Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

05/05/2012

Author : Unknown Time : 4:05:00 pm Total Comment : 0

PANDANGAN TOKOH-TOKOH BUKAN ISLAM MENGENAI MUHAMMAD 2

PANDANGAN TOKOH-TOKOH BUKAN ISLAM MENGENAI MUHAMMAD....



::GEORGE BERNARD SHAW::

George Bernard Shaw dilahirkaan di Dublin pada tahun 1856. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah, seniman, ahli kritik, tokoh intelek, pemikir, tokoh drama, penulis, tokoh sastera dan aktivis masyarakat. Kemampuan dan ketokohannya dalam pelbagai bidang menjadikannya disanjung oleh masyarakat Barat hingga hari ini.

Justeru dalam bahasa Inggeris, tokoh-tokoh bahasa mewujudkan kata sifat ‘Shavian’ daripada namanya ‘Shaw’ bagi menyifatkan orang yang mempunyai ketokohan dalam pelbagai bidang seperti George Bernard Shaw. Kebanyakan bahan penulisan dan drama yang diterbitkan beliau berbentuk kritikan ke atas system yang ada yang mendatangkan masalah kepada masyarakat. Atas sumbangannya dalam bidang sastera, beliau dikurniakan hadiah Nobel Sastera pada tahun 1925.

Sebagai seorang pemikir dan pengkritik, beliau banyak mengkaji dan menulis mengenai Nabi Muhammad. Antara komennya adalah seperti yang terdapat di dalam buku Letter to Najmi Sahib of Cyprus.

Beliau berkata, “Orang-orang Kristian dan pendakwahnya, secara terancang, memberikan gambaran hodoh mengenai Islam dan rasulnya. Saya mengkaji bersungguh-sungguh mengenai Islam dan rasulnya dan saya mengkaji beliau sebagai seorang pengkaji sejarah dan pengkririk. Saya dapati beliau memang seorang yang agung dan penyelamat bagi manusia yang sedang menderita sakit tenat.”

Di dalam bukunya yang bertajuk The Genuine Islam, George Bernard Shaw berkata, “Saya sentiasa menyanjung agama yang dibawa Muhammad kerana kehebatan dan potensi yang ada padanya. Ia adalah satu-satunya agama yang pada pandangan saya mempunyai kemampuan bigi disesuaikan dengan perubahan-perubahan yang sering berlaku dalam kehidupan. Justeru menjadikannya menonjol pada setiap zaman. Saya mengkaji manusia hebat itu, yakni Muhammad dan pada pandangan saya beliau bukannya anti Nabi Isa, sebaliknya beliau layak digelar sebagai Penyelamat Umat manusia.”

Beliau juga berkata, “I believe that if a man like him were to assume the dictatorship of the modern world he would succeed in solving its problems in a way that would bring it the much needed peace and happiness: I have prophesied about the faith of Muhammad that it would be acceptable to the Europe of tomorrow as it is beginning to be acceptable to the Europe of today.”

Ia bermaksud, “Saya yakin sekiranya manusia sepertinya diberi peluang memerintah dunia moden ini, beliau pasti dapat menyelesaikan masalah-masalah yang ada sehingga mendatangkan kedamaian dan kebahagiaan pada kehidupan. Saya pernah mengatakan agama ajaran Muhammad ini, suatu hari nanti, dapat diterima di Eropah.”

Wallahu'alam..

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.