Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

02/06/2012

Author : Cahaya Kebaikan Time : 10:13:00 am Total Comment : 0

Waktu Khalid Laksana Pedang ::::



Kehandalan Khalid bin Walid dalam bermain pedang begitu hebat sehingga digelar Saifullah (pedang Allah). Pada satu ketika, Khalid memimpin pasukan Islam bertempur sengit di Yarmuk (wilayah perbatasan Syria)... menentang pasukan Rom di bawah pimpinan panglima Gregorius Theodore. Berkat kehebatannya bermain pedang, banyak tentera musuh terbunuh. Lalu terjadilah sebuah peristiwa yang sungguh menarik.

Gregorius ingin mengelakkan lebih banyak kematian para tenteranyan lalu mencabar untuk menentang Khalid secara berdepan. Dalam pertempuran antara mereka, senjata Gregorius patah terkena hayunan pedang Khalid. Gregorius lalu mengambil sebilah pedang besar. Ketika dia merancang untuk berlawan lagi, Gregorius bertanya pada Khalid tentang motivasinya berperang dan kaitannya dengan Islam.

Khalid memberikan jawapan dengan bersungguh dan tegas. Terkesan oleh jawapan Khalid, di hadapan ratusan ribu pasukan Romawi dan Muslim, Gregorius akhirnya menyatakan diri masuk Islam. Dia belajar Islam sekilas, sempat menunaikan solat dua rakaat, bertempur di samping Khalid dan akhirnya mati syahid di tangan pasukannya lamanya sendiri.

Khalid nyata seorang yang hebat dengan tidak melengahkan walau sedetikpun keinginan seseorang untuk memeluk Islam, hatta di medan perang sekalipun. Dia tahu, jika dia berlengah, sama ada dia ataupun orang itu akan terbunuh di medan perang pada bila-bila masa.

Wallahualam...

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.