Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

16/11/2014

Author : Cahaya Kebaikan Time : 6:09:00 pm Total Comment : 0

Kaum-Kaum Yang Dibinasakan


Dalam Al-Quran bukan sahaja ada cerita orang baik, tetapi banyak juga cerita orang jahat. Mengapa ada cerita ‘orang jahat’ dalam kitab suci Al-Quran yang begitu mulia dan suci? Ini kerana Allah SWT mahu kita belajar dan ambil pengajaran/ibrah daripadanya supaya yang baik dijadikan teladan dan yang jahat dijadikan sempadan. Firman Allah SWT: 

“Sebelum mereka (yang menentang Nabi Muhammad) itu - kaum Nabi Nuh, dan "Ashaabur-Rassi" serta Thamud (kaum Nabi Soleh), telah juga mendustakan Rasul masing-masing. Dan juga Aad (kaum Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi Lut. Dan juga penduduk "Aikah", serta kaum " Tubba' "; tiap-tiap satu kaum itu telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepadaNya), lalu mereka ditimpa azab yang Aku janjikan.” - Surah Qaff ; Ayat 12-14 

Kaum Nabi Nuh 

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya selama lebih 950 tahun, namun yang beriman hanya sekitar 80 orang sahaja. Kaumnya mendustakan dan memperolokkan baginda. Allah SWT datangkan banjir besar menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh sendiri. 

Kaum Nabi Hud 

Nabi Hud a.s. diutus kepada kaum A’ad. Mereka mendustakan kenabian Hud. Allah SWT datangkan angin taufan yang dahsyat dan ribut kencang disertai bunyi gemuruh yang menggerunkan hingga binasa seluruh kaum A’ad. 

Kaum Nabi Saleh 

Nabi Saleh a.s. ialah nabi dan rasul yang diutus kepada kaum Thamud. Baginda telah diberikan mukjizat iaitu seekor unta betina yang keluar dari celah batu, bagi menunjukkan kebesaran Allah SWT kepada kaumnya. Malangnya kaum Thamud terus engkar, malah mereka membunuh unta betina tersebut. Azab yang amat dahsyat menimpa, iaitu dengan satu tempikan daripada Malaikat Jibrail yang menyebabkan tubuh mereka hancur berkecai. 

Kaum Nabi Lut 

Kaum Sadum terkenal dengan amalan keji yakni perbuatan homoseksual. Nasihat dan dakwah Nabi Lut yang diutus kepada mereka tidak diendahkan, malah mereka cuba menggoda 2 orang malaikat yang menyamar sebagai manusia yang menjadi tetamu Nabi Lut. Dengan bermula suatu getaran, kemudian gempa bumi yang kuat dan disertai angin yang kencang dan hujan batu Sijjil, menghancurkan serta-merta kota Sadum berserta semua penghuninya. 

Kaum Nabi Syuaib 

Nabi Syuaib diutus kepada kaum Madyan. Mereka menyembah “Aikah”, yakni sebidang padang pasir yang ditumbuhi beberapa pohon dan tanam-tanaman. Kemungkaran kaum Madyan dan tipu menipu merupakan perbuatan dan perilaku yang lumrah dan rutin. Para pedagang dan petani selalu menjadi korban, sehingga yang kaya makin kaya, yang lemah semakin melarat hidupnya. Nabi Syuaib berusaha menyeru kaumnya, namun mereka engkar. Diturunkan Allah SWT ke atas mereka hawa udara yang sangat panas hingga dahaga yang amat dan kepanasan membakar kulit. Kemudian muncul gumpalan awan hitam yang tebal dijatuhkan ke atas mereka diiringi petir dan gemuruh ledakan dahsyat, sementara bumi bergoyang dengan kuatnya menjadikan mereka mati bertimbunan. 

Kaum Nabi Musa 

Kaum Bani Israil sering ditindas, maka Nabi Musa dan dibantu oleh Nabi Harun diutus untuk memimpin dan membebaskan mereka daripada kekejaman Firaun. Firaun bukan sahaja kufur dan angkuh, malah mengaku dirinya Tuhan. Nabi Musa bersama orang beriman diarahkan Allah SWT melarikan diri, merentasi Laut Merah yang terbelah, Firaun dan tenteranya yang mengejar mereka ditenggelamkan oleh laut yang bertingkup. 

Ashabus Sabtu 

Kisah segolongan dari kaum Bani Israil yang fasik di Kota Eliah. Mereka telah melanggar larangan Allah SWT supaya tidak menangkap ikan pada hari Sabtu kerana hari Sabtu khusus untuk beribadat. Allah SWT menguji mereka dengan mendatangkan ikan yang banyak pada hari tersebut, lantas tanpa menghiraukan larangan Allah SWT, mereka telah melakukan helah untuk menangkap ikan-ikan tersebut. Lalu Allah SWT melaknat mereka menjadi kera yang hina. 

Ashabul Rass 

Rass adalah nama bagi telaga yang kering airnya, dinamakan kepada suatu kaum iaitu kaum Rass. Mereka adalah penduduk salah sebuah kampung yang terletak di daerah Thamud. Diutus seorang Nabi yang bernama Hanzalah Bin Sofuan namun mereka mendustakannya, malah hingga membunuhnya dan dicampak ke dalam telaga. Allah SWT telah binasakan penduduk kampung ini dengan kemarau yang dahsyat, sehingga kaum ini lenyap dari muka bumi. 

Kaum Tubba’ 

Tubba’ adalah seorang yang berbangsa Himyar. Dia merupakan salah seorang Raja Himyar yang beriman tetapi kaumnya tetap kafir sehingga melampaui batas, maka Allah SWT binasakan mereka. Selepas peristiwa itu, lafaz Tubba’ menjadi gelaran kepada raja-raja Yaman. 

Dipetik dari Majalah Solusi



0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.