Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

08/06/2014

Author : Unknown Time : 12:16:00 pm Total Comment : 0

3 Golongan Yang Pertama Memasuki Neraka

Telah dirawayatkan dalam sebuah hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Bahawa ada tiga golongan yang pertama akan masuk nereka. Siapakah mereka? 

Hadis ini telah diceritakan oleh Sayyidina Abu Hurairah (RA). Pernah dikisahkan seorang tabiin datang bertemu dengan beliau lalu bertanya 

"Wahai Abu Hurairah, ceritakan kepada ku hadis yang paling kau takuti."

Maka, Abu Hurairah RA menceritakan hadis "3 golongan itu". Maka beliau pengsan akibat terlampau takut. Selepas beliau sedar kembali, beliau sambung cerita dan beliau pengsan lagi! Setelah sedar, beliau ceritakan lagi dan pengsan buat ketiga!

Apakah hadis itu?


(Golongan yang pertama)


 "Sesungguhnya manusia yang pertama yang diadili pada hari kiamat ialah seseorang yang mati syahid. Orang itu dihadirkan di hadapan Allah, lalu diingatkan nikmat-nikmat yang pernah diberikan kepadanya. Orang itu mengingati semua nikmat tersebut.

Allah bertanya :Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?

Orang itu menjawab ."Aku berjuang di jalan-Mu sehingga terbunuh."

Allah berfirman :"Engkau berdusta!! Akan tetapi engkau berjuang agar disebut sebagai pemberani."


Dan sememangnya orang ramai menyebutkannya sebegitu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.


Penjelasan: Golongan ini telah dicampak ke neraka walaupun dia telah dibunuh di medan perang atas jalan Allah. Tetapi niatnya bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mendapat pujian orang. Dia mahu orang melihat dia sebagai seorang yang berani. Maka Allah azabkan dia. #Nauzubillah 

(Golongan yang Kedua)


Allah lalu memanggil seseorang yang belajar ilmumengajarkannya dan membaca al-Quran. Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya semua nikmat Allah sehingga ia mengingatinya.

Allah lalu bertanya :"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ?"

Dia menjawab :"Aku mempelajari ilmu, lalu mengajarkannya dan membaca al-Quran."

Allah berfirman:"Engkau berdusta!! Akan tetapi engkau belajar agar disebut alim, dan membaca al-Quran agar disebut qari (hafiz)".

Dan sememangnya orang ramai menyebutnya seperti itu. Orang itu lalu diseret di atas wajahnya, kemudian dicampakkan ke dalam neraka.

Penjelasan: Juga, golongan yang seperti ni telah dicampak ke neraka. Meskipun dia adalah seorang alim ulama', telah menghabiskan masanya dalam dakwah dan mengajar ilmu agama. Tetapi bukan kerana Allah tetapi kerana hendak mencari populariti. Hendak orang memandang dia dengan kehormatan. Maka Allah memberikan dia azab. #Nauzubillah


(Golongan yang Ketiga)


Allah lalu memanggil seseorang yang telah diberikan harta yang melimpah ruah . Orang ini dihadirkan, lalu disebutkan kepadanya nikmat-nikmat Allah s.w.t sehingga ia mengingatinya 

Allah bertanya:"Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini?"

Dia menjawab :"Aku membelanjakannya di tempat-tempat yang engkau kehendaki."

Allah berfirman:"Engkau berdusta!! Akan tetapi engkau melakukannya agar dikenali sebagai dermawan."

Dan memang orang telah menyebutnya seperti itu .Orang itu lalu diseret di atas wajahnya dan kemudian dicampakkan ke dalam neraka."

Penjelasan: Golongan ini telah diazab kerana dia menderma bukan kerana Allah tetapi sebab hendak menunjukkan amalan nya kepada orang lain. Supaya orang memuji dia dan melihat dia sebagai seorang dermawan. Maka Allah berikan dia azab. #nauzubillah.

(Hadis Riwayat Muslim)

Berdasarkah hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa amalan yang kita lakukan jika tidak ikhlas kerana Allah SWT dan ada matlamat dan tujuan yang lain maka ianya tidak akan di terima oleh Allah SWT. Amalan tersebut akan menjadi debu-debu yang berterbangan dan tidak ada nilai di sisi Allah SWT.

Ada orang bertanya bagaimana hendak mengetahui sesuatu amalan itu ikhlas atau tidak?, sedangkan ikhlas itu terletak di hati. Tidak ada sesiapa pun mengetahuinya melainkan Allah SWT.

Memang benar ikhlas itu terletak di hati. Jika kita sendiri hendak mengesan amalan yang kita buat itu ikhlas atau pun tidak maka tandanya kita lebih suka rahsiakan daripada menceritakan kepada orang lain. Boleh di ceritakan dengan syarat ada keperluan sebagai pengajaran dan ikutan . Sedekah yang lebih baik adalah sedekah yang dilakukan secara sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain hinggakan tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan.

Bila berdakwah dan berjihad dijalan Allah SWT tidak mengharapkan ganjaran atau pun pujian orang ramai. Di hina atau di puji tidak akan melemahkan semangat atau menjadi lebih semangat, kerana tidak ada balasan ganjaran yang lebih baik melainkan ganjaran daripada Allah SWT.

Semoga Allah selamatkan kita semua dari Neraka Nya. Dan ampunkan dosa kita dan memberikan Syurga Nya. Tabarakallah. Wallahualam bisawab

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.