Buah Delima |
- Madu
- Madu
adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu
penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh
menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan
bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu
pagi dan malam.
- Habbatus sauda
- Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya.
Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering
dihadapi oleh manusia. Antaranya merangsang tenaga dan membantu memulihkan
kepenatan dan semangat, berupaya memulihkan penyakit seperti batuk,
"bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti
jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah
pengaliran air liur dan mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).
- Kismis
-
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan
bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah
dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa
penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan
tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap
hari.
- Susu segar
- Susu
berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental
dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air
yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk
ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Ia
diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
- Telur
-
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap
dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih
baru.
- Halia
- Ia
sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu
pagi.
- Buah Delima
- Mujarab
untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
- Kurma
- Sebagai
ubat penyakit lahir, penyakit minda, dan juga makanan mengenyangkan.
- Buah Tin
- Buah tin
dan buah zaitun telah diakui oleh doctor perubatan moden banyak mengandungi
manfaat untuk manusia. Ia dapat membantutkan penyakit buasir dan gaut.
- Buah Badam
- Dapat
mencerdaskan akal dan menguatkan hafalan. Boleh juga mencerahkan mata bagi yang
rabun.
- Daging unta
-
Bertindak sebagai tonik untuk penyakit hati, lemah jantung, buasir dan lemah
tenaga batin. Jika dicampur dengan madu lebah, ia dapat mengatasi penyakit radang
paru-paru lelah, batuk berkahak, sengal sendi, pendarahan sebelum bersalin,
hilang selera makan, sakit kuning dan bengkak hati.
- Garam
- Setiap
kali sebelum makan, Islam menganjurkan supaya dimulai dengan merasa secubit
garam. Jilatan garam itu menyebabkan air liur keluar di mana air liur
mengandungi enzim yang dapat membantu menghadamkan makanan. Amalan ini akan
menjauhkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan penghadaman makanan.
Wallahualam...
Tweet
0 Komen: