Mazhab / aliran Fikih
Terdapat empat mazhab yang paling banyak diikuti oleh Muslim Sunni.
Di dalam keyakinan sunni empat mazhab yang mereka miliki sah untuk
diikuti, perbezaan yang ada pada setiap mazhab tidak bersifat
fundamental. Perbezaan mazhab bukan pada hal Aqidah (pokok keimanan)
tapi lebih pada tata cara ibadah. Para Imam berkata bahawa mereka hanya
ber-ijtihad. Mengikuti hasil ijtihad tanpa mengetahui dasarnya adalah
dilarang, kerana rujukan kita adalah Rasulullah saw.
Hanafi
Didirikan oleh
Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di
Asia Selatan (
Pakistan,
India,
Bangladesh,
Sri Lanka, dan
Maldives),
Mesir bahagian Utara, separuh
Iraq,
Syria,
Lubnan Turki,
Uzbekistan,
Turkmenistan,
Tajikistan,
Kazakhstan,
Kyrgystan,
China,
Bosnia dan
Palestin (campuran Syafie dan Hanafi), Kaukasia (
Chechnya,
Dagestan). Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi 2 empayar islam terbesar iaitu
Abbasiyah dan
Turki Uthmaniyah
Maliki
Didirikan oleh
Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara
Afrika Barat dan Utara seperti
Morocco,
Algeria,
Tunisia,
Libya,
Sudan,
Mauritania,
Mesir bahagian selatan,
Nigeria,
Senegal dan
Ghana. Mazhab ini mempunyai keunikan dengan menyodorkan tatacara hidup penduduk Madinah sebagai sumber undang-undang kerana Nabi
Muhammad hijrah, hidup dan wafat di sana dan terkadang kedudukannya dianggap lebih tinggi dari
hadis.
Syafi'i
Diasaskan oleh
Imam Syafie yang mempunyai penganut sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utara
Iraq,
Kurdistan,
Iran (semasa zaman
Seljuk),
Mesir (semasa zaman
Ayyubiyah),
Somalia,
Yaman di wilayah
Hadramaut,
Indonesia ,
Thailand,
Singapura,
Filipina,
Sri Lanka dan menjadi mazhab rasmi negara
Malaysia dan
Brunei.
Hambali
Bermula oleh para murid
Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah
Semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang saat ini dianut di
Arab Saudi.{{ fact))
No comments:
Post a Comment