Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

12/01/2012

Author : Unknown Time : 9:02:00 pm Total Comment : 0

Waktu Mula Puasa dan Berbuka

Waktu Mula Puasa dan Berbuka


Soalan: Saya menemui artikel ini di internet. Boleh ustaz jelaskan.
“Quran mengajar umat Islam berpuasa dari permulaan waktu fajar hingga masuk waktu malam. Akan tetapi mereka yang menuruti ajaran ulama berpuasa dari waktu subuh hingga ke waktu maghrib. Kedua-dua waktu ini dengan sebutan namanya saja menunjukkan kelainan dengan waktu fajar dan malam seperti yang diajar oleh Tuhan. dengan itu, puasa bermula pada waktu fajar dan berakhir kira-kira 15 – 20 minit selepas masuk waktu “maghrib” iaitu apabila sudah gelap malam (lail). Contoh puasa sunat rekaan ulama adalah “puasa enam” pada bulan Syawal”.
Terima kasih.
Jawapan: Kalau tidak silap saya, pandangan tersebut terbit dari Syiah atau golongan anti hadis. Dari sudut ilmu, pandangan itu jelas batil. Ketetapan waktu puasa yang bermula dari waktu mula subuh hingga terbenam matahari bukan mengikut ajaran ulamak –sebagaimana di dakwa itu- tetapi mengikut petunjuk hadis Nabi s.a.w..




Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda; “Janganlah berhenti dari bersahur kerana mendengar azan Bilal kerana ia melaung azan ketika masih malam. Teruskan makan dan minum hinggalah kamu mendengar azan Ibnu Ummi Maktum kerana ia tidak melaungkan azan melainkan setelah terbit fajar (yakni tiba subuh)”. Kita dapat memahami dengan amat jelas dari hadis ini bahawa puasa bermula apabila terbitnya fajar yang menunjukkan masuknya waktu solat subuh. Fajar itu dinamakan fajar sodiq, yakni fajar yang kedua. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa fajar ada dua; pertama, fajar kazib dan kedua, fajar sodiq. Fajar kedua yang menandakan masuknya waktu subuh. Fajar inilah yang dimaksudkan oleh Nabi dengan azan Ibnu Ummi Maktum kerana azan tidak dilaungkan oleh Ibnu Ummi Maktum itu melainkan sebagai pemberitahuan masuknya waktu subuh dan pada waktu itulah disuruh oleh Nabi kita berpuasa.
Mengenai waktu berbuka pula, Nabi s.a.w. bersabda; “Apabila malam telah tiba dari sana (yakni dari sebelah timur) dan siang telah berlalu dari sana (yakni dari sebelah barat) dan matahari telah terbenam, maka orang berpuasa sudah benar-benar (boleh) berbuka” (HR al-Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.). Jelas dari hadis ini bahawa waktu berbuka ialah sebaik sahaja terbenam matahari. Malah kita disuruh segera berbuka (iaitu sebaik sahaja matahari terbenam) tanpa menunggu lagi. Anas r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. berbuka dengan beberapa butir tamar basar sebelum baginda menunaikan solat maghrib. Jika tidak ada tamar basah, baginda berbuka dengan tamar kering. Jika tidak ada sebarang tamar, baginda berbuka dengan meminum beberapa teguk air” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan at-Tirmizi. Menurut at-Tirmizi; hadis hasan soheh). Jadi, menetapkan waktu berbuka 15 atau 20 selepas terbenam matahari bercanggah dengan sunnah Nabi –sama ada sunnah qauliyah atau sunnah fi’liyah-.
Lebih batil lagi ialah anggapan puasa 6 merupakan rekaan ulamak, walhal terdapat hadis yang jelas dari Nabi s.a.w. yang bersabda; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.).
Semoga Allah menyelamatkan kita dari golongan kebatilan yang cuba menyesatkan ummah dan manusia.
Wallahu a’lam.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.