Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

19/05/2012

Author : Cahaya Kebaikan Time : 5:12:00 pm Total Comment : 0

Elakkan Meniup Makanan Panas

Assalamualaikum.. :D.. 
Semoga semua sahabat Admin dalam keadaan yang baik.. persekitaran yang baik.. pemakanan yang baik.. dan pemikiran yang baik.. Insya-Allah.. doa Admin untuk semua.. amiiinnn..

Pemikiran yang baik.. pastilah daripada tatacara pemakanan yang baik.. kerana makanan yang baik pembentuk hati yang baik.. apabila hati baik sudah pasti pemikiran juga baik.. dan bila semua baik.. pastilah seluruh kehidupan kita baik-baik.. Alhamdulillah.. Insya-Allah.. untuk Admin dan juga sahabat.. :D..
  Admin selalu lihat.. kebanyakan daripada kita amat suka makan makanan yang panas.. sebab makanan panas amat membuka selera.. Admin sendiri suka makan makanan yang masih panas.. terutamanya sup atau tomyam..
Tetapi, kita tak boleh makan terus makanan panas tu.. kita terpaksa meniupnya terlebih dahulu untuk mengurangkan kepanasan yang boleh melecurkan lidah..
Tabiat meniup makanan sebenarnya tabiat yang buruk dan perlu dielakkan.. tetapi sebahagian daripada kita tidak menyedarinya.. Malah mempraktikkannya setiap hari untuk diri sendiri dan anak-anak.. Malahan turut memperturunkan ilmu yang salah itu kepada anak-anak kecil untuk diikuti.
Makanan dan minuman yang panas tersebut mengeluarkan wap air iaitu H2O. Apabila kita meniupnya, kita memberikan gas kumuhan kita yang mengandungi karbon dioksida iaitu C02. Wap air tersebut apabila bercampur dengan gas karbon dioksida akan bertindak balas dan menghasilkan asid karbonik yang bersifat berasid.
H2O + CO2 -> H2CO3

 
Di dalam darah kita pula terdapat H2CO3 yang berguna untuk mengatur pH di dalam darah. Darah adalah Buffer (larutan yang dapat mengekalkan pH) supaya berkeadaan asid lemah berupa H2CO3 dalam bentuk HCO3- sehingga darah memiliki pH antara 7.35 – 7.45 dengan reaksi sebagai berikut:
CO2 + H20 <= H2CO3 => HCO3- + H+
Tubuh menggunakan penyangga pH (buffer) dalam darah sebagai pelindung terhadap perubahan yang terjadi secara tiba-tiba dalam pH darah.
Apabila terdapat perubahan boleh menyebabkan keseimbangan pH darah tidak dapat dikekalkan dalam keadaan normal sama ada bersifat lebih berasid atau beralkali dan keadaan ini akan menggangu sistem tubuh kita.
Apa yang berlaku setelah kita makan atau minum makanan tersebut akan menambahkan keasidan darah kita dan menyebabkan suatu keadaan di mana darah kita akan menjadi lebih berasid (pH akan menurun).
Seiring dengan menurunnya pH darah, pernafasan menjadi lebih cepat sebagai usaha tubuh untuk menstabilkan keasidan darah pada tahap normal dengan cara menurunkan jumlah karbon dioksida.
Ginjal juga berusaha mengatasi masalah tersebut dengan cara mengeluarkan lebih banyak asid melalui urin.
Tetapi kedua-dua mekanisme tersebut tidak akan berguna jika tubuh terus menerus menghasilkan terlalu banyak asid.
Kesan jangka panjang, akan menyebabkan lelah, rasa mengantuk, mual dan mengalami masalah pemikiran disebabkan sistem badan tidak dapat berfungsi dengan teratur. Sehingga boleh menyebabkan penyakit tekanan darah rendah, strok, malahan boleh menyebabkan koma dan kematian.
Selain daripada itu, kita juga tahu bahawa udara hembusan kita juga mempunyai bakteria yang boleh menyebabkan penyakit kepada manusia.
Oleh itu, cubalah sedaya upaya elakkan diri daripada meniup makanan yang panas. Dalam Islam sendiri tidak digalakkan meniup makanan dan tidak digalakkan memakan makanan yang panas.
Sebab itu Nabi saw. melarang kita daripada minum air lebih dari tiga teguk untuk mengelakkan kita daripada menghembus nafas ke dalam air (kalau salah tolong perbetulkan) dan terdapat hadis Rasullullah saw. yang menyatakan bahawa tiada keberkatan pada makanan panas. “ Sejukkanlah makanan, kerana makanan yang panas tidak mengandungi berkat.”

(Riwayat Imam Tabrani didalam Awsatnya dinukil dari Syarh Ihya’ U’lumiddin)

·        Asma binti Abu Bakar r.a apabila beliau telah masak,beliau menutup masakan tersebut hingga hilang wapnya, dan berkata; “Sesungguhnya aku telah mendengar RasuluLlah s.a.w bersabda; “Ianya lebih membawa berkat.” (Riwayat Hakim dinukil dari Terjemahan Raudhatul Ahbab)
Maka, Admin sarankan agar kita amalkan cara pemakanan sunnah iaitu termasuk dalam tabiat memakan minuman/ makanan panas ini.

Wallahualam....

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.