Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)
Showing posts with label HADIS. Show all posts
Showing posts with label HADIS. Show all posts

29/05/2014

Author : Unknown Time : 3:30:00 pm Total Comment : 0

Kisah Ilmuan Peluk Islam Setelah Mengetahui Bakteria Dalam Air Liur Anjing

Seorang ilmuan besar yang mendalami bidang bakteria berkunjung ke Mesir untuk mensekolahkan anaknya dan dia sendiri memperolehi pekerjaan dalam bidangnya tersebut. Pada suatu hari dia membaca buku hadith yang berkaitan dengan masalah kesihatan. Tiba-tiba dia tidak percaya ketika membaca hadis Nabi saw,
“Jika seekor anjing menjilat perkakas rumah salah seorang di antara kamu, maka cucilah alat (tempat) itu tujuh kali, satu kali di antara yang tujuh itu dicampur dengan tanah ..”
Sejenak dia berdiam menatap hadis itu. Dalam dirinya mula timbul soalan-pert anyaan: Perintah mencuci tujuh kali itu memang perlu dilakukan, dan merupakan kewajipan, namun mengapa Nabi masih menyuruh membasuh tempat itu satu kali dengan tanah? Tidakkah dengan memakai air sahaja sudah cukup?
Soalan itu terus mengganggunya. Kemudian dia mengambil sebuah alat rumah dan membiarkannya dijilati anjing. Lalu mencucinya dengan air tujuh kali. Selepas itu ia teliti dengan menggunakan mikroskop, dan yang terlihat: Berjuta-juta bakteria masih melekat di tempat itu.
Bermakna mencuci dengan air tidaklah cukup untuk menghilangkan bakteria atau kuman-kuman penyakit anjing yang melekat ditempat tersebut.
Sekarang dia cuba sekali lagi, mencuci tempat itu dengan debu tanah. Dan setelah diteliti, ternyata, kuman-kuman telah hilang seluruhnya.
Soalan yang timbul dibenaknya sekarang : Siapa yang memberitahu hal ini kepada Muhammad? Padahal penemuan rahsia bakteria baru diketemukan oleh Pasteur (1822-1895). Bukankah jauh sekali jarak antara Muhammad dengan Pasteur? Bermakna penemuan Pasteur hanyalah mengulang penemuan lama, di mana Muhammad telah mengetahui bahawa bakteria atau kuman penyakit itu ada pada anjing dan dapat dihilangkan hanya dengan menggunakan debu dan dibasuh dengan air enam kali. Siapa yang memberitahu hakikat ilmiah ini kepada Muhammad?
Subhanallah, Allah SWT lah yang memberi petunjuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala hal yang bermanfaat bagi umatnya.

22/03/2014

Author : Unknown Time : 1:53:00 pm Total Comment : 2

Fitnah Dajjal

Berwaspadalah dengan fitnah terbesar akhir zaman, dengan kedatangan seorang lelaki yang bernama DAJJAL!
Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Ada 3 perkara yang apabila terjadi, maka tidaklah bermanfaat iman seseorang yang belum beriman sebelum itu, atau belum mengusahakan kebaikan dalam imannya; iaitu terbitnya matahari dari Barat, Dajal, dan keluarnya binatang dari bumi." (Hadis riwayat Muslim)

Setiap Nabi akan mengingatkan kepada umatnya tentang KETIBAAN DAJJAL, dan dia akan muncul di zaman kita iaitu AKHIR ZAMAN!

Tanda-tanda hampir munculnya DAJJAL AL-MASIH..

Umm Syurayk RA berkata bahawa dia terdengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Setiap Nabi akan mengingatkan kepada umatnya tentang KETIBAAN DAJJAL, dan dia akan muncul di zaman kita iaitu AKHIR ZAMAN!

Tanda-tanda hampir munculnya DAJJAL AL-MASIH..

Umm Syurayk RA berkata bahawa dia terdengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya manusia akan melarikan diri dari Dajjal ke gunung-gunung." Ummu Syarik RA berkata: "Ya Rasulullah di mana orang-orang Arab ketika itu?" Beliau menjawab: "Mereka sedikit." (Diriwayatkan oleh Muslim)

Peperangan besar juga berlaku, dan penaklukan Kota Konstantinopel:

Diriwayatkan oleh Muaz ibn Jabar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila Baitulmaqdis berkembang maju, Yathrib akan musnah; apabila Yathrib musnah, peperangan besar akan terjadi; apabila peperangan besar terjadi, Konstantinopel akan ditakluk; dan apabila Konstantinopel ditakluk, Dajjal akan muncul." (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmidzi)

Penaklukan umat Islam:

Naafi' ibn 'Rtbah meriwayatkan yang bermaksud:
"Kami keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan ada beberapa orang datang kepada Baginda SAW dari barat memakai baju bulu; mereka berjumpa Baginda SAW di sebuah anak bukit. Mereka berdiri dan Rasulullah SAW sedang duduk. Aku berkata kepada diriku bahawa aku mesti pergi dan berdiri di antara mereka dan Rasulullah, takut-takut mereka membunuh Baginda SAW. Kemudian aku berkata kepada diriku, mungkin ini satu perbualan peribadi antara Baginda dengan mereka. Maka aku pergi dan berdiri di antara Baginda dengan mereka, dan aku ingat empat kenyataan yang aku boleh kira dengan jariku. Baginda SAW bersabda, 

"Kalian akan berperang melawan jazirah Arab dan Allah berikan kemenangan kepada kalian. Kemudian memerangi Persia dan kalian pun menang. Kalian memerangi Romawi (di Byzantium) kalian pun diberikan kemenangan oleh Allah. Dan kemudian kalian berperang melawan Dajjal, Allah juga memberikan kemenangan untuk kalian." (Hadis riwayat Muslim).

Sebelum munculnya Dajjal, bumi ini akan mengalami kemarau selama tiga tahun. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Abu Umaamah al-Baahili RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sebelum keluar Dajal manusia tertimpa tiga tahun yang dahsyat sehingga mereka mengalami kelaparan. Allah SWT memerintahkan langit di tahun pertama untuk menahan sepertiga hujan memerintahkan bumi untuk menahan sepertiga tumbuhannya. Kemudian Allah SWT perintahkan langit di tahun kedua untuk menahan dua pertiga hujan dan memerintahkan tanah untuk menahan dua pertiga tanamannya. Selanjutnya Allah SWT perintahkan langit di tahun ketiga menahan semua hujan tidak ada yang turun satu titis pun dan memerintahkan tanah untuk menahan semua tumbuh-tumbuhan. 
Semua yang boleh memberi perlindungan akan mati, kecuali yang Allah kehendaki."

Terlalu banyak dugaan akan berlaku ketika itu kepada umat Islam khususnya, tsabit kepada hadis Nabi SAW, daripada 'Abd-ALlah ibn 'Umar RA meriwayatkan, "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW dan Baginda menyebut dugaan-dugaan dan bercerita tentangnya dengan panjang lebar, sehingga Baginda menyebut fitnah Al-ahlaas (dugaan yang panjang dan berat). Ada orang bertanya, 'Rasulullah, apakah itu fitnah Al-ahlaas? 'Baginda bersabda;

"Iaitu fitnah pelarian dan peperangan dan mereka akan kehilangan harta dan keluarga. Kemudian Fitnah Sarra' (kesengsaraan disebabkan oleh rahmat dan kemewahan), kotoran atau asapnya berasal dari bawah kaki seseorang ahlulbaitku, ia mengaku diriku, padahal bukan dariku, kerana sesungguhnya waliku (kawan karibku) hanyalah orang-orang yang bertaqwa. Kemudian manusia bersepakat pada seseorang seperti bertemunya pinggul di tulang rusuk (tidak seimbang), kemudian FItnah Duhaima' kesengsaraan yang sangat besar yang tidak membiarkan ada seseorang dari umat ini kecuali dihentamnya. Jika dikatakan: 'Ia telah selesai', maka ia jesteru berlanjut, di dalamnya seorang lelaki pada pagi hari beriman, tetapi pada petang hari menjadi kafir, sehingga manusia terbagahagi kepada dua khemah, khemah keimanan yang tidak mengandungi kemunafikan dan khemah kemunafikan yang tidak mengandungi keimanan. Jika itu sudah terjadi, maka tunggulah kedatangan Dajal pada hari itu atau besoknya." (Diriwayatkan oleh Abu Daud).

Munculnya 30 orang pendusta:
Samurah ibn Jundub RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda, "Demi ALlah, tidak akan datang hari kiamat sehingga dibangkitkan pembohong-pembohong besar yang mendekati tiga puluh orang, masing-masing mengaku sebagai utusan Allah. Dan yang akhir adalah Dajjal yang bermata satu yang mana mata kirinya buta." (Riwayat Ahamad, Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaymah, dan al-Hakim).

DAJJAL akan muncul, setelah ia dikurung di suatu pulau di lautan, dan dia hidup pada zaman Rasulullah SAW. Orang ini pernah dilihat oleh Tameem al-Daari dan tiga puluh orang yang lainnya yang disifatkan sebagai lelaki itu mempunyai bentuk tubuh yang besar. Orang itu sedang diikat dengan rantai besi itu mengaku dirinya adalah Dajjal, dan dia pasti akan keluar pada satu hari nanti, kerana apabila tiba detik kemarahannya, ia membuatkan rantai-rantai besi itu terlerai. Dia keluar dengan satu amarah yang dia rasakan!

Dajjal juga akan mengembara ke seluruh dunia dengan pantas. Nabi mengatakan bahawa kepantasan Dajjal mengembara seluruh dunia adalah seperti awan yang dibawa angin (riwayat Muslim), yang bermaksud bahawa Dajal akan mengembara dengan cepat ke seluruh pelusuk dunia.

Dajjal muncul pada waktu orang tidak bepegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada masa itu ada empat puluh hari, satu hari terasa seperti setahun, ada satu hari yang dirasakan seperti sebulan, ada satu hari yang terasa seperti satu minggu, kemudian hari2 berikutnya seperti hari biasa. Dia mempunyai seekor keldai yang jarak antara dua telinganya sepanjang 40 hasta. DIa datang kepada kita dan mengaku: "Akulah Tuhanmu." Maka ketahuilah, bahawa Dajjal ialah seorang makhluk yang buta, dan Allah tidaklah sedemikian (maksudnya Allah tidak menyerupai mana2 makhluk, Allah ada tetapi tidak bertempat, tidak berjisim, jadi mustahil Dajjal adalah Tuhan). Diantara dua mata Dajjal ada huruf KAF-FA-RA- iaitu kafir, yang mana perkataan itu boleh dibaca oleh budak kecil sekalipun, meskipun dia itu pandai membaca atau buta huruf. Dajjal juga akan mendatangi setiap kampung dan daerah kecuali Makkah dan Madinah, kerana Allah tidak membenarkan Dajjal masuk ke tempat itu, dan ada malaikat yang menjaga kedua-dua kota tersebut.

Dajjal akan datang dari timur, menuju ke arah Madinah, sehingga dia datang dan berhenti di belakang Uhud (menurut riwayat Bukhari).
Menurut riwayat lain: "Al-Masih Dajal akan datang dari arah Timur menuju Madinah dan naik ke atas Uhud dan melihat kearah Masjid Nabi, dan berkata kepada pengikut-pengikutnya, 'Adakah kamu nampak istana putih itu?' - Maksudnya Masjid Nabi. Kemudian apabila dia turun ke belakang Uhud, dia akan bertemu dengan malaikat, yang memalingkan mukanya ke arah Syam, dan di sana dia akan binasa." (riwayat Muslim).

-Dajal akan mendirikan khemah di belakang bukit Uhud di dalam paya garam, di hujung Saadiqiyyah, di utara Thawr. Dikawasan ini terdapatnya beberapa buah bukit yang kecial dan kemerah-merahan, dan mereka yang melihatnya akan ingat akan sabda Nabi SAW.

Terdapat pelbagai lagi hadis-hadis yang berkisahkan kepada DAJJAL AL-MASIH. Yang pasti, kesimpulannya, Dajjal adalah seorang yang ditunggu-tunggu oleh kaum Yahudi, sebagaimana kita sebagai umat Islam yang menunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa AS turun ke bumi untuk memusnahkan Dajjal dan kaum Yahudi.

BAGAIMANA UNTUK BERLINDUNG DARIPADA FITNAH DAJJAL?
-Elakkan diri dan jauhkan diri daripada berjumpa dengan DAJJAL.

-Minta pertolongan daripada Allah SWT.

-Mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah – untuk menafikan segala bentuk penipuan Dajjal tentang pengakuan dirinya sebagai Tuhan.

-Hafal dan amalkan 10 ayat dari surah pertama surah al-Kahfi. Menurut sebuah hadis: ‘Sesiapa yang hafal 10 ayat dari pertama surah al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal.” (Riwayat Muslim).

-Atau, bacalah seluruh surah al Kahfi.

-Mohon perlindungan kepada Allah semasa tasyahhud sebelum salam, dengan meminta, 


(Maksudnya) Ya Allah, aku memohon perlindungan pada-Mu daripada siksa api neraka, siksa kubur, fitnah hidup dan mati, dan fitnah Dajjal.

-Juga, lengkapkan diri dengan ilmu agama supaya kita mempunyai ilmu untuk menentukan antara yang haq dengan yang batil sekiranya bertemu dengan Dajjal. Apa pun, tiada daya upaya melainkan kepada Allah kita bergantung pertolongan dan keupayaan semata-mata, maka hendaklah sentiasa meminta agar Allah memelihara kita daripada fitnah Dajjal.

-Ambil berat dan bersedia untuk memerangi Dajjal, sepertimana orang-orang beriman akan melakukannya (menentang kebatilan).

Wallahualam...

*Note: Amalkan membaca 10 surah terawal dan 10 surah terakhir surah al-Kahfi (surah yang ke 18).

*untuk mendapatkan kisah lebih lanjut tentang Dajjal dan fitnah-fitnahnya, dapatkan rujukan2 yang berkaitan.

From LUKISAN DAKWAH ISLAM

16/02/2014

Author : Unknown Time : 7:39:00 pm Total Comment : 0

Perkara Disukai Dan Dibenci Malaikat


Yang Disukai Vs Yang Dibenci Malaikat
1. Yang Disukai
- Sukakan kebaikan dan kebersihan. Ini bersesuaian dengan sifat kejadian malaikat yang berasal daripada cahaya murni.
- Selalu menghampiri orang yang membaca al-quran.
- Apabila melihat seseorang keluar menuntut ilmu, malaikat merendahkan sayap sebagai tanda hormat dan reda kepadanya.
- Melihat sekumpulan manusia yang berhimpun untuk berzikir dan membincangkan ilmu agama.
Dalil
Sufyan al-thawri berkata: “Jika seorang manusia mengkhatamkan al-quran, malaikat ‘mencium’ keningnya.” ( Imam Ahmad bin Marwan Al-Dinawari dalam Al-Mujalasah )
Rasulullah s.w.a. bersabda, maksudnya: “tidaklah sekumpulan manusia berhimpun di rumah Allah untuk membaca dan mengkaji kitab Allah, melainkan sakinah ( ketenangan ) akan turun, rahmat meliputi mereka, dan para malaikat menaungi mereka dengan sayap. Allah menyebut-nyebut mereka dalam ( kalangan malaikat ) di sisi-Nya.” ( Riwayat Muslim )
2. Yang Dibenci
- Sangat benci maksiat dan kekotoran. Malaikat menjauhkan diri dari tempat najis dan maksiat.
- Tidak memasuki rumah yang terdapat anjing dan patung di dalamnya. Anjing adalah haiwan najis, manakala patung adalah simbol kemusyrikan.
- Apabila melihat seorang isteri melanggar perintah suami, malaikat turut marah kerana Allah.
- Tidak suka bau-bauan yang busuk. Malaikat terganggu jika ada seseorang yang masuk ke dalam masjid dengan bau yang tidak menyenangkan. Oleh sebab itu, Nabi s.a.w. menyuruh kita untuk mandi dan memberus gigi sebelum ke masjid.
Dalil
Nabi Muhammad s.w.a. bersabda, maksudnya: “apabila seorang suami memanggil isterinya ke katil, tetapi dia menolak sehingga menyebabkan suaminya marah, maka para malaikat melaknat wanita itu sehingga pagi.”(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, maksudnya: “apabila seseorang hamba berdusta, maka kedua-dua malaikatnya menjauhinya sehingga satu batu kerana bau busuk daripadanya.” (Riwayat Al-Tirmizi)
Wallahu’alam….
hasnulhadiahmad.com

24/01/2014

Author : Unknown Time : 4:19:00 pm Total Comment : 0

Kepercayaan karut Orang Melayu Islam

 
 
- Naik kereta nampak binatang melintas contohnya biawak, ada bahaya di hadapan.
- Letak sesuatu benda di pintu rumah, elak makhluk halus masuk rumah.
- Burung hantu berbunyi waktu malam tanda ada orang nak mati.
- Kucing melintas pada mayat, mayat boleh hidup balik.
- Kupu-kupu masuk rumah ada orang nak datang.
- Baby menangis, pakai tangkal dekat pergelangan tangan/leher baby.
- Makan tersedak ada orang sebut nama/ingat pada kita.
- Cicak bunyi tanda betullah apa yang kita cakap.


Ini semua SYIRIK kepada Allah.
Sia-sia ibadah puasa, solat, zakat, haji, umrah, sedekah.
Menyekutukan Allah tidak akan masuk syurga.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik, dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan orang yang beriman sahaja, dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal."
[Hadis Riwayat Ibnu Majah]

09/01/2014

Author : Unknown Time : 7:30:00 pm Total Comment : 0

Islam larang rosakkan bumi

ALLAH menciptakan langit dan bumi serta segala isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai nikmat alam sekitar itu. Hal ini menyebabkan ada di kalangan manusia memandang enteng nikmat  tersebut sehinggakan bertindak menggondolkan bukit-bukau sewenang-wenangnya.

Sehubungan itu, Allah memberi peringatan melalui firman-Nya yang bermaksud: 

Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (al-Rum: 41)
Berkenaan tanggungjawab manusia memelihara alam sekitar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 

Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan. (riwayat Muslim).

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN menemu bual Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Nidzamuddin Zakaria bagi mengupas isu ini.

Mega: Apakah konsep penjagaan alam sekitar dalam Islam?

Nidzamuddin: Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu 1972 menjelaskan bahawa alam sekitar adalah: “Suatu aset atau simpanan sumber-sumber alam sama ada berbentuk material dalam kelompok masyarakat atau populasi tertentu, pada waktu dan tempat yang tertentu bagi menyempurnakan dan memenuhi keperluan manusia dari masa ke semasa”. (Rujuk: Muhammad Sa’id dan Rasyid Ahmad. 1986. Al-Bi’ah wa musykilatiha. Kuwait: Maktabah al-Falah.Hal. 25).

Ibnu Abd. Rabbihi pula menyatakan takrif alam sekitar ini di dalam kitabnya al-Jumanah dengan penjelasannya bahawa: “Alam sekitar ialah yang merujuk kepada kehidupan ciptaan Ilahi dan kebudayaan yang wujud di mana manusia dapat menjalani kehidupan di dalamnya”. (Rujuk: Muhammad Abd al-Qadir Al-Fiqqiyy. 1993. Al-Bi’ah Musykiluha wa Qadayaha. Kaherah: Maktabah Ibn Sina. Hal. 9.)

Al-Quran dan sunah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar di mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk mengekalkan pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung. Ia melarang pencemaran di samping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam di mana usaha murni ini di sanjung mulia agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung di sisi Tuhan. Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara serta kemakmuran bumi. Tanpa rimbunan pokok, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida di atmosfera akan berkurangan. Tanpa udara yang bebas bahan cemar, maka kesihatan awam terancam.

Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib. Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras Islam Hadhari.

Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud:

 ...(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa neraka. (ali-Imran: 191).

Ayat ini menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal dan seluruh cakerawala adalah tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Orang beriman sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar terpelihara dan bersih, bukan saja dalam keadaan aman, malah ketika peperangan.

Ajaran Islam mengajar umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan dan kebiruan langit, tertera ayatullah yang memperlihatkan sifat Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta.

Kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah satu lagi contoh keengganan manusia mematuhi perintah Allah sebagaimana dalam surah ar-Rum: 41. Bagaimana membetulkan keadaan ini?

Nidzamuddin: Kalau kita meneliti sumber-sumber syarak dan usul-usulnya, pasti kita akan melihat asas-asas dan dasar-dasar yang murni yang digagaskan oleh Islam. Ia bagi memandu dan memimpin suatu etika dan akhlak yang terpuji bagi setiap individu muslim berperanan dan bermuamalah secara positif dengan alam sekitar ciptaan Ilahi ini agar warisan tersebut tidak pupus atau rosak di tangan manusia itu sendiri.

Akhirnya, ketiadaan sikap menyayangi dan memelihara alam sekitar ini boleh membawa kepada kemusnahan, kerosakan dan bencana yang menimpa manusia itu sendiri.

Allah menegaskan hal ini melalui firman-Nya yang bermaksud: 

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (al-Rum: 41).

Tindakan paling drastik yang perlu dilakukan umat Islam adalah kembali kepada Islam itu sendiri, tinggalkan budaya atau gaya hidup yang jauh daripada Allah dan syariat-Nya. Barangkali musibah seumpama ini adalah peringatan untuk kita agar jangan lalai dan leka terhadap peranan kita selaku hamba dan khalifah-Nya di muka bumi ini.
Islam adalah agama yang mengikat hubungan kita dengan Pencipta dan menjalin hubungan manusia sesama manusia.

Islam juga menyusun peradaban dan etika manusia dengan makhluk sekitarnya meliputi alam dan ciptaan Tuhan yang berada di atasnya bersesuaian dengan agenda utama manusia di muka bumi ini selaku khalifah Tuhan yang mentadbir dan mengurus dunia ini dengan saksama dan penuh bijaksana demi kemaslahatan manusia dan keharmonian alam sekitarnya.

Bukit-bukau dan gunung-ganang dijadikan Allah sebagai pasak bumi (al-Anbiya’: 31). Apakah saranan Islam tentang pembangunan seimbang (sustainable development)?

Nidzamuddin: Kita perhatikan dahulu ayat al-Quran itu tadi. Allah menegaskan: 

Dan Kami telah menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak menggegar mereka dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani. (al-Anbiya’: 31).

Ayat ini menegaskan bahawa fungsi sebenar bukit-bukau dan gunung-ganang itu ialah sebagai pasak kepada bumi. Meneres kawasan bukit-bukau sesuka hati tanpa kawalan dan sempadan mengundang ketidakseimbangan muka bumi itu sendiri.

Justeru, pembangunan yang seimbang ini amat dititik beratkan dalam ayat Allah yang lain antaranya firman Allah yang bermaksud: 

Dan bumi ini Kami bentangkan dan Kami letakkan padanya gunung-ganang yang kukuh terdiri, serta Kami tumbuhkan padanya tiap-tiap sesuatu yang tertentu timbangannya. (al-Hijr: 19).

Sistem keseimbangan dalam alam sekitar yang diaturkan Penciptanya ini lebih dikenali sebagai ekosistem yang sangat unik dan sistematik. Seluruh unit dalam sistem telah diprogramkan Allah agar mengikuti sistem atau sunnatullah yang hebat ini.

Sebagai contoh, matahari dan bulan ditentukan Allah berfungsi dalam ekosistem ini selaku penyumbang cahaya mengikut kadar peratusan yang tertentu.

Jika kadar pencahayaan matahari itu melebihi peratusan yang sepatutnya, maka tentulah alam dan hidupan di atas permukaannya bakal mengalami kemusnahan dan kebakaran.

Begitu juga kadar oksigen dalam udara yang telah ditentukan Allah sejumlah 21 peratus, maka andainya kadar oksigen itu menjangkau 50 peratus, nescaya alam dan hidupan di atas permukaannya juga pasti mengalami kemusnahan dan kebakaran. Begitulah al-Quran melukiskan peri pentingnya keseimbangan ekosistem ini untuk dipelihara oleh khalifah Tuhan atau manusia di muka bumi ini sebaik-baiknya. (Tibarah, ‘Afif bin Abdul Fattah. Ruh al-Din al-Islami. Beirut: Dar al-Malayin li al-‘Ilmi. Hal. 57).

Akhirnya, renungilah seruan Ilahi untuk hamba-hamba-Nya bagi menjaga alam sekitar khususnya bukit-bukau dan gunung-ganang ciptaan terindah Tuhan menerusi ayat yang bermaksud: 

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam; Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)

Sebilangan manusia berpendapat, penjagaan alam sekitar tugas pihak tertentu sahaja. Justeru, bebas membersihkan hutan, membuang sampah merata-rata. Adakah pandangan begini tepat?

Nidzamuddin: Pandangan ini tidak tepat sama sekali! Ia mencerminkan sikap mementingkan diri sendiri dan tidak prihatinnya terhadap warisan alam. Yang sebenarnya, manusia itu adalah unsur atau entiti yang maujud di tengah-tengah alam sekitar, bahkan Islam meletakkan manusia selaku unsur paling penting di dalamnya berbeza dengan hidupan lain yang hanya bersifat material dan kosong maknawi atau rohaninya di mana setiap insan itu bertindak selaku pengurus atau pentadbir alam sekitar itu.

Justeru, dengan kelebihan ciptaan manusia daripada unsur material dan maknawi, maka manusia dinobatkan selaku pemimpin dan khalifah Tuhan yang mengurus dan mentadbir alam dengan sebaik-baiknya.

Firman Allah bermaksud: 

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaanKu) maka hendaklah kamu sujud kepadanya. (al-Hijr: 28-29).

Hal ini disokong pula dengan hadis Nabi SAW bermaksud; 

Sesungguhnya dunia ini cantik dan subur menghijau dan sesungguhnya Allah menjadikan kamu (wahai manusia) selaku pengurusnya dan apa yang terdapat padanya. (Al-Tirmizi, Muhammad bin Isa. 2004. (Rujuk: Jami’ al-Tirmizi. Kitab al-Fitan. Hadis No. 2191. Riyadh: Bait al-Afkar al-Dauliyyah).

Faktor keuntungan dan wang ringgit adakalanya mengelabui mata menyebabkan pihak tertentu seperti jurutera, ahli geologi dan sebagainya ‘menipu’ dan menyembunyikan kebenaran tentang bahaya yang mungkin berlaku apabila mendirikan bangunan di lereng-lereng bukit. Apakah balasan Allah terhadap golongan sebegini?

Nidzamuddin: Inilah bahana dan bahayanya apabila pihak yang berwajib dan yang berautoriti dari segi kuasa dan keilmuannya tidak bersikap profesional, telus dan bertanggungjawab.

Ketamakan pada keuntungan yang melambak-lambak akan mengenepikan soal bahaya dan risiko yang bakal menimpa. Ya, memang ada orang yang kaya dan mampu membina semula banglo yang runtuh itu lantaran kekayaannya yang tidak terkira. Lebih mengejutkan ialah ada yang berani membangunkan semula bangunan baru di lokasi yang telah berlaku tanah runtuh.

Namun soal nyawa, harta benda yang terbuang dan musnah begitu sahaja serta ‘pencabulan terhadap keharmonian alam sekitar’ itu sendiri adalah suatu isu yang perlu dititik beratkan.

Pokok-pokok yang subur menghijau bukan sekadar dilihat sebagai ciptaan Allah yang mendamai dan menakjubkan, bahkan Rasulullah SAW mengajar umatnya agar memeliharanya daripada ditebang dan dimusnahkan.

Ini terserlah melalui larangan keras Baginda terhadap usaha penebangannya yang tanpa sebab dan melampau bermaksud: 

“Barang siapa yang memotong pokok (bidara) - tanpa manfaat atau kepentingan - nescaya Allah SWT akan menghumbankan kepalanya ke jurang neraka”. (Rujuk: Abu Daud, Sulaiman bin al-Asy’ath al-Sijistani. T.th. Sunan Abi Daud. Kitab Adab. No. Hadis: 4561. Juzuk 4. Hal. 361).

Imam Abu Daud mengulas maksud hadis ini setelah disoal mengenainya dengan penjelasannya: “Barangkali yang dimaksudkan dengan amaran Nabi SAW dengan penebangan pokok tanpa sebab ini adalah terhadap pokok-pokok yang terdapat di padang pasir yang dijadikan tempat teduhan orang yang lalu lalang atau para musafir.”

Kalau nak dikiaskan dengan geografi negara kita, maka pokok-pokok di lerengan bukit-bukau itu juga dilarang Islam menebangnya tanpa bersebab dan kawalan. Kalau isu penebangan pokok atau peneresan bukit-bukau ini tidak dikawal secara serius, maka tidak mustahil bahawa kita akan menyaksikan banyak lagi penempatan di kawasan-kawasan bukit akan menjadi mangsa tanah runtuh ini.

Adakah kepincangan yang berlaku sekarang disebabkan kurangnya sifat ihsan di kalangan kita sehingga adakalanya kita menipu dalam sukatan pembinaan dan sebagainya?

Nidzamuddin: Ya, saya setuju bahawa ia adalah antara faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kemusnahan alam ini. Kerakusan membolot projek-projek yang mega dan bernilai juta ringgit kadang-kadang menghakis norma-norma kemanusiaan dan perasaan ihsan sesama insan bahkan terhadap alam sekitar itu sendiri.

Memang benar alam tidak menjerit dan melolong apabila diperlakukan penebangan atau peneresan bukit-bukau dengan sewenang-wenangnya, namun kerakusan ini akan berakhir dengan dentuman bangunan runtuh, suara tangisan mangsa tanah runtuh dan kerosakan harta benda yang begitu besar.

Justeru, Allah melarang keras penipuan ini khususnya dalam sukatan dengan firman-Nya: 

Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? (al-Mutaffifin: 1-4).

Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ihsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia.

Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.

Oleh yang demikian, manusia perlu ingat bahawa dia dilantik sebagai khalifah Allah di atas muka bumi yang juga milik Allah. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan di atas segala yang telah dikerjakannya.


03/01/2014

Author : Unknown Time : 6:14:00 pm Total Comment : 0

Air Mata

Menangis diakui cara yang paling mudah dan cepat bagi melegakan perasaan. Malang sekali, dalam masyarakat kita, orang dewasa yang selalu menangis dipandang sinis. Sekiranya seorang perempuan atau kanak-kanak menangis masih boleh diterima, tetapi sekiranya seorang lelaki yang menangis akan memberikan tanggapan lelaki itu tidak matang, kurang perkasa, dan paling teruk dikatakan lembik. Stigma Ini membuatkan kita jarang-jarang melihat lelaki menangis dikhalayak, walaupun keadaan amat memaksanya mengeluarkan air mata. Mungkin sebab itulah ada kiasan menyatakan air mata lelaki amat tinggi nilainya.

Menurut saintis seperti William Frey, seorang ahlii biokimia mengkaji berkenaan misteri air mata. Air mata ada tiga jenis iaitu air mata basal, air mata refleksi dan air mata emosi. Setiap jenis air mata ini mengandungi komposisi bahan kimia yang berbeza. Air mata basal jenis yang biasa terdapat pada air mata bagi melembabkan dan melicinkan pergerakan anak mata. Sementara air mata refleksi pula terjadi apabila sesuatu yang merengsa pada mata seperti semasa mengupas bawang, menggosok mata atau dimasuki habuk. Manakala jenis yang keluar apabila menangis disebabkan perasaan sama ada sedih,gembira, sakit, marah, atau sebagainya dinamakan air mata emosi. Semua contoh ini menunjukkan keselarian bahawa penghasilan air mata berkait rapat fisiologi dan psikologi insan.

Air mata emosi adalah yang paling kompleks. Ia seolah-olah terjadi semasa perasaan kita sedang berkecamuk dan menjadi jalan untuk bertenang. Semua pakar setuju bahawa menangis adalah pengalaman yang sepatutnya semua manusia rasai. Seseorang yang mudah menangis harus berbangga kerana dia mampu berhubung baik dengan perasaannya sendiri. Mereka tahu cara menzahirkan rasa mereka. Tetapi sekiranya amat kerap dilakukan mungkin atas sebab yang kurang munasabah, seperti apabila ditegur atau dikritik orang lain mungkin dipandang rendah melainkan dia menyatakan sebab lain untuk menangis. Idea menariknya dia boleh berkata menangis kerana ingin membuka paru-paru, bernafas dengan lebih baik, membersihkan wajah, membuat latihan untuk mata, dan melembutkan rasa panas baran.

Semua fakta ini sememangnya benar secara saintifik.
Air mata hakikatnya mencerminkan rahsia manusia sebenar. Walaupun manusia biasa menangis apabila dia sendiri merasa sedih, sakit, marah dan adakalanya kita tidak pernah merasai penderitaan itu. Menangis tidak boleh dikawal dan ditahan-tahan. Ia datang dengan sendirinya dan tidak boleh dipaksa. Bersyukurlah kerana hanya manusia dianugerahkan perasaan itu.
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah.”
(HR. At-Tirmidzi no. 1639, disahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Tirmidzi dan Al-Misykat no. 3829)

07/11/2012

Author : Unknown Time : 9:56:00 am Total Comment : 1

Perihal Malaikat Jibrail



Assalamualaikum....

Malaikat Jibrail adalah salah satu dari para malaikat yang cantik, besar, kuat dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah SWT Ia ditugaskan sebagai penyampai wahyu kepada para rasul AS. Imam Ahmad RAH dengan sanadnya dari Ibn Mas’ud RA Rasulullah SAW bersabda: “Aku melihat Jibrail di Sidratul Muntaha, dia mempunyai 600 sayap”.

Setelah Allah SWT mencipta Jibrail dengan bentuk yang cantik, Allah SWT mencipta pula baginya 600 sayap yang panjangnya antara timur dan barat. Dari sayapnya berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Di antara sayap-sayap itu, terdapat 2 sayap berwarna hijau seperti sayap burung merak. Setelah Jibrail memandang dirinya, ia berkata: “Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik dari aku?”. Allah SWT berfirman: “Tidak”.

Kemudian Jibrail berdiri serta solat 2 rakaat kerana syukur pada Allah SWT, dan tiap-tiap rakaat lamanya 20,000 tahun. Setelah Jibrail selesai bersolat, Allah SWT pun berfirman: “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak seorangpun yang menyembah Aku seperti kamu. Akan tetapi, di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, nama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka mengerjakan solat 2 rakaat yang hanya sebentar sahaja, mereka dalam keadaan lupa dan serba kurang. Fikiran mereka melayang dan bermacam-macam dan dosa merekapun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai dari solat kamu kerana mereka mengerja solat atas perintahKu sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.” Kemudian Jibrail berkata: “Ya Tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan pada mereka sebagai imbalan ibadah mereka?” Lalu Allah SWT berfirman: “Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal”

Malaikat Jibrail mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah SAW, belum pun selesai pertanyaan itu, malaikat Jibrail telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah SWT padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh 500 tahun perjalanan.

Di sebelah kanan sayap malaikat Jibrail terdapat gambar syurga beserta dengan isinya saperti bidadari, istana, pelayan dan sebagainya. Di sebelah kiri sayapnya terdapat gambar neraka dan segala isinya seperti ular, kala jengking, neraka yang bertingkat-tingkat, penjaganya yang terdiri dari malaikat yang garang iaitu malaikat Zabaniah dan sebagainya. Apabila sampai ajal seseorang yang beriman maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kanan sehingga orang sedang nazak itu dapat melihat kedudukannya di dalam syurga. Apabila sampai ajal seseorang yang seorang yang munafik maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang sebelah kiri, maka orang yang sedang nazak itu akan melihat kedudukannya di dalam neraka.

Ketika Allah SWT memerintahkan malaikat Jibrail turun untuk memusnahkan kaum nabi Lut AS, dikatakan malaikat Jibrail mampu mengangkat kesemua 7 bandar yang didiami oleh 400,000 orang, haiwan, rumah serta bangunan dan kesemuanya hanya dengan menggunakan hujung satu sayapnya sahaja, lalu diangkat hingga ke permukaan langit, sehinggalah para malaikat yang berada di langit dapat mendengar bunyi kokokan ayam dan lolongan anjing yang turut berada dalam bandar-bandar tersebut. Kemudian malaikat Jibrail membalikkan bandar-bandar tersebut hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jibrail sentiasa mengharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-

1. Sembahyang lima waktu secara berjemaah
2. Duduk bersama para ulamak
3. Menziariahi orang sakit
4. Menghantar jenazah
5. Memberi air minum
6. Mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
7. Memuliakan jiran dan anak-anak yatim

maka bersungguh-sungguhlah kamu dalam perkara tersebut”

Wallahu’alam….

24/10/2012

Author : Unknown Time : 4:49:00 pm Total Comment : 0

Kelebihan/Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah




Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat ketika wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah (26 Oktober 2012), kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi menunaikan haji.

Kelebihan puasa Hari Arafah

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,

Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :

Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)

Lautan Manusia di Padang Arafah

Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Mungkin ramai akan tanya, “Macam mana nak niat puasa sunat hari arafah?”. Ada dua pendapat tentang niat. Satu kita boleh niat dengan cara niat umum, contoh, “Sahaja aku puasa sunat”. Ataupun satu lagi, dengan cara khusus, contoh “Sahaja aku puasa sunat hari arafah”. Tak ada masalah untuk buat yang mana-mana.

Tarikh Hari Arafah Di Malaysia

Memandangkan Hari Raya Aidiladha dekat Malaysia jatuh pada hari Jumaat 26/11/2012, maka hari Khamis 25/11/2012 boleh la puasa sunat Hari Arafah. Ajak ramai-ramai puasa sunat Hari Arafah, insyaAllah ada sahamnya. Dan jangan lupa share post ni ye.

pss : Jangan lupa ajak kawan-kawan, adik kakak puasa sunat. InsyaAllah kita pun akan dapat pahala extra kalau dorang puasa jugak.

Wallahualam....

05/10/2012

Author : Unknown Time : 6:48:00 pm Total Comment : 1

Mukjizat Nabi Muhammad SAW yang melebihi 300 mukjizat


Assalammu’alaikum wbt kepada sidang pembaca sekalian. Penulis berasa PERLU untuk kita sebagai umat Muhammad SAW mengetahui dengan terperinci akan kelebihan-kelebihan dan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Amat kasihan kepada umat Islam sekarang lebih-lebih lagi apabila dipersoalkan akan mukjizat Nabi SAW yang kita sayangi, yang mereka tahu hanyalah membelah bulan, Al-Qur’an dan awan menaungi baginda semasa kecil. Ini sahaja yang kita tahu. Di sini penulis berasa tertampil untuk menceritakan mukjizat-mukjizat Muhammad SAW yang tak pernah kita ketahui melainkan meneliti Hadith2 yang sahih merujuk  http://aldiena.qweinhorn.co.cc/. Amatlah sedih, ada pemuka-pemuka politik di negara kita yang menyatakan Nabi Muhammad SAW diberikan kelebihan mukjizat ketika baginda di angkat menjadi Nabi & Rasul, dan katanya lagi baginda sama dengan budak-budak biasa sebelum baginda menjadi Nabi & Rasul. Sedangkan penyataan itu tidak diteliti dengan baik yang mana boleh mengakibatkan fitnah.

Mukjizat Muhammad SAW adalah kemampuan luar biasa yang dimiliki Nabi Muhammad SAW untuk membuktikan kenabiannya. Dalam Islam, mukjizat terbesar Muhammad SAW adalah Al-Qur’an. Selain itu, Muhammad SAW juga diyakini pernah membelah bulan pada masa penyebaran Islam di Mekkah dan melakukan Isra dan Mi’raj dalam tidak sampai satu hari. Kemampuan lain yang dimiliki Muhammad SAW adalah kecerdasannya mengenai ilmu ketuhanan. Hal ini tidak sebanding dengan dirinya yang ummi atau buta huruf. Walau begitu, umat Islam meyakini bahwa setiap hal dalam kehidupan Muhammad SAW adalah mukjizat. Hal itu terbukti dari banyaknya kumpulan hadits yang diceritakan para sahabat mengenai berbagai mukjizat Muhammad SAW.
Terkadang ada muslim & kufar yang tak percaya dengan mukjizat Rasulullah Muhammad SAW yang dengan seizin ALLAh boleh dapat melakukan:
Mengerti bahasa binatang seperti Nabi Sulaiman
Memerintah bumi & pohon seperti Nabi Musa
Diberi mukjizat seperti Nabi Ibrahim
Anak yang meninggal bangkit hidup kembali… (mirip mukjizat Nabi Isa AS)
Menyembuhkan orang buta
Menyembuhkan orang lumpuh
Menyembuhkan orang cacat sejak lahir
Mengetahui isi hati
Memberi makan beribu orang dengan seketul makanan
Memberi minum beribu orang dengan sikit air
Mengeluarkan air ditengah padang gurun
Mengeluarkan air dari sela jari untuk wudhu beribu orang
Menyembuhkan putri raja yang cacat tanpa tangan & kaki
Membelah bulan menjadi 2 bahagian
Dan ini telah dibuktikan oleh para astronaut yg menghabiskan dana ratusan juta dollar
Mengetahui apa yang telah terjadi
Mengetahui apa yang sedang terjadi
Mengetahui apa yang akan terjadi
Melihat yang dibelakang punggungnya seperti dari depan
Musuh bergetar tak mampu membunuh
Bumi memakan orang yang hendak membunuh beliau
Musuh tak dapat melihat beliau
Tidak dapat dibunuh musuh
Rombongan berkuda para sahabat boleh dapat menyeberang laut dengan berkuda saat mengejar musuh yang lari dengan kapal layar,
atau pun mukjizat lainnya, ini kerana ia belum pernah membaca hadist sahih Bukhori & sahih Muslim atau Sahih Ahmad yang lengkap & bukan sekadar ringkasan hadist.
Sebelum masa kenabian
Tradisi Islam banyak menceritakan bahwa pada masa kelahiran dan masa sebelum kenabian, Muhammad SAW sudah diliputi banyak mukjizat. 
Muhammad SAW dilahirkan pada tanggal 22 April 570 di kalangan keluarga bangsawan Arab, Bani Hasyim. Ibnu Hisyam, dalam Sirah Nabawiyah menuliskan Muhammad SAW memperoleh namanya dari mimpi ibunya, Aminah binti Wahab ketika mengandungnya. Aminah memperoleh mimpi bahwa ia akan melahirkan “pemimpin umat”. Mimpi itu juga yang konon menyuruhnya mengucapkan, “Aku meletakkan dirinya dalam lindungan Yang Maha Esa dari segala kejahatan dan pendengki.” Kisah Aminah dan Abdul Muthalib juga menunjukkan bahwa sejak kecil Muhammad SAW adalah anak yang luar biasa. Berikut ini adalah mukjizat yang terjadi pada saat kelahiran dan masa kecil Muhammad SAW:
* Aminah binti Wahab, ibu Muhammad SAW pada saat mengandung Muhammad SAW tidak pernah merasa lelah seperti wanita pada umumnya.
* Saat melahirkan Muhammad SAW, Aminah binti Wahab tidak merasa sakit seperti wanita sewajarnya.
* Muhammad SAW dilahirkan dalam keadaan sudah berkhitan.
* Pada usia 5 bulan ia sudah pandai berjalan, usia 9 bulan ia sudah mampu berbicara dan pada usia 2 tahun ia sudah boleh dilepas bersama anak-anak Halimah yang lain untuk menggembala kambing.
* Halimah binti Abi-Dhua’ib, ibu susuan Muhammad SAW dapat menyusui kembali setelah sebelumnya ia dinyatakan telah kering susunya. Halimah dan suaminya pada awalnya menolak Muhammad SAW kerana yatim. Namun, kerana alasan ia tidak ingin dicemuh Bani Sa’d, ia menerima Muhammad SAW. Selama dengan Halimah, Muhammad SAW hidup nomad bersama Bani Sa’d di gurun Arab selama empat tahun.
* Abdul Muthalib, datuk Muhammad SAW menuturkan bahwa berhala yang ada di Ka’bah tiba-tiba terjatuh dalam keadaan bersujud saat kelahiran Muhammad SAW. Ia juga menuturkan bahwa ia mendengar dinding Ka’bah berbicara, “Nabi yang dipilih telah lahir, yang akan menghancurkan orang-orang kafir, dan membersihkan dariku dari beberapa patung berhala ini, kemudian memerintahkan untuknya kepada Zat Yang Merajai Seluruh Alam Ini.”
* Dikisahkan saat Muhammad SAW berusia empat tahun, ia pernah dibedah perutnya oleh dua orang berbaju putih yang terakhir diketahui sebagai malaikat. Peristiwa itu terjadi ketika Muhammad SAW sedang bermain dengan anak-anak Bani Sa’d dari suku Badwi. Setelah kejadian itu, Muhammad SAW dikembalikan oleh Halimah kepada Aminah. 
Sirah Nabawiyyah, memberikan gambaran terperinci bahwa kedua orang itu, “membelah dadanya, mengambil jantungnya, dan membukanya untuk mengelurkan darah kotor darinya. Lalu mereka mencuci jantung dan dadanya dengan salji.” Peristiwa seperti itu juga terulang 50 tahun kemudian saat Muhammad SAW diisra’kan ke Jerusalem lalu ke Sidratul Muntaha dari Mekkah.
* Dikisahkan pula pada masa kecil Muhammad SAW, ia telah dibimbing oleh Allah. Hal itu mulai tampak setelah ibu dan datuknya meninggal. Dikisahkan bahwa Muhammad SAW pernah diajak untuk menghadiri pesta dalam tradisi Jahiliyah, namun dalam perjalanan ke pesta ia merasa lelah dan tidur di jalan sehingga ia tidak mengikuti pesta tersebut.
* Pendeta Bahira menuturkan bahwa ia melihat tanda-tanda kenabian pada diri Muhammad SAW. Muhammad SAW saat itu berusia 12 tahun sedang beristirahat di wilayah Bushra dari perjalannya untuk berdagang bersama Abu Thalib ke Syria. Pendeta Bahira menceritakan bahwa kedatangan Muhammad SAW saat itu diiringi dengan gumpalan awan yang menutupinya dari cahaya matahari. Ia juga sempat berdialog dengan Muhammad SAW dan menyaksikan adanya sebuah “cop kenabian” (tanda kenabian) di kulit punggungnya.
* Mukjizat lain adalah Muhammad SAW pernah memendek perjalanan. Kisah ini terjadi saat pulang dari Syria. Muhammad SAW diperintahkan Maisarah membawakan suratnya kepada Khadijah saat perjalanan masih 7 hari dari Mekkah. Namun, Muhammad SAW sudah sampai di rumah Khadijah tidak sampai satu hari. Dalam kitab as-Sab’iyyatun fi Mawadhil Bariyyat, Allah memerintahkan pada malaikat Jibril, Mikail, dan mendung untuk membantu Muhammad SAW. Jibril diperintahkan untuk melipat tanah yang dilalui unta Muhammad SAW dan menjaga sisi kanannya sedangkan Mikail diperintahkan menjaga di sisi kirinya dan mendung diperintahkan menaungi Muhammad SAW.
Pada Masa Kenabian
Kharisma
* Tatapan mata yang menggetarkan Ghaurats bin Harits, yaitu seorang musuh yang sedang menghunus pedang kearah leher Muhammad SAW.
* Menjadikan tangan Abu Jahal kaku.
* Jin yang bernama Muhayr bin Habbar membantu dakwah Muhammad SAW, kemudian jin itu diganti namanya menjadi Abdullah bin Abhar.
Menghilang dan menidurkan musuh
* Menghilang saat akan dibunuh oleh utusan Amr bin at-Thufail dan Ibad bin Qays utusan dari Bani Amr pada tahun 9 Hijriah atau Tahun Utusan
* Menghilang saat akan dilempari batu oleh Ummu Jamil, bibi Muhammad SAW ketika ia duduk di sekitar Ka’bah dengan Abu Bakar.[17]
* Menghilang saat akan dibunuh Abu Jahal dimana saat itu ia sedang solat.
* Menidurkan 10 pemuda Mekkah yang merancang membunuhnya dengan taburan pasir.
Binatang, tumbuhan, alam dan benda mati
* Seekor serigala berbicara kepada Muhammad SAW .
* Berbicara dengan unta yang lari dari pemiliknya yang menyebabkan masyarakatnya meninggalkan solat Isya’.
* Berbicara dengan unta pembawa hadiah raja Habib bin Malik untuk membuktikan bahwa hadiah tersebut bukan untuk Abu Jahal melainkan untuk Muhammad SAW.
* Mengusap kantung susu seekor kambing untuk mengeluarkan susunya yang telah habis.
* Dua Sahabat Nabi SAW dibimbing oleh cahaya.
* Mimbar menangis setelah mendengar bacaan ayat-ayat Allah.
* Pohon kurma dapat berbuah dengan seketika.
* Batang pohon kurma meratap kepada Muhammad SAW .
* Pohon menjadi saksi dan dibuat berbicara kepada Muhammad SAW.
* Berhala-berhala runtuh dengan hanya ditunjuk oleh Muhammad SAW.
* Mendatangkan hujan dan meredakan banjir saat musim kemarau tahun 6 Hijriah di Madinah yang saat itu mengalami kekeringan.
* Berbicara dengan gunung untuk mengeluarkan air bagi Uqa’il bin Abi Thalib yang kehausan.
* Berbicara dengan gilingan tepung Fatimah yang takut dijadikan batu-batu neraka.
* Merubah emas hadiah raja Habib bin Malik menjadi pasir di gunung Abi Qubaisy.
* Memerintahkan gilingan tepung untuk berputar dengan sendirinya.
* Tubuh Muhammad SAW memancarkan petir ketika hendak di bunuh oleh Syaibah bin ‘Utsman pada Perang Hunain.

Makanan dan minuman
* Makanan yang di makan oleh Muhammad SAW mengagungkan Nama Allah.
* Makanan sedikit boleh dimakan sebanyak 800 orang pada Perang Khandaq.
* Roti sedikit cukup untuk orang ramai.
* Sepotong hati kambing cukup untuk 130 orang.
* Makanan yang dimakan tidak berkurang justeru bertambah tiga kali ganda.
* Menjadikan beras merah sebanyak setengah kwintal yang diberikan kepada orang Badwi Arab tetap utuh tidak berkurang selama berhari-hari.
* Menjadikan minyak samin Ummu Malik tetap utuh tidak berkurang walau telah diberikan kepada Muhammad SAW.
* Air memancar dari sela-sela jari. Kemudian air itu untuk berwudhu 300 orang sahabat hanya dengan semangkuk air.
* Susu dan kencing unta boleh menyembuhkan penyakit atas izin Allah.
Mendo’akan dan menyembuhkan
* Menyembuhkan betis Ibnu al-Hakam yang terputus pada Perang Badar, kemudian Muhammad SAW meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa merasakan sakit sedikit pun.
* Mata Qatadah terluka pada Perang Uhud, sehingga jatuh dari kelopaknya, kemudian diambil oleh Muhammad SAW mata tersebut dimasukkan kembali dan menjadi lebih indah dari sebelumnya.
* Mendo’akan untuk menumbuhkan gigi salah seorang sahabatnya bernama Sabiqah yang tercabut sewaktu perang.
* Mendo’akan Anas bin Malik dengan banyak harta dan anak.
* Menyembuhkan daya ingat Abu Hurairah yang pelupa.
* Menyembuhkan penyakit mata Ali bin Abi Thalib saat pemilihan pembawa bendera pemimpin dalam perang Khaibar.
* Menyembuhkan luka gigitan ular yang diderita Abu Bakar dengan ludahnya saat bersembunyi di Gua Tsur dari pengejaran penduduk Mekah.
* Menyembuhkan tangan wanita yang lumpuh dengan tongkatnya.
* Menyambung tangan orang Badwi yang tangannya putus setelah dipotong oleh dirinya sendiri setelah menampar Muhammad SAW.
* Mendoakan supaya Kerajaan Kisra hancur, kemudian do’a tersebut dikabulkan.
* Mendoakan Ibnu Abbas menjadi orang yang faqih dalam agama Islam.
Hal ghaib dan ru’yah
* Mengetahui siksa kubur dua orang dalam makam yang dilewatinya kerana dua orang tersebut selalu solat dalam keadaan kotor kerana kencingnya selalu mengenai pakaian solat.
* Mengetahui ada seorang Yahudi yang sedang disiksa dalam kuburnya.
* Meramalkan seorang isterinya ada yang akan menunggangi unta merah, dan disekitarnya ada banyak anjing yang menggonggong dan orang tewas. Hal itu terbukti pada Aisyah pada saat Perang Jamal di wilayah Hawwab yang mengalami kejadian yang diramalkan Muhammad SAW.
* Meramalkan isterinya yang paling rajin bersedekah akan meninggal tidak lama setelahnya dan terbukti dengan meninggalnya Zainab yang dikenal rajin bersedekah tidak lama setelah kematian Muhammad SAW.
* Meramalkan Abdullah bin Abbas akan menjadi “bapa para khalifah” yang terbukti pada keturunah Abdullah bin Abbas yang menjadi raja-raja kekhalifahan Abbasiyah selama 500 tahun.
* Meramalkan umatnya akan terpecah belah menjadi 73 golongan.
Mukjizat terbesar
* Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya pada penduduk Mekkah.
* Isra ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rejab tahun 11 Hijriah.
* Menerima Al-Qur’an sebagai Firman Tuhan terakhir padahal ia seorang yang buta huruf.
Tapi harap di ingat jika mukjizat dalam artikel di atas belum lengkap dibanding apa yg tertulis dalam kitab hadist yang lengkap & jumlahnya menjumpai 300 kisah mukjizat dari Rasulullah Muhammad SAW baik yang serupa ataupun lainnya.
Tujuan pembuktian ini bukan acuan pada mukjizat di atas, tetapi pada Qur’an sebagai Firman ALLAH & mengapa disebut Mukjizat terbesar sepanjang masa. Terima kasih kepada yang menyampaikan ilmu ini kepada penulis. Semoga bermanfaat :-)

Wallahualam...

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.