Bangunlah di akhir malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur. Berdoalah dan bermunajatlah kepada Allah.
Lepaskan seluruh kerinduanmu kepada Allah, kerana Allah sentiasa merindui hamba-hamba-Nya terutama yang sanggup meninggalkan tempat tidurnya semata-mata untuk berjumpa dengan Allah...
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)." (Surah az-Zariyat ayat 15~18)
Tweet
0 Komen: