Media massa pada hari ini terutamanya yang berpangkalan di Barat, sama ada secara sengaja ataupun disebabkan kedangkalan minda, seringkali menggambarkan agama Islam dalam pelbagai cara yang negatif. Mereka menyogok masyarakat awam dengan pandangan yang salah bahawa gologngan Muslim mesti memerangi komuniti non-Muslim dan Nabi Muhammad (s.a.w) menyebarkan Islam dengan menggunakan pedang. Hal ini semakin melarat selepas serangan ke atas New York dan Washington pada tahun 2011 yang kini dikenali sebagai ‘9/11’. Tetapi sejarah dunia membuktikan bahawa hubungan komuniti Muslim dan Kristian pada masa lalu cukup dekat dan Nabi Muhammad (s.a.w) merupakan contoh terbaik sebagai pelindung non-Muslim semasa zaman baginda.
Hakikat ini disokong oleh seorang sejarawan terkemuka bernama De lacey O’Leary. Dalam bukunya yang berjudul “Islam at The Cross Road”, beliau menyatakan,
“Namun sejarah membuktikan bahawa lagenda Muslim fanatik yang menyebar di seluruh dunia dan memaksakan Islam menggunakan pedang ke atas bangsa-bangsa yang ditawan merupakan satu daripada mitos yang paling tidak masuk akal yang sering diulang-ulang oleh sejarawan.”
Sekiranya para non-Muslim berani membuka minda dan membaca isi Al-Quran, mereka akan dapati bahawa terdapat banyak ayat Al-Quran yang menentang keganasan. Antaranya termasuklah:
Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh. (Surah Al-Baqarah, ayat 190)
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah Al-Baqarah, ayat 256)
Secara dasarnya, Islam tidak mengajar berperang kecuali dalam keadaan untuk mempertahankan diri. Sekalipun terlibat dalam peperangan, Islam melarang umatnya daripada melampaui batas.
.. Dalam pada itu, jika mereka membiarkan kamu (dengan tidak mengancam atau mengganggu), serta mereka tidak memerangi kamu dan mereka menawarkan perdamaian kepada kamu, maka Allah tidak menjadikan bagi kamu sesuatu jalan (yang membolehkan kamu memerangi atau menawan) mereka. (Surah An-Nisaa, ayat 90)
Nabi Muhammad (s.a.w) juga pernah memberi perlindungan kepada golongan Kristian pada masa lalu. Gambar di bawah ini merupakan sebahagian buktinya:

Baca selanjutnya: http://jomstadi.blogspot.com/2012/06/nabi-muhammad-saw-terbukti-pelindung.html#ixzz26oPIMcCj
Tweet
0 Komen: