Sebenarnya, terutusnya Nabi Muhammad ke dunia ini dah dirakamkan di
dalam pelbagai kitab purba.Allah swt telah berfirman di dalam al-quran
bahawa tiada satu kaum pun yang tidak menerima ajaran tauhid. Oleh itu
tidak mustahil jika kedatangan nabi Muhammad telah dirakamkan dalam
pelbagai kitab purba pelbagai kaum.
Nabi Muhammad dalam Agama Hindu
Salah satu ramalan kedatangan nabi Muhammad yg sangat terkenal yang juga telah membuat seorang professor bahasa dari Alahabad University India mengajak
umat Hindu untuk segera memeluk agama Islam, adalah terdapatnya sebuah
ramalan penting dalam kitab suci Hindu tentang kedatangan yg
ditunggu-tunggu dari seorang Kalki Avtar.
“av” bermaksud turun. “tr” bermaksud melewati. Jadi maksud perkataan
Avtar adalah “diturunkan atau diutus untuk turun”. Kalki Avtar artinya
adalah “utusan terakhir”.
Ayat –ayat hindu yang jelas menyatakan tentang nabi Muhammad ialah:
“Aryadarma akan tampil di muka bumi ini. ‘Agama kebenaran’
akan memimpin dunia ini. Saya diutus oleh Isyparmatma. Dan pengikut saya
adalah orang yang berada di lingkungan itu, yang kepalanya tidak
dikucir, mereka akan memelihara janggut dan akan mendengarkan wahyu,
mereka akan mendengarkan panggilan solat (azan), mereka akan memakan apa
sahaja kecuali daging babi, mereka tidak akan disucikan dengan tanaman
atau umbi-umbian tetapi mereka akan suci di medan perang. Meraka akan
dipanggil “Musalaman” (perantara kedamaian).”
(Pratisarag Parv III, Khand 3, Adhyay 3, Shalokas 10 to 27)
Beliau adalah cendikiawan yang menaiki unta. Ini menunjukkan beliau
bukan seorang bangsawan India. Dalam Mansuriti(11) : 202 mengatakan
bahawa Brahma tidak boleh menaiki unta atau keldai. Jadi tokoh ini jelas
bukan dari golongan Brahmana (pendeta tinggi Hindu), tetapi seorang
yang asing.
Dalam Atharvaveda
book 20 hymn 21 : 6 dinyatakan bahawa di dalamnya terdapat istilah
“akkaru” yang bermaksud “yang mendapat pujian”. Dia akan mengalahkan
10,000 musuh tanpa pertumpahan darah. Hal ini merujuk pada perang Ahzab yang mana Nabi Muhammad mengalahkan musuh yang berjumlah 10,000 orang tanpa pertumpahan darah
Dalam Atharvaveda
book 20 hymn 21 : 7 dinyatakan bahawa Abandu akan mengalahkan 20
penguasa. Abandu juga berarti seorang yatim atau seorang yang mendapat
pujian. Ini mengarah kepada nabi Muhammad yang seorang yatim sejak lahir
dan maksud nama Muhammad/Ahmad adalah bermaksud terpuji, yang akan
mengalahkan ketua suku-suku di sekitar Makkah yg berjumlah sekitar 20
suku.
Kalki memusnahkan patung (Kalki Avtar)
Dalam versi 2 dan 4 Kalki Purana (bahagian 3, Bab 16) ada menyatakan bahawa:
- Apabila Kalki menjadi pemerintah, setiap orang akan suka kepadanya. Vedas, agama dan kebenaran terus hidup.
- Patung-patung dimusnahkan dan pemujaan dihentikan.
- Amalan agama seperti Tanda Tilak (amalan Hindu tanda di dahi) juga tidak kelihatan lagi.
Nabi Muhammad dalam Agama Zorester ( Majusi ) Parsi
Sementara itu pula di dalam kitab Dasatir, salah sebuah kitab suci agama Zoroaster (Zoroastrianism) iaitu kitab agama orang-orang Parsi purba ada menyebut seperti berikut:
Dalam kitab Taurat Ulangan iaitu kitab suci agama Yahudi fasal 18 Tuhan telah berfirman kepada Nabi Musa, katanya:
“Bahawa aku (tuhan) akan bangkitkan bagi mereka itu (dan
seluruh insan di dunia ini) seorang Nabi dari kalangan saudara mereka
(orang-orang Arab) yang seperti engkau (Musa) dan aku akan menjadikan
segala firmanku dalam mulutnya, dan ia pun akan menyatakan kepada mereka
segala yang aku pesankan.”
Nabi Muhammad dalam kitab Injil Yahya
Tetapi aku (Isa) ini mengatakan yang benar kepadamu
(pengikut-pengikut Isa) bahawa berfaedahlah bagi kamu jika aku pergi
kerana jika aku tidak pergi, tiadalah pembela itu akan datang kepadamu,
tetapi jika aku pergi aku akan menyuruh dia kepadamu pembela (Orang yang
terpuji)
Ayat ini menghuraikan bahawa Roh Kebenaran yang dikatakan datang tadi akan menyambung tugas-tugas Nabi Isa.
Nabi Muhammad Dalam Injil Barnabas
Petikan di dalam Injil Barnabas
Injil Barnabas
Sesungguhnya telah datang Nabi-Nabi semuanya melainkan seorang Rasul yang akan datang sesudahku (Isa) nanti.
“Jesus Christ (Isa) berkata, Janganlah bergoncang hati kamu
(murid-murid Isa) dan janganlah kamu takut, kerana bukan aku menjadikan
kamu, tetapi Tuhan (Allah) yang menjadikan kamu. Adapun tentang diriku
sesungguhnya aku datang untuk menyediakan jalan bagi Utusan Tuhan
(Rasulullah) yang akan datang membawa kelepasan bagi dunia. Tetapi awas
kamu ditipu orang kerana akan datang beberapa banyak Nabi dusta, mereka
mengambil perkataanku dan mengaturkan Injilku.”
Ketika itu berkata Andraus, “Wahai Guruku, sebutkanlah bagi kami
satu tanda supaya kami (manusia kemudian) kenal akan dia. Maka jawab
Isa, “Sesungguhnya dia tidak datang pada masa kamu ini tetapi ia akan
datang kelak berbilang tahun selepas masa kamu, iaitu di waktu
dirosakkan orang Injilku dan hampir tidak didapati lagi tiga puluh orang
mukmin (pengikut-pengikut Isa yang tulen). Di waktu itulah Tuhan
(Allah) merahmati dunia ini, maka diutus Rasul-Nya yang tetap, awan
putih di atas kepalanya mengenal akan dia salah seorang pilihan Tuhan
(Allah) dan dialah yang akan menzahirkan kepada dunia. Dan ia akan
datang dengan kekuatan yang besar untuk menewaskan orang-orang jahat dan
ia akan menghapuskan penyembahan berhala dari dunia ini.
Sesungguhnya aku menyukai yang demikian, kerana dengan
perantaraannya akan diterangkan dan dimuliakan orang akan Tuhan (Allah)
dan Ia menyatakan kebenaranku. Dan ia akan menghukum sekalian orang yang
berkata bahawa aku orang yang lebih besar daripada manusia (sama dengan
Tuhan.
Nabi Isa berkata kepada murid-muridnya, tatkala manusia memanggil
aku Tuhan (Allah) dan Tuhan Anak (Anak Allah) aku tidak ada lagi di
dalam alam ini. Tuhan (Allah) mengolok-olokkan manusia di alam ini
dengan kematian Yahuda. Mereka beriktikad bahawa akulah yang mati
tersalib itu, supaya tidak lagi syaitan mengolok-olokkan aku di hari
kiamat nanti. Aku tetapkan begini selamanya hingga datang Muhammad
Rasulullah . Apabila Muhammad datang terbukalah rahsia tipuan ini bagi
mereka yang beriman dengan agama Tuhan (Allah).
Nabi Muhammad dalam Agama Buddha
Maksud Buddha ialah Orang yang diberi petunjuk. Di dalam tradisi Budha, pemimpinnya sendiri Sidharta Gautama telah meramalkan kedatangan seorang manusia yang diberi wahyu. Dalam Doktrin Budha (The Gospel of Buddha)
oleh Caras (perkara.217-218) tercantum bahawa Budha agung yang akan
datang ke dunia ini dikenal sebagai “Maitreya”. Cakkavatti-Sihanada
Suttana memberinya nama “Meteyya”. Kedua kata ini bermakna “pemberi
rahmat”. Dengan merujuk kepada sejarah kehidupan Muhammad saw, kentara
sekali beliau adalah orang sangat penyayang dan al-Quran juga
menyebut-nyebut fakta ini.
Sidharta Gautama
Ada sejumlah kesamaan lebih jauh, seperti yang terbaca dalam kitab suci kaum Budha: “Para pengikutnya (Maitreya) berjumlah ribuan orang, sementara jumlah pengikutku ratusan orang.” Faktanya, pengikut Nabi Muhammad saw berjumlah ribuan orang (sekarang tentunya jutaan).Persamaan-persamaan lain
Seorang Buddha yang tercerahkan itu dilukiskan sebagai memiliki
kulit yang amat cerah dan bahawa seorang Buddha memperoleh “pandangan
yang luhur di malam hari”. Dalam kenyataan sejarah, Nabi saw kerap
melakukan solat pada waktu malam (tahajjud) sebagai tanda cintanya yang
mendalam kepada Pencipta Alam ini. Selama hayatnya, Nabi saw tidak
pernah meninggalkan solat tahajjud. Hasilnya, beliau memperoleh
pandangan yang tajam untuk mengetuai peradaban baru manusia iaitu
peradaban Islam.
”Akan lahir ke dunia ini seorang Buddha yang dikenali
dengan nama “Maitreya”. Maitreya ini ialah seorang yang suci, seorang
yang tertinggi dalam kuasa, yang dikurniakan dengan kebijaksanaan, yang
bertuah dan yang mengenali alam ini dan apa yang Maitreya ini dapat
daripada alam ghaib beliau akan sebarkan risalah ini ke seluruh alam.
Maitreya ini akan dakwahkan agama beliau yang agong ini daripada awal
hingga ke akhir. Buddha berkata bahawa Maitreya ini akan memperkenalkan
satu cara hidup yang sempurna dan suci sebagaimana aku (Buddha)
memperkenalkan agama aku. Pengikut Maitreya ini lebih ramai daripada
pengikut aku (Buddha)”.
(Gautama Buddha berkata dalam Chakkavantti Sinhnad Suttanta D. 111, 76)
Gautama Buddha sendiri berkata, “Saya bukanlah Buddha yang pertama
atau yang akhir yang didatangkan ke dunia ini. Selepas aku, seorang
Buddha lagi akan dihantar ke dunia ini. Dialah seorang yang kudus atau
suci, yang mempunyai kesedaran yang tinggi, yang dikurniakan dengan
kebijaksanaan, mempunyai akhlak yang baik, yang mengenali alam ini,
pemimpin manusia yang bijaksana, yang dikasihi oleh malaikat dan makhluk
lain. Dia akan mengajar kepada kamu semua satu agama atau kebenaran
yang kekal abadi serta terpuji. Agama yang diajar oleh Buddha ini akan
menjadi satu cara hidup yang sempurna dan suci. Kalau anak murid aku
beratus-ratus tetapi anak murid Buddha ini ialah beribu-ribu”.
Wallahualam.......
Tweet
0 Komen: