Asal Usul Kaum Syiah
Saidina Uthman bin Affan diangkat menjadi
Khalifah selepas Umar bin Khatab dibunuh oleh musuh dalam selimut
daripada golongan kaum munafik. Ketika itu, keadaan masih lagi dilanda
pergolakan dan keresahan.
Dengan ketegasan sikap dan kebijaksanaan
Uthman, suasana pemerintahan dapat dikendalikan secara aman dan pada
masa itu, ramai pemeluk Islam, termasuk seorang pemuda Yahudi dari Yaman
bernama Abdullah bin Saba'.
Bagaimanapun, Abdullah bin Saba'
mempunyai tujuan lain apabila memeluk Islam. Dia berharap Khalifah
selaku penguasa negara Islam akan memberi penghormatan kepadanya lalu
dia berangkat ke Madinah dan meminta izin mengharap Khalifah.
Dia
kemudian menyampaikan keinginannya supaya diberi kedudukan tinggi di
satu jabatan terpenting dalam bidang apa saja. Namun Khalifah Uthman
menolak dan berkata," Aku hanya Pelayan Umat, aku diangkat menjadi
Khalifah bukan atas keinginan aku, tetapi kesepakatan umat Islam".
Khalifah
Uthman berkata lagi,"Tidakkah tuan tahu bahawa jawatan bukan satu
kehormatan, tetapi satu amanah. Apakah tuan sanggup memikul amanah itu,
sedangkan tuan baru memeluk Islam dan lebih daripada itu tidak layak
sesuatu kedudukan diminta atau diminati kerana Allah yang memberi atau
mencabut kedudukan seseorang".
Akibat dari peristiwa itu, Abdullah
bin Saba' menyimpan dendam kepada Khalifah Uthman, umat Islam dan Agama
Islam. Maka, antara dakyahnya ialah menabur fitnah kepada orang ramai
yang pewaris Nabi dan Khalifah yang sah adalah Saidina Ali bin Abi
Talib.
Sebahagian daripada masyarakat terpengaruh dengan hasutan itu
sehingga mereka menubuhkan kumpulan yang dipanggil SYIAH SABA'IYAH iaitu
kaum Syiah sekarang ini.
Berita busuknya fitnah yang disebarkan oleh
Abdullah bin Saba' sehingga dia berani berkata," Sesungguhnya yang
menjadi Nabi pilihan Allah adalah Ali bin Abi Talib. Hanya kebetulan
pada ketika itu malaikat Jibrail mengantuk sehingga wahyu Allah
diberikan kepada Muhammad, iaitu orang yang tidak berhak".
Mendengar
khabar beracun itu, Ali bin Abi Talib sangat marah dan ketika beliau
diangkat menjadi khalifah keempat mengganti Uthman, beliau memerintahkan
Abdullah bin Saba' diusir dari Madinah.
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment