Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

22/08/2012

Author : Unknown Time : 11:22:00 am Total Comment : 0

Rahsia Di Sebalik Minum Air Kencing Unta


Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakit). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis dari Sahih Bukhari)
Sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi Manusia telahpun mengenali Unta. Mereka menggunakan unta sebagai alat transport manusia dan pengangkutan barang. Di samping itu, unta juga dijadikan sebagai sumber gizi dengan meminum susu dan memakan dagingnya.
Sebenarnya Yang bermanfaat dari unta ternyata bukan hanya daging dan susunya saja tetapi juga air kencingnyaIbnu Sina, penulis kitab Al-Qanun (panduan ilmu kedoktoran), “Ketahuilah bahwa susu unta adalah ubat yang bermanfaat. Kerana susu unta mengandung zat yang dapat melarutkan secara halus dan juga mengandung zat-zat khusus yang bermanfaat. Hal ini telah dicuba kepada orang yang ditempatkan di negeri Arab.”
“Ketika tertimpa bahaya mereka diminumkan susu unta lalu Mereka pun sembuh,” dalam pernyataan beliau, “air kencing yang paling bermanfaat adalah air kencing unta Arab.”Mungkin bagi sebagian orang air kencing itu adalah suatu hal yang menjijikan dan tidak bermanfaat , namun ternyata bahawa itu adalah suatu anggapan yang salah menegnainya, sesungguhnya air kencing Unta adalah penawar yang memiliki banyak manfaat yang luar biasa.
Telah dikhabarkan oleh Rasulullah s.a.w. pada sebuah peristiwa yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa datang kepada rasulullah orang Urainah (di Madinah). mereka sakit kerana tidak sesuai dengan cuaca di Madinah. Dan rasulullah s.a.w. pun menyuruh mereka mencari unta, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu, Mereka pergi dan melakukan apa yang diperintahkan oleh Baginda s.a.w, dengan izin Allah Ta’ala Setelah meminumnya mereka sembuh dari penyakit tersebut.
Susu Dan Air Kencing Unta Mengubati Penyakit Kanser
Banyak orang yang putus harapan kerana penyakit yang sangat berbahaya ini. Apatah lagi yang telah dijangkakan tidak lama untuk hidup.
Kanser merupakan suatu penyakit yang disebabkan olehpertumbuhan sel-sel jaringan tubuh yang tidak normal. Dalam keadaan normal, sel hanya akan membahagikan diri untuk mengantikan sel-sel yang telah mati dan rosak sahaja.
Sebaliknya, bagi sel-sel kanser, ia akan membahagi dengan cepat menyebabkan pertumbuhan tidak normal. Bukan itu sahaja, kanser menyebabkan kerosakan organ yang terlibat dalam proses pembahagian tersebut. Kanser adalah merupakan suatu penyakit yang amat berbahaya.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya sekalipun penyakit itu amat berbahaya .namun kaedah perubatan untuk penyakit ini masih menjadi rahsia bagi manusia, melainkan apa yang telah diberitahu oleh Allah.
Rahsia tersebut telah terjawab apabila kajian telah dilakukan pada air susu dan air kencing unta.
Air kencing dan susu unta dapat mengubati kanser. Kajian telah dilakukan kepada penderita penyakit kanser. Kajian telah dilakukan dengan tidak membenarkan mereka makan selama 40 hari melainkan hanya dibenarkan minum susu unta dan sedikit air kencing unta yang masih muda. Alhamdulillah, selepas daripada itu, mereka sembuh sepenuhnya. Kesembuhan tersebut merupakan rahmat kurniaan Allah.
Air kencing unta memiliki kandungan zat-zat yang bermanfaat seperti kalium,albumin dan magnesium yang tinggi. Kaedah perubatan air kencing unta ini pernah dijadikan karya tulisan ilmiah olehIr.Muhammad Auhaj Muhammad. Beliau menghuraikan kaedah perubatan ini telah lama ditemui sejak berabad-abad yang lalu. Dalam karya beliau, dapat disimpulkan di sini bahawa air kencing unta memiliki kepekatan yang tinggi berbanding air kencing lain dan sangat berkesan dalam membasmi virus dan bakteria.
Selain kanser, ia dapat merawat rambut gugur dengan cara memperkuatkan rambut. mereka yang mengalami masalah ini boleh mengunakan air kencing unta khususnya air kencing unta yang masih muda.
Susu unta juga mempunyai khasiat yang luar biasa. Pada zaman dahulu, orang-orang Arab akan minum susu untuk merawat perbagai penyakit seperti sakit perutedema (bengkak),masalah hatiasmasesak nafas dan kencing manis. Ia juga dapat menguatkan gigi danmenjaga gusi kerana di dalam susu unta terdapat vitamin C.
Berdasarkan penyelidikan para pakar dan ilmuwan, didapati di dalam susu unta terdapat asid amino yang susunannya menyerupai susunan hormone insulin.
Susu unta juga mempunyai kadar lemak yang sedikit, antara 1,2-2,8%.selain itu, ia juga memiliki kandungan yang mampu melawan racun dan bakteria .Di sebalik khasiat susu untayang luar biasa, ternyata di dalamnya terdapat kadar susu yang sangat tinggi mencapai peratus antara 84-91%. Tidak ada mana-mana susu pun dapat menyamai kadarnya. Susu unta juga mampu bertahan sehingga 12 hari. Subhanallah.
Dr. Fatin Abdurrahman Khursyid(gambar), ilmuwan Saudi yang juga staf King Abdul Aziz University (KAAU)dan Presiden Tissues Culture Unit di Pusat Penelitian Medik King Fahd itu, setelah melakukan penelitian selama lima tahun menemukan bahwa air kencing unta dapat melawan sel kanser dengan baik.
Beliau juga mengatakan bahwa air kencing unta mengandung zat alami yang boleh membasmi sel berbahaya, serta menjaga sel-sel sihat pada pengidap kanser. Penyakit kanser yang boleh disembuhkan dengan susu dan air kencing untameliputi kanser paru-parukanser darahkanser perutkanser usus besartumor otak, dankanser payudara.
Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear
Ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk, selepas letupan di loji Nuklear Fukushima 1, katanya: “Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.”
Dr Fatin berkata lagi, “dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.”
Kemukjizatan Hadis Nabi Mengenai Susu Dan Air Kencing Unta
Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi akhir zaman telah menunjukkan kepada kita melalui Hadis-hadisnya beberapa teladan yang berguna kepada umatnya termasuklah dalam bidang perubatan sejak 1400 tahun lagi. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah menyarankan supayameminum air kencing unta sebagai penawar kepada penyakit yang mereka alami, hal ini tercatit didalam Hadis Sahih Bukhari.
Didalam Hadis Sahih al-Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a. bahawa suatu kaum dari Urainah menghadap Rasulullah s.a.w. Mereka berkata kepada Nabi; “ Kami mengalami masalah di Madinah. Perut kami kembung dan anggota badan kami terluka.” Lalu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan mereka untuk mencari peternak unta. Lalu, mereka meminum susu dan air kencing unta sehingga perut kembungnya sembuh dan kulitnya membaik. (Hadis Sahih Bukhari)
Didalam hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. mengarahkan supaya air kencing unta diminum sebagai rawatan kepada penyakit yang dialami oleh kaum tersebut. Air kencing adalah najis namun dibenarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk diminum sebagai perubatan penawar kepada penyakit.
Hadis di atas jelas menerangkan bahawa susu dan kencing unta menjadi ubat untuk beberapa penyakit.
Perut kembung disebabkan oleh radang usus besar kerana terkumpulnya zat atau enzim padanya, atau bergabungnya ratusan protein di rongga perut yang dikenal dengan edema.
Penyakit tersebut boleh diubati dengan memanfaatkan susu dan air kencing unta, kerana tambahan zat antibodi yang terdapat pada susu dan kencing unta merupakan rahsia kesembuhan atau memperbaiki berbagai penyakit seperti penyakit radang hati atau heptitis B dan C, beberapa radang usus besar yang kronis, berbagai macam penyakit kanser yang masih baru, serta gangguan pencernaan.
Itulah pelbagai keterangan dan khasiat yang dikeluarkan oleh Allah Swt yang dapat menyembuhkan segala penyakit sudah tentulah dengan keizinan Allah Ta’ala.
Semua itu mengharuskan kita untuk merenungi firman Allah Ta’ala tentang bagaimana penciptaan unta dibandingkan dengan binatang lain. Terkaitlah hal ini sepertimana Firman Allah Swt yang bermaksud:
“(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?” (Surah Al-Ghaasyiyah 88:17)
Hukum Berubat Dengan Minum Air Kencing Unta
Para ulama’ membolehkan berubat dengan minum air kencing unta.
Antara dalil mereka adalah seperti berikut :
Pertama : Hadis ‘Urayinin
Anas r.a. berkata: “Beberapa orang dari Ukal atau dari Urainah datang ke Madinah, sedangkan cuaca kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka selalu sakit-sakitan). Maka Rasulullah s.w.a menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui, dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan sehiggalah mereka sihat….” (Hadis Sahih Bukhari)
Hadis di atas bagi sebahagian yang mengatakan bahwa air kencing unta tidak najis, maka tidak ada masalah. Dan dibolehkan berubat dengan sesuatu yang tidak najis.
Bagi yang mengatakan bahwa air kencing unta najis, maka peristiwa dalam hadis tersebut adalah kerana darurat. Sehingga dibolehkan berubat dengan air kencing unta. Air kencing unta tetap najis, akan tetapi mereka mengharuskannya bagi tujuan perubatan.
Berkata Khatib Syarbini didalam Mughni Muhtaj:
“Adapun perintah Rasulullah s.a.w. kepada al-‘Arayinin untuk meminum kencing unta, tujuannya adalah untuk pengubatan. Dan pengubatan dengan sesuatu yang najis dibolehkan, jika memang yang suci tidak boleh menggantikannya . “ (Mughni Muhtaj)
Kedua : Hadis Ibnu Abbas
Rasulullah bersabda ; “Sesungguhnya dalam air kencing unta dan susunya boleh untuk mengubati sakit perut mereka (rusak pencernaannya)“. (HR. Ahmad, Thabrani dan Thohawi)
Hadis di atas secara tegas menyatakan bahwa air kencing unta dan susunya adalah ubatuntuk sakit pencernaan, dan ini menunjukkan kebolehan berubat dengan keduanya.
Ketiga: Secara Kajian Ilmiah
Terbukti secara ilmiah dan kajian saintifik bahwa air kencing unta yang dicampur dengan susu untaboleh menyembuhkan belbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser,leukemia (kanser darah)hepatitispenyakit gula (diabetes), dan penyakit kulit.
Dengan berpandukan dalil-dalil diatas ini menunjukkan bahawa air kencing unta boleh digunakan bagi tujuan perubatan.

Wallahu’alam….

Author : Unknown Time : 11:18:00 am Total Comment : 0

Hari Kiamat “Menangis”


LUASNYA RAHMAT ALLAH SWT
Firman Allah SWT: “Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu”. Allah berfirman: “Azabku, akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami.” [Surah Al-A'araf:156]
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasullah s.a.w. bersabda: Allah SWT menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagia. Dia menahan di sisiNya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya.
(HR. Imam Bukhary dan Muslim)
Surah Al-Haqqah
Bacaan Surah Al-Haqqah daripada Sheikh Mohammed Mohaisny berserta esak tangis yang kuat daripada hafiz / qari.
(Pembetulan) Surah Al-Haqqah Ayat 46 – Kemudian sudah tentu Kami akan memutuskan tali jantungnya (supaya dia mati dengan serta merta).
_______________
Sadid / air danur – nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka.
Firman Allah: “Di hadapan mereka ada neraka Jahannam dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar dari tubuh ahli neraka).” [S.Ibrahim: 16]

Tanda-Tanda Hari Kiamat Menurut Hadith
Diantaranya:
1- Zina bermaharajalela.
“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” (Sahih Muslim)
2- Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” (Abu Hurairah r. a)
3- Penaklukan Baitulmuqaddis.
“Dari Auf b. Malik r. a. Rasulullah s. a. w. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari)
4- Bermaharajalela alat muzik.
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” (Ibnu Majah)
5- Menghias masjid dan membanggakannya.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” (Riwayat Nasai)
6- Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” (Riwayat Ahmad dan Hakim)
7- Ramai orang soleh meninggal dunia.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.” (Riwaya t Ahmad)
8- Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia” (Riwayat Thabrani)
9- Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” (Riwayat Ahmad)
10- Bulan sabit kelihatan besar.
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” (Riwayat Thabrani)
11- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” (Sahih Muslim)

Wallahu’alam….

Author : Unknown Time : 11:16:00 am Total Comment : 0

Proses Penentuan Jantina Mengikut Al-Quran



Dalam surah an-Najm ayat 45-46, Allah menjelaskan, “Dialah yang menciptakan kamu berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, daripada nuthfah, apabila dipancarkan.”
Nuthfah, mengikut tafsiran yang sahih, bermaksud air mani yang sedikit. Seperti yang disebutkan sebelum ini mengikut Imam Qartubi didalam al-Jamik li Ah Kamil Quran, nuthfah bermaksud,”Air mani lelaki, ia dinamakan nuthfah disebabkan jumlahnya yang sedikit iaitu airnya yang sedikit.” Oleh kerana air mani adalah sperma yang bercampur dengan cecair yang dikeluarkan oleh beberapa alat jantina lelaki, justeru nuthfah yang bermaksud ‘jumlah yang sedikit’ membawa maksud sperma. Hal ini disebabkan daripada air mani yang banyak satu bahagian kecil atau sedikit sahaja daripadanya yang diperlukan bagi proses persenyawaan. Yang sedikit yang menjadi penentu itu adalah sperma. Justeru didalam kamus Hans Wehr A Dictionary of Modern Written Arabic, perkataan nuthfah diterjemahkan sebagai drop, spermiaitu setitik atau sperma.
Justeru ayat ini dengan jelas menunjukkan, dalam proses kejadian manusia, penentuan jantina seorang bayi ditentukan oleh nuthfah iaitu benih lelaki yang terdapat dalam air mani. Kenyataan ini adalah selari dengan penemuan sains semasa. Hal ini disebabkan secara umumnya rupa bentuk seseorang bayi secara teroerinci ditentukan oleh 46 kromosom dan daripada 46 kromosom ini dua daripadanya adalah kromosom seks. Kromosom seks inilah yang samada seseorang bayi menjadi lelaki atau perempuan.
Y dan XX
Benih lelaki iaitu sperma, mempunyai kromosom seks ‘XY’ dan benih wanita iaitu ovum, mengandungi kromosom seks ‘XX’. Semasa proses persenyawaan berlaku antara benih lelaki atau perempuan, kromosom seks lelaki berpisah menjadi X dan Y dan kromosom seks wanita berpisah menjadi X dan X. Salah satu daripada kromosom seks lelaki bercantumdengan salah satu daripada kromosom seks perempuan bagi menentukan status jantina seseorang bayi.
Oleh kerana kedua-dua kromosom seks wanita adalah sama-sama iaitu X dan X, sedangkan kromosom seks lelaki adalah berbeza iaitu X dan Y, maka yang menentukan samada seseorang bayi menjadi lelaki ataupun perempuan adalah kromosom lelaki. Sekiranyakromosom X lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi perempuan. Sebaliknya, apabila kromosom Y lelaki bercantum dengan kromosom X perempuan, maka bayi itu menjadi lelaki. Justeru benarlah kenyataan Allah yang mengatakankejadian lelaki dan perempuan ditentukan oleh nuthfah atau sperma lelaki. – Dr. Danial Zainal Abidin
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”(Surah Al-Insaan 76:2)
“Dialah yang membentuk kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana dikehendaki-Nya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (surah A-li’Imraan 3:6)
Wallahu’alam….

21/08/2012

Author : Unknown Time : 7:18:00 pm Total Comment : 0

AJAL DI TANGAN ALLAH




Allah Ta'ala berfirman:


Maksudnya:

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah an-Nisa': 78)

Allah berfirman yang bermaksud:

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah an-Nisa': 78) 

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang manusia itu tidak boleh memisahkan dirinya dari ajal kematian. Seseorang itu pasti akan menempuhi maut sama ada dia berada di medan perang atau di atas hamparan.

Orang yang benar-benar mulia mahu mati di medan perang sebagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Khalid Ibnul Walid r.a. ketika ia didatangi tanda-tanda mati (naza'), beliau berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan (menyertai) peperangan yang banyak (sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehingga zaman Umar Ibnul Khattab menjadi khalifah). Tubuhku dipenuhi dengan parut-parut luka akibat tusukan senjata musuh. Tetapi kini (dukacitanya) aku mati di atas hamparanku sebagai seorang pengecut."

Khalid mengharapkan mati syahid di medan peperangan tetapi Allah menentukan dia mati di atas hamparan permaidani di rumahnya bukan di medan perang, menandakan bahawa ajal ditetapkan oleh Allah, tiada siapapun boleh mengubahnya walaupun seseorang itu mengharungi banyak medan peperang.

Sesiapapun bila ditentukan matinya di sesuatu tempat dia akan pergi ke tempat itu ketika sampai ajalnya. Ini adalah penentuan dari Allah SWT.

Maut akan memanggil kamu walaupun kamu berada dalam 'Buruj Musyayyadah'. Ulama berselisih pendapat dalam mentafsirkan ayat ini. Ada yang mengatakan ia bermaksud kota yang teguh dan tinggi. Setengah ulama berpendapat yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah singgahsana dan istana-istana. Seorang raja akan mati walaupun duduk di atas singgahsana yang dikawal rapi dalam istana.

Ulama' lain berpendapat ia bermaksud berada dalam istana yang dipagari kota yang teguh.

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan kalau mereka memperolehi kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah," dan kalau mereka ditimpa bencana, mereka berkata: "Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu." (Surah an-Nisa': 78) 

Ini adalah ucapan orang-orang munafiq yang hidup dalam saf orang Islam. Ulama berkata yang dimaksudkan dengan kebaikan di sini ialah suburnya tanaman, anak dan keluarga semuanya berada dalam keadaan sihat.

Sebaliknya apabila mereka ditimpa bencana seperti tanaman tidak subur, anak tidak sihat atau meninggal dunia mereka pula berkata ini adalah sial dari Muhamad s.a.w. Inilah ucapan pengikut Fir'aun ketika menentang Nabi Musa a.s. sebagaimana diceritakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:

"Apabila mereka memperolehi kebaikan, mereka berkata: "Kebaikan ini untuk kami semua," apabila ditimpa kejahatan mereka pula berkata: "Ini adalah sial Musa dan pengikut-pengikutnya." (Surah al-A'araf: 131).

Berkata setengah ulama' bahawa yang dimaksudkan dengan kebaikan itu ialah kemenangan yang dicapai dalam Peperangan Badar manakala yang dimaksudkan dengan keburukan itu ialah ujian yang diterima dalam Peperangan Uhud.

Dalam peperangan Badar, orang Islam mencapai kemenangan walaupun berjumlah 313 orang sahaja. Mereka diberi kemenangan oleh Allah dan dapat menawan musuh. Ketika itu golongan munafiq berkata: "Ini adalah dari sisi Allah. Kami tidak boleh pergi ke medan kerana keuzuran." Padahal mereka tidak berhasrat untuk berjuang bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dalam peperangan tersebut.


Wallahu'alam....

Author : Unknown Time : 7:14:00 pm Total Comment : 0

USTAZ HARUN DIN TUMPASKAN MUBALIGH HINDU



Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Hindu

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."


Mohammad Fitri Abdullah

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Wallahu'alam....

Dipetik Dari: halaqah.net

Author : Unknown Time : 6:50:00 pm Total Comment : 0

Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh a.s



Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia. Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
 
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
 
Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]
 
Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.
Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa ‘profesion’ Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.




Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).
Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.



Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.
Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandungi radioaktif


Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.


Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.
Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
Qs.Al-An’am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.
——————————————————————————————————————–
p/s : Segala fakta dan gambar di atas (kesan radioaktif di Mohenjo-Daro, bateri Baghdad, cakera padat Dropa, loji nuklear di Oklo), hanyalah fakta sokongan kepada ‘kemajuan teknologi umat zaman terdahulu‘ dan tidak merujuk kepada zaman Nabi Nuh as.
Segala kemusnahan kehebatan teknologi yang kita umat manusia banggakan juga telah berjaya difaktakan dengan kejadian beberapa kali tragedi tsunami seperti acheh dan jepun,, lihatlah bagaimana tsunami melenyapkan teknologi buatan manusia dengan sedikit sahaja sisa yang ditinggalkan. Maka bayangkan bahana Banjir Besar zaman Nabi Noh itu yang menenggelamkan dunia, sudah pasti hampir kesemua teknologi itu musnah hampir tranpa bersisa
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami TEGUHKAN KEDUDUKAN MEREKA di muka bumi, iaitu KETEGUHAN YANG BELUM PERNAH KAMI BERIKAN KEPADAMU, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. Qs.Al-An’am: 6

Wallahualam....

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.