Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

22/03/2014

Author : Unknown Time : 1:53:00 pm Total Comment : 2

Fitnah Dajjal

Berwaspadalah dengan fitnah terbesar akhir zaman, dengan kedatangan seorang lelaki yang bernama DAJJAL!
Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Ada 3 perkara yang apabila terjadi, maka tidaklah bermanfaat iman seseorang yang belum beriman sebelum itu, atau belum mengusahakan kebaikan dalam imannya; iaitu terbitnya matahari dari Barat, Dajal, dan keluarnya binatang dari bumi." (Hadis riwayat Muslim)

Setiap Nabi akan mengingatkan kepada umatnya tentang KETIBAAN DAJJAL, dan dia akan muncul di zaman kita iaitu AKHIR ZAMAN!

Tanda-tanda hampir munculnya DAJJAL AL-MASIH..

Umm Syurayk RA berkata bahawa dia terdengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Setiap Nabi akan mengingatkan kepada umatnya tentang KETIBAAN DAJJAL, dan dia akan muncul di zaman kita iaitu AKHIR ZAMAN!

Tanda-tanda hampir munculnya DAJJAL AL-MASIH..

Umm Syurayk RA berkata bahawa dia terdengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya manusia akan melarikan diri dari Dajjal ke gunung-gunung." Ummu Syarik RA berkata: "Ya Rasulullah di mana orang-orang Arab ketika itu?" Beliau menjawab: "Mereka sedikit." (Diriwayatkan oleh Muslim)

Peperangan besar juga berlaku, dan penaklukan Kota Konstantinopel:

Diriwayatkan oleh Muaz ibn Jabar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila Baitulmaqdis berkembang maju, Yathrib akan musnah; apabila Yathrib musnah, peperangan besar akan terjadi; apabila peperangan besar terjadi, Konstantinopel akan ditakluk; dan apabila Konstantinopel ditakluk, Dajjal akan muncul." (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmidzi)

Penaklukan umat Islam:

Naafi' ibn 'Rtbah meriwayatkan yang bermaksud:
"Kami keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan ada beberapa orang datang kepada Baginda SAW dari barat memakai baju bulu; mereka berjumpa Baginda SAW di sebuah anak bukit. Mereka berdiri dan Rasulullah SAW sedang duduk. Aku berkata kepada diriku bahawa aku mesti pergi dan berdiri di antara mereka dan Rasulullah, takut-takut mereka membunuh Baginda SAW. Kemudian aku berkata kepada diriku, mungkin ini satu perbualan peribadi antara Baginda dengan mereka. Maka aku pergi dan berdiri di antara Baginda dengan mereka, dan aku ingat empat kenyataan yang aku boleh kira dengan jariku. Baginda SAW bersabda, 

"Kalian akan berperang melawan jazirah Arab dan Allah berikan kemenangan kepada kalian. Kemudian memerangi Persia dan kalian pun menang. Kalian memerangi Romawi (di Byzantium) kalian pun diberikan kemenangan oleh Allah. Dan kemudian kalian berperang melawan Dajjal, Allah juga memberikan kemenangan untuk kalian." (Hadis riwayat Muslim).

Sebelum munculnya Dajjal, bumi ini akan mengalami kemarau selama tiga tahun. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Abu Umaamah al-Baahili RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sebelum keluar Dajal manusia tertimpa tiga tahun yang dahsyat sehingga mereka mengalami kelaparan. Allah SWT memerintahkan langit di tahun pertama untuk menahan sepertiga hujan memerintahkan bumi untuk menahan sepertiga tumbuhannya. Kemudian Allah SWT perintahkan langit di tahun kedua untuk menahan dua pertiga hujan dan memerintahkan tanah untuk menahan dua pertiga tanamannya. Selanjutnya Allah SWT perintahkan langit di tahun ketiga menahan semua hujan tidak ada yang turun satu titis pun dan memerintahkan tanah untuk menahan semua tumbuh-tumbuhan. 
Semua yang boleh memberi perlindungan akan mati, kecuali yang Allah kehendaki."

Terlalu banyak dugaan akan berlaku ketika itu kepada umat Islam khususnya, tsabit kepada hadis Nabi SAW, daripada 'Abd-ALlah ibn 'Umar RA meriwayatkan, "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW dan Baginda menyebut dugaan-dugaan dan bercerita tentangnya dengan panjang lebar, sehingga Baginda menyebut fitnah Al-ahlaas (dugaan yang panjang dan berat). Ada orang bertanya, 'Rasulullah, apakah itu fitnah Al-ahlaas? 'Baginda bersabda;

"Iaitu fitnah pelarian dan peperangan dan mereka akan kehilangan harta dan keluarga. Kemudian Fitnah Sarra' (kesengsaraan disebabkan oleh rahmat dan kemewahan), kotoran atau asapnya berasal dari bawah kaki seseorang ahlulbaitku, ia mengaku diriku, padahal bukan dariku, kerana sesungguhnya waliku (kawan karibku) hanyalah orang-orang yang bertaqwa. Kemudian manusia bersepakat pada seseorang seperti bertemunya pinggul di tulang rusuk (tidak seimbang), kemudian FItnah Duhaima' kesengsaraan yang sangat besar yang tidak membiarkan ada seseorang dari umat ini kecuali dihentamnya. Jika dikatakan: 'Ia telah selesai', maka ia jesteru berlanjut, di dalamnya seorang lelaki pada pagi hari beriman, tetapi pada petang hari menjadi kafir, sehingga manusia terbagahagi kepada dua khemah, khemah keimanan yang tidak mengandungi kemunafikan dan khemah kemunafikan yang tidak mengandungi keimanan. Jika itu sudah terjadi, maka tunggulah kedatangan Dajal pada hari itu atau besoknya." (Diriwayatkan oleh Abu Daud).

Munculnya 30 orang pendusta:
Samurah ibn Jundub RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda, "Demi ALlah, tidak akan datang hari kiamat sehingga dibangkitkan pembohong-pembohong besar yang mendekati tiga puluh orang, masing-masing mengaku sebagai utusan Allah. Dan yang akhir adalah Dajjal yang bermata satu yang mana mata kirinya buta." (Riwayat Ahamad, Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaymah, dan al-Hakim).

DAJJAL akan muncul, setelah ia dikurung di suatu pulau di lautan, dan dia hidup pada zaman Rasulullah SAW. Orang ini pernah dilihat oleh Tameem al-Daari dan tiga puluh orang yang lainnya yang disifatkan sebagai lelaki itu mempunyai bentuk tubuh yang besar. Orang itu sedang diikat dengan rantai besi itu mengaku dirinya adalah Dajjal, dan dia pasti akan keluar pada satu hari nanti, kerana apabila tiba detik kemarahannya, ia membuatkan rantai-rantai besi itu terlerai. Dia keluar dengan satu amarah yang dia rasakan!

Dajjal juga akan mengembara ke seluruh dunia dengan pantas. Nabi mengatakan bahawa kepantasan Dajjal mengembara seluruh dunia adalah seperti awan yang dibawa angin (riwayat Muslim), yang bermaksud bahawa Dajal akan mengembara dengan cepat ke seluruh pelusuk dunia.

Dajjal muncul pada waktu orang tidak bepegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada masa itu ada empat puluh hari, satu hari terasa seperti setahun, ada satu hari yang dirasakan seperti sebulan, ada satu hari yang terasa seperti satu minggu, kemudian hari2 berikutnya seperti hari biasa. Dia mempunyai seekor keldai yang jarak antara dua telinganya sepanjang 40 hasta. DIa datang kepada kita dan mengaku: "Akulah Tuhanmu." Maka ketahuilah, bahawa Dajjal ialah seorang makhluk yang buta, dan Allah tidaklah sedemikian (maksudnya Allah tidak menyerupai mana2 makhluk, Allah ada tetapi tidak bertempat, tidak berjisim, jadi mustahil Dajjal adalah Tuhan). Diantara dua mata Dajjal ada huruf KAF-FA-RA- iaitu kafir, yang mana perkataan itu boleh dibaca oleh budak kecil sekalipun, meskipun dia itu pandai membaca atau buta huruf. Dajjal juga akan mendatangi setiap kampung dan daerah kecuali Makkah dan Madinah, kerana Allah tidak membenarkan Dajjal masuk ke tempat itu, dan ada malaikat yang menjaga kedua-dua kota tersebut.

Dajjal akan datang dari timur, menuju ke arah Madinah, sehingga dia datang dan berhenti di belakang Uhud (menurut riwayat Bukhari).
Menurut riwayat lain: "Al-Masih Dajal akan datang dari arah Timur menuju Madinah dan naik ke atas Uhud dan melihat kearah Masjid Nabi, dan berkata kepada pengikut-pengikutnya, 'Adakah kamu nampak istana putih itu?' - Maksudnya Masjid Nabi. Kemudian apabila dia turun ke belakang Uhud, dia akan bertemu dengan malaikat, yang memalingkan mukanya ke arah Syam, dan di sana dia akan binasa." (riwayat Muslim).

-Dajal akan mendirikan khemah di belakang bukit Uhud di dalam paya garam, di hujung Saadiqiyyah, di utara Thawr. Dikawasan ini terdapatnya beberapa buah bukit yang kecial dan kemerah-merahan, dan mereka yang melihatnya akan ingat akan sabda Nabi SAW.

Terdapat pelbagai lagi hadis-hadis yang berkisahkan kepada DAJJAL AL-MASIH. Yang pasti, kesimpulannya, Dajjal adalah seorang yang ditunggu-tunggu oleh kaum Yahudi, sebagaimana kita sebagai umat Islam yang menunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa AS turun ke bumi untuk memusnahkan Dajjal dan kaum Yahudi.

BAGAIMANA UNTUK BERLINDUNG DARIPADA FITNAH DAJJAL?
-Elakkan diri dan jauhkan diri daripada berjumpa dengan DAJJAL.

-Minta pertolongan daripada Allah SWT.

-Mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah – untuk menafikan segala bentuk penipuan Dajjal tentang pengakuan dirinya sebagai Tuhan.

-Hafal dan amalkan 10 ayat dari surah pertama surah al-Kahfi. Menurut sebuah hadis: ‘Sesiapa yang hafal 10 ayat dari pertama surah al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal.” (Riwayat Muslim).

-Atau, bacalah seluruh surah al Kahfi.

-Mohon perlindungan kepada Allah semasa tasyahhud sebelum salam, dengan meminta, 


(Maksudnya) Ya Allah, aku memohon perlindungan pada-Mu daripada siksa api neraka, siksa kubur, fitnah hidup dan mati, dan fitnah Dajjal.

-Juga, lengkapkan diri dengan ilmu agama supaya kita mempunyai ilmu untuk menentukan antara yang haq dengan yang batil sekiranya bertemu dengan Dajjal. Apa pun, tiada daya upaya melainkan kepada Allah kita bergantung pertolongan dan keupayaan semata-mata, maka hendaklah sentiasa meminta agar Allah memelihara kita daripada fitnah Dajjal.

-Ambil berat dan bersedia untuk memerangi Dajjal, sepertimana orang-orang beriman akan melakukannya (menentang kebatilan).

Wallahualam...

*Note: Amalkan membaca 10 surah terawal dan 10 surah terakhir surah al-Kahfi (surah yang ke 18).

*untuk mendapatkan kisah lebih lanjut tentang Dajjal dan fitnah-fitnahnya, dapatkan rujukan2 yang berkaitan.

From LUKISAN DAKWAH ISLAM

21/03/2014

Author : Unknown Time : 8:00:00 am Total Comment : 0

Islam ☻ Taat ☻ Kematian

ISLAM ☻ TAAT ☻ KEMATIAN

Diriwayatkan dari Saidina Ali bin Abi Thalib RA:

"Diantara kenikmatan dunia, cukuplah untukmu kenikmatan Islam. Diantara kesibukan, cukuplah kesibukan untukmu berbuat taat. Dan diantara pelajaran, cukuplah kematian sebagai pengajaran bagimu."

Renungan...
Kenikmatan terbesar dari Allah SWT yang dianugerahkan kepada hamba, adalah pada saat Dia mengeluarkan hamba-Nya dari yang tiada menjadi ada, dari kegelapan menuju cahaya Islam {yakni nikmat Iman dan Islam}.

Taat kepada Allah SWT hendaknya menjadi kesibukan yang paling besar. Sesungguhnya maut itu cukuplah menjadi peringatan dan pengajaran bagi manusia. Adapun kematian pula, adalah nasihat yang paling besar bagi manusia.

Sumber: Naso'ihul Ibad (karya Imam Nawawi rahimahullah).

..... (¯`v´¯)♥
.......•.¸.•´
....¸.•´
... (
☻/
/▌♥♥
/ \ ♥♥ FROM LUKISAN DAKWAH ISLAM.

20/03/2014

Author : Unknown Time : 8:00:00 am Total Comment : 0

Nikmat

Rahmat Allah di dunia ini ada 1%, manakala di akhirat ada 99% lagi. Tapi entah berapa ramai yang suka mengejar 1% rahmat Allah itu di dunia, dan tidak mahu mengejar rahmat Allah yang 99% lagi itu di akhirat. Entah berapa ramai yang suka mengejar perkara-perkara yang harus, tapi meninggalkan yang wajib. Iaitu kita salahguna 1% nikmat Allah itu untuk mencari duniawi, bukan mencari akhirat yang kekal abadi...

Kesimpulannya, kenapa kita suka mengejar yang sedikit, berbanding berusaha untuk mengejar yang banyak? Yang sedikit di dunia ini pun kita dah rasa banyak, tapi hakikatnya yang sedikit itulah yang melalaikan ramai manusia. Kerana mengejar yang harus, ramai yang memasang angan-angan, lupa nak solat kerana sibuk bekerja, lupa nak bersedekah atau berzakat kerana sibuk mengumpul harta, lupa pergi Haji tapi bila pergi London, Korea dan lain2 tak lupa pula. Padahal nikmat yang dirasakan banyak itu sedikit. 

1% nikmat Allah di dunia ini mestilah disyukuri, iaitu dengan menggunakan nikmat tenaga, udara, penglihatan, pendengaran, dan sebagainya itu untuk beramal/beribadah kepada Allah semata-mata. Setiap pekerjaan kita itu boleh dijadikan ibadah. Amalan yang harus bila diniatkan untuk beribadah, dapat pahala. Cari rezeki dengan bekerja itu harus, tapi niat mencari rezeki untuk menampung keperluan anak-bini atau keluarga itu kan jihad; dapat jugak pahala. Berjalan-jalan pergi ke majlis ilmu atau ke rumah saudara-mara untuk mengeratkan silaturrahim itu kan berpahala berbanding pergi stadium konsert lagha yang langsung takde faedahnya... Berpakaian seperti t-shirt, seluar jeans dan lain-lain tu kan harus, tapi niat untuk menutup aurat yang wajib kan berpahala, ditambah lagi berpakaian sunnah, dapat lagi pahala sunnah kerana sentiasa berpakaian sunnah dan dirahmati Allah..

Minimumkan yang harus, utamakan yang wajib dan sunnah.. Tinggalkan yang haram, kurangkan yang makruh tanzih.. 

Inilah yang perlu kita buat sebelum mati. Tingkatkan amalan, pendekkan angan-angan. Jangan dipanjangkan angan-angan, iaitu dengan suka bertangguh-tangguh taubat, sebab kita tak tahu bila kita akan mati. Asyik-asyik tangguh, asyik-asyik tangguh, seolah-olah kita akan hidup 1000 tahun lagi. Tau-tau mati, menyesal kemudian pun tidak berguna lagi...

Semoga kita dapat 99% rahmat Allah di akhirat nanti.
Aamiin... 


19/03/2014

Author : Unknown Time : 9:30:00 pm Total Comment : 0

Tidakkah kita rindu kepada Allah?




Tidakkah kita rindu kepada Allah?

Bangunlah di akhir malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur. Berdoalah dan bermunajatlah kepada Allah.
Lepaskan seluruh kerinduanmu kepada Allah, kerana Allah sentiasa merindui hamba-hamba-Nya terutama yang sanggup meninggalkan tempat tidurnya semata-mata untuk berjumpa dengan Allah...
Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)."

(Surah az-Zariyat ayat 15~18)

18/03/2014

Author : Unknown Time : 6:36:00 pm Total Comment : 0

Taubat




Jangan tangguh taubat...~
Menangguh-nangguhkan taubat adalah tanda panjang angan-angan. 

Orang yang panjang angan-angan ni rasa dia akan masuk syurga tapi tak beramal, sebaliknya masih berbuat maksiat. 

Atau dia fikir dia takkan masuk neraka kerana dia mengharapkan rahmat Allah tetapi amalan-amalannya adalah penderhakaan kepada Allah. Camne tuh?

Yang lebih teruk, dia rasa dia mati lama lagi. Mentang-mentang dia masih muda, jadi dia rasa dia akan mati bila dah tua.. Padahal mati tidak kira masa, keadaan atau tempat. Jadi, masa mudanya adalah ENJOY buat apa saja, beramal ni hanya untuk orang tua-tua. 

Sepatutnya masa muda-muda inilah kita perlu cergas beramal soleh, supaya kite boleh rileks dimasa tua nanti. Sebab bila dah tua, dah memang tak larat nak beramal kuat-kuat, maka kita pun dapatlah berehat dengan tenang pada masa itu. Sebab kita dah beramal banyak-banyak semasa muda... So bila dah tua dan tak larat, fokus kepada yang wajib-wajib je. Sebab itu je yang terlarat...

Tapi orang muda yang enjoy dimasa mudanya, dan mengharapkan bila dah tua baru nak beramal soleh, bila dah tiba masanya dia menjadi seorang yang tua, pasti dia akan menyesal kerana tak beramal kuat-kuat semasa muda dahulu. Sebab? Bila dah tua, tak larat dah nak beramal kuat-kuat. Nak pergi masjid pun tak larat dah. Nak puasa pun rasa macam tak makan setahun. Nak pergi haji pun tak larat dah. Pinggang asyik sakit-sakit, nak solat 5 waktu pun susah, apatah lagi nak buat solat-solat sunat. Kenapa? Sebab takde perancangan awal daripada muda..

Mati, adalah suatu perkara yang pasti akan berlaku kepada setiap makhluk. Malah di akhirat nanti, 'mati' pun akan 'mati'. Jadi kita dah tahu kita akan mati, tapi berapa ramai yang lebih takut mati berbanding takut tak cukup persediaan sebelum mati. Bila rasa amalan tak cukup, maka dia tambah amal... Kalau mati, matilah. Sekurangnya mati dalam keadaan berbekal amal soleh. Bukan mati dalam keadaan fakir; takde amalan apa-apa tapi dosa je yang banyak...

Wallahualam..

-Lukisan Dakwah Islam

Author : Unknown Time : 6:26:00 pm Total Comment : 0

Antara Tanda Kiamat




Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Dari Ali dan Abu Hurairah RA: 'Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, dan ilmu diperoleh untuk tujuan selain daripada agama, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi dimasjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak diminum, sutera dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali tasbih yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan." (Riwayat at-Tirmidzi)

Nauzubillah.
Semoga kita semua dilindungi daripada fitnah-fitnah akhir zaman...


Author : Unknown Time : 6:17:00 pm Total Comment : 0

Dakwah

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan diberikan kepada mereka pahala dengan tanpa batas." (Surah az-Zumar : 10)

Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
'Ujian akan datang silih berganti kepada seorang mukmin atau mukminah mengenai jasadnya, hartanya dan anaknya. Sehingga ia menghadap Allah tanpa membawa dosa." (HR Tirmidzi)

Best tak berdakwah?
Bolehkah menahan sedikit cabaran ketika berdakwah? Hmm..

Kalau dulu orang-orang berdakwah dilemparkan dengan batu dan najis setiap kali menemui masyarakat. Tapi zaman sekarang orang-orang berdakwah dilemparkan dengan kata-kata kesat, hinaan, caci maki di Facebook, Blog, Youtube dan lain-lain. Itulah dakwah. Isi dakwah berlawanan dengan nafsu manusia, tidak semua manusia mahu menundukkan nafsunya untuk menuruti kehendak Allah yakni agama...

Itulah cabaran. Kalau bukan kerana dakwah, kita tidak akan tahu apa-apa mengenai Islam. Dakwah adalah asbab kepada turunnya hidayah kepada kita. Apabila kita berdakwah, kita juga sebenarnya sedang mendakwah diri sendiri... Kerja-kerja dakwah adalah kerja-kerja Nabi. Sebab tu iman Nabi itu mantap dan kuat. Jadi, jangan berhenti berdakwah, samada secara perbuatan atau lisan. InsyaAllah...

Wallahualam...
*berdakwah ikut cara Nabi SAW dan para sahabat adalah yang terbaik, relevan sepanjang zaman, iaitu berdakwah secara face-to-face.

09/03/2014

Author : Unknown Time : 7:00:00 pm Total Comment : 0

Kehilangan Pesawat MH370

 Quran ITU BENAR. 
Surah Yassin ada 83 ayat. Kehilangan pesawat pada 8.3.2014. Dilaporkan hilang pada minit 41 iaitu pada pukul 2:41am. Jom kita perhatikan ayat 41 Surah Yassin . Ayat 41-43.

"Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan (ayat 41)

"Dan Kami ciptakan (juga) untuk mereka (angkutan lain) seperti apa yang mereka kendarai" (ayat 42)

"Dan jika Kami menghendaki, Kami tenggelamkan mereka. Maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak (pula) mereka diselamatkan" (ayat 43)

"Melainkan (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai waktu tertentu" (ayat 44)

WALLAHUALAM

07/03/2014

Author : Unknown Time : 4:22:00 pm Total Comment : 0

Anjing-anjing neraka

Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/ muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu. 

         Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dikoyak-koyak oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."

Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek (mengoyak-ngoyak) daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."

Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

03/03/2014

Author : Unknown Time : 4:46:00 pm Total Comment : 0

Azab Allah Akibat Meringankan Mandi Junub

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut.
Selepas di Kafan dan di sembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkebumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya.
Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Sebaik sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan.
Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tetapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya.
Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama binatang misteri itu. Setelah siap di gali dan para jemaah pun mengangkat jenazah kearah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila di dapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu.

Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tanah perkuburan itu. Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah di lakukan oleh si mati semasa hayatnya. Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka, suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan “mandi hadas” setiap kali selepas melakukan persetubuhan.
Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka.
Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tapi ketahuilah bahawa azabnya amatlah pedih bermula dari alam kubur lagi.
Kredit: halaqah.net
Wallahu’alam….

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.