Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

22/12/2012

Author : Unknown Time : 7:02:00 pm Total Comment : 0

:: Qarun yang tamak ::


“Sesungguhnya Qarun adalah salah seorang dari kaum Musa (bangsa Israel), kemudian ia dianiaya kepada bangsanya. Telah Kami berikan kepadanya harta yang banyak, sehingga anak-anak kunci gudang-gudangnya  amat berat dipikul oleh orang banyak yang kuat-kuat. Ketika kaumnya berkata kepadanya: Janganlah engkau terlalu bangga, Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.” (Surah al-Qasas : 76)

Pada zaman Nabi Musa, ada seorang yang bernama Qarun. Allah telah memberikannya harta kekayaan yang sangat banyak. Dengan kekayaan yang ada padanya, Qarun menjadi sombong dan bongkak. Qarun hidup dengan penuh kemewahan.

Maka Allah SWT telah memerintahkan Nabi Musa agar mengajak Qarun membuat kebajikan. “ Hai Qarun, harta ini adalah kurniaan Allah SWT kepada kamu. Janganlah kamu sombong dan bongkak dengan harta kekayaan kamu ini. Jadilah seorang yang berpekerti luhur serta mengesakan Allah SWT,” kata Nabi Musa kepada Qarun.

“Aku memperolehi harta benda ini dengan tenaga dan ilmu yang ada padaku,” jawab Qarun dengan sombong.

Qarun tidak mengendahkan ajakan Nabi Musa supaya membuat kebajikan. Qarun semakin giat menambah harta kekayaannya dan menjadikan dia semakin sombong.
Pada suatu hari, Qarun telah keluar dengan pakaian dan perhiasannya yang mahal dan mewah. Dia menuju ke tempat orang ramai. Seluruh penduduk kampungnya keluar melihat Qarun dengan harta kekayaannya. Penduduk kampung  merasa sedih kerana mereka hidup melarat dan miskin sedangkan Qarun hidup dengan senang-lenang.

Melihat kepada kesombongan dan keangkuhan Qarun itulah, Orang-orang beriman turut menasihati dengan berkata, “ Kami tidak iri hati melihat kekayaanmu, kami juga tidak melarang kamu bergembira dengan harta kekayaanmu, tetapi kami mahu mengingatkan kepada kamu supaya menambah harta dengan jalan yang halal dan menggunakan hartamu itu pada jalan Allah. Hendaklah kamu tolong orang-orang miskin dengan memberi sedikit daripada hartamu. Berbuat baiklah kepada mereka sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.”

Allah SWT telah menurunkan wahyu kepada nabi Musa supaya mengumumkan kewajipan menunaikan zakat bagi orang kaya. Maka zakat itu akan dibahagi-dibahagikan kepada orang-orang yang miskin. Nabi Musa juga telah menyampaikan kepada Qarun.
“Ada-ada saja perintah Tuhan Musa,” ejek Qarun.

“Hai Qarun ini adalah perintah Allah SWT. Aku sampaikan kepadamu kerana aku adalah pesuruh-Nya,” jawab Nabi Musa.

Qarun tidak mahu mengikut perintah Allah SWT, malah dia mengejek-ejek dan memburukkan Nabi Musa di hadapan orang ramai. Nabi Musa bersabar mendengar kata-kata Qarun.

Lalu Nabi Musa memohon doa kepada Allah agar orang ramai tidak tersesat seperti Qarun. Maka Allah SWT telah memakbulkan doa Nabi Musa. Lantaran itu, tibalah bencana dari Allah SWT. Tanah di sekitar istana gudang-gudang kekayaan  Qarun pecah dan runtuh. Akhirnya harta kekayaannya tenggelam ke dalam perut bumi dan menguburkan jasad Qarun di situ. Tamatlah riwayat Qarun dan harta kekayaannya. Melihat kepada kejadian itu, orang ramai yang miskin dan melarat itu insaf..

PENGAJARAN:
~Seseorang yang dikurniakan harta kekayaan hendaklah membelanjakan hartanya kepada  jalan Allah s.w.t.
~Seseorang itu tidak boleh sombong dan bongkak dengan harta kekayaan yang  ada padanya.



Wallahu’alam..

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.