Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

05/05/2012

Author : Unknown Time : 4:02:00 pm Total Comment : 0

PANDANGAN TOKOH-TOKOH BUKAN ISLAM MENGENAI MUHAMMAD 3

PANDANGAN TOKOH-TOKOH BUKAN ISLAM MENGENAI MUHAMMAD....



PADERI DAVID BENJAMIN KELDANI

Beliau dilahirkan pada tahun 1867 di bandar Urmia di Parsi. Beliau menjadi tenaga pengajar kepada Archbishop of Canterbury's Mission bagi membimbing penganut-penganut agama Kristian di Urmia pada tahun 1886 hingga 1889.

Pada tahun 1892, Cardinal Vaughan menghantarnya melanjutkan pelajaran di Rome dan di sana beliau dididik dalam ilmu Falsafah dan Ketuhanan di Propaganda Fide College dan pada tahun 1895, beliau dilantik menjadi paderi. Tidak berapa lama selepas itu beliau menjawat tugas paderi besar di Urmia.

Beliau memberi sumbangan yang banyak kepada agama Kristian. Pada tahun 1892, beliau menyumbang beberapa artikel yang bertajuk Assyria, Rome and Canterbury untuk majalah The Tablet dan artikel Authenticity of the Pentateuch untuk Irish Record. Beliau menterjemah Ave Maria ke dalam beberapa bahasa dan diterbitkan di dalam Illustrated Catholic Missions.

Semasa berada di Konstantinople, dalam perjalanan ke Parsi pada tahun 1895, beliau menulis beberapa siri artikel dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Tulisan-tulisan itu diterbitkan oleh The Levant Herald di bawah tajuk Eastern Churches. Pada tahun 1897, beliau dipilih mewakili Katolik Timur ke Kongres Kristian di Perancis dan isi ucapan beliau diterbitkan oleh majalah Eucharistic Congress.

Dalam perjalanan hidupnya, satu persoalan yang sentiasa berlegar dalam pemikirannya adalah adakah agama Kristian, dengan kepelbagaian falsafah dan kitabnya, adalah agama yang benar? Pada musim panas tahun 1900, beliau bertapa selama sebulan di Digala.

Di sana beliau membaca Bible berulang-ulang kali dalam bahasanya yang asal dan memohon petunjuk daripada Tuhan. Akhirnya beliau meletak jawatannya sebagai paderi besar Urmia. Selepas pertemuan dengan Ulama Islam, Syeikh Jemaluddin Effendi dan lain-lainnya, baliau terus memeluk agama Islam dengan nama Abdul Ahad Dawud.

Antara sumbangan beliau kepada Islam adalah penerbitan buku beliau yang bertajuk Muhammad in the Bible. Di Malaysia, ia diterbitkan pada tahun 1969 oleh Pustaka Antara di bawah naungan Angkatan Nahdhatul Islam Bersatu (BINA) di Sarawak. Antara isi-isinya adalah berkenaan Nabi Muhammad yang kedatangannya disebutkan di dalam Bible secara jelas dan terang.

Beliau berkata, "Di dalam bab Haggai 2:7 disebutkan seorang Himada akan dibangkitkan dan dikurniakan Shalom. Himada ini adalah kata dasar kepada Muhammad.... Shalom dalam bahasa Hebrew bermaksud Islam... Shiloh yang terdapat di dalam kitab Perjanjian Lama iaitu dalam bab Genesis 49:10, dalam bahasa asalnya bermaksud Al-Ameen. Ini juga berkaitan Nabi Muhammad.... Yang begitu menarik adalah kisah yang terdapat di dalam bab ketujuh daripada Book of Daniel mengenai orang hebat yang bakal dibangkitkan dengan gelaran Barnasha atau Son of Man. Perincian kisah itu menunjukkan dengan jelas, Barnasha sebenarnya adalah Muhammad."

Wallahualam.....

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.