Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

18/01/2014

Author : Cahaya Kebaikan Time : 4:54:00 pm Total Comment : 0

Masuk Syurga & Neraka Kerana Seekor Lalat



IMAM THARIQ bin Syihab berkata dalam majlis pengajiannya, “ Ada orang yang masuk syurga kerana seekor lalat dan ada pula yang masuk neraka kerana seekor lalat.”

Kaum Muslimin yang hadir dalam pengajian itu terperanjat apabila mendengar perkataan Imam Thariq bin Syihab yang tidak masuk akal itu. Mereka tertanya hairan.

Bagaimana hal itu boleh terjadi?” tanya mereka serentak.

Lalu Imam Thariq bin Syihab menceritakan sebuah cerita menarik.

“ Ada dua orang melakukan pengembaraan. Pada suatu hari, mereka memasuki daerah yang didiami satu kaum yang menyembah berhala. Kaum itu memiliki berhala yang disembah dan dikeramatkan. Orang yang melewati daerah mereka harus memberi korban sebagai persembahan untuk berhala itu. Jika tidak, mereka tidak akan dibiarkan keluar hidup-hidup dari daerah itu.

Dua orang itu turut mengalami masalah yang sama. Mereka mesti memberikan persembahan pada patung berhala. Lelaki pertama sangat takut pada kematian. Oleh kerana tidak memiliki apa-apa, akhirnya dia menangkap seekor lalat untuk dipersembahkan pada berhala itu.

Lelaki kedua pula tetap teguh memegang akidahnya. Dia tidak mahu berkorban untuk berhala itu, meskipun dengan seekor lalat. Dia memilih untuk taat kepada ajaran agamanya. Berkorban hanya boleh dilakukan jika sesuai dengan syariat, iaitu korban Aidil Adha yang dilakukan ikhlas kerana Allah.

Memberi persembahan untuk berhala, meskipun hanya dengan seekor lalat, adalah perbuatan menyekutukan Allah. Itu adalah dosa yang paling besar. Keengganannya menyebabkan dia dibunuh. Lelaki itu mati syahid mempertahankan akidahnya dan masuk syurga.

Adapun lelaki yang satunya, akhirnya meneruskan perjalanan. Namun begitu, malang menimpanya. Baru sahaja dia berjalan beberapa puluh langkah, dia digigit ular berbisa ditengah padang pasir dan akhirnya mati.

Namun, dia mati dalam keadaan musyrik (menyekutukan Allah). Dia masuk neraka kerana menyekutukan Allah, dengan mempersembahkan seekor lalat pada berhala.”

Wallahu'alam....
Kiriman: Layyinul Hasnie

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.