Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

29/05/2012

Author : Unknown Time : 9:45:00 am Total Comment : 0

Tidur Mengikut Sunnah Dan Penemuan Sains

Post
Oleh Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti. Banyak kes-kes kemalangan dilaporkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, Kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun. (Dr. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1998)

Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melaporkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun.

(Dr. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan karbohidrat di dalam badan, dan mengujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis. (Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing') Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilaporkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999. (Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function) Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang di antaranya tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim) Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur secara yang munasabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri. Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa. Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja. Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping.' Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com) Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Cara Tidur Nabi Dan Kajian Semasa.
Berapa jamkah yang diperlukan untuk tidur setiap malam? Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan: "Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas." (Bukhari-Muslim) dan di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda: "Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk." (Bukhari-Muslim) Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: 'Catching Those ZZZZ's') Beberapa hadis Nabi telah meriwayatkan tentang cara tidur yang baik dan keji yang perlu diambilkira oleh seseorang: "Nabi telah melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas Bagindapun bersabda: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah." (Tarmizi) "Apabila kamu mendatangi tempat tidurmu hendaklah kamu mengambil wuduk seperti wuduk untuk bersembahyang. Kemudian baringlah di sebelah kanan." (Bukhari-Muslim) Berkata 'Abbad ibn Tamim: "Aku melihat Rasulullah di dalam masjid tidur menelentang sambil menyilangkan kaki Baginda." (Bukhari-Muslim)

Ibn Qaiyim telah merumuskan bahawa Nabi tidak tidur dalam kekenyangan. Baginda berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.(At-Thib An-Nabawi oleh Ibn Qaiyim hal. 297) Dapat disimpulkan bahawa Nabi suka tidur mengiring ke sebelah kanan dan kadangkala secara menelentang. Baginda tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Dalam semua keadaan, zikir tidak pernah Baginda lupakan. Sekali lagi sains terpaksa akur tentang kebaikan cara tidur yang diamalkan Nabi ini. Saintis-saintis telah mendapati bahawa cara berbaring ketika tidur (sleeping postures) boleh memberi kesan kepada kesihatan. Untuk merehatkan badan di samping menjaga kesihatan tulang leher (cervical spine), pakar-pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan ketika tidur:

1. Mengiring ke lembung dengan meluruskan tulang belakang atau

2. Menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokan tulang leher.

(Intermountain Spine Institute (1999); 'Spine Self Care') Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Kesimpulannya. Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukkan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.
Wallahualam...



23/05/2012

Author : Unknown Time : 5:16:00 pm Total Comment : 0

Asal Usul Kaum Syiah

Asal Usul Kaum Syiah

Saidina Uthman bin Affan diangkat menjadi Khalifah selepas Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut daripada golongan kaum munafik. Ketika itu, keadaan masih lagi dilanda pergolakan dan keresahan.
Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan Uthman, suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman dan pada masa itu, ramai pemeluk Islam, termasuk seorang pemuda Yahudi dari Yaman bernama Abdullah bin Saba'.

Bagaimanapun, Abdullah bin Saba' mempunyai tujuan lain apabila memeluk Islam. Dia berharap Khalifah selaku penguasa negara Islam akan memberi penghormatan kepadanya lalu dia berangkat ke Madinah dan meminta izin mengharap Khalifah.

Dia kemudian menyampaikan keinginannya supaya diberi kedudukan tinggi di satu jabatan terpenting dalam bidang apa saja. Namun Khalifah Uthman menolak dan berkata," Aku hanya Pelayan Umat, aku diangkat menjadi Khalifah bukan atas keinginan aku, tetapi kesepakatan umat Islam".

Khalifah Uthman berkata lagi,"Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukan satu kehormatan, tetapi satu amanah. Apakah tuan sanggup memikul amanah itu, sedangkan tuan baru memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak sesuatu kedudukan diminta atau diminati kerana Allah yang memberi atau mencabut kedudukan seseorang".

Akibat dari peristiwa itu, Abdullah bin Saba' menyimpan dendam kepada Khalifah Uthman, umat Islam dan Agama Islam. Maka, antara dakyahnya ialah menabur fitnah kepada orang ramai yang pewaris Nabi dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi Talib.

Sebahagian daripada masyarakat terpengaruh dengan hasutan itu sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil SYIAH SABA'IYAH iaitu kaum Syiah sekarang ini.

Berita busuknya fitnah yang disebarkan oleh Abdullah bin Saba' sehingga dia berani berkata," Sesungguhnya yang menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Talib. Hanya kebetulan pada ketika itu malaikat Jibrail mengantuk sehingga wahyu Allah diberikan kepada Muhammad, iaitu orang yang tidak berhak".

Mendengar khabar beracun itu, Ali bin Abi Talib sangat marah dan ketika beliau diangkat menjadi khalifah keempat mengganti Uthman, beliau memerintahkan Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah.

Wallahualam....
Author : Unknown Time : 5:02:00 pm Total Comment : 0

Mazhab / aliran Fikih

Mazhab / aliran Fikih

Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh Muslim Sunni. Di dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki sah untuk diikuti, perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan) tapi lebih pada tata cara ibadah. Para Imam berkata bahawa mereka hanya ber-ijtihad. Mengikuti hasil ijtihad tanpa mengetahui dasarnya adalah dilarang, kerana rujukan kita adalah Rasulullah saw.

Hanafi

Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives), Mesir bahagian Utara, separuh Iraq, Syria, Lubnan Turki, Uzbekistan, Turkmenistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgystan, China, Bosnia dan Palestin (campuran Syafie dan Hanafi), Kaukasia (Chechnya, Dagestan). Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi 2 empayar islam terbesar iaitu Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah

Maliki

Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara seperti Morocco, Algeria, Tunisia, Libya, Sudan, Mauritania, Mesir bahagian selatan, Nigeria, Senegal dan Ghana. Mazhab ini mempunyai keunikan dengan menyodorkan tatacara hidup penduduk Madinah sebagai sumber undang-undang kerana Nabi Muhammad hijrah, hidup dan wafat di sana dan terkadang kedudukannya dianggap lebih tinggi dari hadis.

Syafi'i

Diasaskan oleh Imam Syafie yang mempunyai penganut sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utara Iraq, Kurdistan, Iran (semasa zaman Seljuk), Mesir (semasa zaman Ayyubiyah), Somalia, Yaman di wilayah Hadramaut, Indonesia , Thailand, Singapura, Filipina, Sri Lanka dan menjadi mazhab rasmi negara Malaysia dan Brunei.

Hambali

Bermula oleh para murid Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah Semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang saat ini dianut di Arab Saudi.{{ fact))


22/05/2012

Author : Unknown Time : 4:52:00 pm Total Comment : 0

Pokok Semalu Yang tahu malu..

Pokok Semalu Yang tahu malu..


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan ...bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

19/05/2012

Author : Unknown Time : 5:27:00 pm Total Comment : 0

3 Jenis Makanan Dalam Neraka

| Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satu tempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini. Apakah 3 jenis makanan di neraka itu?


Author : Unknown Time : 5:16:00 pm Total Comment : 0

Rahsia Pemakanan Sunnah, Amalan Ilmuwan Islam


Buah Delima
  • Madu
- Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
 


  • Habbatus sauda
- Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Antaranya merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat, berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
  • Kismis
- Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  • Susu segar
- Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
  • Telur
- Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  • Halia
- Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  • Buah Delima
- Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
  • Kurma
- Sebagai ubat penyakit lahir, penyakit minda, dan juga makanan mengenyangkan.
  • Buah Tin
- Buah tin dan buah zaitun telah diakui oleh doctor perubatan moden banyak mengandungi manfaat untuk manusia. Ia dapat membantutkan penyakit buasir dan gaut.
  • Buah Badam
- Dapat mencerdaskan akal dan menguatkan hafalan. Boleh juga mencerahkan mata bagi yang rabun.
  • Daging unta
- Bertindak sebagai tonik untuk penyakit hati, lemah jantung, buasir dan lemah tenaga batin. Jika dicampur dengan madu lebah, ia dapat mengatasi penyakit radang paru-paru lelah, batuk berkahak, sengal sendi, pendarahan sebelum bersalin, hilang selera makan, sakit kuning dan bengkak hati.
  • Garam
- Setiap kali sebelum makan, Islam menganjurkan supaya dimulai dengan merasa secubit garam. Jilatan garam itu menyebabkan air liur keluar di mana air liur mengandungi enzim yang dapat membantu menghadamkan makanan. Amalan ini akan menjauhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penghadaman makanan.
Wallahualam...

Author : Unknown Time : 5:12:00 pm Total Comment : 0

Elakkan Meniup Makanan Panas

Assalamualaikum.. :D.. 
Semoga semua sahabat Admin dalam keadaan yang baik.. persekitaran yang baik.. pemakanan yang baik.. dan pemikiran yang baik.. Insya-Allah.. doa Admin untuk semua.. amiiinnn..


Author : Unknown Time : 9:47:00 am Total Comment : 0

Berita Kedatangan Nabi Muhammad Dalam Pelbagai Kitab Purba

 
Sebenarnya, terutusnya Nabi Muhammad ke dunia ini dah dirakamkan di dalam pelbagai kitab purba.Allah swt telah berfirman di dalam al-quran bahawa tiada satu kaum pun yang tidak menerima ajaran tauhid. Oleh itu tidak mustahil jika kedatangan nabi Muhammad telah dirakamkan dalam pelbagai kitab purba pelbagai kaum.
 
 
Nabi Muhammad dalam Agama Hindu
 
Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar. “av” bermaksud turun. “tr” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar artinya adalah “utusan terakhir”.
 
Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad ialah:
“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’ akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu, mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
(Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)
 
Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang yang asing.
 
Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah “akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan 10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah
 
Dalam Atharvaveda book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20 penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20 suku.
 
Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)

Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
  1. Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
  2. Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.
  3. Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi. 
 
Nabi Muhammad dalam Agama Zorester ( Majusi ) Parsi
 
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
 
“Bahawa umat Zoroaster ketika mereka membuang agama mereka, mereka menjadi hina dan lemah, kemudian bangkitlah seorang di Tanah Arab menewaskan pengikutnya (pengikut-pengikut Zoroaster) dan orang-orang Parsi dan menundukkan pula orang-orang Parsi yang sombong. Selepas daripada api dalam kuil-kuil mereka, mereka mengarahkan pula muka mereka ke arah Kaabah Ibrahim yang telah dibersihkan daripada berhala-berhala, ketika itu mereka menjadi pengikut-pengikut bagi Nabi (Muhammad) yang menjadi rahmat bagi seluruh alam, dan menguasai orang-orang Parsi, menakluki Madain, Tus dan Balkh iaitu tempat suci bagi orang-orang Zoroaster dan yang berjiran dengan mereka. Dan Nabi mereka sesungguhnya adalah bijak bercakap, ia bercakap dengan mukjizat-mukjizat
 
Taurat


Nabi Muhammad dalam Kitab Taurat

Dalam kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa, katanya:
“Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka (orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan segala firmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka segala yang aku pesankan.”
 
Nabi Muhammad dalam kitab Injil Yahya
 
Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu (pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku pergi kerana jika aku tidak pergi, tiadalah pembela itu akan datang kepadamu, tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia kepadamu pembela (Orang yang terpuji)
 
Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan menyambung tugas-tugas Nabi Isa.
 
Nabi Muhammad Dalam Injil Barnabas Petikan di dalam Injil Barnabas
Injil Barnabas
Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.
 
“Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu (murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang menjadikan kamu. Adapun tentang diriku sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan (Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku.” 
 
Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan (Allah) merahmati dunia ini, maka diutus Rasul-Nya yang tetap, awan putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan (Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini. 
 
Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah) dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan Tuhan.
 
Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di dalam alam ini. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-olokkan aku di hari kiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).
 
Nabi Muhammad dalam Agama Buddha
 
Maksud Buddha ialah Orang yang diberi petunjuk. Di dalam tradisi Budha, pemimpinnya sendiri Sidharta Gautama telah meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi wahyu. Dalam Doktrin Budha (The Gospel of Buddha) oleh Caras (perkara.217-218) tercantum bahawa Budha agung yang akan datang ke dunia ini dikenal sebagai “Maitreya”. Cakkavatti-Sihanada Suttana memberinya nama “Meteyya”. Kedua kata ini bermakna “pemberi rahmat”. Dengan merujuk kepada sejarah kehidupan Muhammad saw, kentara sekali beliau adalah orang sangat penyayang dan al-Quran juga menyebut-nyebut fakta ini. 
 
Sidharta Gautama
Ada sejumlah kesamaan lebih jauh, seperti yang terbaca dalam kitab suci kaum Budha: “Para pengikutnya (Maitreya) berjumlah ribuan orang, sementara jumlah pengikutku ratusan orang.” Faktanya, pengikut Nabi Muhammad saw berjumlah ribuan orang (sekarang tentunya jutaan).

Persamaan-persamaan lain

Seorang Buddha yang tercerahkan itu dilukiskan sebagai memiliki kulit yang amat cerah dan bahawa seorang Buddha memperoleh “pandangan yang luhur di malam hari”. Dalam kenyataan sejarah, Nabi saw kerap melakukan solat pada waktu malam (tahajjud) sebagai tanda cintanya yang mendalam kepada Pencipta Alam ini. Selama hayatnya, Nabi saw tidak pernah meninggalkan solat tahajjud. Hasilnya, beliau memperoleh pandangan yang tajam untuk mengetuai peradaban baru manusia iaitu peradaban Islam.
 
”Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali dengan nama “Maitreya”. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam. Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal hingga ke akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha) memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada pengikut aku (Buddha)”.
(Gautama Buddha berkata dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76)
 
Gautama Buddha sendiri berkata, “Saya bukanlah Buddha yang pertama atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku, seorang Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini, pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu”.
 
Wallahualam.......

18/05/2012

Author : Unknown Time : 5:17:00 pm Total Comment : 0

QUBBATUS SAKHRAH



Qubbat As-Sakhrah atau “ Dome of the Rock” atau lebih dikenali sebagai Masjid Kubah Kuning ialah antara seni binaan islam yang tercantik di dunia. Didalamnya terdapat sebuah batu besar yang dikatakan tempat berdirinya Rasulullah semasa hendak naik ke langit di dalam peristiwa Israk dan Mikraj.Masjid Qubbatus As Sakhrah yang terletak di sudut paling selatan kawasan Haram Asy-Syarif ini telah dibina oleh Amirul Mukminin Khalifah Umar bin AlKhattab pada tahun 15Hijrah bersamaan 636 Masehi.

Pembesaran Masjid Qubbatus Sakhrah 
Antara tahun 69 Hijrah hingga tahun 72 Hijrah Khalifah Malik bin Marwan dari Kerajaan Islam Bani Umayyah telah membina dan membesarkan masjid ini. Kemudian masjid ini yang pada awalnya dikenali sebagai Masjid Umar telah ditukarkan namanya kepada "Dome of The Rock" atau Masjid Qubbatus Sakhrah dan nama ini kekal diguna pakai sehinggalah ke hari ini .Sesungguhnya Masjid Qubbat As-Sakhrah dan kawasan sekitarnya merupakan kawasan tanah suci.kerana ianya termasuk di dalam kawasan Haram Al Sharif . Keistimewaan Masjid Qubbat As-Sakhrah telah menjadikan bangunan ini sebagai simbol utama bagi Kota Suci Baitulmuqaddis.



Wallahualam....

Author : Unknown Time : 4:55:00 pm Total Comment : 0

KAEDAH BERDAKWAH DENGAN ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN AL-KITAB (BIBLE)f





Langkah pertama, pinjam Al-kitab daripada orang yang ingin anda dakwahkan selama satu atau dua minggu, rujuk ayat-ayat dalam Al-kitab pada 3 isu utama iaitu tentang Tuhan Allah, babi haram, dan larangan minuman keras. Ayat-ayat ini hendaklah dihafal supaya kita mudah dan lancar berhujah.
Semasa memulangkan Al-Kitab,tanyakan 7 soalan yang disertakan.

1) Pertama :Adakah Al-Kitab ini kamu gunakan secara keseluruhannya atau tidak?. Biasanya orang Kristian akan diam tanpa menjawab.Kita acah dia dengan menyatakan bahawa orang Islam menggunakan keseluruhan isi kitab Al-Quran.Maka, dengan segera dia akan menjawab “Kami juga menggunakan Al-Kitab keseluruhannya”.Terus kepada soalan yang kedua.


2) Kedua :Jika seseorang Kristian itu tidak percaya satu ayat di dalam Al-Kitab, apakah hukumnya?.Katakan padanya jika seseorang Islam tidak percaya satu ayat dalam Kitab Al-Quran,maka dia akan menjadi kafir. Dia juga akan menjawab “Kami juga begitu iaitu akan menjadi kafir.Ajukan soalan seterusnya.


3) Ketiga :Siapa nama Tuhan kamu?. Biasanya dia akan menjawab “Tuhan Jesus” tetapi kadang-kadang dia akan menjawab Allah. Sekiranya mereka jawab Allah, tanyakan pula siapa pula Jesus Kristus. Dia akan menjawab bahawa ia juga adalah Tuhan.Justeru itu, katakan padanya bahawa mereka telah mempunyai 2 Tuhan. Dia akan mengatakan bahawa Tuhan mereka tetap satu.Tanyakan soalan yang seterusnya.


4) Keempat :Tunjukkan ayat yang menyatakan Tuhan itu Jesus Kristus. Dia tidak akan dapat menunjukkan ayat itu tetapi sekiranya kita tanya sama ada ayat itu ada atau tidak maka dia akan menjawab ada.Justeru, sekiranya ada, minta dia menunjukkan kepada kita.Pada hakikatnya, ayat tersebut tidak wujud.

HUJAH : TUHAN ALLAH

Sekarang kita pergi kepada hujah kita yang pertama.Buka bab ulangan fasal 4 ayat 35.Cara mencarinya ialah dengan membuka bab ulangan fasal 4.Pada bab ulangan,cari nombor 4 yang ditulis dengan besar kemudian di bawahnya bermula ayat 1 hingga seterusnya.Ayat 35 berbunyi “Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui TUHANlah Allah, tidak ada yang lain kecuali Dia “.Begitu juga dengan ayat 39 yang berbunyi “Bahawa TUHANlah Allah yang dilangit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain”.Minta dia terangkan kepada kita tentang kedua-dua ayat tersebut kerana ayat itu terdapat dalam kitab mereka.

Ayat tersebut adalah jelas.Tanyakan padanya sama ada dia percaya atau tidak percaya dengan ayat tersebut. Sekiranya dia mengatakan percaya,katakan padanya “Maka kamu adalah Islam, kerana ini adalah akidah (pegangan/kepercayaan) Islam “. Jika dia menjawab tidak percaya maka soalan yang ke-2 telah mengikat dia yang mana sekiranya dia tidak percaya maka dia adalah kafir.

Justeru itu, tanyakan padanya di mana kedudukan dia yang sebenarnya. Katakan bahawa kita telah menolak hujahnya tentang tuhan Jesus. Sekiranya dia tidak setuju, minta dia tunjukkan ayat mana yang menyatakan tentang Tuhan Jesus. Maka, semestinya dia tidak akan dapat menunjukkannya kerana sebenarnya ayat tersebut tidak wujud.

Nyatakan padanya “Dokumen ketuhanan adalah dokumen yang sangat penting,jadi bagaimana mungkin ia tidak terdapat di dalam kitab kamu.Ini bermakna, akidah Kristian hanya diambil dari cakap-cakap paderi sahaja.Seperti yang kita sedia maklum,para paderi boleh bertukar ganti namun kitab tetap kitab yang sama.Oleh kerana itu,kitab sepatutnya menjadi ikutan.Jelasnya ,orang-orang Kristian telah tersalah pegangan akidah kerana di dalam kitab kamu dinyatakan Tuhan ALLAH tetapi akidah orang-orang Kristian adalah tuhan Jesus.Ini menunjukkan orang-orang Kristian telah syirik kerana ‘mempertuhankan’ Jesus”.

Dia akan berkata “Kami tidak syirik”.Katakan padanya “Jika kamu tidak syirik, kamu pasti akan jelaskan sejak awal lagi bahawa Tuhan ALLAH tiada yang lain.Tetapi sekiranya kamu katakan bahawa Tuhan ALLAH, Jesus dan Rohul kudus semuanya sebagai tuhan maka itu adalah akidah yang syirik dan tidak diterima oleh Allah”.Kita ajukan pula soalan yang kelima

5) Kelima:Tunjukkan ayat yang menyatakan bahawa agama Kristian adalah agama yang benar.Dia pasti tidak dapat menunjukkannya kerana ia sememangnya tidak wujud dalam kitabnya.Nyatakan padanya “Kami mempunyai ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan Agama Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah.Jadi apa hujah kamu yang menyatakan bahawa Kristian adalah agama yang benar .Kami tolak hujah kamu,adakah kamu setuju?, Sekiranya kamu tidak setuju,sila tunjukkan ayatnya”.

6) Keenam :Semasa Jesus hidup, adakah dia pernah menyatakan kepada orang ramai “Akulah tuhan,sembahlah aku?”. Kebanyakan orang Kristian menjawab tidak pernah, padahal orang Kristian percaya bahawa tuhan Jesus adalah tuhan yang dijelmakan sebagai manusia kerana dengan kasih sayang tuhan maka tuhan merendahkan dirinya menjelma sebagai manusia supaya dapat merasai bagaimana hidup sebagai manusia dan mengorbankan dirinya untuk menebus dosa semua manusia. Seterusnya katakan padanya “Mengapa kamu mengatakan tidak pernah, memang betul jika kamu mengatakan ‘tidak pernah’ kerana dia bukan tuhan. Sekiranya dia adalah tuhan maka semasa hidupnya dia pasti akan mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan sebagaimana seorang raja”.

”Andaikan jika saya pergi ke sebuah kampung dan seterusnya saya mengisytiharkan diri saya sebagai ketua kampung pastinya saya akan dicerca atau dipukul.Tetapi jika memang ketua kampung di situ yang mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kampung maka ia adalah benar dan tiada masalah”.
Ini jelas menunjukkan bahawa akidah ketuhanan Jesus Kristian adalah salah kerana Jesus (Isa) sendiri semasa hayatnya mengatakan dia adalah Nabi pesuruh Allah.


7) Ketujuh: Apakah pandangan Kristian terhadap orang-orang Islam ?. Biasanya sukar untuk dijawab olehnya. Oleh itu, tanyakan padanya “Nyatakan pada saya,di dalam ajaran Kristian,orang-orang Islam masuk syurga atau neraka?”Dia akan mengatakan bahawa orang Islam masuk syurga dan mereka juga akan masuk ke syurga”.Bagi pihak paderi mereka akan menjawab “Semua orang yang percaya pada tuhan akan masuk ke syurga tidak kira sama ada dia kristian,Islam mahupun Buddha”.Tanyakan padanya benarkah ajaran Kristian begitu.Jika dia mengatakan benar,maka kita mengiakannya tetapi katakan pula padanya “Di dalam Islam, hanya orang Islam sahaja yang layak untuk masuk ke syurga kerana hanya akidah orang Islam sahaja yang bertepatan dan berpandukan kitab Taurat, Injil (perjanjian baru) dan Al-Quran yang mana di dalam ketiga-tiga kitab tersebut tuhan yang disebutkan adalah Tuhan ALLAH sebagaimana akidah orang Islam”. Jadi, jelaslah bahawa akidah orang Islam adalah benar tetapi akidah Kristian pula adalah salah sekalipun dirujuk kepada ketiga-tiga kitab tersebut. Oleh itu, Allah telah maklumkan bahawa haram bagi orang-orang Kristian itu untuknya syurga kerana telah nyata keimanan mereka adalah syirik. Syirik adalah dosa yang paling besar yang tidak boleh diampunkan oleh Allah s.w.t maka, jelasnya penganut Kristian bagi mereka adalah neraka dan mereka kekal di sana selama-lamanya.Tamat 7 soalan.

Perkara penting lain yang perlu disampaikan

• Katakan padanya ‘’ Kami sebagai umat Islam menyedari betapa bahaya dan pedihnya siksaan yang akan diterima jika kamu mati sebagai Kristian yang mana kamu telah menempah neraka dan akan kekal sebagai penghuninya buat selamanya.Maka, sudah jelas bahayanya "

• Seterusnya,minta dia fikir dan renungkan betapa jelasnya kesalahan akidah yang terdapat dalam akidah orang Kristian.

• Katakan padanya ‘’ Saya sayangkan kamu,maka kerana itulah sebabnya saya menjelaskan kepada kamu.Jika kamu sayangkan diri kamu, marilah bersama dalam agama Islam kerana jika tidak bahayanya sangat dahsyat. Masuklah agama Islam kemudian ajaklah kaum keluarga kamu kepada Islam. Allah sudah menyatakan dengan jelas akibatnya dosa syirik yang nyata menempah neraka’’.
Hakikatnya, kita sebagai umat Islam mempunyai hujah yang sangat kuat iaitu dengan menggunakan kitab mereka sendiri cuma kelemahan kita adalah tidak mahu mengambil tahu apa isi yang terkandung dalam al-Kitab(Bible) yang mana kita boleh menggunakan kitab tersebut untuk meng’Islam’kan mereka.

HUJAH : BABI HARAM

Seterusnya kita pergi kepada hujah tentang haramnya babi yang mana binatang tersebut adalah dihukumkan haram di dalam kitab Bible tetapi umumnya masih menjadi amalan dalam pemakanan orang-orang kristian.

Berpandukan kepada Al-Kitab,larangan tentang haramnya babi telah dijelaskan pada Imamat fasal II ayat 7 dan 8 yang berbunyi “Demikian juga babi hutan ,kerana memang berkuku belah iaitu kukunya bersela panjang tetapi tidak memamah biak,haram itu bagimu.Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh,haram semua bagimu ‘’.Begitu juga dengan Ulangan fasal 14 ayat 8 yang berbunyi ‘’Juga babi hutan , kerana memang berkuku belah tetapi tidak memamah biak,haram itu bagimu.Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan janganlah kamu terkena bangkainya’’.Maka,telah begitu jelas terdapatnya larangan terhadap babi di dalam kitab mereka sendiri.

HUJAH :LARANGAN MINUMAN KERAS

Begitu juga dengan meminum minuman keras yang menjadi amalan orang-orang kristian padahal telah jelas di dalam kitab mereka sendiri akan larangan meminum minuman tersebut.Larangan tersebut boleh dilihat pada Imamat fasal 10 ayat 8 yang berbunyi ‘’Janganlah engkau minum anggur atau minuman keras, dan engkau serta anak-anakmu ,bila kamu masuk ke dalam khemah pertemuan,supaya jangan kamu mati. .Itulah suatu ketetapan untuk selamanya bagi kamu turun- temurun. Demikianlah seperti yang telah dijelaskan di dalam Al-Kitab. Maka jelaslah di sini bahawa amalan hidup orang-orang Kristian tidak berpandukan Al-Kitab(Bible) dan nyata bertentangan dengan apa yang telah digariskan dalam Al-Kitab mereka.Lebih terperinci lagi, bolehlah dikatakan bahawa Kristian boleh melakukan apa sahaja tanpa mempunyai apa-apa larangan kerana amalan mereka jelas tidak berpaksikan Al-Kitab.Maka tidak melampau jika dikatakan pada mereka ‘’Kamu tidak mencuri bukan kerana patuh pada Al-Kitab tetapi kerana takut ditangkap polis’’.Begitulah perbandingannya.
Bagi orang-orang Kristian,apabila sudah terdesak maka mereka akan mengatakan‘’Kami tidak menggunakan Taurat(Perjanjian Lama) tetapi kami menggunakan Perjanjian Baru sahaja.Mereka mengatakan begitu kerana mahu mengelak.Sekiranya mereka mengatakan begitu,tanyakan padanya ‘’Benarkah kamu hanya menggunakan Perjanjian Baru sahaja.Maka, dia akan mengatakan ‘’Betul‘’.Jika benar demikian,lihat pada Perjanjian Baru ,kaji Injil Matius fasal 5 ayat 17 dan 18 yang berbunyi ‘’Janganlah kamu menyangka bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi.Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.Kerana aku berkata padamu :’’Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini,satu inota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat,sebelum semuanya terjadi’’.Ayat tersebut bermaksud, Jesus(Isa) berkata bahawa ‘’Aku datang membawa kitab Injil tetapi hukum Taurat masih digunakan ‘’.Satu titikpun dari hukum Taurat tidak dibuang oleh Jesus tetapi kenapa orang kristian tidak memakai Perjanjian Lama(Taurat) , ini bermaksud mereka telah membuang semua hukum Taurat,maka tidakkah itu bererti mereka lebih bijak pandai dari Jesus ?.

Tanyakan padanya ‘’Adakah kamu percaya dengan ayat yang disebutkan di atas iaitu yang terdapat dalam Injil (Perjanjian Baru) atau tidak ?’’. Nyatakan padanya ‘’Sekiranya kamu percaya,maka Taurat adalah digunakan keseluruhannya tetapi jika kamu tidak percaya ,maka saya pun tidak tahu apa pendirian kamu terhadap Perjanjian Baru kerana kamu juga tidak mempercayainya’’.

Dalam Perjanjian Baru juga dinyatakan pada Injil Markus fasal 12 ,ayat 29 dan 30,jelas menunjukkan bahawa tuhanlah Allah,Tuhan yang Esa tetapi tiada maklumat yang menyatakan bahawa tuhan itu Jesus.

Sebenarnya Jesus (Isa) itu beragama Islam. Semua nabi dan rasul sejak nabi Adam adalah beragama Islam dan semuanya menyeru manusia menyembah Allah s.w.t Yang Maha Esa.Pada asalnya, umat Kristian dahulu percaya kepada Allah yang satu tetapi sebahagian orang Kristian telah terpengaruh dengan agama Hindu, Mesir kuno dan Persia yang mana semua agama tersebut percaya kepada Trinitas (Tuhan 3). Ini bermakna pada waktu itu orang-orang Kristian terbahagi kepada 2. Yang mana, satu pihak berkepercayaan bahawa tuhan itu satu manakala pihak yang satu lagi percaya kepada Trinitas (Tuhan 3).

Oleh yang demikian,untuk menyatukan mereka, maka telah diadakan satu persidangan di Costantinopel pada tahun 381 masihi. Ketika persidangan tersebut berlangsung, telah diadakan kiraan undi yang mana undian tersebut telah dimenangi oleh kumpulan kristian Trinitas.Maka bermula dari saat itulah penganut kristian berpegang kepada akidah Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga tetapi tetap dianggap satu sehinggalah orang-orang kristian sendiri kebingungan.Tahap yang paling menghairankan adalah orang yang menerangkan tentang konsep Trinitas itu sendiri juga tidak begitu pasti apa yang diterangkan olehnya.

Ini dapat kita buktikan sendiri jika kita betul-betul bertanya “Adakah anda yakin 100% apa yang tersirat dalam Trinitas itu ?’’.Kebanyakan mereka menjawab ‘’Tidak begitu pasti’’.Dan,kerana itulah apabila seseorang Kristian itu memeluk agama Islam,mereka akan merasakan akidah yang lebih mantap dan teguh di hati mereka tanpa sebarang keraguan dan was-was.


Wallahua’lam.
Author : Unknown Time : 2:06:00 pm Total Comment : 0

Steve Jobs Berketurunan Muslim



Hari ini dunia dikejutkan dengan kematian seorang genius, Steve Jobs. Dunia hari ini telah kehilangan seorang genius dan pereka cipta yang banyak mengubah kehidupan dunia. Hasil rekacipta Steve Jobs sememangnya terlalu hebat dan sentiasa dikagumi.

Usia muda Steve Jobs tidak menggambarkan kecemerlangannya bersama syarikat yang dibinanya sendiri, Apple. Pada zaman persekolahannya, beliau seorang murid yang malas. Cikgunya terpaksa 'mengupahnya' dengan gula-gula dan $5 supaya beliau belajar.

Dan mungkin ada beberapa perkara lagi yang jarang-jarang kita tahu tentang Steve Jobs. Ramai di antara kita tahu produk-produk Apple seperti iPhone, iPad, iPod, Mac, iHome, dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu bahawa bapa kandung Steve Jobs merupakan seorang muslim yang berdarah Arab-Amerika?



Bapa kandung Steve Jobs bernama Abdulfattah John Jandali. Beliau mempunyai darah Syria. Beliau juga merupakan seorang profesor sains politik dan matematik. Maka, tidak hairanlah Steve Jobs mempunyai 'otak cekang', bak kata orang utara.

Sama juga seperti Steve Jobs, Abdulfattah merupakan seorang yang 'workaholic' atau kuat bekerja. Beliau sedaya-upaya cuba untuk mengelak daripada bersara. Namun, apa yang mengejutkan, beliau merupakan Naib Presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Terkejutkan? Seorang muslim menjadi naib presiden di tempat maksiat besar.

Abdulfattah dikatakan menyesal atas tindakannya menghantar Steve Jobs kepada orang lain untuk membesarkannya. Tetapi, katanya keputusan itu adalah bukan keputusannya, tetapi keputusan ibu kandung Steve Jobs, Joanne Schieble Simpson. Walaubagaimanapun, Abdulfattah dan Simpson adalah pasangan yang belum berkahwin pada tahun kelahiran Steve Jobs! Kemudian, Mereka menghantar Steve Jobs kepada pasangan Paul dan Clara Jobs bagi membesarkan Steve Jobs sepenuhnya.

Inilah secebis kisah seorang genius dan perekacipta, Steve Jobs. Apa yang dapat kita lihat, inilah kesilapan muslim hari ini yang bejat akhlaknya. Melakukan zina sehingga lahir seorang anak. Kemudian, anak itu diberikan kepada orang kafir untuk dibesarkan. Kemudian diasuh dan dididik dalam suasana yang tidak Islami.

Kita sedang menunggu, adakah akan muncul suatu hari nanti seorang muslim yang genius seperti Steve Jobs? Tidak mustahil akan ada kelompok genius seperti beliau. Sejarah telah membuktikan terlalu banyak genius muslim lahir pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, al-Khwarizmi, Jabir Hayyan, al-Jazari, dan sebagainya.


*Artikel ini adalah berkaitan salasilah Steve Jobs yang mana bapanya beragama Islam. Artikel ini tidak menyatakan bahawa Steve Jobs itu adalah seorang muslim. Harap tidak tersalah tafsir dan mohon baca sampai habis agar tidak timbul perbalahan dan fitnah. Wallahu a'lam
 

17/05/2012

Author : Unknown Time : 6:20:00 pm Total Comment : 0

Omar Al-Mukhtar: Singa Padang Pasir ::::...

 
Omar Al-Mukhtar: Singa Padang Pasir ::::...

“Hidup biar mulia, mati biar syahid. ‘Isy ‘azizan aumut syahidan!”

Lelaki bertubuh sasa, tegap dan gagah perkasa yang telah ditelan usia itu melangkah longlai tenang menuju ke tiang gantung. Kedua belah tangannya terbelenggu di belakang. Namun matanya masih tetap bersinar menaruh keyakinan terhadap masa depan negara dan rakyatnya. Raut mukanya tidak me...nampakkan rasa gentar atau takut menghadapi suasana kematian. Ia begitu gagah walaupun maut sedang menantinya tidak beberapa saat lagi. Ia tersenyum mengimbau kembali peristiwa-peristiwa yang ia lalui sehingga ia ditangkap dan dihukum di tali gantung.

Pengorbanannya terhadap negaranya yang tercinta. Ia berpuas hati apa yang beliau telah lakukan selama ini. Ia redha jalan yang dipilihnya sendiri. Sebentar tadi ketika beliau dibenarkan bersolat Subuh, beliau sujud begitu lama sehingga darah yang menyelinap ke seluruh anggotanya terasa kebas-kebas mengadu dan berdoa ke hadhrat Allah s.w.t. supaya Allah mengampuni segala dosa-dosanya selama ini dan memohon kepadaNya supaya negara dan rakyat bebas dari belenggu penjajahan. Beliau telah bersedia menemui Penciptanya sekarang.

Suasana hening di pagi yang sejuk menikam qalbu, kedengaran tangis-sedu menyelubungi orang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka menatap lelaki berusia 80 tahun itu dengan wajah muram. Air mata masing-masing tidak dapat ditahan, luruh bagaikan mutiara berguguran. Bagi mereka yang berada di sekitar kawasan penjara dan di tempat-tempat lain, turut merasainya, semua mereka sedar bahawa sudah sampai ketika dan waktunya beliau akan menjalani hukuman gantung sampai mati pada pagi itu. Beritanya tersebar ke seluruh pelusuk negara. Masing-masing mengangkat tangan menadah ke langit memohon keampunan dari Allah Maha Besar dan memberi darjat yang tinggi kepada beliau dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang solehin dan para-anbiya.

Tidak beberapa saat berlalu, suasana pagi yang hening kesejukan pagi itu dipecahkan dengan jerit pekik tangis bersahut-sahutan ketika mereka melihat lingkaran tali tiang gantung menjerut leher pahlawan mereka, Omar Al-Mukhtar. Singa Padang Pasir itu telah kembali kepada Penciptanya pada 16 September 1931 di Kota Solouq. Selesai sudah perjuangannya melawan penjajahan Itali, tetapi perjuangannya itu akan tetap diteruskan oleh anak watan.

Omar Al-Mukhtar memang dipandang sebagai simbol kepahlawanan menentang penjajahan Itali bagi rakyat Libya. Sejak Itali mulai mencengkam di negara tersebut pada Oktober 1911. Ia telah menjadi perintis mencetuskan semangat rakyat Libya menyalakan bara perjuangan rakyat menentang penjajahan Itali.

Syahid di Tiang Gantung

Gelora perjuangannya juga menambat hati rakyat Libya lainnya dan berjaya melahirkan ramai para mujahid seperti Ramadan As-Swaihli, Mohammad Farhat Az-Zawi, Al-Fadeel Bo-Omar, Solaiman Al-Barouni dan Silima An-Nailiah.

Usaha Itali menguasai Libya dilakukan dengan menyerang dan menguasai kota-kota di sebelah pantai seperti Tripoli, Benghazi, Misrata dan Derna secara berturut-turut, satu demi satu jatuh ke tangan penjajah Itali. Meski pun demikian, Omar kerap kali menjadi batu halangan kepada mereka. Ia mampu membangkitkan semangat perjuangan rakyat Libya menentang Itali dengan semangat perjuangan yang kental.

Perjuangan mereka telah menciptakan beberapa pertempuran yang hebat. Misalnya pertempuran yang terjadi di Al-Hani dekat Tripoli pada 23 Oktober 1911, Ar-Rmaila dekat Misrata, Al-Fwaihat dekat Benghazi pada Mac 1912 dan Wadi Ash-Shwaer dekat Derna.

Perjuangan rakyat Libya menghasilkan kejayaan yang cemerlang-gemilang. Pejuang-pejuang pimpinan Omar pernah terlibat dalam pertempuran besar di Al-Gherthabiya, dekat Sirt pada bulan April 1915. Itali kehilangan ribuan tentera. Pertempuran-pertempuran seperti ini sering berlaku membuatkan penjajah Itali terpaksa membalas serangan yang memakan masa yang panjang, tahun demi tahun untuk menguasai negara ini.

Meski pun begitu pada akhirnya, wilayah-wilayah yang dipertahankan oleh para mujahidin jatuh ke tangan penjajah. Jatuhnya wilayah demi wilayah membuat para pejuang meninggalkan rumahnya dan menuju ke pegunungan. Mereka tidak pernah berdiam diri terus merancang pelbagai strategi menyerang balas.

Pada tahun 1922 Omar telah membentuk satu kumpulan para mujahidin dan menggegarkan kembali operasi perjuangan menentang penjajahan Itali ke atas negaranya. Ia mengumpulkan kembali mujahidin di The Green Mountain (Aj-Jabal Al-Akdar), bahagian Tenggara Libya. Perkara ini terjadi setelah tamatnya Perang Dunia pertama dan pada masa itu penjajah Itali terfikir bahawa mereka mampu untuk membenamkan sepenuhnya perjuangan rakyat Libya. Jangkaan Itali ternyata silap.

Perjuangan yang tercetus kembali itu membuat pihak berkuasa Itali merasakan mereka berada dalam suasana yang amat tertekan, bahaya tiba-tiba datang sering mengancam keselamatan. Mereka tidak mahu membiarkan perjuangan menuntut kebebasan ini semakin merebak. Lalu pemerintah Pusat Itali, Badolio yang terkenal dengan kekejamannya yang sering kehausan darah rakyat Libya untuk diratahnya telah mengambil tindakan ketenteraan untuk merendam bara perjuangan tersebut.

Badolio bukan sahaja ditugas untuk menumpaskan Omar Al-Mukhtar dan pasukannya. Bahkan ia juga diberikan keizinan untuk membunuh rakyat Libya yang memberi sokongan dan membantu para mujahidin di mana jua mereka berada.

Tidak beberapa lama kemudian diktator Musolini mengirimkan komandan yang berperilaku lebih zalim daripada Badolio. Ia mengambil alih tugas Badolio dan membentuk pasukan tugas khas untuk menumpaskan gerakan yang diketuai oleh Omar dan bertindak membunuh lebih ramai rakyat Libya yang tidak berdosa. Komandan yang dihantar oleh Musolini ini pada fikirannya boleh menyelesaikan masalah Libya secara langsung adalah Rodolfo Grasiani. Malah kabinet Musolini telah dimaklumkan bahawa kedatangan khas Grasiani akan membuat suasana di Libya dapat dikawal sepenuhnya.

“Jika tidak bersamaku, maka mereka adalah lawanku”

Grasiani bersetuju pergi ke Libya dengan syarat tidak ada peraturan yang dapat menghalangnya dari melakukan berbagai tindakan ke atas Libya termasuk peraturan –peraturan antarabangsa. Ia boleh melakukannya tanpa halangan dan sekatan mengikut kehendak hatinya bagi kepentingan Itali. Sebelum ditugaskan ke Libya, ia pergi ke Morj, Switzerland untuk merancang serangan terhadap Libya.

Rancangan Grasiani dipersetujui sepenuhnya oleh Musolini sebab ia berpegang kepada prinsip ”jika tidak bersamaku, maka mereka adalah lawanku”. Dengan demikian untuk menguasai Libya pelbagai kaedah dan cara dihalalkan, tidak lagi mempedulikan sebanyak mana kos yang terlibat dan berapa banyak mangsa yang tidak berdosa terpaksa dikorbankan.

Tindakan pertama Grasiani di Libya ialah memutus, menyekat dan mencegah segala bentuk hubungan dengan mujahidin dan dengan Negara-negara jiran yang memberi bantuan membekalkan senjata dan juga maklumat kepada para pejuang Libya. Ia membina kawat berduri sepanjang 300 km, tinggi 2 meter dan lebar 3 meter dari pelabuhan Bardiyat Slaiman Libya Utara sampai Al-Jagboub Libya Tenggara.

Beliau juga membina kem berpusat yang dikawal rapi di mana ribuan rakyat Libya mesti hidup dalam pengawasan tentera Itali. Ia membina banyak kem-kem seumpama ini di Al-Aghaila, Al-Maghroun, Solouq, dan Al-Abiyar. Keseluruhan rakyat Libya merasa tertekan dan tertindas akibat perbuatan Grasiani ini. Mereka hidup seperti haiwan di kandang tidak ada kebebasan.

Pada akhir bulan November 1929 sebahagian besar rakyat Libya dipaksa hidup di kem-kem di Al-Jabal Al-Akdar, Mortaf-Aat Al-Thahir dari Beneena Utara sampai Ash-Shlaithemiya Selatan, dari Tawkera ke bahagian selatan padang pasir Balt Abdel-Hafeeth.

Kehidupan rakyat Libya di kem-kem ini sangat mengerikan. Ribuan rakyat Libya mati kelaparan, banyak juga yang mati kerana ditembak atau digantung sebab disyaki membantu perjuangan para mujahidin pimpinan Omar Al-Mukhtar.

Pada tahun 1933, Ketua Jabatan Kesihatan Angkatan Tentera Darat Itali, Dr Todesky menulis dalam bukunya bertajuk ‘Cerinaica Today’. Dalam bukunya itu ia menyebutkan bahawa dari bulan Mei hingga bulan September 1930, lebih daripada 80 ribu rakyat Libya dipaksa meninggalkan tanah kelahirannya dan hidup di kem-kem ini.

Setiap kumpulan rakyat Libya yang berjumlah 300 orang sekali jalan mendapat kawalan ketat dari tentera Itali. Todesky berkata bahawa pada akhir tahun 1930 semua rakyat Libya dipaksa untuk hidup di kem-kem ini. Sebanyak 55 peratus dari 80 ribu rakyat Libya meninggal di kem-kem tersebut.

Seorang sejarawan Libya, Mahmoud Ali At-Taeb menyatakan bahawa pada bulan November 1930 paling tidak terdapat 17 acara pengebumian dalam sehari terjadi di kem-kem tersebut akibat kelaparan, penyakit dan tekanan mental yang maha hebat yang tidak tertanggung oleh manusia normal.

Di luar kem-kem ini, mujahidin yang bertahan di daerah pergunungan terus berjuang menentang penjajahan Itali. Namun, pada tahun 1931 mujahidin kehabisan stok makanan dan bekalan perubatan. Pemimpin mujahidin, Omar Al-Mukhtar, jatuh sakit dan banyak para mujahidin memintanya untuk berhenti berjuang dan meninggalkan Libya dan berselindung di Negara jiran yang bersimpati dengan perjuangan mereka buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih seperti sedia kala dan kembali menyusun perjuangan seterusnya. Namun, beliau menolak tawaran tersebut dan tetap meneruskan perjuangan menentang tentera Itali.

Atas kegigihan dan keberanian melawan penjajahan Itali, maka beliau digelar sebagai ‘Singa Padang Pasir’. Meski pun pada akhirnya, usia senja tidak mampu membuatnya bertahan untuk memikul senjata meneruskan perjuangan. Ia ditangkap dan dijatuhi hukuman gantung. Pendakwaan dan hukuman tetap dilakukan tanpa mempedulikan Undang-undang antarabangsa seperti mana yang ditetapkan dalam ‘Perjanjian Geneva’ dalam soal mempertimbangkan tahap kesihatan Omar Al-Mukhtar dan usianya yang sudah lanjut membolehkan beliau dikecualikan dari hukum tali gantung.

Semakin redupnya bara kepahlawanan memberi peluang kepada Itali meneruskan cita-citanya dan akhirnya Itali dapat menguasai Libya setelah melakukan pertempuran selama 20 tahun. Itali hanya mampu berkuasa di Libya sehingga tahun 1943 sahaja akibat kekalahannya di Perang Dunia Kedua. Libya kemudian berada di bawah kekuasaan pasukan sekutu hingga 24 Disember 1951. Itali memerdekakan Libya pada 21 Disember 1951. Libya di bawah pentadbiran Kolonel Muammar Abu Minyar al-Qadhafi yang merampas kuasa pada 1 September 1969 dan membentuk sebuah negara kombinasi di antara sosialis dan Islam. Libya terasing daripada dunia luar akibat sekatan oleh PBB yang mana Amerika Syarikat menjadi dalangnya ekoran peristiwa Lockerbie dan pada bulan September 2003 sekatan ekonomi terhadap Libya dilonggarkan kerana Muammar Al-Qadhafi memberi kerjasama dalam kes Lockerbie.

Mana Dia Omar Al-Mukhtar Abad ke-21?

Begitulah serba ringkas kisah Omar Al-Mukhtar yang berjuang ke titisan darah terakhir. Kisah beliau ini telah difilemkan. Sejarah menuntut kemerdekaan ini sering bertukar tidak pernah padam selagi ada bumi dan matahari, hanya yang bertukar ialah penjajahan dalam bentuk baru iaitu penjajahan dalam bentuk politik, ekonomi, pendidikan, sosial, kebudayaan dan sebagainya dan menjadikan pemimpin tempatan sebagai boneka kepada tuannya. Ini berlaku di Iraq, di Afghanistan, di Khasmir, di Chechnya dan lain-lain Negara umat Islam yang terpaksa tunduk dengan negara kuffar iaitu Amerika Syarikat yang menjadi negara kuasa besar tunggal atau polis dunia tanpa saingan selepas kehancuran Soviet Union pada tahun 80an. Maka tamatlah perang dingin yang menjadi pengimbang di antara dua kuasa besar yang berjaya mempengaruhi politik dan ekonomi dunia ketika itu. Ada lagikah kepahlawanan seperti yang ditunjukkan oleh Omar Al-Mukhtar ini di negara umat Islam sekarang ini!

Wallahualam.....



Author : Unknown Time : 6:14:00 pm Total Comment : 0

Pahit Manis Islam di Bosnia-Herzegovina

Masjid Malaysia, Bosnia
Masjid Malaysia di Ibu Kota Sarajevo, Bosnia – Herzegovina
Alhamdulillah, pada tahun yang lepas saya dipertemukan dengan seorang sahabat dari Sarajevo, Bosnia-Herzegovina yang bertugas sebagai pemandu pelancong di segenap kota Eropah dan kini berkhidmat di Rotterdam, Belanda. Saudara Muharem Mulasmajic itulah nama insan yang tenang ketika berbicara dan dari sinar matanya nyata sudah pelbagai pengalaman pahit manis yang ditempuhinya. Mahir berbahasa dalam 10 bahasa termasuk bahasa Bosnia/ Croatia/ Serbia, Arab, Inggeris, Belanda, Jerman, Sepanyol, Perancis, Itali, Parsi dan Turki (dan menyebut insya Allah Bahasa Melayu akan menjadi bahasa ke-11 dimahirinya) membuatkan saya kagum pada kebolehan beliau tersebut.

Sepanjang pengenalan ringkas, kami sempat berbincang secara agak terperinci tentang perjalanan panjang sejarah kedatangan Islam ke Bosnia, selain hala tuju negara Bosnia-Herzegovina yang merdeka kini. Selain itu, beliau turut mengisahkan sejarah sebuah negara Yugoslavia yang terdiri daripada 6 wilayah iaitu Bosnia-Herzegovina, Serbia, Montenegro, Croatia, Slovenia dan Macedonia, namun akhirnya tercatat di lipatan sejarah terlibat dalam memori duka Perang Bosnia-Serbia-Croatia yang akhirnya memecahkan Yugoslavia kepada beberapa negara tersendiri. Beliau juga meminta didoakan agar Kosovo yang kini masih di bawah cengkaman Serbia juga akan beroleh kemerdekaan. Sama-sama kita doakan kemajuan dan kebangkitan ummah. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Yugoslavia_Peta.jpg 
Yugoslavia Sekitar Tahun 1990. 1: Slovenia; 2: Croatia; 3: Bosnia-Herzegovina; 4: Serbia; 4a: Vojvodina; 4b: Kosovo; 5: Montenegro; 6: Republik Yugoslavia Macedonia; A: Lautan Adriatik

Beliau turut menceritakan dan masih segar di dalam ingatannya bagaimana perang tersebut bermula apabila tentera Serbia melancarkan peluru-peluru berpandu ke masjid-masjid ketika Muslimin Bosnia tengah menunaikan solat ‘Eidul Adha pada tahun 1991. Seperkara yang menarik dan suka untuk saya kongsikan dengan tetamu ziarah yang budiman sekalian ialah betapa Saudara Muharem Mulasmajic amat menyanjungi peranan Malaysia ketika berlaku kekejaman pembersihan etnik dan perang disebabkan perbezaan fahaman politik antara negara serumpun ini  pada tahun 1991-1996. Malah katanya, nama Malaysia sangat harum di dalam hati rakyat Bosnia khususnya mereka yang berada di Sarajevo. Sepanjang perbualan saya dengan beliau, lebih daripada 3 kali Saudara Muharem menyebut dan menyanjung tinggi (Tun) Dr. Mahathir Mohamad yang lantang bersuara dalam menyuarakan kenyataan membantah keras perang dan pembersihan etnik di Bosnia pada awal tahun 90-an dahulu. Lebih daripada itu, di Sarajevo juga ada sebuah masjid yang dinamakan Masjid Malaysia yang mana menurut Saudara Muharem dibiayai sepenuhnya pembinaannya oleh Kerajaan Malaysia.

Mengenai memori saya dan Bosnia pula, saya tentunya masih ingat isu tentang perang saudara ini ketika saya berada di antara Tahun 6 sehinggalah ke Tingkatan 3 yakni tempoh masa ketika perang ini tengah berkecamuk. Apa yang saya ingat-ingat lupa kalau tidak silap pada ketika itu ada diadakan kutipan RM1 seorang dari seluruh rakyat Malaysia oleh Barisan Bertindak Bosnia untuk membantu saudara seaqidah di Bosnia dalam menghadapi penganiyaan dan ujian dahsyat tersebut. Apa yang pasti dan saya sangat-sangat ingat sehingga ke hari ini ialah apabila di kaca televisyen ditunjukkan anak-anak Bosnia yang datang ke Malaysia dalam program anak angkat yang dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia. Cuma yang mencuit hatinya ialah sebab utama saya ingat perkara ini bukan kerana perang tersebut, tetapi kerana saya teruja melihat di televisyen betapa cantik dan comelnya anak-anak Bosnia ini.:-)

Berbalik kepada pertemuan saya dengan Saudara Muharem Mulasmajic. Sebenarnya beliau juga ada mengajak saya untuk ke Bosnia pada 11 Oktober ini dan bersama-sama beliau menyambut ‘Eidul Fitri di Sarajevo. Hati ini sesungguhnya dan sememangnya melonjak gembira dan teringin amat untuk ke sana, namun apakan daya tiket pulang ke Malaysia telah dijadualkan pada 7 Oktober ini. Lebih-lebih lagi beraya bersama keluarga di kampung juga menggamit jiwa untuk segera pulang ke Malaysia! Apapun, saya menanam tekad insya Allah suatu hari nanti saya akan menjejakkan kaki ke bumi Sarajevo, Bosnia-Herzegovina. Mudah-mudahan menjadi kenyataan. Amiin.

Central Europe Map
Peta Central Europe (Eropah Tengah) Kini

Saudara Muharem juga menceritakan kepada saya serba sedikit tentang kedatangan Islam ke Bosnia. Secara ringkas, menurut beliau Bosnia bolehlah dikatakan sebagai “daughter of Turkey”. Ini kerana menurut sejarahnya, Islam datang ke Bosnia-Herzegovina dengan dibawa dan disebarkan oleh pasukan Turki ketika Kerajaan Uthmaniyyah menduduki negara tersebut pada tahun 1463M bersamaan dengan tahun 867 Hijrah. Agama yang suci ini kemudiannya berkembang selama 400 tahun pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah di Bosnia. Menurut Wikipedia, orang Bosniak moden yang ada kini berketurunan daripada mualaf Bosnia abad ke-15 dan ke-16 yang hidup di Kemaharajaan Bosnia (mereka memanggil diri sebagai “Dobri Bošnjani” yang bermaksud “Bosnia Baik” dalam bahasa lama Bosnia) dan secara umumya  orang Bosniak merupakan penganut Muslim Sunnah Waljamaah walaupun pada sejarah, Tasawwuf telah memainkan peranan penting di negara itu. 

Saya amat tertarik dan adalah sesuatu yang wajar diteladani apabila Saudara Muharem menyatakan bahawa hikmah terbesar daripada peristiwa berdarah Perang Bosnia-Serbia-Croatia 1991-1996  ialah umat Islam lebih mempunyai semangat jatidiri Islami (Islamic esteem) selepas perang tersebut. Lebih daripada itu katanya, dengan mempunyai kerajaan sendiri kini yang ditadbir sepenuhnya oleh umat Islam, agenda Islam lebih mudah untuk dilaksanakan. Lebih membahagiakan, semangat orang Bosnia untuk kembali menghayati agama kembali membara selepas perang dengan tumbuhnya madrasah-madrasah pengajian Islam dan masjid-masjid kian diimarahkan. Malah Saudara Muharem sendiri belajar di madrasah dan amat fasih berbahasa ‘Arab dan saya menyaksikan sendiri bagaimana lancarnya bahasa ‘Arab beliau apabila berbual dengan 2 orang sahabat saya dari Oman iaitu Saudara Soud Al-Ghaitsi dan Saudara Khalil Al-Hanashi. Selain itu, beliau seorang yang sangat berpegang dengan aliran Salaf sehinggakan apabila saya ingin mengabadikan gambar bersama beliau, beliau memohon maaf dan menyatakan pendiriannya bahawa mengambil gambar adalah terlarang kecuali untuk tujuan yang sangat perlu atau tujuan keselamatan dan pentadbiran sahaja. Saya maklum, memahami dan menghormati pendirian beliau, meskipun dalam hal bergambar foto ini saya mengambil pendekatan yang lebih sederhana.  Wallahu a’lam bissawab.



Masjid Tsar – Masjid Tertua Di Sarajevo , Dibina Pada Zaman Uthmaniyyah

Alhamdulillah, pada sebelah petangnya, kami juga sempat iftar (berbuka puasa) bersama dan mengajak sekali seorang lagi kenalan iaitu Sean Patrick Former (tidak mempunyai agama tetapi percaya adanya Tuhan) dari California, Amerika Syarikat ke Majlis Berbuka Puasa percuma dan terbuka kepada semua orang awam sempena ‘Islamen Dialoog’ anjuran masyarakat Islam Turki di tengah kota The Hague. Tahniah kepada penganjur ’Islamen Dialoog’ kerana saya yakin ini adalah satu gerak dakwah yang wajar kita contohi dalam menyebarkan syiar Islam. Alhamdulillah, ramai juga orang Belanda yang hadir sama dalam program iftar perdana tersebut. Mudah-mudahan mereka beroleh hidayah iman. Amiin.

Segala puji selamanya milik Allah Ta’ala di atas jalinan persaudaraan seaqidah yang dinikmati. Pertemuan singkat tetapi amat bermakna saya dengan Saudara Muharem Mulasmajic pada hari tersebut berakhir dengan kami sama-sama menunaikan solat tarawikh di Masjid As-Sunnah di Wouwermanstraat.

DOA PERPISAHAN

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

“Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan”


Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu!
 
Buat Saudara Muharem Mulasmajic yang mulia… Alhamdulillah, ukhuwwah fillah yang terbina dirasakan sangat indah.. Mudah-mudahan kita akan berjumpa lagi di Bosnia-Herzegovina, Malaysia atau mana-mana pelusuk dunia ini. Insya Allah sekiranya tidak bertemu lagi di dunia ini, mudah-mudahan kita akan bertemu di SyurgaNya nanti. Amiin Ya Rabb!

Wallahu a’lam...

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.