kenabian dan kerasulan.
•    Ditaklukkannya Baitul Maqdis (masjid al Aqsa)
•    Munculnya orang – orang bodoh yang mengaku nabi
•    Pengakuan hadist – hadist PALSU yang mengatasnamakan RasuluLLah saw
•    Munculnya banyak fitnah dan bid’ah – bid’ah yang SESAT
•    Banyak terjadi pembunuhan dimana – mana, seolah nyawa sudah tidak ada lagi harganya
•    Munculnya alat – alat musik (band – band), perzinaan, perjudian dan kemaksiatan yang lain
•    Memberikan salam hanya kepada orang yang dikenalnya saja
•    Waktu semakin terasa begitu cepat
•    Munculnya binatang yang aneh – aneh
•    Surutnya sungai Eufrat (Iraq) kerana munculnya gunung emas
•    Banyaknya orang – orang Romawi (barat) yang dipatuhi banyak orang
•    Peperangan para Mujahidin dengan musuh – musuh Allah (Yahudi dan Nasrani)
•    Penaklukan kota Romawi (vatikan) seperti ditaklukkannya kota Konstantinopel (istanbul, Turki)
•    Banyaknya anak hasil perzinaan dan persaksian palsu
•    Banyaknya fitnah – fitnah yang ditujukan kepada kaum Muslimin yang BERJIHAD di jalan Allah

Tanda – tanda besar Hari Kiamat :
Tanda – tanda ini yang akan menunjukkan dekatnya hari Kiamat. Jika sudah nampak, hari Kiamat tidak lama lagi akan terjadi.

•    Munculnya Imam Mahdi (Muhammad bin Abdullah) dari keturunan Nabi saw yang akan MEMERANGI kekafiran dan kemunafikan dengan PEPERANGAN YANG BESAR dan akan diikuti oleh Mujahidin dari seluruh bumi Jihad. Beliau akan keluar dari arah Timur (ada yang berpendapat, muncul di Makkah) dan akan memerintah selama 7 tahun DENGAN KHILAFAH dan SYARI’AT ISLAM. Bumi akan diliputi oleh keadilan setelah sebelumnya dipenuhi oleh kekufuran dan kemungkaran. Di dalam suatu hadist, beliau muncul pada hari Jum’at 10 Muharram, yang bertepatan dengan 2 gerhana di hari Jum’at. WaLLahu A’lam al Musta’an.
•    Keluarnya al Masih ad Dajjal yang akan merosak aqidah keimanan tiap – tiap Muslim. Dan Dajjal akan diikuti oleh 70.000 Yahudi Ashbahan / Isfahan (SYI’AH) di Iran.
•    Turunnya nabi Isa bin Maryam AS dari menara putih di Timur Damaskus, Syam, pada saat iqamah solat Subuh dikumandangkan, dan beliau solat dibelakang Imam Mahdi. Beliau (nabi Isa) turun untuk MENYATAKAN bahwa satu – satunya agama yang benar hanyalah ISLAM. Dan beliau akan menguasai kota Vatikan, membunuh Dajjal dengan tombaknya, bergabung dengan barisan Mujahidin dari belahan bumi jihad mana saja untuk BERPERANG (BERJIHAD) MELAWAN KEKAFIRAN DAN PARA PENGUASA KAFIR BESERTA PARA POLISI DAN TENTARA YANG MUNAFIK.
•    Keluarnya Ya’juj dan Ma’juj
•    Matinya Ya’juj dan Ma’juj kerana penyakit menular dan mayat – mayat mereka dibawa terbang entah kemana oleh burung – burung misteri.
•    Terbenamnnya (tenggelamnya) salah satu bahagian bumi ya’ni I timur, di barat dan di Jazirah Arab, disertai dengan asap tebal (kabut) yang menutupi pandangan
•    Keluarnya binatang melata dari dalam bumi yang boleh berbicara mencari orang – orang kafir, murtad dan munafik.
•    Keluarnya angin dari arah Yaman yang masuk ke ketiak orang – orang Soleh, orang – orang yang berjuang di jalan Allah dan mewafatkan mereka. Hingga tidak ada yang bersisa melainkan orang – orang yang kafir, murtad dan munafik.
•    Agama Islam sudah tinggal nama. Al Qur’an sudah punah dan tinggal kenangan. Orang – orang Soleh sudah tiada dan binasa.
•    Bumi dipenuhi oleh orang – orang yang berdosa, hingga orang yang terbaik dan paling baik diantara mereka, berzina di balik pintu kerana malu, dikala semua orang berzina dan telanjang di jalan – jalan, DAN TIDAK DIANGGAP SEBAGAI AIB.
•    Terbitnya matahari dari arah barat. Disaat itu orang bertaubat TIDAK lagi diampuni taubatnya.

Itulah tanda – tanda besar maupun kecil dari hari kiamat. Dan orang yang mengaku Islam juga WAJIB mengimani adanya tiupan sangkakala.
Tiupan pertama : Tiupan yang mengejutkan dan menakutkan seluruh ummat manusia.
Tiupan kedua : Tiupan kematian yang dengan tiupan tersebut, alam mulai berubah bentuk dan berbeza aturan. Pada saat itu akan terjadi kehancuran dan kematian besar – besaran. Itulah saat – saat terjadinya kebinasaan yang besar dan bau kematian mulai tercium bagi tiap – tiap jiwa yang hidup pada saat itu.
Tiupan ketiga : Tiupan kebangkitan semua makhluk untuk menghadap kepada Rabb Semesta Alam untuk mempertanggung-jawabkan semuanya di hadapan-Nya.

SubhanaLLah, mudah – mudahan kita dimatikan dan tidak hidup di masa itu. Amin



Beriman Kepada Taqdir baik dan Taqdir buruk

Orang yang mengaku Islam WAJIB membenarkan dan berkeyakinan dengan keyakinan yang bulat, kuat dan teguh bahwa Allah yang MENCIPTAKAN segala sesuatu yang baik maupun yang buruk terjadi dengan taqdir dan ketentuan-Nya.

Dia (Allah) mengetahui segala sesuatu yang telah terjadi dan yang akan terjadi sebelum hal tersebut terjadi dalam ilmu-Nya yang azali. Dia mentaqdirkan segalanya dengan ilmu dan hikmah. Dan diwajibkan atas hamba – hamba-Nya untuk berprasangka baik terhadap segala taqdir Allah yang menimpanya.

Di dalam sebuah hadist qudsi, Allah berfirman : “Aku ini mengikuti prasangka hamba-Ku. Apabila ia berprasangka kepada-Ku dengan baik, maka Aku pun akan baik kepadanya, Dan apabila ia berprasangka kepada-Ku dengan buruk, maka Aku pun buruk kepadanya.” (Al-Hadist)

Intinya, segala sesuatu terjadi sampai hari akhir, telah diketahui dan dicatat terlebih dahulu oleh Allah.

“Allah telah menetapkan yang demikian) sebagai sunnah-Nya pada nabi-nabi yang telah berlalu dahulu. Dan adalah ketetapan Allah itu suatu ketetapan yang pasti berlaku,” (Al-Ahzab : 38)


“Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran.” (Al-Qamar : 49)


Beriman kepada taqdir tidaklah sempurna tanpa, kecuali dengan 4 hal (Maratibul Qadar / tingkatan taqdir) :

Tingkatan Pertama :
Al ‘Ilm (Imu) – Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang telah terjadi, sedang terjadi, dan apa – apa yang akan terjadi serta seandainya terjadi. Hal ini berdasarkan ilmu-Nya yang Qadim (terdahulu), yang menjadi sifatnya sejak zaman azali.

Tingkatan Kedua :
Al Kitabah (Pencatatan) – kita mengimani bahwa Allah telah mencatat segala apa yang telah diketahui sebelumnya dari semua taqdir makhlukNya dalam Lauh Mahfudz (Kitab yang tidak ada suatupun luput darinya).

Rasulullah saw :
“Sesungguhnya yang pertama kali diciptakan Allah adalah al Qalam (pena). Kemudian Allah berfirman : “Tulislah !” pena tersebut bertanya :”Apa yang harus saya tulis ?” Allah menjawab :”Tulislah taqdir (semua makhluk): apa yang telah terjadi dan akan terjadi sampai akhir zaman (hari Kiamat)!” (HR. At Tirmidzi, sanad SAHIH)
Tingkatan Ketiga :
Al Iradah wal Masyi’ah (Keinginan dan Kehendak) – Segala sesuatu yang terjadi di alam ini, adalah dengan keinginan dan kehendak Allah, berporos pada rahmat dan hikmah-Nya.

Tingkatan Keempat :
Al Khalq (Penciptaan) – Kita beriman bahwa Allah adalah Pencipta segala sesuatu. Selain Dia adalah makhluk. Tiada Pencipta dan Rabb selain Dia.

Memang, semua kehendak berasal dari Allah. KECUALI perbuatan dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya. Kerana disitu terjadi ketidaksamaan (benturan) antara perintah Allah Azza wa Jalla dengan irodah (keinginan).

“Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman - walaupun kamu sangat menginginkannya.”(Yusuf : 103)


Dan inilah sekelumit tentang aqidah, maka dari itu jagalah aqidah kita semua dan jangan dirapuhkan apalagi dihancurkan oleh perkara – perkara yang menyebabkan pelakunya menjadi Syirik, Kufur dan Murtad !
Author : Unknown Time : 9:21:00 am Total Comment : 0

Firaun gelaran raja Mesir kuno

 
FIRAUN adalah gelaran atau sebutan bagi raja Mesir kuno. Istilah itu dikatakan berasal daripada bahasa Ibrani (Per-O) yang bererti rumah besar atau istana besar. Istilah Inggerisnya adalah Pharaoh.

Gelaran itu diterapkan secara turun-temurun kepada raja Mesir kuno kerana mereka dianggap sebagai titisan dewa Mesir, seperti Horus, Buto, Osiris, dan lain-lain.

Dalam zaman moden ini, istilah firaun masih sering digunakan sebagai lambang pemerintahan kuku besi, zalim, penindas rakyat, orang musyrik atau yang menyekutukan Tuhan dan sebagainya.

Istilah itu juga antara lain menjadi simbol keangkuhan, kejahatan, dan keserakahan.

Titisan osiris

Ramses II menganggap dirinya tuhan, iaitu penjelmaan Dewa Osiris. Seluruh penduduk Mesir diwajibkan memuja dan menyembahnya.

Lebih tragis dan zalim lagi, Ramses II juga pernah memerintah para pegawai istananya membunuh anak lelaki Bani Israel yang lahir.

Perintah pembunuhan itu konon dilakukannya setelah ia bermimpi melihat seorang laki-laki datang dari Baitulmuqaddis, tanah asal Bani Israel, membawa api dan membakar istananya.

Berdasarkan penafsiran atas mimpinya itulah ia akhirnya menjalankan perintah pembunuhan terhadap seluruh anak laki-laki Bani Israel yang lahir.

Dibandingkan dengan kisah lain tentang umat terdahulu, kisah Firaun (Ramses II) merupakan yang paling banyak disebut dalam al- Quran.

Tidak kurang daripada 26 surah al-Quran menyebut nama Firaun dan penyebaran itu lebih banyak dikaitkan dengan Nabi Musa a.s.

Ramses II

Firaun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa a.s adalah Ramses II (1304-1237 SM), raja baru yang menggantikan Kerajaan Hykos (1700-1550 SM).

Ramses II adalah pemerintah zalim, kejam dan bengis terhadap rakyat. Pada zaman Kerajaan Hykos, Bani Israel hidup tenteram selama kira-kira 150 tahun.

Namun sejak Ramses II berkuasa, mereka hidup sengsara dan menderita. Mereka diperhamba dan dijadikan buruh kasar. Nabi Musa lahir dan dipanggil serta diutus oleh Allah SWT untuk membebaskan Bani Israel daripada diperhambakan di Mesir.

Merneptah

Nabi Musa a.s lahir dalam situasi perhambaan Bani Israel di Mesir. Ibunya menghanyutkannya di Sungai Nil, kerana takut puteranya dibunuh Firaun. Isteri Ramses II sendiri menemukan bayi lelaki bernama Musa lalu membesarkannya.

Setelah menjadi nabi, Allah SWT mengutusnya untuk menyampaikan ajaran tauhid dan mengembalikan Bani Israel ke Palestin. Firaun Ramses II murka dan tidak mahu mengimani ajaran Nabi Musa. Bahkan ia mengancam Nabi Musa.

Akhirnya, Nabi Musa melarikan diri ke Madyan. Ketika Nabi Musa kembali ke Mesir, Ramses II sudah meninggal dunia dan digantikan oleh puteranya, Merneptah.

Bagaimanapun, kerana angkuh, Merneptah dan pasukannya tenggelam di Laut Merah ketika mengejar Bani Israel yang menuju ke Palestin.

Mumia

Selain diabadikan dalam bentuk patung raksasa, mayat para Firaun Mesir biasanya diawet dan dijadikan mumia. Misalnya Ramses II yang memerintah pada zaman Nabi Musa a.s ( sekitar 3000 tahun silam) hingga kini masih utuh dan di simpan di Muzium Mesir.

Author : Unknown Time : 9:17:00 am Total Comment : 0

KUMPULAN-KUMPULAN JIN

 KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan nama dan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya ialah :-

* Kumpulan yang menunggu kubur
* Kumpulan yang menunggu gua
* Kumpulan yang menunggu mayat
* Kumpulan yang menunggu air mata air
* Kumpulan yang menunggu tasek, kolam, telok, kuala, pulau dan sebagainya.

PEMIMPIN-PEMINPIN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya tersendiri. Antaranya ialah :-

* Raja Jin Alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai'ah dan Maimon.
* Empat Raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s. ialah seperti Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
* Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaali, Mikiyaail, Sarifiyaali, 'Ainyaail dan Kasfiyaail.
* Raja Jin yang menguasai segala Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM TA LI. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

JENIS-JENIS JIN

1. Iblis bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2. Asy-Syaitan - Syaitan-Syaitan
3. Al-Maraddah - Peragu-peragu ( was-was )
4. Al-Afrit - Penipu-penipu
5. Al-A'waan - Pelayan-pelayan
6. Al-Tayaaruun - Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi - Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana - Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar - Pemakmur.

ANAK2 IBLIS YANG MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR

1. Thubar - Merasuk manusia yang ditimpa musibah dan bala.
2. Daasim - Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan siratulrahim, rumahtangga, keluarga sahabat-handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-'Awar - Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
4. Zalanbuur - Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin. Antara Jin-Jin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ialah :-

* (a.) - Hantu Raya
* (b.) - Hantu Toyol
* (c.) - Hantu Pelesit
* (d.) - Hantu Kubur
* (e.) - Hantu Jerangkung
* (f.) - Hantu Galah
* (g.) - Hantu bungkus
* (h.) - Hantu Bidai
* (i.) - Harimau Jadian
* (j.) - Hantu Pontianak
* (k.) - Hantu Langsuir
* (l.) - Hantu Air
* (m.) - Hantu Pari
* (n.) - Hantu Laut
* (o.) - Jin Tanah
* (p.) - Hantu Pochong
* (q.) - Hantu Pari-Pari
* (r.) - Jembalang Tanah
* (s.) - Hantu Polong
* (t.) - Harimau Penanggal
* (u.) - Hantu Bukit
* (v.) - Hantu Punjut
* (w.) - Hantu Bawah Tangga
* (x.) - Hantu Kum-Kum
* (y.) - Hantu Mati Dibunuh
* (z.) - Hantu Kopek ( Tetek )
* (zz) - Hantu Tengelong

MUKHANNATS ADALAH ANAK JIN ATAU SYAITAN
Ketahuilah, apabila seorang lelaki mencampuri isterinya ketika sedang haid, maka syaitan mendahuluinya. Ketika si isteri hamil dan melahirkan, maka yang lahir itu adalah al-mukhannats, iaitu anak-anak jin. Nuthfahnya akan rosak, bahkan boleh membuat si lelaki dan perempuan itu menderita penyakit. Sesungguhnya Allah s.w.t. melarang kita untuk mencampuri isteri-isteri kita yang sedang haid. Barangsiapa melakukan itu, dialah yang bertanggungjawab terhadap akibatnya, dan lebih dari itu dia pulalah yang akan menerima akibatnya jika dari hubungan tersebut lahir mukhannats. Rasanya, itu adalah balasan yang setimpal belaka.

9 ANAK-ANAK SYAITAN YANG LAINNYA

1. ZALITUUN : Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. WATHIIN : Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'AWAN : Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. HAFFAF : Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang berada di tempat-tempat maksiat ( i.e. disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras )

5. MURRAH : Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. MASUUD : Duduk dibibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan segala apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. DAASIM ( Berilah Salam sebelum masuk ke rumah ) : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga. (suami-isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan perbagai bentuk kemusnahan rumahtangga).

8. WALAHAAN : Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwudhuk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. LAKHUUS : Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.