Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

18/09/2012

Author : Unknown Time : 5:41:00 pm Total Comment : 0

Nabi Muhammad saw Terbukti Pelindung Golongan Kristian



Media massa pada hari ini terutamanya yang berpangkalan di Barat, sama ada secara sengaja ataupun disebabkan kedangkalan minda, seringkali menggambarkan agama Islam dalam pelbagai cara yang negatif. Mereka menyogok masyarakat awam dengan pandangan yang salah bahawa gologngan Muslim mesti memerangi komuniti non-Muslim dan Nabi Muhammad (s.a.w) menyebarkan Islam dengan menggunakan pedang. Hal ini semakin melarat selepas serangan ke atas New York dan Washington pada tahun 2011 yang kini dikenali sebagai ‘9/11’. Tetapi sejarah dunia membuktikan bahawa hubungan komuniti Muslim dan Kristian pada masa lalu cukup dekat dan Nabi Muhammad (s.a.w) merupakan contoh terbaik sebagai pelindung non-Muslim semasa zaman baginda.

Hakikat ini disokong oleh seorang sejarawan terkemuka bernama De lacey O’Leary. Dalam bukunya yang berjudul “Islam at The Cross Road”, beliau menyatakan,

Namun sejarah membuktikan bahawa lagenda Muslim fanatik yang menyebar di seluruh dunia dan memaksakan Islam menggunakan pedang ke atas bangsa-bangsa yang ditawan merupakan satu daripada mitos yang paling tidak masuk akal yang sering diulang-ulang oleh sejarawan.”

Sekiranya para non-Muslim berani membuka minda dan membaca isi Al-Quran, mereka akan dapati bahawa terdapat banyak ayat Al-Quran yang menentang keganasan. Antaranya termasuklah:

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Surah Al-Baqarah, ayat 190)

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah, ayat 256)

Secara dasarnya, Islam tidak mengajar berperang kecuali dalam keadaan untuk mempertahankan diri. Sekalipun terlibat dalam peperangan, Islam melarang umatnya daripada melampaui batas.

.. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka. (Surah An-Nisaa, ayat 90)

Nabi Muhammad (s.a.w) juga pernah memberi perlindungan kepada golongan Kristian pada masa lalu. Gambar di bawah ini merupakan sebahagian buktinya:

Piagam Perlindungan Pada Tahun 628M Yang Membuktikan Bahawa Nabi Muhammad saw Sebagai Pelindung Golongan Kristian
Pada tahun 628M, satu Piagam Perlindungan yang ditulis oleh Ali bin Abu Talib dan ditandatangani sendiri oleh Rasulullah (s.a.w) telah diberikan kepada biara St. Catherine di Bukit Sinai. Sumber gambar: http://en.wikipedia.org/wiki/File:The_Patent_of_Mohammed.jpg
Kandungan catatannya merangkumi semua aspek hak asasi kemanusiaan termasuklah perlindungan untuk golongan Kristian, kebebasan beribadah dan bergerak, kebebasan untuk mereka memilih hakim sendiri, memiliki dan menyimpan harta, pengecualiaan daripada perkhidmatan ketenteraan, dan hak pelindungan semasa perang. Berikut merupakan terjemahan kandungan Piagam tersebut:

"Ini adalah mesej daripada Muhammad ibn Abdullah, sebagai perjanjian dengan orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, sama ada jauh ataupun dekat, kita bersama dengan mereka.

Sesungguhnya saya, hamba-hamba, pembantu, dan pengikut saya mempertahankan mereka, kerana orang-orang Kristian juga adalah warganegara saya. Dan demi Allah! Saya bertahan terhadap apa-apa yang mengganggu mereka.

Tiada paksaan yang diberikan ke atas mereka.

Tidak ada hakim-hakim mereka yang akan dipecat daripada pekerjaan mereka dan tidak ada juga rahib mereka yang dibuang dari tempat ibadat mereka.

Tidak ada sesiapa yang akan memusnahkan rumah ibadat mereka, merosakkan, atau membawa apa-apa dari rumah ibadat mereka ke rumah-rumah orang Islam.

Sesiapa yang mengingkari perintah ini walaupun satu, dia akan merosakkan perjanjian Allah dan menderhaka kepada Rasul-Nya. Sesungguhnya, mereka adalah sekutu saya dan saya mempunyai piagam yang selamat terhadap apa yang mereka benci.

Tiada sesiapa yang akan memaksa mereka untuk melakukan perjalanan atau memaksa mereka untuk berperang.

Orang-orang Islam berjuang untuk mereka.

Jika seorang wanita Kristian berkahwin dengan seorang Muslim, dan dilakukan tanpa kemahuan beliau. Dia tidak akan dihalang daripada melawat gereja untuk berdoa.

Gereja-gereja mereka perlu dihormati. Mereka tidak boleh dihalang daripada memperbaiki diri mereka mahupun kesucian janjinya.

Tiada satu negarapun (Islam) akan melanggar perjanjian ini sehingga ke hari terakhir (akhir dunia)."


Baca selanjutnya: http://jomstadi.blogspot.com/2012/06/nabi-muhammad-saw-terbukti-pelindung.html#ixzz26oPIMcCj

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.