Di
ceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
Nasa’ei bahawasanya Sahal bin Hanif bercerita pada anaknya. Satu hari
Rasulallah SAW keluar daripada negeri Madinah dengan beberapa orang
sahabatnya. Maka berjalanlah Rasulallah dengan diikuti oleh
sahabat-sahabatnya ke suatu tempat yang ada padang air hingga sampai lah
mereka ke suatu tempat yang bernama Syabulgurur. Setelah sampai pada
tempat tersebut, maka Sahal bin Hanif mandi kerana dia adalah salah
seorang mengikuti Rasulallah SAW. Sahal memiliki tubuh yang putih bersih
lagi bagus dan manis rupanya.
Ketika dia mandi, maka seorang sahabatnya yang ikut serta dalam rombongan
Nabi SAW itu yang bernama Amir bin Robi’ah memandang tubuh Sahal yang putih
itu. Melihat tubuh Sahal yang putih bersih itu, lalu Amir berkata
‘belum pernah aku melihat seperti hari ini orang yang berkulit putih dan
bagus seperti kulit Sahal ini’. Apabila Amir bin Robi’ah selesai
bercakap demikian itu lalu Sahal bin Hanif jatuh tidak dapat berdiri
lagi. Orang-orang yang menyaksikan Sahal terjatuh itu segera pergi untuk
melaporkam kejadian tersebut pada baginda Rasulallah SAW, mendengar
berita itu Nabi bertanya pada mereka. Adakah di antara kamu yang
memandng Sahal dengan pandangan dengan yang dapat memberikan kemudaratan
padanya?, jawab para sahabat, benar ya Rasulallah iaitu Amir bin
Robi’ah yang memandang Sahal dengan pandangan yang memudaratkan.
Kemudian beginda Rasulallah memangil Amir bin Roi’ah dan memarahinya.
Seraya bersabda, ‘mengapakah kamu membunuh saudara mu sendiri sesama
islam? ‘kenapa pula kamu tegur semasa melihat tubuhnya ketika dia mandi?
‘kamu katakan putih, kamu katakan pula elok dan lain-lain lagi?..
Ingatlah lain kali jika melihat sesuatu yang indah hingga kamu berkenan
dan suka padanya maka janganlah kata seperti itu tetapi ucapkan lah semoga
Allah memberikan keberkahan padanya. Setelah itu baginda Rasulallah SAW
bersabda pada Amir. ‘Hai Amir oleh kerana Sahal mendapat mudarat pada
engkau maka mandilah kamu. Mendapat perintah baginda Rasulallah, lalu
Amir segra pergi mandi kemudian sembutlah yang lain dengan membawa satu
bekas air lalu membasuh mukanya dua tangannya, dua sikunya, dua
lututnya, hujung dua kakinya dan bawah rusuk pinggangnya kemudian di
suruh hirup beberapa kali. Setelah itu di jirus air yang di dalamnya
satu bekas tadi dan atas kepalanya hingga merata ke belakangnya. Selepas
itu bekas air tersebut di cengkelupkan. Bila selesai Amir melakukan hal
yang demekian itu lalu Sahal bin Hanif dapat bangkit dan dapat berjalan
sebagaimana mulanya dan hilang lah penyakit yang mengenai dirinya
akibat dari pandangan Amir tadi.
Demikian tadi kisah sejarah islam memaparkan kisah Tajamnya Pandangan
Mata. Mata adalah salah satu pancaindera yang di anugerahkan Allah dan
sangat besar manfa’atnya bagi kita manusia dan juga makhluk-makhluk yang
lain. Tapi hendaklah mata itu gunakan pada tempat yang di tuntut oleh
syarak apabila mata kita tidak di manfa’atkan dengan semestinya, maka
itu akan menimbulkan dengan hal-hal yang tidak baik sepert sifat iri,
rasa dengki, cemburu dan lainnya. Demikian juga mata akan mendapat
akibat buruk terhadap orang-orang lain apabila kita gunakan mata dengan
pandangan yang buruk. Oleh itu, gunakan lah pancaindera kita dengan
sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment