Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

18/01/2012

Author : Unknown Time : 6:08:00 pm Total Comment : 0

Tatkala perceraian, ramai yang kembali kepada agama asal

Tatkala perceraian, ramai yang kembali kepada agama asal


Islam itu agama yang indah. Tiada siapa yang mampu menyangkal akan kebenarannya. Kali ini saya akan berkongsi satu isu kekeluargaan iaitu “Tatkala perceraian,  ramai yang kembali kepada agama asal”.
Percintaan yang bermula dengan kata-kata manis atau janji-janji sehidup semati bukanlah tiket untuk berkekalan hubungan suami isteri.  Di zaman yang serba canggih ini, apa-apa sahaja boleh menggugat keimanan dan menggoyahkan perhubungan suami isteri.
Lantaran tekad serta keazaman untuk hidup bersama, ramai antara masyarakat yang bukan Islam memeluk Islam.  Kemudian barulah akad nikah dapat dilakukan.  Tangungjawab sebagai suami isteri perlu dilaksanakan, disamping menjaga akidah yang suci.


Namun ada antara kita yang mengambil mudah perkara ini. Lafaz dua kalimah syahadah hanya kedengaran ketika memasuki Islam, namun terus dilupakan setelah beberapa ketika selepas itu.  Ini adalah tidak bertepatan dengan maksud sebenar kalimah yang dilafazkan suatu ketika dahulu.
Jika berlaku perceraian, ada antara pasangan yang lepas tangan kepada pasangan mereka yang baru memeluk Islam “setahun jagung” itu.  Keadaan ini bertambah buruk sekiranya si isteri ditinggalkan begitu sahaja tanpa sebarang khabar berita, umpama gantung tak bertali.
Hati siapa tak keruan jika ditinggalkan tanpa sebarang bimbingan? Tambahan lagi keluarga si isteri kebanyakannya bukan Islam.  Sudah tentu pengaruh mereka adakalanya lebih cenderung memujuk si isteri mahupun anak-anak yang ditinggalkan supaya kembali ke agama asal kerana tiada siapa lagi yang membela mereka.
Marilah sama-sama kita kembali kepada dakwah yang sebenar agar perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang. Amin.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.