Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

11/01/2012

Author : Unknown Time : 8:56:00 pm Total Comment : 0

Titanic: Tenggelam Dalam Keangkuhan

 Titanic: Tenggelam Dalam Keangkuhan

As salam..

Dengan slogan, 'Tuhan pun tidak mampu menenggelamkannya..' sudah cukup menunjukkan betapa megahnya pemilik dan pencipta Titanic ini, dalam satu majlis makan malam sempena pelancarannya, beberapa hari sebelum kapal ini memulakan perjalanan. tak cukup dengan itu ditambah pula kenyataan kapten Edward J.Smith yang dilantik sebagai nakhoda yang bakal menerajui pelayaran sulung gergasi laut itu, kapal penumpang paling besar, paling mewah, paling canggih di zamannya..

'sepanjang 40 tahun pengalaman aku dalam bidang pelayaran, bermacam cabaran dilalui, pelbagai keadaan cuaca dan ribut telah dirempuh, aku berjaya elakkan segala kemalangan, kerana aku adalah yang terbaik dan tidak pernah gagal dalam setiap misi perjalanan...'

dan realitinya, kapal termahal yang pada mulanya diberi nama Gigantic, sesuai dengan statusnya yang besar dan mewah, kemudian ditukar kepada Titanic yang bermaksud 'dewa jahat perkasa' , menelan kos lebih $USD7juta (pada masa itu), mengambil masa 3 tahun untuk disiapkan, serta melibatkan 5 ribu tenaga kerja itu akhirnya tenggelam menjadi tukun pembiakan ikan di dasar lautan Atlantik hanya selepas 4 hari belayar merentasi samudera dari Southampton, England menuju ke New York. sungguh tragis kan?


 kapten Edward J.Smith

dan lebih mengharukan, hampir seabad lamanya kita disogokkan kisah yang sengaja di putar belit, menyembunyikan fakta sebenar kenapa kapal se gah itu karam pada tanggal 14 April 1912, hanya dalam tempoh kurang 3 jam selepas dikatakan terlanggar bongkah ais gergasi, punca utama yang menyebabkan Titanic terputus dua sebelum ianya luput dari pandangan serta mengorbankan 1517 mangsa.

tragedi terburuk ini menimbulkan banyak teori tentang wujudnya konspirasi dan agenda tersembunyi siapa sebenarnya dalang yang mencetuskan kemalangan itu. ia topik yang tidak pernah basi kerana masih diperdebatkan hingga kini. malah disensasikan lagi kononnya Titanic terkena sumpahan mumia Mesir yang dibawa bersama ketika kejadian, menambahkan rencah betapa misteri nya kecelakaan ini.

sebagaimana dalam laporan2 kes di atas, kemunculan filem Titanic 1997 yang di anggap filem sejarah terbaik dan mendapat sambutan terhebat seluruh dunia menyemarakkan lagi semangat ingin tahu manusia sejagat tentang kisah Titanic ini. walau pun hakikatnya banyak fakta yang tidak tepat diselitkan serta mengelirukan, namun sesuai dengan tagline 'filem itu wadah hiburan', maka ia bukan lah medium yang boleh dijadikan rujukan kebenaran peristiwa ini..

draf 'rahsia' peninggalan Charles Lightoller

sehinggalah pada September 2010, rahsia yang selama ini tersimpan kemas dibongkar kembali oleh Louise Patten, penulis novel 'Good As Gold', yang juga merupakan cucu kepada pegawai kedua tertinggi Titanic, Charles Lightoller yang sebelum ini enggan membuka mulut menceritakan hal sebenar bagi menjaga reputasi pemilik perkapalan terbabit serta mengelakkan kemarahan orang awam. sungguh tidak disangka, semua petaka itu hanya disebabkan kesilapan kecil jurumudi kan?

namun keterangan ini masih meninggalkan persoalan kenapa kapten Edward J.Smith mengabaikan 2 peringatan yang dihantar oleh kapal2 lain yang memberitahu tentang kehadiran aisberg di laluan, adakah kerana sikap bongkaknya yang mengandaikan Titanic sememangnya hebat dan mampu mengatasi segala halangan? dan adakah kerana enggan mempermalukan diri, maka kapten itu juga tidak meminta bantuan pada 4 kapal yang tika itu ada berhampiran dan boleh membantu? lebih malang lagi, dua  isyarat kecemasan dihantar tidak disertakan kod tepat untuk meminta bantuan segera, apabila isyarat ke 3 diterima, segalanya sudah terlewat kerana Titanic sudah mulai karam dan kapal2 lain sudah terlalu jauh..

banyak iktibar dikutip akibat tragedi ini, kerana ia membuka lembaran baru dalam industri perkapalan, sistem perhubungan dan segala yang berkaitan. penyelidikan terus berjalan, mencari punca dan memperbaiki segala kelemahan, ilmu dipertingkatkan dari masa ke semasa hinggalah wujud pelbagai jenis teknologi  pada hari ini..

moralitinya, tiada apa yang mampu menandingi Tuhan dan sebijak mana pun kita, masih tidak terdaya mencabar kuasa alam..
wassalam.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.