Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

25/11/2012

Author : Unknown Time : 11:55:00 am Total Comment : 0

TV PENDIDIKAN ISRAEL AJAR BUDAK BENCI ISLAM


TV Pendidikan Israel Ajar Budak Benci Islam - Bercakap mengenai kekejaman Israel kepada umat Islam, pastinya ia tidak akan pernah berakhir.

Sejak bertahun-tahun, umat Islam yang sering menjadi mangsa adalah rakyat Palestin.Setiap saat dan detik, kehidupan rakyat di sana tidak pernah tenteram. Setiap waktu kehidupan mereka dihantui dengan bunyi tembakan dan bedilan bom.
Tindakan tentera Israel yang melancarkan serangan udara di Tebing Gaza mencetuskan kemarahan seluruh rakyat di seluruh dunia.

Apakah mereka tidak punyai perasaan perikemanusian?
Persoalan yang sering kita terfikir, punca dan sebab apakah yang membuatkan Israel terlalu kejam dan bencikan kepada orang Islam?

Hakikatnya, itulah realiti yang tidak pernah berkesudahan yang Israel akan terus bertindak kejam terhadap umat Islam kecuali ditakdirkan oleh Allah S.W.T suatu hari nanti umat Islam akan menang dalam pertempuran menentang kaum Yahudi.
Malah, sejak dahulu lagi, Israel telah menyemai perasaan kebencian dalam rakyat mereka.

Percaya atau tidak, benih kebencian itu diajar sejak rakyat mereka masih kecil lagi.
Pada tahun 1996, Israel telah menerbitkan satu rancangan pendidikan yang mengajar kanak-kanak untuk membenci umat Islam.

Stesen itu adalah Televisyen Israel Channel 1 di mana guru dalam rancangan itu mengajar kanak-kanak menyanyikan lagu yang berunsurkan kebencian.

Liriknya adalah, “Makanan paling sedap daging orang Arab, minuman paling sedap darah orang Islam”

Setiap ajaran kebencian yang mereka taburkan kepada kanak-kanak Israel diajar dengan penuh rasa kegembiraan.

Wallahualam....

23/11/2012

Author : Unknown Time : 11:48:00 am Total Comment : 0

Krismas


Setiap tahun pada tarikh 25 Disember, penganut Kristian menyambut Hari Krismas, dikatakan hari kelahiran Nabi Isa as yang didakwa mereka sebagai "anak Allah". Nauzubillah . Nak sebut pun rasa hina kan? Ianya menyentuh kesucian zat Allah yang Maha Esa. Mari kita kaitkan pula dengan Al-Quran. Renungkan maksud ayat 88-92 dari Surah Maryam.

“Dan mereka (Orang Kafir) berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) an

ak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, hampir-hampir langit pecah kerana ucapan itu, dan bumi terbelah, dan gunung-gunung runtuh, kerana mereka mendakwakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.”

Dah dapat maksudnya? Ya…bencana alam sering datang sehari selepas perayaan Krismas, iaitu pada 26 Disember. Itulah harinya bumi memberontak. Kejadian-kejadian bencana alam seperti tsunami, taufan dan pelbagai musibah lain membuktikan kesahihan ayat-ayat di atas.. Kalau kita sebagai umat Islam sendiri rasa begitu hina untuk mengatakan Nabi Isa itu sebagaimana yang didakwa oleh orang Kristian sebagai “anak Tuhan”, bayangkan seluruh alam ciptaan Allah yang kerjanya asyik bertasbih memuji Allah setiap hari dipaksa pula menyaksikan sambutan Hari Krismas itu secara besar-besaran di seluruh dunia.

Wallahualam


17/11/2012

Author : Unknown Time : 1:57:00 pm Total Comment : 0

Ucapan 'Selamat' kepada orang kafir


Di Malaysia ni, kita hidup dalam masyarakat yang majmuk, pelbagai bangsa, budaya dan agama... Tapi apabila timbul isu mengucapkan 'Selamat' kepada orang yang bukan daripada agama kita dalam apa-apa bentuk perayaan terutamanya sehingga menyebabkan perbalahan, hendaklah kita berbalik kepada Al-Quran (dan sunnah). Di dalam surah al-Kafirun, Allah berfirman yang bermaksud:

1. Kata
kanlah: “Hai orang-orang kafir!” (QS. 109:1)
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (QS. 109:2)
3. Dan kamu bukan penyembah Ilah yang aku sembah (QS. 109:3)
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (QS. 109:4)
5. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Ilah yang aku sembah (QS. 109:5)
6. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku (QS. 109:6)

Maka sebaiknya kita tidak mengucapkan 'Selamat' kepada kaum bukan Islam seolah-olah kita redha kepada agama mereka.
Maka ucapan yang sebaik-baiknya adalah ucapan 'TAHNIAH' di atas hari kegembiraan mereka, bukan redha atas hari peringatan keagamaan mereka yang menyembah selain daripada Allah.

Segala-galanya bergantung kepada niat, tetapi hendaklah kita sedar bahawa niat tidak sesekali menghalalkan cara terutama kepada yang bertentangan ke arah yang bukan daripada ajaran Islam.

Allah mengajarkan kepada kita untuk berbaik-baik sesama manusia/ makhluk dan tidak menzalimi kepada golongan yang tidak beriman kepada Allah. Maka hendaklah kita mengeratkan silaturahim dengan memberikan ucapan yang baik kepada mereka, terutamanya pada hari kegembiraan mereka, tetapi tidak perlu kita mengucapkan sesuatu seolah-olah kita menjadi sebahagian daripada mereka pada hari-hari perayaan tertentu. Cukuplah sekadar mengucapkan "Tahniah atas hari kegembiraan anda semua...." menunjukkan "hari mereka", bukannya hari kita...

Ada juga yang mengatakan " Alah... Hanya ucapkan saja... Tak semestinya apabila kita mengucapkan 'selamat' atas perayaan keagamaan mereka bermakna kita redha akan agama mereka. Kita tetap orang Islam, takkan kita nak sembah 'tuhan' mereka pula?"
-Ia bukan semata-mata redha, bahkan seolah-olah kita mengakui bahawa mereka sedang menyambut 'tuhan' yang sebenar menurut ajaran mereka seolah-olah 'mereka' wujud padahal hanya Allah Tuhan sekalian bagi alam ini, dan tidak patut kita menafikan keEsaan Allah s.w.t, bukan?

Kadangkala kita merasakan bahawa kita sudah melakukan perkara yang orang lain suka, tetapi kenapa kita seringkali gagal melakukan apa yang Allah suka? Renung-renungkan...

Bukankah Islam itu indah...
Islam sentiasa menjaga umatnya supaya terus duduk di dalam kelompok beragama dan sentiasa berpegang teguh kepada agama Allah dengan tidak sesekali menyekutukanNya dengan apa-apa sekalipun. Kalimah 'Lailaha'illallah' yang bermaksud Tiada suatu perkara pun yang patut di sembah/dipuja-puja melainkan Allah. Itulah pegangan kita sebagai umat Islam.

Admin harap penjelasan ini tidak mendatangkan sebarang perbalahan atau terutama sekali racist dan sebagainya. Kita sebagai umat Islam perlulah menjaga akidah kita, menandakan betapa hebatnya kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dalam mempertahankan kesucian agama kita. Mudah-mudahan terhindar daripada fitnah...

Semoga kita semua tergolong di dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Wallahu a'lam... ^___^


Author : Unknown Time : 1:54:00 pm Total Comment : 0

Free Palestine ! Doa Yahudi Mahu Islam Palestin Mati


Assalamualaikum, kawan-kawan....

Doa Yahudi Mahu Islam Palestin Mati

BAITULMAQDIS - Seorang ketua agama berpengaruh di Israel mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi apabila beliau menyatakan Tuhan patut menurunkan wabak penyakit kepad
a rakyat dan pemimpin Palestin, Sabtu lalu.

Pemimpin spiritual salah sebuah parti kerajaan, Ovadia Yosef dengan biadap menyeru kepada kematian penduduk Palestin semasa ceramahnya, beberapa hari sebelum rundingan damai Palestin-Israel yang dijadual bermula minggu depan.

"Abu Mazen (Mahmoud Abbas) dan semua orang jahat ini patut hilang dari muka bumi.

"Tuhan patut menurunkan penyakit berbahaya kepada pembenci Israel ini," katanya.

Yosef, 89, sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang sama pada 2001 semasa kebangkitan rakyat Palestin menentang kekejaman Israel, di mana beliau menyeru kepada penghapusan bangsa Arab.

Ketua agama yang dilahirkan di Iraq itu juga menegaskan adalah haram bagi Israel untuk mempunyai rasa belas kasihan terhadap rakyat Palestin.

Kenyataan biadap Yosef itu dilihat dikeluarkan bagi menganggu proses rundingan damai yang berlangsung di antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas di Washington, 2 September lalu.

Let's pray for justice of Palestine...
Walau mereka jauh, mereka tetap di hati..
Mereka adalah saudara seMuslim dengan kita...

Wallahualam...

16/11/2012

Author : Unknown Time : 9:57:00 pm Total Comment : 0

Berdoa untuk kebebasan Palestin dan Syria


Jangan berhenti berdoa untuk kebebasan Palestin dan Syria daripada rejim-rejim laknatullah!

Doa adalah senjata mukmin!

Silakan share seikhlas hati...

Wallahualam...

Author : Unknown Time : 9:51:00 pm Total Comment : 0

JIHAD ADALAH SEBAHAGIAN DARI PERSIAPAN KITA



JIHAD ADALAH SEBAHAGIAN DARI PERSIAPAN KITA.

Bila sampainya hari itu, dimana hanya peperangan saja yang menjadi cara untuk mempertahankan agama Islam kita, adakah kita anak-anak muda sudah bersiap sedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi kaum-kaum kafir yang memerangi Islam?

Semoga Allah menguatkan iman kita bila sampainya saat-saat itu. Wallahualam...

14/11/2012

Author : Unknown Time : 2:38:00 pm Total Comment : 0

RAHSIA DISEBALIK BULAN MUHARRAM.







Assalamualaikum...




Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulullah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri. Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan
Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam
bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah
tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X (Bid'ah)
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X (Bid'ah)

14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi
pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Wallahualam...

SHARE/Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.
 

08/11/2012

Author : Unknown Time : 2:11:00 pm Total Comment : 0

Manusia Jadi Batu Kerana Melakukan Maksiat



SEKITAR 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain – penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain. Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.


Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan. Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan itu. Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan. Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar. Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.


Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera. Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.

Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba. Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan. Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan. Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu ‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.Tiada seorang pun daripada penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.

p/s: Tolong sebarkan info ini kepada umat islam yang lain supaya kita semua lebih berwaspada ingat jika bala yang berlaku bukan seorang yang terkena namun semua orang turut terkena jadi sebarkan info ini demi mengingati sesama muslim.

Nauzubillah..Wallahualam...

07/11/2012

Author : Unknown Time : 10:03:00 am Total Comment : 0

Taubat Malik Bin Dinar



Assalamualaikum..

Malik bin Dinar adalah seorang tabi’in yang terkenal kerana selalu menangis sepanjang malam sambil berdoa,”Ya Rabbku, Kau sendirilah yang tahu penghuni syurga dan penghuni neraka, lalu aku termasuk
 yang mana?Ya Allah, jadikanlah aku dari penghuni syurga, dan jangan Kau jadikan aku dari penghuni neraka.”

Perhatikanlah ibadahnya!Inilah Malik bin Dinar. Namun menurutnya,

“Aku memulai hidupku dengan sia-sia, banyak minum dan banyak berbuat maksiat. Aku berbuat zalim pada manusia, aku makan hak orang lain, aku makan riba, aku memukul manusia dan aku melakukan kezaliman. Tiada maksiat yang tidak ku lakukan. Aku sangat fajir sehingga manusia menjauhiku.”

“Tapi suatu hari, aku ingin menikah dan memiliki anak. Maka aku pun menikah dan isteriku melahirkan seorang anak yang kuberi nama Fatimah. Aku sangat mencintainya dan setiap kali Fatimah bertambah besar, imanku bertambah dan maksiatku berkurang. Mungkin Fatimah tahu kalau aku memegang botol arak, lalu dia mendekatiku sehingga aku menjauhkan botol itu darinya, sedangkan dia baru berusia 2 tahun ketika itu. Seakan Allah mengatur dia untuk berkelakuan begitu. Semakin hari aku semakin mendekati Allah sehingalah Fatimah genap berusia 3 tahun dan dia mati.”

“Lalu menjadilah aku seorang yang lebih buruk dari sebelumnya. Sebab aku masih belum memiliki kesabaran orang yang beriman sehingga syaitan berjaya memperdayakan aku. Sampai satu hari aku terasa ingin mabuk, lalu aku meminum arak sepanjang malam.”

“Lalu hari itu aku bermimpi yang menebus kesedaranku. Aku bermimpi melihat diriku di hari kiamat. Manusia berbondong-bondong, aku bersama manusia dan aku mendengar ada yang menyeru, “Fulan bin Fulan kemarilah menghadap pada Yang Maha Memaksa.”

“Aku melihat wajah si Fulan bin Fulan berubah menjadi hitam kerana ketakutan. Sehinggalah aku mendengar si penyeru itu memanggil Malik bin Dinar. Manusia di sekelilingku hilang, seakan tiada siapa di padang mahsyar itu. Lalu aku melihat ular yang besar lagi ganas berjalan sambil membuka mulutnya. Aku pun berlari sehinggalah aku menemui seorang lelaki tua yang lemah lalu aku berkata, “Tolonglah aku dari ular itu.” Tapi lelaki itu menjawab, “Aku lemah anakku, Aku tidak dapat menolongmu. Tetapi berlarilah ke arah sini, mungkin kau akan selamat.”

“Aku berlari ke arah yang ditunjukkan sehinggalah aku mendapati ular dibelakangku dan neraka dihadapanku. Lalu aku berlari kembali ke arah lelaki tua itu dan berkata, “Tolonglah aku, selamatkan aku.” Maka jawabnya lagi,”Aku lemah seperti yang kau lihat. Pergilah ke arah gunung itu, mungkin kau akan selamat.”

“Aku pun berlari ke arah gunung dan ular tersebut juga semakin hampir mengekoriku. Lalu aku melihat di puncak gunung kanak-kanak kecil berteriak, “Wahai Fatimah, temuilah ayahmu, temuilah ayahmu..”

“Aku tahu itu anakku yang meninggal sewaktu usianya 3 tahun itu. Anakku menolongku dan menyambutku dengan tangan kanannya, lalu mengusir ular tersebut dengan tangan kirinya. Sedangkan aku kelihatan seperti mayat waktu itu kerana ketakutan. Lalu aku kembali berada di bilikku sewaktu di dunia dan anakku berkata,

“Belumkah datangnya waktu orang-orang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah…(al-Hadid:16)”

Aku bertanya kepada Fatimah, “Ceritakanlah padaku tentang ular itu.”

Lalu dia berkata, “Itu adalah amal burukmu yang kau besarkan dan cambahkan setiap hari, sehingga ia hampir memakanmu. Bukankah kau tahu wahai ayahku, bahawa amal di dunia akan berubah menjadi jasad di akhirat kelak?”

Aku bertanya lagi, “Dan lelaki tua itu?”

Anakku menjawab, “Itulah amal solehmu. Kau lemahkan dia, sehingga dia menangis dan tak mampu melakukan sesuatu untuk membantumu. Sekiranya kau tidak melahirkan aku dan aku mati ketika kecil, tentu tidak ada yang bermanfaat bagimu.”

“Aku pun terbangun dari tidur dan berteriak,”Telah datang wahai Tuhanku…telah datang, wahai Tuhanku…”

Aku pun keluar dan bersiap untuk solat subuh dan sewaktu melangkah masuk masjid, aku mendengar Si imam membaca,

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingati Allah…(al-Hadid:16)”

Sejak dari itu Malik pun bertaubat sehingga dikenali kerana hampir setiap hari menghabiskan masa di masjid.

Belum sampaikah waktunya untuk kita?

“Siapa yang mendekatiku sejengkal, maka Aku akan mendekat padanya sehasta. Lalu siapa yang mendekatiKu dengan sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Dan siapa yang mendekatiKu dengan berjalan, maka Aku akan mendekatinya sambil berlari kecil.”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga Allah kurniakan nikmat taubat itu pada kita semua..

Wallahualam...

Author : Unknown Time : 9:56:00 am Total Comment : 1

Perihal Malaikat Jibrail



Assalamualaikum....

Malaikat Jibrail adalah salah satu dari para malaikat yang cantik, besar, kuat dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah SWT Ia ditugaskan sebagai penyampai wahyu kepada para rasul AS. Imam Ahmad RAH dengan sanadnya dari Ibn Mas’ud RA Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat Jibrail di Sidratul Muntaha, dia mempunyai 600 sayap”.

Setelah Allah SWT mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah SWT mencipta pula baginya 600 sayap yang panjangnya antara timur dan barat. Dari sayapnya berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Di antara sayap-sayap itu, terdapat 2 sayap berwarna hijau seperti sayap burung merak. Setelah Jibrail memandang dirinya, ia berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dari aku?”. Allah SWT berfirman: “Tidak”.

Kemudian Jibrail berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur pada Allah SWT, dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun. Setelah Jibrail selesai bersolat, Allah SWT pun berfirman: “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak seorangpun yang menyembah Aku seperti kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, nama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka mengerjakan solat 2 rakaat yang hanya sebentar sahaja, mereka dalam keadaan lupa dan serba kurang. Fikiran mereka melayang dan bermacam-macam dan dosa merekapun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai dari solat kamu kerana mereka mengerja solat atas perintahKu sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.” Kemudian Jibrail berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan pada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?” Lalu Allah SWT berfirman: “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal”

Malaikat Jibrail mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah SAW, belum pun selesai pertanyaan itu, malaikat Jibrail telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah SWT padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh 500 tahun perjalanan.

Di sebelah kanan sayap malaikat Jibrail terdapat gambar syurga beserta dengan isinya saperti bidadari, istana, pelayan dan sebagainya. Di sebelah kiri sayapnya terdapat gambar neraka dan segala isinya seperti ular, kala jengking, neraka yang bertingkat-tingkat, penjaganya yang terdiri dari malaikat yang garang iaitu malaikat Zabaniah dan sebagainya. Apabila sampai ajal seseorang yang beriman maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang sedang nazak itu dapat melihat kedudukannya di dalam syurga. Apabila sampai ajal seseorang yang seorang yang munafik maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kiri, maka orang yang sedang nazak itu akan melihat kedudukannya di dalam neraka.

Ketika Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail turun untuk memusnahkan kaum nabi Lut AS, dikatakan malaikat Jibrail mampu mengangkat kesemua 7 bandar yang didiami oleh 400,000 orang, haiwan, rumah serta bangunan dan kesemuanya hanya dengan menggunakan hujung satu sayapnya sahaja, lalu diangkat hingga ke permukaan langit, sehinggalah para malaikat yang berada di langit dapat mendengar bunyi kokokan ayam dan lolongan anjing yang turut berada dalam bandar-bandar tersebut. Kemudian malaikat Jibrail membalikkan bandar-bandar tersebut hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jibrail sentiasa mengharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-

1. Sembahyang lima waktu secara berjemaah
2. Duduk bersama para ulamak
3. Menziariahi orang sakit
4. Menghantar jenazah
5. Memberi air minum
6. Mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
7. Memuliakan jiran dan anak-anak yatim

maka bersungguh-sungguhlah kamu dalam perkara tersebut”

Wallahu’alam….

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.