Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

03/01/2012

Author : Unknown Time : 7:13:00 pm Total Comment : 0

Petua Potong Kuku Ikut Sunnah Nabi

Petua Potong Kuku Ikut Sunnah NabiDikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang “babi”, jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang, bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut, oleh itu sentiasa potong kuku anda dan ikut petua yang betul.

Jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking, pastikan potong kuku tersebut. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

The Truth – Petua Potong Kuku

Petua orang Melayu, jika tidak potong kuku dan suka berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah pada kebaikan petua potong kuku

Untuk yang bujang, beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata, pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah potong kuku dan berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya.
Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:
Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”
Petua Potong Kuku

Additional info – Petua Pakai Cincin

Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali KWJ, sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, berpesan kepada Saidina Ali iaitu petua kalau pakai cincin pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari:
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana pakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut A.S.
Sekarang ni ramai yang pakai cincin, tapi tak ikut petua yang betul dan ikut suka dia je, sunnah nabi jarang nak ikut.
Oleh yang demikian, marilah kita peringatkan diri kita, keluarga kita dan saudara-mara kita tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah SWT. Nabi SAW memakai cincin dan kalau kita pakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi SAW senang je kita dapat pahala.
Oleh yang demikian, ikut petua yang betul dan pastikan potong kuku kita dan hati-hati jari mana untuk dipakaikan cincin, Wallahu A’lam.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.