Untuk menjadi renungan pengajaran iktibar dan tauladan kepada kita
semua, semoga dengan ini akan menimbulkan keinsafan dan kesedaran dalam
diri kita iaitu kekuasaan, kebesaran dan keagungn Allah SWT.
Pada suatu hari sekumpulan perompak sedang mara ke sebuah gunung pasir
untuk menjalankan kegiatan harian mereka untuk memeras ugut setiap orang
yang lalu di jalan itu dan mengambil barang-barang nya. Kerana
seronoknya merompak dan mencuri, mereka tidak sempat balik ke markas
sehingga malam. Mereka pun mencari tempat bermalam dan berjumpa dengan
sebuah rumah yang di huni oleh sepasang suami isteri dan anaknya.
Mereka pun mengetuk pintu rumah itu, penghuni rumah keluar dan ternyata
sekumpulan orang bersenjata lengkap berdiri di hadapan puntu mereka.
Siapa kalian ini tanya tuan rumah, ketua perompak menerangkan bahawa
mereka adalah sebahagian dari pasukan tentera yang sedang berperang.
Oleh kerana waktu telah malam, perang di hentikan dan mereka terpaksa
mencari tempat untuk bermalam. Bolehkah kami ini bermalam di rumah tuan,
kata ketua perompak, boleh kata tuan rumah. Lalu mereka di jemput
masuk. Tuan rumah sangat gembira menerima tetamu para pejuang itu, dia
melayan mereka dengan sebaik-baiknya kerana ingin mendekatkan diri
kepada Allah dan mendapatkan berkat para pejuang yang berperang di jalan
Allah.
Kebetulan tuan rumah mempunyai seorang anak yang lumpuh. Walaupun
usianya sudah bertahun-tahun namun anak itu tidak dapat berdiri. Kalau
berjalan hanya mengheret atau sambil duduk sahaja. Teringatlah tuan
rumah bahawa orang yang berperang di jalan Allah do’anya makbul dan
sisa-sisa barang yang di pergunakannya mempunyai khasiat tinggi dengan
izin Allah. Mereka dengan keyakinan dan itikad yang baik dan tulus
ikhlas kerana Allah. Tuan rumah mengambil sedikit sisa-sisa air yang di
pergunakan oleh tetamu nya itu, dia berkata kepada isterinya, sila
lapkan air ini pada anggota tubuh anak kita, mudah-mudahan Allah
menyembuhkannya dengan berkat pejuang itu. Si isteri mengikut apa yang
diperintahkan oleh suaminya, dia pun mengelap badan dan kaki anaknya dengan
air dan sisa itu. Sambil berdo’a kepada Allah semoga anaknya dapat
berjalan berkat pahlawan yang sedang berperang yang jadi tetamunya.
Pada pagi hari, para tetamu itu minta izin untuk meneruskan perjuangannya, mereka pun pergi ke suatu tempat yang telah di
tentukan.Di sana lah mereka beraksi merompak dan merampas setiap barang
berharga yang di jumpainya. Maka banyaklah harta yang di perolehi nya
apabila hari telah petang dan sekejap lagi malam pun tiba. Para perompak
itu balik semula ke rumah tuan yang di tumpangi nya. Sebaik sahaja
sampai di hadapan rumah yang mereka tumpang itu, mereka ternampak anak
tuan rumah yang lumpuh itu tiba-tiba tegak berdiri dan berjalan seperti
tidak pernah sakit sama sekali. Mereka sangat hairan kerana pagi tadi
anak itu masih berjalan mengheret tubuhnya dan setelah petang keadaan
berubah serta merta. Tuan, apakah ini anak yang lumpuh itu tanya si
perompak? Tuan rumah menjawab, ya betul. Bukankah pagi tadi kami nampak
dia berjalan dan mengheret tubuhnya, tanya nya lagi. Tuan rumah
menjawab, ya memang betul. Kemudian tuan rumah menerangkan, kami
mengambil sisa-sisa air yang di pakai oleh tuan sekalian. kemudian kami
lapkan kepadanya dengan harapan semoga Allah menyembuhkannya,dengan
berkat tuan-tuan sekelian sebagai tentera yang berjuang di jalan Allah
dan ternyata mujarab. Mendengar keterangan itu, tiba-tiba para perompak
itu menangis dan mencampakkan barang-barang yang ada di tangan mereka,
kemudian dengan terus terang mereka berkata, ketahuilah wahai tuan yang
baik hati, sebenarnya kami bukanlah tentera yang berjuang menuju di jalan
Allah. Sebagaimana yang kami dakwa’an itu bahkan kami adalah sekumpulan
pencuri dan perompak, perampas barang-barang orang yang lalu lalang.
Adapun kesembuhan anak mu itu tak lain hanyalah semata-mata kerana
keyakinan dan itikad mu.
Tuan rumah bersama isterinya sangat terkejut mendengar pengakuan para
tetamu yang dihormatinya itu. Walau bagaimana pun kedua-duanya sangat
gembira kerana anaknya telah disembuhkan oleh Allah kerana keikhlasan
dan keyakinannya dalam memberikan ubat pada anaknya. Para perompak terus
menangis dan sangat terharu terhadap keikhlasan tuan rumah yang
melayani mereka.
Kini mereka sedar akan kelakuan yang menyimpang selama ini, kemudian
mereka berkata, sekarang kami telah sedar dan kami bertaubat kepada
Allah SWT. Sejak peristiwa itu para perompak bersenjata itu telah
merubah corak kehidupan mereka menjadi para
pejuang di jalan Allah. Mereka bergabung dengan pasukan islam
menentang musuh senjata yang dulunya digunakannya untuk mengancam mangsa
yang tidak berdosa kini digunakannya untuk menyerang orang kafir.
Begitulah kehidupan mereka hingga menemui ajal di medan perjuangn.
Begitulah sebuah kisah sejarah islam mengenai Kisah Taubatnya Sekumpulan
Perompak.yang tulus ikhlas kepada Allah.
No comments:
Post a Comment