Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)
Showing posts with label PEJUANG ISLAM. Show all posts
Showing posts with label PEJUANG ISLAM. Show all posts

21/08/2012

Author : Unknown Time : 7:14:00 pm Total Comment : 0

USTAZ HARUN DIN TUMPASKAN MUBALIGH HINDU



Ustaz Harun Din Tumpaskan Mubaligh Hindu

Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din

Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini, luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV dan kebetulan ketika itu, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato' Dr. Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya. Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincang-an itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron Din mengatakan: "Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran."

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja? Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam?

Bahkan, sepanjang hidupnya, dia melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima? Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu tekad untuk berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV.

Lelaki itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya. Setelah beberapa bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai. Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.

Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab. Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din, hatinya menjadi panas.

Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun sudah beberapa bulan berlalu.

Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi. Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut.

Setelah tamat kuliah yang diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur. Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun.

Sebelum ini, lelaki India itu tidak pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani, tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula berubah.

Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.

Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam. Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak.

Selepas itu, pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri. Tetapi 'masalahnya' semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam. Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya. Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus, lurus tanpa simpang-siur.

Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam.

Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam? Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat kebalkan dan meninggalkan kejahatan?

Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; " Untuk memudahkan saudara memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan tanah tersebut.

"Tuan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemudian bila tiba di hujung bulan, kita datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?

"Begitu jugalah simboliknya di dalam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta, apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?"

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam.


Setelah empat minggu berturut-turut mengikuti kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran Islam. Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang dirasakannya.

Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: "Memang kenyataan itu saya tujukan khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul manusia dan kebenaran agama. Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi, sengaja saya bacakan ayat al-Quran itu agar mereka berfikir."


Mohammad Fitri Abdullah

"Dan saya adalah di antara mereka yang terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam," jelas Mohammad Fitri Abdullah, 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.

Ketika Mastika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam.

"Seperti yang saya katakan, pada awalnya niat saya adalah untuk berdebat dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi, apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak untuk berdebat dengan beliau," jelasnya.

Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang berteraskan agama yang dianutinya. Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan agama yang dianutinya.

"Sebenarnya, agama tersebut juga mengajar pengikutnya untuk menyembah Tuhan yang satu. Di dalam kitab-kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab.

"Mereka tidak menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan yang satu," tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini. Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru, malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah sama sekali.

"Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam selama ini. Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din," kata Fitri lagi.

Kejadian itu sebenarnya telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya.

Jika dahulu Fitri seorang mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu. "Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang sanggup keluar dari Islam. Murtad.

"Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka, memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang saya lalui sebelum ini.

"Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini," ujarnya bersungguh-sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

Wallahu'alam....

Dipetik Dari: halaqah.net

05/08/2012

Author : Unknown Time : 3:38:00 pm Total Comment : 0

Dari Ateis Kepada Islam - Dr. Jeffrey Lang


Dr. Jeffrey Lang dulu cabar kewujudan Tuhan.

BERKULIT putih dan berambut perang kini menjadi wajah-wajah pendakwah Islam kontemporari. Ini termasuklah Profesor Matematik di Universiti Kansas, sebuah universiti yang terkemuka di Amerika Syarikat (AS), Dr. Jeffrey Lang.

Beliau tidak sahaja berkongsi pengalaman uniknya memeluk Islam pada 1982 tetapi beliau menulis buku tentang pengislamannya bagi membuka hati-hati yang selama ini tertutup untuk mengakui kebesaran Tuhan.

Setelah memeluk Islam dan mendirikan solat lima kali sehari semalam, Dr. Jeffrey berkata, ibadat tersebut begitu memberikan kepuasan pada jiwanya terutama ketika mendirikan solat subuh. Ia adalah detik-detik paling indah yang pernah dilaluinya.

“Itu adalah saat anda meninggalkan buat sementara alam dunia ini kerana ternyata dalam suasana sunyi dan sepi itu serta bersama barisan malaikat, kita saling memuji (berzikir) terhadap Allah s.w.t. menunggu terbitnya sang mentari,” katanya.

Apabila ditanya bagaimana beliau begitu tertawan dengan al-Quran yang menggunakan bahasa Arab sedangkan bahasa itu begitu asing baginya selama ini.

Jawab Dr. Jeffrey: 
“Bagaimana pula seorang bayi (yang tidak mengerti apa-apa) dapat ditenteram hanya setelah mendengar suara ibunya?”

Dr. Jeffrey yang dilahirkan pada 30 Januari 1954 di Bridgeport, Connecticut, AS mengisytiharkan dirinya seorang yang tidak percayakan Tuhan atau ateis ketika berusia 18 tahun walaupun dibesarkan dalam keluarga yang kuat mengamalkan Judeo-Kristian Katolik.

“Saya mempersoalkan jika ada Tuhan yang Maha Penyayang lagi Mengasihani mengapa ada umat yang dibiarkan menderita di muka bumi ini? 
Kenapa tidak diciptakan sahaja syurga itu di muka bumi ini? 
Kenapa diciptakan manusia untuk menderita,” katanya.

Pemikiran seperti itu dibentuk sejak beliau belajar di Sekolah Tinggi Lelaki Notre Dame (sebuah sekolah mubaligh Kristian) sehinggalah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah, sarjana dan kedoktoran dalam bidang matematik.

“Sebagaimana bidang itu yang berteraskan logik akal dan bermain dengan fakta dan angka, begitulah juga cara minda saya bekerja.

“Saya akan cukup kecewa apabila sesuatu itu tidak dapat dibuktikan secara konkrit. Selagi tidak dapat dibuktikan secara logik mengenai Tuhan, bagaimana saya dapat percaya adanya Tuhan,” katanya.

Sehinggalah pada suatu malam beliau bermimpi.

“Saya dapati saya berada di sebuah bilik yang berdinding cat putih, kosong. Tidak ada sebarang perabot di dalamnya kecuali hamparan permaidani yang berjalur rona merah dan putih.

Terdapat juga satu tingkap kecil yang mampu membenarkan cahaya matahari masuk bagi menghangatkan bilik itu.

“Ketika itu terdapat tiga barisan lelaki sedang berdiri dan saya di barisan yang ketiga dan masing-masing berdiri menghadap tingkap kecil itu.

“Saya rasa begitu terasing kerana tidak mengenali sesiapa pun di situ dan seolah-olah seperti berada di negara lain. Kami kemudian melakukan tunduk sehingga ke paras pinggang, 
diikuti muka yang diletakkan hampir mencium tanah.

“Suasana begitu sunyi seolah-olah semua bunyi lain telah dimatikan. Apabila kami duduk semula, baru saya dapati perbuatan kami tadi diketuai oleh seorang lelaki yang saya hanya dapat perhatikan bahagian belakangnya.

“Dia berdiri seorang diri di tengah-tengah barisan kami itu dengan mengenakan jubah putih yang panjang dan mengenakan selendang pada kepalanya. Saya kemudiannya terjaga daripada mimpi itu,” katanya.

Sebenarnya sepanjang 10 tahun sebagai ateis, mimpi seperti itu sering kali mendatangi tidur Dr. Jeffrey. Tetapi beliau tidak pernah menghiraukannya walaupun ada satu perasaan ganjil setiap kali terjaga daripada mimpi itu.

Selepas 10 tahun melanjutkan pelajaran di universiti, beliau kemudian ditugaskan sebagai pensyarah di Universiti San Francisco.

Di situ buat pertama kalinya beliau bertemu Mahmoud Qandel iaitu seorang pelajar Islam yang mengikuti pengajiannya. Dr. Jeffrey mula bersahabat baik dengan Mahmoud dan sering mengunjungi rumah dan keluarga pelajar berkenaan.

Namun soal agama tidak pernah menjadi topik dalam setiap perbualan mereka sehinggalah pada suatu hari Dr. Jeffrey dihadiahkan senaskhah al-Quran dan beliau berjanji pada dirinya tidak akan berpaling tadah apabila membaca kitab suci itu.

Malah beliau membacanya dengan penuh prejudis terhadap Islam. “Tetapi kamu tidak boleh membaca al-Quran begitu sahaja, kecuali kamu perlu serius mendalaminya. Akibatnya sama ada kamu terus menyerah kalah (kepada kebenaran Tuhan dan agama) atau menyebabkan anda melancarkan satu peperangan kerana isi kandungannya berlawanan dengan kepercayaan anda selama ini.

“Dan saya termasuk golongan yang kedua itu. Tetapi peperangan ini sungguh menarik kerana didapati lama-kelamaan saya semakin tidak dapat mempertahankan diri saya sendiri. Seolah-olah al-Quran itu lebih mengenali dan mengetahui setiap inci kelemahan diri saya berbanding saya mengenali diri saya sendiri.

“Malah Dia sedang membaca fikiran saya. Setiap malam pelbagai persoalan timbul dalam pemikiran saya, tetapi saya beroleh jawapannya melalui al-Quran keesokan harinya.

“Kitab itu mampu memadamkan sedikit demi sedikit fahaman yang saya bina selama ini. Malah kitab itu kini memimpin saya, mengajak saya ke satu sudut kebenaran yang mampu saya terima kerana ia sangat logik,” imbas Dr. Jeffrey ketika al-Quran mula diperkenalkan kepadanya.

Sehinggalah pada suatu hari ketika berusia 28 tahun, Dr. Jeffrey terjumpa sebuah bilik yang terletak di tingkat bawah sebuah gereja di universiti.

Bilik itu agak pelik kerana ia mengingatkan beliau pada sesuatu.Kemudian beliau diberitahu bahawa bilik itu sebenarnya dijadikan surau bagi membolehkan pelajar Islam di universiti itu mendirikan solat.
Beliau kemudian terpaku di situ sambil mindanya bergelut dengan pelbagai perkara. Dr. Jeffrey merasakan dirinya mempunyai kekuatan untuk melakukan satu perubahan pada pendirian dan falsafah hidupnya selama ini.

Kini beliau meyakini bahawa Tuhan itu wujud, malah kerana adanya Tuhanlah, dengan kekuasaan-Nya itu Dia mampu mengubah dan menggoyahkan pegangannya selama ini yang tidak percayakan Tuhan.
Tanpa membuang masa, beliau melafazkan dua kalimah syahadah bersaksikan beberapa pelajar Islam yang ketika itu hendak menunaikan solat di bilik itu.

Seolah-olah berlaku satu perayaan, mereka semua gembira dengan perubahan besar yang dilakukan Dr. Jeffrey itu lalu mereka mendirikan solat Asar berjemaah dan berdoa bagi meraikan kehadiran saudara baru itu.

Seusai solat, tiba-tiba Dr. Jeffrey menggigil ketakutan.

“Mimpi itu! Ya mimpi itu! Suasana kami mendirikan solat jemaah sebentar tadi tidak ubah seperti yang selalu datang dalam mimpi saya.

“Bilik ini, para jemaah dan pergerakan solat itu seperti yang selalu saya mimpikan. Betapa hebat kebetulannya dan sukar untuk saya mempercayainya.

“Saya cuba memfokuskan semula fikiran ekoran apa yang berlaku itu. Setelah menarik nafas saya seolah-olah disirami rasa dingin yang menjalar ke seluruh badan. Tuhan! Ia adalah satu kenyataan, sejurus itu juga air mata saya mengalir laju membasahi pipi,” katanya.

Perjalanan seseorang untuk memeluk Islam adalah begitu unik dan berbeza antara satu sama lain. Seperti yang berlaku pada Dr. Jeffrey, daripada seorang yang mencabar mengenai kewujudan Tuhan, beliau kini seorang yang mempunyai kepatuhan yang tidak berbelah bagi terhadap Allah.

Daripada seorang panglima ateis yang begitu bengis dengan menjadikan al-Quran sebagai musuh, beliau akhirnya mengaku kalah dan tunduk kepada kitab itu.

“Semua yang saya anggap selama ini begitu hebat di kepala (ateis) kini kedudukannya berada di atas tanah, sujud sebagai tanda penyerahan diri kepada-Nya,” katanya.

Dr. Jeffrey berkahwin dengan seorang wanita warga Arab bernama Raika dan dikurniakan tiga orang anak perempuan. Beliau kini giat berdakwah di kalangan rakyat kulit putih Amerika.

Untuk tujuan dakwah, beliau juga menulis buku-buku. Antara yang begitu mendapat sambutan di AS ialah 

Struggling To Surrender - Some Impressions Of An American Convert To Islam (Beltsville, 1994)

Even Angels Ask: A Journey To Islam In America (Betsville, 1997)

Losing My Religion: A Call For Help (Betsville, 2000).

Buku-buku tersebut menjelaskan kepada kita bagaimana fakta-fakta daripada al-Quran dan ajaran Islam mampu menangkis fahaman ateis. 

Wallahualam...

06/07/2012

Author : Unknown Time : 10:08:00 am Total Comment : 0

Hadiah Malam Jumaat ^_^




Pengalaman Salih Al Mazi 

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.

Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy.

"Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.

Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.

Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.

Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzakh. Kemudian ia berkata:"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.

Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup."

Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.

" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.

"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana si pemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

Wallahualam....

14/06/2012

Author : Unknown Time : 3:18:00 pm Total Comment : 0

LAPISAN ATMOSFERA




Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;

“Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah al-Baqarah; 29)

“Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. “ (Surah Fusilat; 12)

Perkatan 'langit-langit', yang mana banyak di sebut di dalam ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.

Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.

Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;

Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. 
Bahagian yang paling luar dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.

Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan sesuai seperti yang disebutkan dalam Al-Qur'an.

Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini 'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. 
Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.

Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;

Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. 
Lapisan yang paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di troposfera. 

Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu. 

Wallahualam....

Author : Unknown Time : 3:05:00 pm Total Comment : 0

BENTUK SFERA BUMI




"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. 
Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah Az-Zumar:5)

Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai 'membalut' dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia bermakud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai serban.

Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.

Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifik dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur'an adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan mengenai alam semesta.


Wallahualam....

Author : Unknown Time : 2:56:00 pm Total Comment : 0

ORBIT DI DALAM AL-QURAN




Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

“Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya).” (Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

“Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. “ (Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.

Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

“Demi langit yang mempunyai jalan-jalan” (Surah az-Dzariyat;7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain.

Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.

Wallahualam....

04/06/2012

Author : Unknown Time : 1:45:00 pm Total Comment : 0

~♥~ GAYA PEMERINTAHAN UMAR ABDUL AZIZ ~♥~




1. Umar Abdul Aziz Yang Adil


Pada suatu malam, Umar Abdul Aziz melihat dokumen-dokumen kerajaan di rumahnya dibawah cahaya bilik yang suram yang sekaligus memberikannya ketenangan untuk menelaah. Keadaan ini menyebabkan kehadiran isterinya, Fatimah tidak langsung disedarinya yang kemudian menyapanya.

“Yang mulia! Bolehkan kau luangkan sedikit masamu untukku sejenak? Aku ingin merundingkan mengenai hal peribadi denganmu,” kata Fatimah dengan hormat.

“Tentu sahaja,” jawab Umar lalu berpaling dari kertas-kertas di atas mejanya, kemudian menyambung, “Tapi tolong matikan lampu itu, lampu milik negara, dan nyalakan lampumu sendiri. Aku tidak mahu memakai minyak negara bagi membicarakan hal peribadi,” jawabnya.

Sebagai isteri yang patuh, Fatimah menuruti kehendak Umar.

2. Umar Mengelak Pembaziran

Pada suatu hari, Umar mengundang beberapa pemimpinnya untuk makan malam dirumahnya. Sebelum itu, dia memerintahkan tukang masaknya agar melewatkan penyiapan masakan.

Pada saat para tetamunya mula merintih kelaparan, barulah dia meminta jurumasaknya menyediakan santapan. Sebagai mengalas perut, dia menghidangkan dahulu roti panggang. Makanan yang sederhana ini segera dimakan oleh Umar dan tetamunya yang kelaparan. Kemudian, makanan siap dimasak dan dihidangkan tetapi ditolak oleh para tetamu yang kekenyangan.

Umar yang amat memahami tingkah laku tetamunya segera berkata, “Wahai saudaraku, jika kau mampu makan dengan makanan yang sederhana lalu mengapa kau sewenang-wenangnya merampas hak milik orang lain?” Ucapan ini ternyata memberikan keinsafan kepada tetamunya sehinggakan mereka menitiskan airmata.

3. Umar menolak hadiah dan suapan

Pernah seseorang menghadiahkan Umar sebakul buah epal kepadanya. Umar amat menghargai pemberian itu, tetapi dia menolak permintaan itu dengan baik. Orang itu memberikan contoh Nabi yang pernah menerima hadiah pemberian sahabat.

“Hadiah itu tidak dapat disangsikan lagi memang untuk Nabi, tetapi andai diberikan kepadaku, ia merupakan satu suapan,” jawab Umar.

4. Ketegasan Umar

Umar membawa banyak pembaharuan dalam pentadbiran, kewangan dan pendidikan. Anaknya, Abdul Malik pernah menasihati Umar agar mengadakan pembaharuan dengan lebih tegas.

“Anakku, ketegasan hanya akan berhasil melalui mata pedang. Tetapi pembaharuan tidak akan mendatangkan manfaat yang baik melalui mata pedang,” Umar menjawab,

Umar memang tidak berminat menyebarluaskan Islam melalui mata pedang dan menjalankan misinya dengan damai dengan mengajak mereka memeluk Islam secara aman.

5. Sikap tawadduk Umar

Pada suatu malam, Umar bin Abdul Aziz sedang menulis di kediamannya. Tiba-tiba terdengar pintu diketuk. Seorang tetamu masuk dan berbincang sesuatu dengannya. Saat itulah lampu yang berada di atas meja Umar menjadi malap dan sepertinya kehabisan minyak.

Tetamu tadi terburu-buru bangkit dari duduknya. “Biar saya yang perbaikinya,” kata tetamu itu dengan tujuan untuk menambah minyak lampu itu.

“Bukanlah perbuatan mulia membiarkan tetamu melakukan kerja,” ujar Umar.

“Kalau begitu, biar saya bangunkan pembantumu!” kata tetamu itu lagi.

“Dia baru saja tidur,” jawab Umar lalu segera bangun dan mengisi minyak lampu.

“Apakah engkau sendiri yang melakukannya, wahai Amirul Mukminin?” tanya tetamu itu kehairanan.

“Sama ada aku melakukannya atau tidak, tetap saja aku Umar. Tidak ada yang berkurang dariku. Sebaik-baik orang adalah mereka yang tawadhu di sisi Allah,” jawab Umar.

Wallahualam....

03/06/2012

Author : Unknown Time : 5:46:00 pm Total Comment : 0

Manusia istidraj dihina Allah :::




Mungkin ramai di kalangan kita tidak memahami istilah “istidraj”. Istilah ini berasal daripada bahasa Arab dan diambil daripada perkataan darajatun iaitu tangga.

Berdasarkan maksud sebenar, istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.

Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.

Dengan kata lain, Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.

Ada juga pihak yang mentakrifkan istidraj sebagai anugerah Allah kepada hamba yang tidak diredai-Nya dan nikmat tersebut datang dalam pelbagai bentuk antaranya kuasa, kemewahan harta benda, kedudukan di sisi masyarakat, pengaruh serta pangkat.

Persoalannya, adakah mereka yang diberikan kemewahan dunia dianggap manusia istidraj? Begitu juga yang diberikan kuasa dan pengaruh. Adakah mereka yang berpangkat besar dianggap istidraj?

Jawapannya, tidak sama sekali. Istidraj hanya untuk golongan yang derhaka kepada Allah. Sebaliknya mereka yang menggunakan kelebihan sama ada kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat ke jalan Allah, pasti beroleh kejayaan di dunia serta akhirat.

Lihat sahaja para sahabat Rasulullah SAW. Ada di antara mereka diberikan kekayaan yang melimpah ruah antaranya, Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Abdul Rahman Auf.

Mereka semua dianggap golongan berada. Siapa tidak kenal Abu Bakar yang juga merupakan khalifah Islam pertama dan seorang usahawan berjaya.

Ketika mudanya beliau berjaya mengumpulkan 40,000 dirham iaitu hasil daripada perniagaannya tetapi tidak pernah leka dengan kekayaan itu.

Semasa menjadi khalifah Islam pertama, Abu Bakar tidak pernah sekalipun menggunakan kuasanya sebagai pemimpin untuk kepentingan diri atau keluarganya kerana beliau amat takut dengan azab Allah.

Abu Bakar merupakan pemimpin hebat yang tidak ada tolok bandingnya dan meninggal dunia dalam keadaan beliau membelanjakan segala hartanya ke jalan Allah.

Berbalik kepada istidraj, manusia derhaka adalah mereka yang tidak mahu menunaikan suruhan Allah dan sering melanggar larangan-Nya.

Mereka enggan menunaikan kewajipan sebagai hamba dan lebih malang, gemar memperlecehkan hukum agama. Mereka juga cenderung melakukan maksiat dan menzalimi orang lain.

Golongan ini akan jauh daripada hidayah Allah. Mereka langsung tidak patuh dengan suruhan Allah.

Mereka enggan bersolat dan mereka terlalu sayangkan harta hingga mengingkari suruhan menunaikan zakat walaupun mereka diberikan pelbagai bentuk kemewahan.

Mereka diberikan segala kenikmatan tetapi tidak pernah bersyukur dengan nikmat. Golongan ini sanggup menindas dan mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kepentingan sendiri. Mereka tamak dan tidak pernah mensyukuri nikmat.

Rasullullah SAW pernah bersabda: “Apabila kamu melihat Allah Taala memberi nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (derhaka), ketahuilah orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”

Menurut pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Zahazan Mohamed, terdapat tiga tanda manusia istidraj iaitu sering memperlecehkan ibadat, penasihat di sekelilingnya bukan di kalangan golongan berilmu (dunia semata-mata) dan tidak mempedulikan nasihat yang baik.

Beliau berkata, amat malang apabila golongan yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh serta pangkat ini lupa bahawa kesemua nikmat tersebut adalah pemberian Allah dan merupakan “pinjaman”.

Mereka hanyut dengan nikmat yang diberikan hingga pada satu peringkat menjadi angkuh dan bangga dengan kelebihan tersebut. Nikmat itu gagal menjadikan mereka lebih tawaduk dan bertaqwa.

“Mereka langsung tidak nampak segala nikmat yang mereka peroleh itu datangnya daripada Allah. Manusia seperti ini (istidraj) tidak akan sedar nikmat itu sebenarnya tanda kebencian Allah terhadap mereka.

“Mereka juga tidak sedar bahawa segala nikmat dan kelebihan itu boleh ditarik pada bila-bila masa,” katanya.

Firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 182 yang bermaksud: “Dan orang yang mendustakan ayat Kami, Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), menurut cara yang mereka tidak ketahui.”

Satu lagi Firman Allah iaitu dalam surah Al-An’am ayat 44 yang bermaksud: “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat sebarang pertolongan).”

Zahazan berkata, kedua-dua ayat di atas merupakan peringatan Allah kepada manusia istidraj bahawa mereka tidak akan selama-lamanya berada di puncak.

“Dalam surah Al-A’raaf ayat 182 tafsir Ibn Kathir ada menyatakan manusia istidraj akan menaiki tangga dan akhirnya sampai ke tangga paling akhir.

“Apabila berada pada kedudukan itu mereka masih mahu menaiki satu lagi anak tangga tetapi malangnya mereka akan jatuh kerana tiada lagi anak tangga selepas itu ,” kata Zahazan merujuk kepada ketamakan golongan istidraj.

Dalam pada itu katanya, kecenderungan berlakunya istidraj di kalangan manusia tetap ada hinggalah ke hari ini. Mereka adalah dalam kalangan mereka yang mendapat penyakit ghurur (tipu daya).

Manusia seperti ini kata Zahazan, mudah lupa daratan dan menganggap kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat sebagai lambang kekuasaan.

“Mereka mengenepikan Allah daripada segala segi dan golongan itu melebihkan kemewahan dunia,” tegasnya.

Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun, Namrud dan Abu Jahal. Kesemua mereka diberikan kelebihan, kenikmatan dan kemewahan tetapi mereka mengingkari Allah.

Akhirnya, mereka dibinasakan oleh Allah dan mati dalam keadaan yang amat hina.

Justeru beliau meminta masyarakat Islam terutama di kalangan mereka yang diberikan kuasa, kemewahan, pengaruh dan pangkat supaya bersikap lebih tawaduk.

“Ingatlah semua pemberian tersebut adalah bersifat sementara kerana tiada apa yang kekal di dunia ini dan ingatlah Allah berkuasa menarik segala-galanya dalam sekelip mata,” katanya lagi.

Wallahualam....

02/06/2012

Author : Unknown Time : 12:35:00 pm Total Comment : 0

KINI UMAT ISLAM PALING RAMAI DI DUNIA



PENDAHULUAN

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Artikel ini saya kongsikan sebagai berita gembira untuk umat Islam, bukan bahan untuk bermegah-megah bahawa umat Islam semakin ramai. Yang penting ialah kualiti seseorang Muslim, bukan kuantiti. Juga yang penting ialah ramai tapi bersatu, bukan ramai tapi berpecah-belah. Selamat membaca. Semoga bermanfaat.

STATISTIK TERKINI UMAT ISLAM SEDUNIA

Penduduk Muslim 2010: Asia Pasifik 1,005,507,000 (62.1%). Timur Tengah dan Afrika Utara 321,869,000 (19.9%). Afrika Sub-Sahara 242,544,000 (15.0%). Eropah 44,138,000 (2.7%). Amerika 5,256,000 (0.3%). Jumlah 1,619,314,000 (100%). Jangkaan Penduduk Muslim 2030: Asia Pasifik 1,295,625,000 (59.2%). Timur Tengah dan Afrika Utara 439,453,000 (20.1%). Afrika Sub-Sahara 385,939,000 (17.6%). Eropah 58,209,000 (2.7%). Amerika 10,927,000 (0.5%). Jumlah 2,190,154,000 (100%) Sumber: Pew Research Center's Forum on Religion & Public Life, The Future of the Global Muslim Population (Washington, DC: Pew Research Center, 2011).

Nota: Statistik yang dikemukakan oleh Pew Research Center tidak selaras dengan statistik CIA. Namun saya paparkan juga untuk tujuan perbandingan.

JUMLAH UMAT ISLAM SUDAH ATASI JUMLAH KRISTIAN

Ia fakta yang telah diketahui umum. Islam adalah agama terbesar di dunia dari segi jumlah penganut yang mempraktikkan Islam (practising followers). Kini Islam juga merupakan agama terbesar dari sudut jumlah kasar (gross numbers). Menurut statistik Agensi Perisikan Pusat, Amerika (CIA), jumlah penduduk Islam telah meningkat dari 1.6 bilion pada tahun 2005 ke 1.84 bilion pada Ogos 2007.

Ada dua sebab mengapa hal ini berlaku: (1) Peningkatan pantas jumlah saudara baru Islam (2) Peningkatan pantas penduduk Islam (faktor kadar kelahiran).

1) Peningkatan pantas jumlah saudara baru Islam.

Menurut Universiti Chicago, 300 hingga 400 warga Amerika kembali kepada Islam setiap hari. Islam adalah agama kedua terbesar di kebanyakan negara Barat termasuk Amerika dengan lebih dari 10 juta umat Islam, dan sekurang-kurangnya 30% dari jumlah ini adalah saudara baru. 70% dari saudara baru adalah wanita. Menurut laporan EU, penduduk Muslim di Eropah akan meningkat tiga kali ganda dalam masa 10 tahun.

2) Peningkatan pantas penduduk Islam

Negara-negara seperti Pakistan, India, Bangladesh, Indonesia, Malaysia dll, seramai 3,500,000 Muslim lahir setiap tahun. Kadar kelahiran umat Islam naik pantas sedangkan di kalangan umat Kristian ianya menurun. Kristian kalah dari segi bilangan ini berbanding Islam, Buddha, athiest dan lain-lain falsafah timur. Jumlah terkini umat Kristian ialah 1.8 bilion penganut.

Memang benar bahawa dari jumlah 1.84 bilion Muslim, bukan semuanya Muslim yang sebenar. Tapi hal itu serupa saja dengan penganut Kristian, bukan semuanya Kristian yang sebenar. Mereka iktiraf JW dan lain-lain sebagai Kristian. Walau bagaimana pun, mana-mana puak yang tertolak telah diambilkira dalam statistik yang dikeluarkan.

PERBANDINGAN JUMLAH ISLAM VS KRISTIAN

Berdasarkan statistik 2007 yang dikeluarkan oleh CIA: Roman Katolik 16.99%, Protestant 5.78%, Ortodoks 3.53%, Anglicans 1.25%. Jumlah Kristian ialah 33.3%. Perhatikan peratusan Roman Katolik, yang merupakan mazhab tunjang dalam agama Kristian, malah secara umumnya Kristian seolah-olah sinonim dengan mazhab Roman Katolik (yang berpusat di Vatican). Jumlah 16.99% Kristian dari penduduk dunia itu sebenarnya sudah ketinggalan berbanding jumlah penganut agama Islam: Muslim 21.01%.

Dari segi jumlah kasar (gross number): Kristian 1.8 bilion. Muslim 1.84 bilion. (setakat 2007).

Hal ini telah menimbulkan kegusaran di kalangan pemuka Vatican. Pada 28 Mac, 2008, Gereja Vatican telah mengisytiharkan menerusi akhbar Vatican, L'osservatore Romano: Islam telah mengatasi Kristian Roman Katolik sebagai agama terbesar di dunia. Untuk pertama kali dalam sejarah, Kristian tidak lagi menduduki tempat pertama kerana sudah diatasi oleh Islam. Wakil Vatican berkata dalam satu temuramah dengan Akhbar Vatican bahawa Roman Katolik mewakili 17.4% dari penduduk dunia sedangkan Muslim mewakili 19.2%. Data adalah merujuk tahun 2006. ( Data mengenai Muslim dikumpulkan oleh negara Islam kemudian dihantar ke Bangsa-Bangsa Bersatu).


KERISAUAN PUAK KRISTIAN

Para pemuka agama Kristian Roman Katolik ada sebab-sebab jelas mengapa mereka menjadi risau berikutan perkembangan ini. Mereka sudah tahu bahawa nisbah bilangan umat Islam itu tidak akan dapat diatasi lagi di masa akan datang. Bila nisbah umat Islam sudah mengatasi nisbah umat Kristian, maka jurang nisbah itu semakin hari semakin besar. Ada dua sebab paling utama mengapa hal ini berlaku:

(1) Kadar Kelahiran Umat Islam Lebih Tinggi

Keluarga Muslim terkenal mempunyai ramai anak sementara Roman Katolik mempunyai anak yang semakin sedikit. Institusi keluarga Muslim yang stabil membolehkan kehidupan keluarga bahagia dan saling sayang menyayangi. Umat Islam tidak menganggap bertambahnya ahli keluarga sebagai beban, malah menganggapnya sebagai aset.

(2) Peningkatan Mendadak Saudara Baru

Terutamanya setelah fitnah WTC 911, bila mana banyak statistik mengenai umat Islam mula direkod dengan lebih kemas, didapati bahawa jumlah saudara-saudara baru Islam secara komparatif telah meningkat, bukan menurun (sebagaimana yang diharapkan oleh Yahudi Zionis). Penduduk di Barat telah secara senyap-senyap mendapatkan maklumat mengenai Islam menerusi membaca buku, melayari laman-laman web serta menonton video di internet. Sebahagian dari mereka ini telah secara senyap-senyap mengucap syahadah dan melakukan ibadah sebagai Muslim, dan hanya diketahui oleh keluarga mereka setelah beberapa tahun mereka kembali kepada Islam.

Inilah yang paling merisaukan pihak Vatican. Telah wujud begitu banyak maklumat-maklumat benar mengenai Islam dari sumber-sumber berwibawa di internet. Ia termasuklah terjemahan Al-Qur'an, terjemahan Hadis, video-video ceramah mengenai Islam dan penerangan-penerangan mengenai bagaimanakah jika mahu memeluk Islam dsb. Masjid-masjid di Barat dan badan-badan dakwah telah berusaha gigih menerangkan mengenai Islam, bahawa agama yang suci ini bukanlah agama yang menggalakkan keganasan, tapi menggalakkan kehidupan harmoni lagi aman damai.

Paling jelas, mana-mana saudara baru Islam di Barat adalah berkualiti. Mereka adalah bijakpandai. Sebahagian dari mereka adalah para Pendeta Kristian yang sudah berpuluh tahun menjadi pendakwah Kristian, malah mereka ini lahir dalam keluarga yang taat mengikut ajaran Kristian. Setelah mereka memeluk Islam, mereka menjadi pendakwah Islam yang terkenal, malah telah berjaya mengajak ibubapa dan adik-beradik mereka kembali kepada Islam.

Saudara-saudara baru yang berkualiti ini adalah individu-individu yang disegani di kawasan-kawasan tempat mereka tinggal. Sebahagiannya adalah doktor, pensyarah, jurutera, saintis, pemberita, jurnalis dsb yang tentunya berinteraksi dengan ramai orang. Mereka berjaya mengajak kawan-kawan bukan Islam untuk datang ke masjid, agar mereka ini nampak dengan mata kepala sendiri bagaimanakah umat Islam melakukan solat, dan bahawa di masjid tidak ada patung-patung. Sebahagian dari kawan-kawan yang datang ke masjid ini kemudiannya telah kembali kepada Islam, mengucap dua kalimah syahadah di hadapan kawan-kawan mereka.

Wujudnya senario bila mana saudara-saudara baru yang berkualiti ini memutuskan bahawa Islam adalah agama yang sebenar bukanlah satu perkara yang berlaku sekelip mata. Mereka ini telah mengkaji berbagai-bagai agama lain dan membuat perbandingan. Mereka juga telah mengkaji Kristian Roman Katolik dan telah mengemukakan berbagai soalan kepada para paderi. Mereka sudah yakin kepada Islam sebelum memeluk Islam!

Keadaan ini (saudara baru yang berkualti) amat sukar diperolehi oleh Kristian Roman Katolik. Mereka tahu bahawa sesiapa yang mengkaji sendiri dan membandingkan agama-agama amat sukar menemui apa yang dikatakan kebenaran hakiki dalam agama Kristian, terutama setelah mengkaji Bible. Kerana itu, mereka lebih percaya pada 'Christian by default' iaitu melalui kelahiran, kemudian ibubapa akan membawa anak-anak ke gereja untuk dibaptis.

Pada 31 Ogos 2005, Pope Benedict VII memaklumkan kepada umat Katolik agar melahirkan lebih banyak anak. Mengapakah Gereja Roman Katolik perlu bergantung kepada kadar kelahiran dan bayi? Kerana orangramai tidak menukar agama menjadi Kristian Katolik berdasarkan pada kajian terhadap Bible. Ringkasnya, jika seseorang itu mengkaji Bible untuk mencari 'kebenaran', maka mereka tidak akan menemukannya.

Contoh mudah: Jesus dikatakan oleh Kristian Roman Katolik sebagai Tuhan. Tapi Jesus (Tuhan) telah dibunuh. Alasan mereka (bahawa Tuhan Jesus membiarkan dirinya disalib) ialah untuk mengampunkan dosa umat Kristian. Tapi umat Kristian masih perlu 'diampunkan dosanya' oleh paderi yang berkelayakan dengan membeli Sijil Pengampunan!

GEREJA BERTUKAR MENJADI MASJID

Sebenarnya hal ini merupakan kempen secara langsung kepada para penganut Kristian Roman Katolik supaya mengkaji dengan lebih lanjut mengenai sebab-sebab gereja sudah tidak ada pengunjung, ditutup, kemudian dibeli oleh orang Islam, lalu dijadikan masjid. Tidak dapat tidak, mereka akan mengkaji kenapa para penganut Kristian kembali kepada Islam di benua Eropah dan Amerika. Dulu mereka amat kurang mengetahui mengenai Islam, tapi pada masa kini mereka dalam senyap-senyap sudah membaca terjemahan Al-Qur'an, dan melihat kawan-kawan mereka yang dulunya ke gereja, kini sudah ke masjid.

Beribu-ribu gereja di Eropah dan Amerika sudah ditutup kerana bilangan 'practising Christians' sudah berkurangan. Bilangan gereka yang ditutup bertambah, bukan berkurang. Sebahagian besar dari gereja-gereja ini sudah menjadi masjid, dan dipenuhi oleh 'practising Muslims' yang dulunya (kebanyakannya) beragama Kristian.

KESIMPULAN

Nota ini tidak bertujuan merendah-rendahkan para penganut agama Kristian Roman Katolik. Sebagai seorang Muslim, saya sendiri menganggap bahawa apa yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Bila sampai masa yang dikehendakiNya, maka berbondong-bondonglah penduduk Barat kembali kepada Islam, dan mereka menjadi umat Islam yang berkualiti, yang mempraktikkan Islam dalam kehidupan mereka sehari-hari. Mereka bukan masuk Islam pada nama saja. Sebahagian dari mereka masih mengekalkan nama Kristian, tapi mereka adalah Muslim yang berkualiti. Mereka ini malah patut menjadi contoh teladan kepada umat Islam di Timur apatah lagi di Timur Tengah.

Mengapa? Kerana keperibadian mereka, jelasnya cara mereka berinteraksi sesama mereka dan bila berhadapan dengan bukan Islam, adalah berhemah lagi bersopan. Mereka berdakwah menerusi peribadi yang baik. Mereka elakkan dari bergaduh, tuduh-menuduh atau mempersendakan sesama sendiri. Sebaliknya mereka berpakat dan menyusun strategi dan taktik yang mantap untuk meramaikan saudara-saudara baru Islam yang berkualiti. Mereka menjalani cara hidup yang 'Islamik' dan mereka Muslim. Maka sesiapa yang memperhatikan cara hidup mereka akan tertarik kepada Islam.

Adakah kita yang lahir dalam keluarga Muslim telah menjadi contoh teladan yang baik kepada sesiapa saja kawan-kawan kita yang bukan Islam? Maksudnya, adakah mereka nampak bahawa kita adalah 'practising Muslims'? Berdakwah tidak semestinya menyeru mereka secara terus-terang agar masuk Islam. Itu dakwah secara langsung. Dakwah secara tidak langsung mungkin lebih dialu-alukan tanpa disedari. Apa dia?

Mereka lihat kita menunaikan janji apabila berjanji. Mereka lihat kita solat bila masuk waktu. Mereka rasa lebih senang bila bersama dengan kita berbanding bila bersama rakan seagama dengan mereka. Mereka lihat kita hormat pada mereka. Mereka lihat kita memahami mereka dan tidak merendah-rendahkan pegangan mereka dsb. Ada lagi? Ada:

Mereka lihat kita sesama Muslim tidak bergaduh, tidak tuduh-menuduh, tidak kafir-mengkafir antara satu sama lain. Mereka dapat lihat golongan ulama' menyeru kepada perpaduan, bukan kepada perpecahan. Mereka lihat walaupun ada perbezaan pendapat, namun umat Islam tidaklah hingga bergaduh sesama sendiri, malah saling faham-memahami. Mereka lihat umat Islam bijak dalam politik dan amalkan politik yang sihat dsb. Ada lagi? Ada:

Mereka dapat lihat bahawa umat Islam tidak minum arak, tidak berjudi, tidak berzina. Mereka dapat lihat umat Islam jadi kuat kerana sistem zakat. Yang kaya membantu yang miskin hingga sukar untuk ditemui umat Islam yang miskin. Mereka dapat lihat bahawa umat Islam adalah berkualiti, membaca Al-Qur'an, memahaminya, dan mempraktikkannya dalam kehidupan sehari-hari. Mereka lihat umat Islam maju kerana berpegang teguh pada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah. Mereka lihat umat Islam hormat kepada alim ulama' kerana alim ulama' melakukan dakwah bukan kerana wang atau kerana sesuatu kepentingan peribadi bersifat duniawi, tapi semata-mata kerana Allah SWT. Banyak contoh baik yang mereka dapat lihat.

Sudah wujudkah contoh-contoh yang baik itu di Timur? Ia sudah wujud, namun mungkin kualitinya belum memuaskan hingga boleh mencapai tahap bahan dakwah secara tidak langsung. Orang Islam ramai, tapi yang 'Islamik' atau apa yang mereka (bukan Islam) sebut sebagai 'practising Muslims' tidak ramai. 'Practising Muslims' bukan terletak pada melaksanakan ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat, haji. 'Practising Muslims' menjadikan cara hidup mereka keseluruhannya menurut suruhan Islam. Maknanya, mereka solat dan mereka tidak terima rasuah. Mereka solat dan mereka tidak pecah amanah. Mereka solat dan mereka saling hormat-menghormati dan faham-memahami sesama mereka. Mereka solat dan mereka bersungguh-sungguh untuk jadi contoh teladan yang baik.

Semoga Nota yang tidak sepertinya ini boleh jadi bahan renungan saya dan sahabat-sahabat yang sudi memikirkannya. Mudah-mudahan kita akan berubah menuju tahap 'practising Muslims' yang boleh jadi contoh. Mungkin ilmu agama kita tinggi, tapi mungkin masih ada tindak-tanduk kita yang belum benar-benar mencerminkan ketinggian ilmu yang ada pada kita itu dipraktikkan dengan baik. Kita mungkin popular dan sering berceramah di sana-sini, tapi mungkin ada terselit kata-kata yang kurang manis didengar atau tidak sesuai untuk dikatakan oleh orang berilmu seperti kita. Kita sendiri perlu berubah, bukan orang biasa saja yang perlu berubah.

Ringkasnya, kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kini sudah jadi kenyataan bahawa umat Islam adalah paling ramai di atas muka bumi. Namun kita perlulah menjadi Muslim yang berkualiti, lagi diredhaiNya.

Saya mohon maaf jika terdapat kekurangan dan kesilapan dalam Nota ini. Sebagai seorang yang jahil, saya sekadar berkongsi pendapat sesuai dengan kejahilan saya. Semoga ada manfaatnya pada diri saya sendiri dan juga kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi kesemuanya.

~WALLAHUALAM~


 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.