Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

02/06/2012

Author : Unknown Time : 10:18:00 am Total Comment : 0

Umar dengan kelahiran bayi :::




Seperti malam-malam yang sebelumnya, Umar berjalan keluar dari rumahnya sendirian menyusuri jalanan dan melampaui rumah-rumah yang penghuninya telah lama lena. Dia tidak mahu malam ini berlalu tanpa dia mengetahui bahawa semua penghuni kota berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Biarpun terasa penat, dia sesekali mendongak melihat lang...it Madinah yang kelihatan indah. Maka dia pun tersenyum seperti terhibur dan memuja pencipta-Nya. Dia berjalan. hingga sampai di luar kota, dan langkahnya terhenti ketika melihat seorang lelaki yang sedang duduk sendirian menghadap sebuah pelita.

“Apakah yang engkau lakukan malam-malam begini sendirian,” tegurnya dengan santun.

Lelaki itu tidak jadi menjawab ketika dia dengar dari dalam bilik suara perempuan yang memanggilnya dengan mengaduh. Dengan tersekat-sekat, lelaki itu memberitahu bahawa isterinya hendak bersalin tetapi dia tidak dapat meminta pertolongan dari jiran mahupun sanak-saudara.

Mendengar hal itu, Umar segera berlari pulang kerumah biarpun dengan keadaan letih kerana baru sahaja mengelilingi Madinah dengan selipar yang telah tipis dan dipenuhi lubang. Segera dia teringat pesanan sahabat-sahabatnya yang mengingatkan agar dia membeli selipar yang baru.

Apa bila tiba dirumah, Umar segera mengejutkan isterinya. “Ummi Kaltsum, bangunlah, ada kebaikan yang boleh kau lakukan malam ini.” Isterinya menurut tanpa sepatah kata, mengekorinya dan segera membelah malam dan tiba dirumah tadi.

Ummi Kaltsum segera masuk dan membantu wanita itu untuk bersalin. Seketika kemudian, terdengar tangis bayi. Lelaki itu bersujud mencium tanah dan kemudian menghampirinya

“Siapakah engkau, yang begitu mulia menolong kami?” lelaki itu bertanya dalam kehairanan dan kegembiraan.

Umar mahupun Ummi Kaltsum tidak menjawab terus soalan itu. Namun, dia segera tahu kerana Ummi Kaltsum yang memanggil Umar dengan gelaran Amirul Mukminin berkata, “Wahai Amirul Mukminin, ucapkan selamat kepada tuan rumah kerana telah lahir seorang anak lelaki yang gagah.”

Kata-kata ini sekaligus memberitahu siapakah diri Umar yang telah menolongnya.

Wallahualam.....

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.