Assalamualaikum.. :D..
Semoga semua sahabat Admin dalam keadaan yang baik.. persekitaran yang
baik.. pemakanan yang baik.. dan pemikiran yang baik.. Insya-Allah.. doa Admin untuk semua.. amiiinnn..
Pemikiran yang baik.. pastilah daripada tatacara pemakanan yang baik..
kerana makanan yang baik pembentuk hati yang baik.. apabila hati baik
sudah pasti pemikiran juga baik.. dan bila semua baik.. pastilah seluruh
kehidupan kita baik-baik.. Alhamdulillah.. Insya-Allah.. untuk Admin dan
juga sahabat.. :D..
Admin selalu lihat.. kebanyakan daripada kita amat suka makan makanan
yang panas.. sebab makanan panas amat membuka selera.. Admin sendiri suka
makan makanan yang masih panas.. terutamanya sup atau tomyam..
Tetapi, kita tak boleh makan terus makanan panas tu.. kita terpaksa
meniupnya terlebih dahulu untuk mengurangkan kepanasan yang boleh
melecurkan lidah..
Tabiat meniup makanan sebenarnya tabiat yang buruk dan perlu dielakkan..
tetapi sebahagian daripada kita tidak menyedarinya.. Malah
mempraktikkannya setiap hari untuk diri sendiri dan anak-anak.. Malahan
turut memperturunkan ilmu yang salah itu kepada anak-anak kecil untuk
diikuti.
Makanan dan minuman yang panas tersebut mengeluarkan wap air iaitu H2O. Apabila kita meniupnya, kita memberikan gas kumuhan kita yang mengandungi karbon dioksida iaitu C02. Wap air tersebut apabila bercampur dengan gas karbon dioksida akan
bertindak balas dan menghasilkan asid karbonik yang bersifat berasid.
H2O + CO2 -> H2CO3
Di dalam darah kita pula terdapat H2CO3
yang berguna untuk mengatur pH di dalam darah. Darah adalah Buffer
(larutan yang dapat mengekalkan pH) supaya berkeadaan asid lemah berupa H2CO3 dalam bentuk HCO3- sehingga darah memiliki pH antara 7.35 – 7.45 dengan reaksi sebagai berikut:
CO2 + H20 <= H2CO3 => HCO3- + H+
Tubuh menggunakan penyangga pH (buffer) dalam darah sebagai pelindung
terhadap perubahan yang terjadi secara tiba-tiba dalam pH darah.
Apabila terdapat perubahan boleh menyebabkan keseimbangan pH darah tidak
dapat dikekalkan dalam keadaan normal sama ada bersifat lebih berasid
atau beralkali dan keadaan ini akan menggangu sistem tubuh kita.
Apa yang berlaku setelah kita makan atau minum makanan tersebut akan
menambahkan keasidan darah kita dan menyebabkan suatu keadaan di mana
darah kita akan menjadi lebih berasid (pH akan menurun).
Seiring dengan menurunnya pH darah, pernafasan menjadi lebih cepat
sebagai usaha tubuh untuk menstabilkan keasidan darah pada tahap normal
dengan cara menurunkan jumlah karbon dioksida.
Ginjal juga berusaha mengatasi masalah tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak asid melalui urin.
Tetapi kedua-dua mekanisme tersebut tidak akan berguna jika tubuh terus menerus menghasilkan terlalu banyak asid.
Kesan jangka panjang, akan menyebabkan lelah, rasa mengantuk, mual dan
mengalami masalah pemikiran disebabkan sistem badan tidak dapat
berfungsi dengan teratur. Sehingga boleh menyebabkan penyakit tekanan
darah rendah, strok, malahan boleh menyebabkan koma dan kematian.
Selain daripada itu, kita juga tahu bahawa udara hembusan kita juga
mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia.
Oleh itu, cubalah sedaya upaya elakkan diri daripada meniup makanan yang
panas. Dalam Islam sendiri tidak digalakkan meniup makanan dan tidak
digalakkan memakan makanan yang panas.
Sebab itu Nabi saw. melarang kita daripada minum air lebih dari tiga
teguk untuk mengelakkan kita daripada menghembus nafas ke dalam air
(kalau salah tolong perbetulkan) dan terdapat hadis Rasullullah saw.
yang menyatakan bahawa tiada keberkatan pada makanan panas. “ Sejukkanlah makanan, kerana makanan yang panas tidak mengandungi berkat.”
(Riwayat Imam Tabrani didalam Awsatnya dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin)
· Asma
binti Abu Bakar r.a apabila beliau telah masak,beliau menutup masakan
tersebut hingga hilang wapnya, dan berkata; “Sesungguhnya aku telah
mendengar RasuluLlah s.a.w bersabda; “Ianya lebih membawa berkat.”
(Riwayat Hakim dinukil dari Terjemahan Raudhatul Ahbab)
Maka, Admin sarankan agar kita amalkan cara pemakanan sunnah iaitu termasuk dalam tabiat memakan minuman/ makanan panas ini.
Wallahualam....
Wallahualam....
Tweet
0 Komen: