Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

18/05/2012

Author : Unknown Time : 2:06:00 pm Total Comment : 0

Steve Jobs Berketurunan Muslim



Hari ini dunia dikejutkan dengan kematian seorang genius, Steve Jobs. Dunia hari ini telah kehilangan seorang genius dan pereka cipta yang banyak mengubah kehidupan dunia. Hasil rekacipta Steve Jobs sememangnya terlalu hebat dan sentiasa dikagumi.

Usia muda Steve Jobs tidak menggambarkan kecemerlangannya bersama syarikat yang dibinanya sendiri, Apple. Pada zaman persekolahannya, beliau seorang murid yang malas. Cikgunya terpaksa 'mengupahnya' dengan gula-gula dan $5 supaya beliau belajar.

Dan mungkin ada beberapa perkara lagi yang jarang-jarang kita tahu tentang Steve Jobs. Ramai di antara kita tahu produk-produk Apple seperti iPhone, iPad, iPod, Mac, iHome, dan sebagainya. Tapi, adakah kita tahu bahawa bapa kandung Steve Jobs merupakan seorang muslim yang berdarah Arab-Amerika?



Bapa kandung Steve Jobs bernama Abdulfattah John Jandali. Beliau mempunyai darah Syria. Beliau juga merupakan seorang profesor sains politik dan matematik. Maka, tidak hairanlah Steve Jobs mempunyai 'otak cekang', bak kata orang utara.

Sama juga seperti Steve Jobs, Abdulfattah merupakan seorang yang 'workaholic' atau kuat bekerja. Beliau sedaya-upaya cuba untuk mengelak daripada bersara. Namun, apa yang mengejutkan, beliau merupakan Naib Presiden di sebuah kasino yang terletak di Reno, Nevada. Terkejutkan? Seorang muslim menjadi naib presiden di tempat maksiat besar.

Abdulfattah dikatakan menyesal atas tindakannya menghantar Steve Jobs kepada orang lain untuk membesarkannya. Tetapi, katanya keputusan itu adalah bukan keputusannya, tetapi keputusan ibu kandung Steve Jobs, Joanne Schieble Simpson. Walaubagaimanapun, Abdulfattah dan Simpson adalah pasangan yang belum berkahwin pada tahun kelahiran Steve Jobs! Kemudian, Mereka menghantar Steve Jobs kepada pasangan Paul dan Clara Jobs bagi membesarkan Steve Jobs sepenuhnya.

Inilah secebis kisah seorang genius dan perekacipta, Steve Jobs. Apa yang dapat kita lihat, inilah kesilapan muslim hari ini yang bejat akhlaknya. Melakukan zina sehingga lahir seorang anak. Kemudian, anak itu diberikan kepada orang kafir untuk dibesarkan. Kemudian diasuh dan dididik dalam suasana yang tidak Islami.

Kita sedang menunggu, adakah akan muncul suatu hari nanti seorang muslim yang genius seperti Steve Jobs? Tidak mustahil akan ada kelompok genius seperti beliau. Sejarah telah membuktikan terlalu banyak genius muslim lahir pada zaman dahulu seperti Ibn Sina, al-Khwarizmi, Jabir Hayyan, al-Jazari, dan sebagainya.


*Artikel ini adalah berkaitan salasilah Steve Jobs yang mana bapanya beragama Islam. Artikel ini tidak menyatakan bahawa Steve Jobs itu adalah seorang muslim. Harap tidak tersalah tafsir dan mohon baca sampai habis agar tidak timbul perbalahan dan fitnah. Wallahu a'lam
 

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.