Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)
Showing posts with label MUKJIZAT. Show all posts
Showing posts with label MUKJIZAT. Show all posts

09/03/2014

Author : Unknown Time : 7:00:00 pm Total Comment : 0

Kehilangan Pesawat MH370

 Quran ITU BENAR. 
Surah Yassin ada 83 ayat. Kehilangan pesawat pada 8.3.2014. Dilaporkan hilang pada minit 41 iaitu pada pukul 2:41am. Jom kita perhatikan ayat 41 Surah Yassin . Ayat 41-43.

"Dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah bahawa Kami angkut keturunan mereka dalam kapal yang penuh muatan (ayat 41)

"Dan Kami ciptakan (juga) untuk mereka (angkutan lain) seperti apa yang mereka kendarai" (ayat 42)

"Dan jika Kami menghendaki, Kami tenggelamkan mereka. Maka tidak ada penolong bagi mereka dan tidak (pula) mereka diselamatkan" (ayat 43)

"Melainkan (Kami selamatkan mereka) kerana rahmat yang besar dari Kami dan untuk memberikan kesenangan hidup sampai waktu tertentu" (ayat 44)

WALLAHUALAM

03/01/2014

Author : Unknown Time : 6:14:00 pm Total Comment : 0

Air Mata

Menangis diakui cara yang paling mudah dan cepat bagi melegakan perasaan. Malang sekali, dalam masyarakat kita, orang dewasa yang selalu menangis dipandang sinis. Sekiranya seorang perempuan atau kanak-kanak menangis masih boleh diterima, tetapi sekiranya seorang lelaki yang menangis akan memberikan tanggapan lelaki itu tidak matang, kurang perkasa, dan paling teruk dikatakan lembik. Stigma Ini membuatkan kita jarang-jarang melihat lelaki menangis dikhalayak, walaupun keadaan amat memaksanya mengeluarkan air mata. Mungkin sebab itulah ada kiasan menyatakan air mata lelaki amat tinggi nilainya.

Menurut saintis seperti William Frey, seorang ahlii biokimia mengkaji berkenaan misteri air mata. Air mata ada tiga jenis iaitu air mata basal, air mata refleksi dan air mata emosi. Setiap jenis air mata ini mengandungi komposisi bahan kimia yang berbeza. Air mata basal jenis yang biasa terdapat pada air mata bagi melembabkan dan melicinkan pergerakan anak mata. Sementara air mata refleksi pula terjadi apabila sesuatu yang merengsa pada mata seperti semasa mengupas bawang, menggosok mata atau dimasuki habuk. Manakala jenis yang keluar apabila menangis disebabkan perasaan sama ada sedih,gembira, sakit, marah, atau sebagainya dinamakan air mata emosi. Semua contoh ini menunjukkan keselarian bahawa penghasilan air mata berkait rapat fisiologi dan psikologi insan.

Air mata emosi adalah yang paling kompleks. Ia seolah-olah terjadi semasa perasaan kita sedang berkecamuk dan menjadi jalan untuk bertenang. Semua pakar setuju bahawa menangis adalah pengalaman yang sepatutnya semua manusia rasai. Seseorang yang mudah menangis harus berbangga kerana dia mampu berhubung baik dengan perasaannya sendiri. Mereka tahu cara menzahirkan rasa mereka. Tetapi sekiranya amat kerap dilakukan mungkin atas sebab yang kurang munasabah, seperti apabila ditegur atau dikritik orang lain mungkin dipandang rendah melainkan dia menyatakan sebab lain untuk menangis. Idea menariknya dia boleh berkata menangis kerana ingin membuka paru-paru, bernafas dengan lebih baik, membersihkan wajah, membuat latihan untuk mata, dan melembutkan rasa panas baran.

Semua fakta ini sememangnya benar secara saintifik.
Air mata hakikatnya mencerminkan rahsia manusia sebenar. Walaupun manusia biasa menangis apabila dia sendiri merasa sedih, sakit, marah dan adakalanya kita tidak pernah merasai penderitaan itu. Menangis tidak boleh dikawal dan ditahan-tahan. Ia datang dengan sendirinya dan tidak boleh dipaksa. Bersyukurlah kerana hanya manusia dianugerahkan perasaan itu.
“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah.”
(HR. At-Tirmidzi no. 1639, disahihkan Asy-Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Tirmidzi dan Al-Misykat no. 3829)

02/01/2014

Author : Unknown Time : 5:12:00 pm Total Comment : 5

Kelebihan mandi sebelum subuh..

Haa,,hari ini InsyaAllah, Saya nak berkongsi sedikit ilmu yang baru sahaja yang saya dapat
daripada sumber Tanyalah Ustaz TV9 mengenai kelebihan mandi awal sebelum subuh..

Salah satu kelebihannya ialah dapat mengurangkan kolestrol dalam badan kita...
Haa..macam mane kawan-kawan? Nak tak mengurangkan kolestrol dalam badan terutama
kepada yang nak sangat kurus tu? Hehe..

Tapi Okay ape..lepas mandi awal kita buat selalulah Solat Tahajjud..
Takyahlah Gune2 pil untuk kurus..sebab Agama Islam pun Dah bagi cara yang terbaik 
untuk umatnya..Bukan sahaja dapat kurangkan kolestrol dalam badan je tapi dapat juga
kita bangun malam untuk berbuat ibadat kepada Allah Azza Wajalla..

Dahla waktu 1/3 malam tu Allah sangat dekat dengan hamba-hambaNya..
Tapi gitulah..Kita lebih sayangkan tidur..(Bukanlah Semua macam Tu Tapi 
Saya tujukan pada saya..:c) 

Kat bawah ni ade satu artikel yang saya dapat dari sebuah blog..
Thanks so much! Jazakallahu Khoir..Semoga Ia bermanfaat untuk semua..InsyaAllah..

Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan haluspada waktu pagi selalunya anda akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
  jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan   anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah   anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa
rasa letih. 
3. Meningkatkan kesuburan 
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit…
p/s: Silakanlah utk share sekiranya anda rasa manafaatnya berkongsi ilmu kebaikan…insyaallah…
Nanti dulu!Admin Minta maaflah kalau ada kata-kata yang mengguris hati kalian yang membaca (Ade ke yang bace?) post-post dalam blog ni..Aasiif (Maaf) ye! Saya manusia yang sentiasa lalai..Tolong ehh! Satu lagi, admin mintak sangat kalau ade salah atau kesilapan yang ada admin share ni tak sohih atau tiada bukti yang kukuh ke, tolong beritahu ye!
Semoga Allah menegur admin dengan cara yang terbaik..InsyaAllah! Jazakumullahu khoir..:D

25/12/2013

Author : Unknown Time : 9:54:00 am Total Comment : 2

Kebenaran Islam : Bukti Sains Dalam Al-Quran

Kebenaran Al-Quran ternyata telah mendorong ramai cendekiawan Yahudi dan Nasrani untuk memilih Islam sebagai agama mereka. Mereka memilih Islam dengan mata hati setelah mengkaji dan membandingkan Al-Quran dan Kitab Suci mereka. Begitu juga dengan penganut-penganut agama lain. Apabila mereka membuka mata hati dan fikiran mereka untuk membandingkan agama anutan mereka dengan Islam, nescaya mereka akan tunduk kepada kebenaran Al-Quran. Persoalannya sekarang, siapakah di antara kita yang sanggup ke tengah masyarakat bukan Islam untuk mengajak mereka membuka fikiran dan berdialog bagi membuktikan kebenaran Islam dan sekaligus membawa mereka masuk agama Allah yang benar ini dan menyelamatkan mereka dari api neraka Allah di akhirat nanti? Barangkali mereka itu merupakan jiran-jiran kita, kawan-kawan kita, teman-teman sekerja kita, orang-orang selalu berurusan dengan kita, malah ada di antara mereka adalah golongan 'Abu Thalib' iaitu yang menjadi penyokong kepada perjuangan Islam.


Tulisan ini ingin memaparkan sebahagian bukti kebenaran Al-Quran dari sudut sains. Barangkali ia berguna sebagai hujah untuk membuktikan kebenaran Al-Quran. Pada kesempatan yang lain, InsyaAllah akan dibawakan pula bukti-bukti yang lain pula.

Teori Big Bang yang dikemukakan Hubble menemukan bahawa alam semesta ini terjadi berupa gumpalan, kemudian meledak sehingga terjadi berjuta-juta galaksi.

Teori tersebut dikemukakan Hubble pada tahun 1927, dan di dalam al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w pada sekitar tahun 600 Masihi lalu telah dinyatakan menerusi surah al-Anbiya´, ayat 30 yang bermaksud: 

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya (dengan kekuatan Kami)."

Ternyata al-Quran tidak dapat disanggah lagi apabila Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: 

"Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman? Dan, matahari bergerak pada garis orbitnya. Demikian ketetapan Tuhan Yang Maha Kuasa dan Mengetahui." (Surah Yaasin: 38).

Bukankah ilmu pengetahuan moden baru menemukan bahawa matahari sebagai pusat peredaran seperti yang baru ditemukan Copernicus pada sekitar abad ke-15?

Tanda yang tersendiri, yang menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t di dalam ayat tersebut adalah perjalanan matahari pada orbitnya sehingga ke penghujung pusingannya. Pusingan tersebut adalah satu ketentuan dan ketetapan daripada Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Menguasai bagi setiap sesuatu.

Terdapat dua pendapat ulama tafsir yang mentafsirkan maksud orbit, iaitu suatu tempat yang berada di bawah Arasy yang hampir dengan bumi pada suatu arah di mana kedudukan matahari dan sekalian makhluk masih tetap berada di bawah Arasy.

Kedua, tahap akhir perjalanannya, iaitu hari kiamat. Ini telah dibuktikan oleh ahli astronomi bahawa terdapat pertambahan putaran matahari secara jelas di tengah-tengah bintang disebabkan pusingan bumi di sekeliling matahari setahun sekali.

Bagi matahari, terdapat dua pergerakan yang lain, iaitu pusingan di atas paksi dan pusingan beserta dengan pengiringan planet-planet yang bergerak di sekitar sistem solar dan galaksi dengan kecepatan yang amat tinggi.

`Mustaqir' pada pandangan ulama yang pertama adalah merupakan paksi yang tetap, manakala ulama yang kedua berpendapat ia merupakan pergerakan sistem solar bersama-sama kumpulan planetnya (Tafsir al-Munir, jld. 23, hlm. 15-17).

Kemudian hal tersebut dipersetujui oleh Albert Einstein untuk menggugurkan teori yang dikemukakan Plato (teori bumi sebagai pusat peredaran). Dan bukankah setiap benda bergerak menurut garis edarnya, seperti halnya malaikat yang mengelilingi Arasy Allah s.w.t, elektron mengelilingi inti atom, dan manusia melakukan tawaf mengelilingi Kaabah?

Seperti yang diketahui, arah kiblat menggunakan posisi matahari yang `beristiwa' (transit) di atas (zenith) Kaabah atau Masjidil Haram. Fenomena ini berlaku apabila matahari dalam terbit dan terbenamnya mengikut rutin hariannya, mengalami tengah hari (disebut istiwa/transit) tepat atau hampir tepat pada titik zenith (dengan kata lain, berada betul-betul di atas Masjidil Haram atau Kaabah. Peristiwa ini hanya berlaku dua kali setahun, iaitu pada 28 Mei, dan 16 Julai setiap tahun. Sekalipun terdapat pandangan mengenai tahun lompat dan sebagainya, sebagai suatu kaedah rujukan bayang, selisih yang wujud adalah kecil, justeru nilai atau tarikh di atas boleh digunakan setiap tahun.

Semasa peristiwa ini berlaku, matahari seolah-olah menjadi puncak tiang yang didirikan di atas Kaabah, yang mana ia dapat disaksikan dari setiap pelosok bumi yang masih mengalami siang ketika itu (dengan kata lain, masih nampak matahari). Ini membolehkan matahari ketika itu, menjadi petunjuk di mana arah Kaabah dengan tepat.

Oleh sebab kaedah hitungan falak boleh digunakan untuk menghitung bila waktunya peristiwa ini berlaku di Kaabah, umat Islam di negara lain hanya perlu merujuk kepada perbezaan waktu sahaja. Malaysia berbeza lima jam dengan Mekah, justeru tengah hari di Mekah adalah bersamaan pukul 5.16 petang dan 5.28 petang 16 Julai di Malaysia.

Maka, pada waktu yang berkenaan, rujuk bayang objek tegak seperti tiang, dinding dan sebagainya, kemudian berdirilah di hujung bayang tersebut menghadap objek berkenaan (bersamaan menghadap ke arah matahari), dan anda menghadap arah kiblat.

Kita semua tentu ingat sebuah dokumentari (Discovery) di sebuah saluran televisyen swasta yang mengisahkan tentang kehidupan laut. Mr. Costeau dalam penjelajahan di lautan, menemukan fenomena yang sangat ganjil, iaitu adanya air tawar di tengah lautan yang tidak bercampur dengan air laut yang masin seolah-olah terdapat dinding yang membatasinya.

Sebagai penjelajah laut, Costeau sangat terkejut. Bagaimanapun, bagi umat Islam yang mengetahui, penemuan ini tidak begitu mengejutkan. Di dalam al-Quran, surah al-Furqan ayat 53 dengan amat terang menjelaskan hal itu. Allah berfirman yang bermaksud: 

"Dan, Dialah yang menciptakan dua laut mengalir (berdampingan) yang satu tawar lagi segar dan yang lainnya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan antara kedua-duanya dinding dan batas yang menghalanginya. "

Al-Quran juga telah membuktikan kebenaran, iaitu kata "yaum" yang bermaksud "bulan", hanya terdapat 12 kali. Kata panas dan dingin, masing-masing diulangi sebanyak empat kali, sementara dunia dan akhirat, hidup dan mati, syaitan dan malaikat, dan masih banyak lainnya, semuanya seimbang dalam jumlah yang serasi atau sejajar dengan tujuannya dan indah kedengaran.

Ditemukan tiga bukti kebenarannya. Pertama, keindahan, keserasian dan keseimbangan kata-katanya. Kata "yaum" yang bererti "hari", dalam bentuk tunggalnya berulang sebanyak 365 kali (ini sama dengan setahun), dalam bentuk jamak diulangi sebanyak 30 kali (ini sama dengan sebulan).

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah s.w.t ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah s.w.t semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. (Ketetapan) yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya) ; dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah bersama orang yang bertakwa." (Surah at-Taubah: 36)

Sehubungan itu, Ulil Albab adalah golongan yang diistimewakan dan yang disebut Allah di dalam al-Quran. Sebanyak 16 kali disebut di dalam al-Quran. Ulil Albab menggunakan kurniaan akal untuk merenung setiap kejadian di alam semesta yang maha luas ini. Allah berfirman yang bermaksud: 

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)". (Surah Ali-Imran: 190)

Al-Quran menjelaskan bahawa alam dan segala kandungannya adalah ciptaan Maha Pencipta, Allah s.w.t. Dia telah memerintahkan kepada orang yang dikurniakan akal fikiran itu agar mengamati kejadian di alam cakerawala ini. Oleh kerana itu manusia perlu mengkaji mengenai rahsia-rahsia alam yang masih tidak diketahui. Allah s.w.t bukan sahaja Pencipta Alam, tetapi juga memelihara, mengawal, dan mengurus segala juzuk alam daripada sekecil-kecil hingga yang sebesar-besarnya. Semuanya tunduk kepada hukum dan peraturan yang telah ditetapkan.

Lihat bagaimana Allah memelihara perjalanan matahari yang bersaiz 99.9% daripada saiz objek-objek sistem suria, mengharungi alam cakerawala pada orbitnya sejak dari mula ia diciptakan hingga ke hari ini dan akan datang. Allah juga yang mengawal dan mengurus tentang proses penghasilan tenaga matahari melalui proses tindak balas nuklear setiap saat sebanyak 4 x 1026 Joule sesaat, menyamai 100 bilion 1 megaton bom nuklear. Tenaga yang hebat ini dibebaskan setiap saat sejak dari zaman dahulu hingga kini dan akan datang.

Bagaimana pula kehebatan Maha Pencipta yang mengatur perjalanan siang dan malam? Bagaimana bahagian malam akan menutup bahagian siang bumi dengan kelajuan 1700 km sejam (470 meter sesaat) dalam tempoh 24 jam?

Setiap bahagian bumi mendapati siang dan malam mengikut kadarnya yang tertentu. Bagaimana teliti dan hebat, bumi yang besar dengan diameter 12,756 km beredar laju dengan kelajuan 30 km sesaat mengelilingi matahari sejauh 960,000,000 km dalam masa 365.25 hari. Begitu juga
bulan -- bagaimana teratur dan telitinya ia beredar mengelilingi bumi dengan kelajuan 61.8 km sejam tanpa terlewat atau tercepat daripada masa yang ditetapkan.

Sudah tentunya al-Quran dan sains saling berkait rapat. Jika difikir dan direnung dengan akal yang waras, sudah tentu keadaan sebegitu berlaku melalui satu perancangan dan pentadbiran yang teliti dan tidak mungkin hal tersebut berlaku dengan sendirinya.

Imam Al-Ghazali menyatakan. "Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (makrifatullah) dan mengagungkan-Nya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahluk-Nya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung di dalam segenap ciptaan-Nya."

28/11/2013

Author : Unknown Time : 4:03:00 pm Total Comment : 0

Buah pisang ada dalam syurga?



" Baru ku tahu buah pisang ada dalam syurga. Buah pisang disebut sekali dalam al Quran pada surah Al-Waaqi'ah (Kiamat)". 

Mungkin kita tertanya-tanya sebelum ini kenapa orang dulu suka sedekah buah pisang di masjid. Rupa-rupanya buah pisang ini adalah untuk mengingatkan kita akan hari kiamat dan apa yang ada di dalam syurga.

Dari sudut saintifiknya pula, buah pisang adalah antara buah yang paling berkhasiat. Dikatakan buah pisang ini dapat mencegah angin ahmar atau “stroke” jika diamalkan memakannya.
Nampak pisang, bayangkan hari kiamat. Nampak pisang, bayangkan syurga Allah. Nampak pisang, bayangkan buah apa pula yang ada dalam neraka.

“ Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya” (Al-Waaqi'ah 56:29)

17/10/2012

Author : Unknown Time : 10:00:00 pm Total Comment : 0

Kebesaran Allah Di Sebalik Tubuh Manusia



Allah s.w.t Yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana telah mencipta manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dan di sebalik ciptaan ini, tersimpan banyak rahsia dan hikmah yang tidak diketahui manusia. Rahsia-rahsia yang akan dipaparkan di bawah ini pun hanyalah sebahagian kecil saja darinya. Yang Maha Mengetahui segala rahsia hanyalah Allah Ta’ala.

Sebenarnya, banyak anggota tubuh kita terukir simbol dan tulisan arab, dan lebih tepat lagi, ada nama Allah dan simbol-simbol yang berkaitan dengan Islam padanya. Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah dalam solat mengandungi perbuatan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud? Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri manusia yang jarang disedari.

Nama Allah pada 5 Jari Tangan


Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana, Dia telah menunjukkan keagungan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia, yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab, seperti dalam gambar di bawah.

Bilangan Nama-nama Allah Pada Tapak Tangan


Jika kita balikkan pula tangan, dan melihat ke telapaknya, maka di situ kita akan lihat urat-urat yang akan membentuk tulisan nombor dalam Bahasa Arab. Nombornya ialah 81 di telapak tangan kiri dan 18 di telapak tangan kanan. Jika dicampur kedua nombor tersebut, jumlahnya ialah 99.

Dan adalah nombor 99 itu adalah simbolik kepada 99 nama Allah, yang dipanggil sebagaiAsma-ul Husna (Nama-nama yang baik).

Jari tangan manusia yang normal ada 5. Begitulah simboliknya kepada solat wajib yang Muslim mesti tunaikan dalam sehari iaitu solat 5 waktu yang terdiri dari Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Saluran Udara Pada Paru-paru Membentuk Kalimah Tauhid


Ahli sains telah menemui bahawa saluran-saluran udara di dalam paru-paru manusia membentuk kalimah ‘La ilaha illallah’ (Tiada Tuhan melainkan Allah) dalam tulisan Arab. Lihat gambar di bawah, bentuk saluran udara itu betul-betul jelas mengeja kalimah Tauhid itu.

Perbuatan-perbuatan Dalam Solat Adalah Simbol Bagi Nama Nabi

Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif (ا), ruku’ melambangkan huruf Ha (ح), sujud melambangkan huruf Mim (م), dan duduk (د) melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi Terakhir yang membawa Perjanjian Terakhir.






احمد = ا + ح + م + د = Ahmad

Ketahuilah bahawa Ahmad ialah salah satu nama lain bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikut sejarah, ibunya Aminah mahu namakan anaknya itu dengan nama Ahmad, tetapi kemudian datuknya Abdul Mutalib memberikannya nama Muhammad.

Walaubagaimana pun, Ahmad dan Muhammad di dalam bahasa Arab maksudnya sama saja, iaitu ‘Yang Terpuji’.

“Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: “Hai bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, iaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)” …… ” (Surah As-Shaaf : Ayat 6)

Otak Manusia Dalam Keadaan Seperti Orang Sujud Dalam Solat



Bentuk otak manusia pun jika diperhatikan dengan teliti akan kelihatan seperti orang yang sedang sujud. Bersesuaian sekali kerana otak berada di dalam tempurung kepala yang digunakan untuk sujud.

Otak berada di bahagian paling atas manusia, tetapi apabila kita sujud, ia berada di tempat paling rendah, menandakan pengabdian kita pada Yang Menciptakan kita. Maka mengapa masih ada manusia yang sombong dan angkuh tidak mahu SUJUD kepada Tuhan yang mencipta kita?

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Qur’an itu benar, dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (Surah Fusshilat : Ayat 53).

Nama Allah Ketika Angkat Jari Telunjuk Pada Duduk Tasyahhud Dalam Solat


Pada duduk tahiyyat akhir dalam solat, adalah sunat kita mengangkat jari telunjuk ketika membaca kalimah syahadah. Jari telunjuk diangkat menandakan Tuhan yang Esa. Dan perhatikan dalam gambar di bawah, pada urat-urat jari itu akan membentuk kalimah Allah dalam Bahasa Arab, subhanAllah.

“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.” (Surah Al Infithaar : Ayat 6-8)

Wallahualam....

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.