Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

18/05/2012

Author : Unknown Time : 4:55:00 pm Total Comment : 0

KAEDAH BERDAKWAH DENGAN ORANG KRISTIAN MENGGUNAKAN AL-KITAB (BIBLE)f





Langkah pertama, pinjam Al-kitab daripada orang yang ingin anda dakwahkan selama satu atau dua minggu, rujuk ayat-ayat dalam Al-kitab pada 3 isu utama iaitu tentang Tuhan Allah, babi haram, dan larangan minuman keras. Ayat-ayat ini hendaklah dihafal supaya kita mudah dan lancar berhujah.
Semasa memulangkan Al-Kitab,tanyakan 7 soalan yang disertakan.

1) Pertama :Adakah Al-Kitab ini kamu gunakan secara keseluruhannya atau tidak?. Biasanya orang Kristian akan diam tanpa menjawab.Kita acah dia dengan menyatakan bahawa orang Islam menggunakan keseluruhan isi kitab Al-Quran.Maka, dengan segera dia akan menjawab “Kami juga menggunakan Al-Kitab keseluruhannya”.Terus kepada soalan yang kedua.


2) Kedua :Jika seseorang Kristian itu tidak percaya satu ayat di dalam Al-Kitab, apakah hukumnya?.Katakan padanya jika seseorang Islam tidak percaya satu ayat dalam Kitab Al-Quran,maka dia akan menjadi kafir. Dia juga akan menjawab “Kami juga begitu iaitu akan menjadi kafir.Ajukan soalan seterusnya.


3) Ketiga :Siapa nama Tuhan kamu?. Biasanya dia akan menjawab “Tuhan Jesus” tetapi kadang-kadang dia akan menjawab Allah. Sekiranya mereka jawab Allah, tanyakan pula siapa pula Jesus Kristus. Dia akan menjawab bahawa ia juga adalah Tuhan.Justeru itu, katakan padanya bahawa mereka telah mempunyai 2 Tuhan. Dia akan mengatakan bahawa Tuhan mereka tetap satu.Tanyakan soalan yang seterusnya.


4) Keempat :Tunjukkan ayat yang menyatakan Tuhan itu Jesus Kristus. Dia tidak akan dapat menunjukkan ayat itu tetapi sekiranya kita tanya sama ada ayat itu ada atau tidak maka dia akan menjawab ada.Justeru, sekiranya ada, minta dia menunjukkan kepada kita.Pada hakikatnya, ayat tersebut tidak wujud.

HUJAH : TUHAN ALLAH

Sekarang kita pergi kepada hujah kita yang pertama.Buka bab ulangan fasal 4 ayat 35.Cara mencarinya ialah dengan membuka bab ulangan fasal 4.Pada bab ulangan,cari nombor 4 yang ditulis dengan besar kemudian di bawahnya bermula ayat 1 hingga seterusnya.Ayat 35 berbunyi “Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui TUHANlah Allah, tidak ada yang lain kecuali Dia “.Begitu juga dengan ayat 39 yang berbunyi “Bahawa TUHANlah Allah yang dilangit di atas dan di bumi di bawah, tidak ada yang lain”.Minta dia terangkan kepada kita tentang kedua-dua ayat tersebut kerana ayat itu terdapat dalam kitab mereka.

Ayat tersebut adalah jelas.Tanyakan padanya sama ada dia percaya atau tidak percaya dengan ayat tersebut. Sekiranya dia mengatakan percaya,katakan padanya “Maka kamu adalah Islam, kerana ini adalah akidah (pegangan/kepercayaan) Islam “. Jika dia menjawab tidak percaya maka soalan yang ke-2 telah mengikat dia yang mana sekiranya dia tidak percaya maka dia adalah kafir.

Justeru itu, tanyakan padanya di mana kedudukan dia yang sebenarnya. Katakan bahawa kita telah menolak hujahnya tentang tuhan Jesus. Sekiranya dia tidak setuju, minta dia tunjukkan ayat mana yang menyatakan tentang Tuhan Jesus. Maka, semestinya dia tidak akan dapat menunjukkannya kerana sebenarnya ayat tersebut tidak wujud.

Nyatakan padanya “Dokumen ketuhanan adalah dokumen yang sangat penting,jadi bagaimana mungkin ia tidak terdapat di dalam kitab kamu.Ini bermakna, akidah Kristian hanya diambil dari cakap-cakap paderi sahaja.Seperti yang kita sedia maklum,para paderi boleh bertukar ganti namun kitab tetap kitab yang sama.Oleh kerana itu,kitab sepatutnya menjadi ikutan.Jelasnya ,orang-orang Kristian telah tersalah pegangan akidah kerana di dalam kitab kamu dinyatakan Tuhan ALLAH tetapi akidah orang-orang Kristian adalah tuhan Jesus.Ini menunjukkan orang-orang Kristian telah syirik kerana ‘mempertuhankan’ Jesus”.

Dia akan berkata “Kami tidak syirik”.Katakan padanya “Jika kamu tidak syirik, kamu pasti akan jelaskan sejak awal lagi bahawa Tuhan ALLAH tiada yang lain.Tetapi sekiranya kamu katakan bahawa Tuhan ALLAH, Jesus dan Rohul kudus semuanya sebagai tuhan maka itu adalah akidah yang syirik dan tidak diterima oleh Allah”.Kita ajukan pula soalan yang kelima

5) Kelima:Tunjukkan ayat yang menyatakan bahawa agama Kristian adalah agama yang benar.Dia pasti tidak dapat menunjukkannya kerana ia sememangnya tidak wujud dalam kitabnya.Nyatakan padanya “Kami mempunyai ayat di dalam Al-Quran yang menunjukkan Agama Islam adalah agama yang benar dan diredhai oleh Allah.Jadi apa hujah kamu yang menyatakan bahawa Kristian adalah agama yang benar .Kami tolak hujah kamu,adakah kamu setuju?, Sekiranya kamu tidak setuju,sila tunjukkan ayatnya”.

6) Keenam :Semasa Jesus hidup, adakah dia pernah menyatakan kepada orang ramai “Akulah tuhan,sembahlah aku?”. Kebanyakan orang Kristian menjawab tidak pernah, padahal orang Kristian percaya bahawa tuhan Jesus adalah tuhan yang dijelmakan sebagai manusia kerana dengan kasih sayang tuhan maka tuhan merendahkan dirinya menjelma sebagai manusia supaya dapat merasai bagaimana hidup sebagai manusia dan mengorbankan dirinya untuk menebus dosa semua manusia. Seterusnya katakan padanya “Mengapa kamu mengatakan tidak pernah, memang betul jika kamu mengatakan ‘tidak pernah’ kerana dia bukan tuhan. Sekiranya dia adalah tuhan maka semasa hidupnya dia pasti akan mengisytiharkan dirinya sebagai tuhan sebagaimana seorang raja”.

”Andaikan jika saya pergi ke sebuah kampung dan seterusnya saya mengisytiharkan diri saya sebagai ketua kampung pastinya saya akan dicerca atau dipukul.Tetapi jika memang ketua kampung di situ yang mengisytiharkan dirinya sebagai ketua kampung maka ia adalah benar dan tiada masalah”.
Ini jelas menunjukkan bahawa akidah ketuhanan Jesus Kristian adalah salah kerana Jesus (Isa) sendiri semasa hayatnya mengatakan dia adalah Nabi pesuruh Allah.


7) Ketujuh: Apakah pandangan Kristian terhadap orang-orang Islam ?. Biasanya sukar untuk dijawab olehnya. Oleh itu, tanyakan padanya “Nyatakan pada saya,di dalam ajaran Kristian,orang-orang Islam masuk syurga atau neraka?”Dia akan mengatakan bahawa orang Islam masuk syurga dan mereka juga akan masuk ke syurga”.Bagi pihak paderi mereka akan menjawab “Semua orang yang percaya pada tuhan akan masuk ke syurga tidak kira sama ada dia kristian,Islam mahupun Buddha”.Tanyakan padanya benarkah ajaran Kristian begitu.Jika dia mengatakan benar,maka kita mengiakannya tetapi katakan pula padanya “Di dalam Islam, hanya orang Islam sahaja yang layak untuk masuk ke syurga kerana hanya akidah orang Islam sahaja yang bertepatan dan berpandukan kitab Taurat, Injil (perjanjian baru) dan Al-Quran yang mana di dalam ketiga-tiga kitab tersebut tuhan yang disebutkan adalah Tuhan ALLAH sebagaimana akidah orang Islam”. Jadi, jelaslah bahawa akidah orang Islam adalah benar tetapi akidah Kristian pula adalah salah sekalipun dirujuk kepada ketiga-tiga kitab tersebut. Oleh itu, Allah telah maklumkan bahawa haram bagi orang-orang Kristian itu untuknya syurga kerana telah nyata keimanan mereka adalah syirik. Syirik adalah dosa yang paling besar yang tidak boleh diampunkan oleh Allah s.w.t maka, jelasnya penganut Kristian bagi mereka adalah neraka dan mereka kekal di sana selama-lamanya.Tamat 7 soalan.

Perkara penting lain yang perlu disampaikan

• Katakan padanya ‘’ Kami sebagai umat Islam menyedari betapa bahaya dan pedihnya siksaan yang akan diterima jika kamu mati sebagai Kristian yang mana kamu telah menempah neraka dan akan kekal sebagai penghuninya buat selamanya.Maka, sudah jelas bahayanya "

• Seterusnya,minta dia fikir dan renungkan betapa jelasnya kesalahan akidah yang terdapat dalam akidah orang Kristian.

• Katakan padanya ‘’ Saya sayangkan kamu,maka kerana itulah sebabnya saya menjelaskan kepada kamu.Jika kamu sayangkan diri kamu, marilah bersama dalam agama Islam kerana jika tidak bahayanya sangat dahsyat. Masuklah agama Islam kemudian ajaklah kaum keluarga kamu kepada Islam. Allah sudah menyatakan dengan jelas akibatnya dosa syirik yang nyata menempah neraka’’.
Hakikatnya, kita sebagai umat Islam mempunyai hujah yang sangat kuat iaitu dengan menggunakan kitab mereka sendiri cuma kelemahan kita adalah tidak mahu mengambil tahu apa isi yang terkandung dalam al-Kitab(Bible) yang mana kita boleh menggunakan kitab tersebut untuk meng’Islam’kan mereka.

HUJAH : BABI HARAM

Seterusnya kita pergi kepada hujah tentang haramnya babi yang mana binatang tersebut adalah dihukumkan haram di dalam kitab Bible tetapi umumnya masih menjadi amalan dalam pemakanan orang-orang kristian.

Berpandukan kepada Al-Kitab,larangan tentang haramnya babi telah dijelaskan pada Imamat fasal II ayat 7 dan 8 yang berbunyi “Demikian juga babi hutan ,kerana memang berkuku belah iaitu kukunya bersela panjang tetapi tidak memamah biak,haram itu bagimu.Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh,haram semua bagimu ‘’.Begitu juga dengan Ulangan fasal 14 ayat 8 yang berbunyi ‘’Juga babi hutan , kerana memang berkuku belah tetapi tidak memamah biak,haram itu bagimu.Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan janganlah kamu terkena bangkainya’’.Maka,telah begitu jelas terdapatnya larangan terhadap babi di dalam kitab mereka sendiri.

HUJAH :LARANGAN MINUMAN KERAS

Begitu juga dengan meminum minuman keras yang menjadi amalan orang-orang kristian padahal telah jelas di dalam kitab mereka sendiri akan larangan meminum minuman tersebut.Larangan tersebut boleh dilihat pada Imamat fasal 10 ayat 8 yang berbunyi ‘’Janganlah engkau minum anggur atau minuman keras, dan engkau serta anak-anakmu ,bila kamu masuk ke dalam khemah pertemuan,supaya jangan kamu mati. .Itulah suatu ketetapan untuk selamanya bagi kamu turun- temurun. Demikianlah seperti yang telah dijelaskan di dalam Al-Kitab. Maka jelaslah di sini bahawa amalan hidup orang-orang Kristian tidak berpandukan Al-Kitab(Bible) dan nyata bertentangan dengan apa yang telah digariskan dalam Al-Kitab mereka.Lebih terperinci lagi, bolehlah dikatakan bahawa Kristian boleh melakukan apa sahaja tanpa mempunyai apa-apa larangan kerana amalan mereka jelas tidak berpaksikan Al-Kitab.Maka tidak melampau jika dikatakan pada mereka ‘’Kamu tidak mencuri bukan kerana patuh pada Al-Kitab tetapi kerana takut ditangkap polis’’.Begitulah perbandingannya.
Bagi orang-orang Kristian,apabila sudah terdesak maka mereka akan mengatakan‘’Kami tidak menggunakan Taurat(Perjanjian Lama) tetapi kami menggunakan Perjanjian Baru sahaja.Mereka mengatakan begitu kerana mahu mengelak.Sekiranya mereka mengatakan begitu,tanyakan padanya ‘’Benarkah kamu hanya menggunakan Perjanjian Baru sahaja.Maka, dia akan mengatakan ‘’Betul‘’.Jika benar demikian,lihat pada Perjanjian Baru ,kaji Injil Matius fasal 5 ayat 17 dan 18 yang berbunyi ‘’Janganlah kamu menyangka bahawa Aku datang untuk meniadakan hukum Taurat atau kitab para nabi.Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan untuk menggenapinya.Kerana aku berkata padamu :’’Sesungguhnya selama belum lenyap langit dan bumi ini,satu inota atau satu titik pun tidak akan ditiadakan dari hukum Taurat,sebelum semuanya terjadi’’.Ayat tersebut bermaksud, Jesus(Isa) berkata bahawa ‘’Aku datang membawa kitab Injil tetapi hukum Taurat masih digunakan ‘’.Satu titikpun dari hukum Taurat tidak dibuang oleh Jesus tetapi kenapa orang kristian tidak memakai Perjanjian Lama(Taurat) , ini bermaksud mereka telah membuang semua hukum Taurat,maka tidakkah itu bererti mereka lebih bijak pandai dari Jesus ?.

Tanyakan padanya ‘’Adakah kamu percaya dengan ayat yang disebutkan di atas iaitu yang terdapat dalam Injil (Perjanjian Baru) atau tidak ?’’. Nyatakan padanya ‘’Sekiranya kamu percaya,maka Taurat adalah digunakan keseluruhannya tetapi jika kamu tidak percaya ,maka saya pun tidak tahu apa pendirian kamu terhadap Perjanjian Baru kerana kamu juga tidak mempercayainya’’.

Dalam Perjanjian Baru juga dinyatakan pada Injil Markus fasal 12 ,ayat 29 dan 30,jelas menunjukkan bahawa tuhanlah Allah,Tuhan yang Esa tetapi tiada maklumat yang menyatakan bahawa tuhan itu Jesus.

Sebenarnya Jesus (Isa) itu beragama Islam. Semua nabi dan rasul sejak nabi Adam adalah beragama Islam dan semuanya menyeru manusia menyembah Allah s.w.t Yang Maha Esa.Pada asalnya, umat Kristian dahulu percaya kepada Allah yang satu tetapi sebahagian orang Kristian telah terpengaruh dengan agama Hindu, Mesir kuno dan Persia yang mana semua agama tersebut percaya kepada Trinitas (Tuhan 3). Ini bermakna pada waktu itu orang-orang Kristian terbahagi kepada 2. Yang mana, satu pihak berkepercayaan bahawa tuhan itu satu manakala pihak yang satu lagi percaya kepada Trinitas (Tuhan 3).

Oleh yang demikian,untuk menyatukan mereka, maka telah diadakan satu persidangan di Costantinopel pada tahun 381 masihi. Ketika persidangan tersebut berlangsung, telah diadakan kiraan undi yang mana undian tersebut telah dimenangi oleh kumpulan kristian Trinitas.Maka bermula dari saat itulah penganut kristian berpegang kepada akidah Tuhan tiga dalam satu dan satu dalam tiga tetapi tetap dianggap satu sehinggalah orang-orang kristian sendiri kebingungan.Tahap yang paling menghairankan adalah orang yang menerangkan tentang konsep Trinitas itu sendiri juga tidak begitu pasti apa yang diterangkan olehnya.

Ini dapat kita buktikan sendiri jika kita betul-betul bertanya “Adakah anda yakin 100% apa yang tersirat dalam Trinitas itu ?’’.Kebanyakan mereka menjawab ‘’Tidak begitu pasti’’.Dan,kerana itulah apabila seseorang Kristian itu memeluk agama Islam,mereka akan merasakan akidah yang lebih mantap dan teguh di hati mereka tanpa sebarang keraguan dan was-was.


Wallahua’lam.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.