Ketika dia mandi, maka seorang sahabatnya yang ikut serta dalam rombongan Nabi SAW itu yang bernama Amir bin Robi’ah memandang tubuh Sahal yang putih itu. Melihat tubuh Sahal yang putih bersih itu, lalu Amir berkata ‘belum pernah aku melihat seperti hari ini orang yang berkulit putih dan bagus seperti kulit Sahal ini’. Apabila Amir bin Robi’ah selesai bercakap demikian itu lalu Sahal bin Hanif jatuh tidak dapat berdiri lagi. Orang-orang yang menyaksikan Sahal terjatuh itu segera pergi untuk melaporkam kejadian tersebut pada baginda Rasulallah SAW, mendengar berita itu Nabi bertanya pada mereka. Adakah di antara kamu yang memandng Sahal dengan pandangan dengan yang dapat memberikan kemudaratan padanya?, jawab para sahabat, benar ya Rasulallah iaitu Amir bin Robi’ah yang memandang Sahal dengan pandangan yang memudaratkan.
Kemudian beginda Rasulallah memangil Amir bin Roi’ah dan memarahinya. Seraya bersabda, ‘mengapakah kamu membunuh saudara mu sendiri sesama islam? ‘kenapa pula kamu tegur semasa melihat tubuhnya ketika dia mandi? ‘kamu katakan putih, kamu katakan pula elok dan lain-lain lagi?.. Ingatlah lain kali jika melihat sesuatu yang indah hingga kamu berkenan dan suka padanya maka janganlah kata seperti itu tetapi ucapkan lah semoga Allah memberikan keberkahan padanya. Setelah itu baginda Rasulallah SAW bersabda pada Amir. ‘Hai Amir oleh kerana Sahal mendapat mudarat pada engkau maka mandilah kamu. Mendapat perintah baginda Rasulallah, lalu Amir segra pergi mandi kemudian sembutlah yang lain dengan membawa satu bekas air lalu membasuh mukanya dua tangannya, dua sikunya, dua lututnya, hujung dua kakinya dan bawah rusuk pinggangnya kemudian di suruh hirup beberapa kali. Setelah itu di jirus air yang di dalamnya satu bekas tadi dan atas kepalanya hingga merata ke belakangnya. Selepas itu bekas air tersebut di cengkelupkan. Bila selesai Amir melakukan hal yang demekian itu lalu Sahal bin Hanif dapat bangkit dan dapat berjalan sebagaimana mulanya dan hilang lah penyakit yang mengenai dirinya akibat dari pandangan Amir tadi.
Demikian tadi kisah sejarah islam memaparkan kisah Tajamnya Pandangan Mata. Mata adalah salah satu pancaindera yang di anugerahkan Allah dan sangat besar manfa’atnya bagi kita manusia dan juga makhluk-makhluk yang lain. Tapi hendaklah mata itu gunakan pada tempat yang di tuntut oleh syarak apabila mata kita tidak di manfa’atkan dengan semestinya, maka itu akan menimbulkan dengan hal-hal yang tidak baik sepert sifat iri, rasa dengki, cemburu dan lainnya. Demikian juga mata akan mendapat akibat buruk terhadap orang-orang lain apabila kita gunakan mata dengan pandangan yang buruk. Oleh itu, gunakan lah pancaindera kita dengan sebaik-baiknya.
Tweet
0 Komen: