Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

17/11/2012

Author : Unknown Time : 1:57:00 pm Total Comment : 0

Ucapan 'Selamat' kepada orang kafir


Di Malaysia ni, kita hidup dalam masyarakat yang majmuk, pelbagai bangsa, budaya dan agama... Tapi apabila timbul isu mengucapkan 'Selamat' kepada orang yang bukan daripada agama kita dalam apa-apa bentuk perayaan terutamanya sehingga menyebabkan perbalahan, hendaklah kita berbalik kepada Al-Quran (dan sunnah). Di dalam surah al-Kafirun, Allah berfirman yang bermaksud:

1. Kata
kanlah: “Hai orang-orang kafir!” (QS. 109:1)
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah (QS. 109:2)
3. Dan kamu bukan penyembah Ilah yang aku sembah (QS. 109:3)
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah (QS. 109:4)
5. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Ilah yang aku sembah (QS. 109:5)
6. Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku (QS. 109:6)

Maka sebaiknya kita tidak mengucapkan 'Selamat' kepada kaum bukan Islam seolah-olah kita redha kepada agama mereka.
Maka ucapan yang sebaik-baiknya adalah ucapan 'TAHNIAH' di atas hari kegembiraan mereka, bukan redha atas hari peringatan keagamaan mereka yang menyembah selain daripada Allah.

Segala-galanya bergantung kepada niat, tetapi hendaklah kita sedar bahawa niat tidak sesekali menghalalkan cara terutama kepada yang bertentangan ke arah yang bukan daripada ajaran Islam.

Allah mengajarkan kepada kita untuk berbaik-baik sesama manusia/ makhluk dan tidak menzalimi kepada golongan yang tidak beriman kepada Allah. Maka hendaklah kita mengeratkan silaturahim dengan memberikan ucapan yang baik kepada mereka, terutamanya pada hari kegembiraan mereka, tetapi tidak perlu kita mengucapkan sesuatu seolah-olah kita menjadi sebahagian daripada mereka pada hari-hari perayaan tertentu. Cukuplah sekadar mengucapkan "Tahniah atas hari kegembiraan anda semua...." menunjukkan "hari mereka", bukannya hari kita...

Ada juga yang mengatakan " Alah... Hanya ucapkan saja... Tak semestinya apabila kita mengucapkan 'selamat' atas perayaan keagamaan mereka bermakna kita redha akan agama mereka. Kita tetap orang Islam, takkan kita nak sembah 'tuhan' mereka pula?"
-Ia bukan semata-mata redha, bahkan seolah-olah kita mengakui bahawa mereka sedang menyambut 'tuhan' yang sebenar menurut ajaran mereka seolah-olah 'mereka' wujud padahal hanya Allah Tuhan sekalian bagi alam ini, dan tidak patut kita menafikan keEsaan Allah s.w.t, bukan?

Kadangkala kita merasakan bahawa kita sudah melakukan perkara yang orang lain suka, tetapi kenapa kita seringkali gagal melakukan apa yang Allah suka? Renung-renungkan...

Bukankah Islam itu indah...
Islam sentiasa menjaga umatnya supaya terus duduk di dalam kelompok beragama dan sentiasa berpegang teguh kepada agama Allah dengan tidak sesekali menyekutukanNya dengan apa-apa sekalipun. Kalimah 'Lailaha'illallah' yang bermaksud Tiada suatu perkara pun yang patut di sembah/dipuja-puja melainkan Allah. Itulah pegangan kita sebagai umat Islam.

Admin harap penjelasan ini tidak mendatangkan sebarang perbalahan atau terutama sekali racist dan sebagainya. Kita sebagai umat Islam perlulah menjaga akidah kita, menandakan betapa hebatnya kita sebagai umat Islam yang beriman kepada Allah dalam mempertahankan kesucian agama kita. Mudah-mudahan terhindar daripada fitnah...

Semoga kita semua tergolong di dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Wallahu a'lam... ^___^


0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.