Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

22/03/2014

Author : Unknown Time : 1:53:00 pm Total Comment : 2

Fitnah Dajjal

Berwaspadalah dengan fitnah terbesar akhir zaman, dengan kedatangan seorang lelaki yang bernama DAJJAL!
Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Ada 3 perkara yang apabila terjadi, maka tidaklah bermanfaat iman seseorang yang belum beriman sebelum itu, atau belum mengusahakan kebaikan dalam imannya; iaitu terbitnya matahari dari Barat, Dajal, dan keluarnya binatang dari bumi." (Hadis riwayat Muslim)

Setiap Nabi akan mengingatkan kepada umatnya tentang KETIBAAN DAJJAL, dan dia akan muncul di zaman kita iaitu AKHIR ZAMAN!

Tanda-tanda hampir munculnya DAJJAL AL-MASIH..

Umm Syurayk RA berkata bahawa dia terdengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

Setiap Nabi akan mengingatkan kepada umatnya tentang KETIBAAN DAJJAL, dan dia akan muncul di zaman kita iaitu AKHIR ZAMAN!

Tanda-tanda hampir munculnya DAJJAL AL-MASIH..

Umm Syurayk RA berkata bahawa dia terdengar Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya manusia akan melarikan diri dari Dajjal ke gunung-gunung." Ummu Syarik RA berkata: "Ya Rasulullah di mana orang-orang Arab ketika itu?" Beliau menjawab: "Mereka sedikit." (Diriwayatkan oleh Muslim)

Peperangan besar juga berlaku, dan penaklukan Kota Konstantinopel:

Diriwayatkan oleh Muaz ibn Jabar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Apabila Baitulmaqdis berkembang maju, Yathrib akan musnah; apabila Yathrib musnah, peperangan besar akan terjadi; apabila peperangan besar terjadi, Konstantinopel akan ditakluk; dan apabila Konstantinopel ditakluk, Dajjal akan muncul." (Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmidzi)

Penaklukan umat Islam:

Naafi' ibn 'Rtbah meriwayatkan yang bermaksud:
"Kami keluar berperang bersama Rasulullah SAW dan ada beberapa orang datang kepada Baginda SAW dari barat memakai baju bulu; mereka berjumpa Baginda SAW di sebuah anak bukit. Mereka berdiri dan Rasulullah SAW sedang duduk. Aku berkata kepada diriku bahawa aku mesti pergi dan berdiri di antara mereka dan Rasulullah, takut-takut mereka membunuh Baginda SAW. Kemudian aku berkata kepada diriku, mungkin ini satu perbualan peribadi antara Baginda dengan mereka. Maka aku pergi dan berdiri di antara Baginda dengan mereka, dan aku ingat empat kenyataan yang aku boleh kira dengan jariku. Baginda SAW bersabda, 

"Kalian akan berperang melawan jazirah Arab dan Allah berikan kemenangan kepada kalian. Kemudian memerangi Persia dan kalian pun menang. Kalian memerangi Romawi (di Byzantium) kalian pun diberikan kemenangan oleh Allah. Dan kemudian kalian berperang melawan Dajjal, Allah juga memberikan kemenangan untuk kalian." (Hadis riwayat Muslim).

Sebelum munculnya Dajjal, bumi ini akan mengalami kemarau selama tiga tahun. Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, Abu Umaamah al-Baahili RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Sebelum keluar Dajal manusia tertimpa tiga tahun yang dahsyat sehingga mereka mengalami kelaparan. Allah SWT memerintahkan langit di tahun pertama untuk menahan sepertiga hujan memerintahkan bumi untuk menahan sepertiga tumbuhannya. Kemudian Allah SWT perintahkan langit di tahun kedua untuk menahan dua pertiga hujan dan memerintahkan tanah untuk menahan dua pertiga tanamannya. Selanjutnya Allah SWT perintahkan langit di tahun ketiga menahan semua hujan tidak ada yang turun satu titis pun dan memerintahkan tanah untuk menahan semua tumbuh-tumbuhan. 
Semua yang boleh memberi perlindungan akan mati, kecuali yang Allah kehendaki."

Terlalu banyak dugaan akan berlaku ketika itu kepada umat Islam khususnya, tsabit kepada hadis Nabi SAW, daripada 'Abd-ALlah ibn 'Umar RA meriwayatkan, "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW dan Baginda menyebut dugaan-dugaan dan bercerita tentangnya dengan panjang lebar, sehingga Baginda menyebut fitnah Al-ahlaas (dugaan yang panjang dan berat). Ada orang bertanya, 'Rasulullah, apakah itu fitnah Al-ahlaas? 'Baginda bersabda;

"Iaitu fitnah pelarian dan peperangan dan mereka akan kehilangan harta dan keluarga. Kemudian Fitnah Sarra' (kesengsaraan disebabkan oleh rahmat dan kemewahan), kotoran atau asapnya berasal dari bawah kaki seseorang ahlulbaitku, ia mengaku diriku, padahal bukan dariku, kerana sesungguhnya waliku (kawan karibku) hanyalah orang-orang yang bertaqwa. Kemudian manusia bersepakat pada seseorang seperti bertemunya pinggul di tulang rusuk (tidak seimbang), kemudian FItnah Duhaima' kesengsaraan yang sangat besar yang tidak membiarkan ada seseorang dari umat ini kecuali dihentamnya. Jika dikatakan: 'Ia telah selesai', maka ia jesteru berlanjut, di dalamnya seorang lelaki pada pagi hari beriman, tetapi pada petang hari menjadi kafir, sehingga manusia terbagahagi kepada dua khemah, khemah keimanan yang tidak mengandungi kemunafikan dan khemah kemunafikan yang tidak mengandungi keimanan. Jika itu sudah terjadi, maka tunggulah kedatangan Dajal pada hari itu atau besoknya." (Diriwayatkan oleh Abu Daud).

Munculnya 30 orang pendusta:
Samurah ibn Jundub RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda, "Demi ALlah, tidak akan datang hari kiamat sehingga dibangkitkan pembohong-pembohong besar yang mendekati tiga puluh orang, masing-masing mengaku sebagai utusan Allah. Dan yang akhir adalah Dajjal yang bermata satu yang mana mata kirinya buta." (Riwayat Ahamad, Ibnu Hibban, Ibnu Khuzaymah, dan al-Hakim).

DAJJAL akan muncul, setelah ia dikurung di suatu pulau di lautan, dan dia hidup pada zaman Rasulullah SAW. Orang ini pernah dilihat oleh Tameem al-Daari dan tiga puluh orang yang lainnya yang disifatkan sebagai lelaki itu mempunyai bentuk tubuh yang besar. Orang itu sedang diikat dengan rantai besi itu mengaku dirinya adalah Dajjal, dan dia pasti akan keluar pada satu hari nanti, kerana apabila tiba detik kemarahannya, ia membuatkan rantai-rantai besi itu terlerai. Dia keluar dengan satu amarah yang dia rasakan!

Dajjal juga akan mengembara ke seluruh dunia dengan pantas. Nabi mengatakan bahawa kepantasan Dajjal mengembara seluruh dunia adalah seperti awan yang dibawa angin (riwayat Muslim), yang bermaksud bahawa Dajal akan mengembara dengan cepat ke seluruh pelusuk dunia.

Dajjal muncul pada waktu orang tidak bepegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada masa itu ada empat puluh hari, satu hari terasa seperti setahun, ada satu hari yang dirasakan seperti sebulan, ada satu hari yang terasa seperti satu minggu, kemudian hari2 berikutnya seperti hari biasa. Dia mempunyai seekor keldai yang jarak antara dua telinganya sepanjang 40 hasta. DIa datang kepada kita dan mengaku: "Akulah Tuhanmu." Maka ketahuilah, bahawa Dajjal ialah seorang makhluk yang buta, dan Allah tidaklah sedemikian (maksudnya Allah tidak menyerupai mana2 makhluk, Allah ada tetapi tidak bertempat, tidak berjisim, jadi mustahil Dajjal adalah Tuhan). Diantara dua mata Dajjal ada huruf KAF-FA-RA- iaitu kafir, yang mana perkataan itu boleh dibaca oleh budak kecil sekalipun, meskipun dia itu pandai membaca atau buta huruf. Dajjal juga akan mendatangi setiap kampung dan daerah kecuali Makkah dan Madinah, kerana Allah tidak membenarkan Dajjal masuk ke tempat itu, dan ada malaikat yang menjaga kedua-dua kota tersebut.

Dajjal akan datang dari timur, menuju ke arah Madinah, sehingga dia datang dan berhenti di belakang Uhud (menurut riwayat Bukhari).
Menurut riwayat lain: "Al-Masih Dajal akan datang dari arah Timur menuju Madinah dan naik ke atas Uhud dan melihat kearah Masjid Nabi, dan berkata kepada pengikut-pengikutnya, 'Adakah kamu nampak istana putih itu?' - Maksudnya Masjid Nabi. Kemudian apabila dia turun ke belakang Uhud, dia akan bertemu dengan malaikat, yang memalingkan mukanya ke arah Syam, dan di sana dia akan binasa." (riwayat Muslim).

-Dajal akan mendirikan khemah di belakang bukit Uhud di dalam paya garam, di hujung Saadiqiyyah, di utara Thawr. Dikawasan ini terdapatnya beberapa buah bukit yang kecial dan kemerah-merahan, dan mereka yang melihatnya akan ingat akan sabda Nabi SAW.

Terdapat pelbagai lagi hadis-hadis yang berkisahkan kepada DAJJAL AL-MASIH. Yang pasti, kesimpulannya, Dajjal adalah seorang yang ditunggu-tunggu oleh kaum Yahudi, sebagaimana kita sebagai umat Islam yang menunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa AS turun ke bumi untuk memusnahkan Dajjal dan kaum Yahudi.

BAGAIMANA UNTUK BERLINDUNG DARIPADA FITNAH DAJJAL?
-Elakkan diri dan jauhkan diri daripada berjumpa dengan DAJJAL.

-Minta pertolongan daripada Allah SWT.

-Mengetahui nama-nama dan sifat-sifat Allah – untuk menafikan segala bentuk penipuan Dajjal tentang pengakuan dirinya sebagai Tuhan.

-Hafal dan amalkan 10 ayat dari surah pertama surah al-Kahfi. Menurut sebuah hadis: ‘Sesiapa yang hafal 10 ayat dari pertama surah al-Kahfi, ia akan terpelihara dari godaan Dajjal.” (Riwayat Muslim).

-Atau, bacalah seluruh surah al Kahfi.

-Mohon perlindungan kepada Allah semasa tasyahhud sebelum salam, dengan meminta, 


(Maksudnya) Ya Allah, aku memohon perlindungan pada-Mu daripada siksa api neraka, siksa kubur, fitnah hidup dan mati, dan fitnah Dajjal.

-Juga, lengkapkan diri dengan ilmu agama supaya kita mempunyai ilmu untuk menentukan antara yang haq dengan yang batil sekiranya bertemu dengan Dajjal. Apa pun, tiada daya upaya melainkan kepada Allah kita bergantung pertolongan dan keupayaan semata-mata, maka hendaklah sentiasa meminta agar Allah memelihara kita daripada fitnah Dajjal.

-Ambil berat dan bersedia untuk memerangi Dajjal, sepertimana orang-orang beriman akan melakukannya (menentang kebatilan).

Wallahualam...

*Note: Amalkan membaca 10 surah terawal dan 10 surah terakhir surah al-Kahfi (surah yang ke 18).

*untuk mendapatkan kisah lebih lanjut tentang Dajjal dan fitnah-fitnahnya, dapatkan rujukan2 yang berkaitan.

From LUKISAN DAKWAH ISLAM

2 Komen:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Rasanya ada kesilapan dalam doa yang nak dibaca slps tasyahud. ada missing words...Allahumma inni audzubika min 'azah (?) al wa....-

Unknown said...

Waalaikumussalam...Syukran atas teguran...

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.