Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

05/05/2012

Author : Unknown Time : 4:10:00 pm Total Comment : 0

PANDANGAN TOKOH-TOKOH BUKAN ISLAM MENGENAI MUHAMMAD 1

PANDANGAN TOKOH-TOKOH BUKAN ISLAM MENGENAI MUHAMMAD....

Pada masa kini, Islam adalah agama begitu giat berkembang di Eropah, Amerika malah di seluruh dunia. Di Amerika, lebih daripada 20,000 orang memeluk Islam setiap tahun. Di Eropah, Islam adalah agama kedua terbesar selepas kristian. Islamadalah agama yang berupaya menarik minat dan seterusnya meyakinkan mereka yang mengkajinya secara rasional. Berikut diturunkan perkataan serta komen beberapa tokoh bukan Islam berkenaan Nabi Muhammad dan risalah yang dibawa oleh Baginda.




1)MICHAEL H.HART

Michael H.Hart adalah ahli sejarah, pakar matematik dan pakar astronomi. Beliau menulis buku bertajuk 'The 100 yang diterbitkan pada tahun 1978. Buku ini diterbitkan semula dengan tajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History terbitan Carol Publishing Group pada tahun 1992. Di dalamnya dimuatkan kajian beliau berkenaan 100 orang tokoh sejarah yang paling banyak memberi kesan dan mempengaruhi jalan hidup manusia. Akhirnya beliau merumuskan, tokoh sejarah yang begitu berpengaruh adalah Nabi Muhammad.

Daripada 100 orang tokoh yang dikajinya, 20 nama yang teratas adalah:

1.Nabi Muhammad
2.Isaac Newton
3.Jesus Christ (Nabi Isa)
4.Buddha
5.Confucious
6.St.Paul
7.Ts'ai Lun
8.Johann Gutenberg
9.Christopher Columbus
10.Albert Einstein
11.Karl Marx
12.Louis Pasteur
13.Galileo Galilei
14.Aristotle
15.Lenin
16.Moses (Nabi Musa)
17.Charles Darwin
18.Shih Huang Ti
19.Augustus Caesar
20.Mao Tse-Tung.

Apakah yang menyebabkan beliau memilih Nabi Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh dalam sejarah? Beliau berkata," Pemilihan Muhammad sebagai tokoh yang begitu berpengaruh di dunia mungkin mengejutkan sesetengah pembaca dan dipersoalkan oleh sesetengah yang lain. Saya memilihnya sebab hanya beliau seorang sahaja dalam sejarah yang begitu berjaya dalam dua bidang iaitu keagamaan dan keduniaan. Daripada asal usul yang agak biasa, beliau mengasaskan dan mengembangkan salah satu agama terhebat di dunia dan menjadi seorang pemimpin politik yang unggul. Pada hari ini, 13 abad selepas kewafatan beliau, pengaruhnya masih hebat dan terus berkembang."

Dalam teks asalnya, beliau berkata " My choice of Muhammad to lead the list of the world's most in influential persons may suprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels. Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world's great religions and became an immensely effective political leader. Today, 13 centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive."

Wallahualam....

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.