Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

18/03/2012

Author : Cahaya Kebaikan Time : 5:04:00 pm Total Comment : 0

KISAH RASULULLAH DENGAN SEORANG ARAB BADWI


Di waktu Rasulullah SAW sedang asyik bertawaf di Ka’bah, beliau mendengar seorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: ‘Ya Karim! Ya Karim!’
Rasulullah s.a.w menirunya membaca ‘Ya Karim! Ya Karim!’
Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka’bah, dan berzikir lagi: ‘Ya Karim! Ya Karim!’
Rasulullah SAW yang berada dibelakangnya mengikuti zikirnya ‘Ya Karim! Ya Karim!’
Merasa seperti di olok-olokan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang lelaki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: ‘Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkan ku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah.’
Mendengar bicara orang Badwi itu, Rasulullah SAW tersenyum, lalu bertanya: ‘Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?’
‘Belum,’ jawab orang itu.
‘Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?’
‘Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan saya membenarkan putusannya sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya,’ kata orang arab Badwi itu pula.
Rasulullah SAW pun berkata kepadanya: ‘Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!’
Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya.’ Tuan ini Nabi Muhammad?!”
Ya,’ jawab Nabi SAW.
Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah SAW. Melihat hal itu, Rasulullah SAW menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: ‘Wahai orang Arab! Janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada tuannya. Ketahuilah, ALLAH mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita ancaman bagi yang mengingkarinya.’
Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: ‘Ya Muhammad! Rabb As-Salam (puncak keselamatan) menyampaikan salam kepadamu dan bersabda: Katakanlah kepada orang Arab itu, agar tidak terpesona dengan belas kasih ALLAH. Ketahuilah bahawa ALLAH akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!’. Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi.
Orang Arab itu pula berkata: ‘Demi keagungan serta kemuliaan ALLAH, jika ALLAH akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan denganNYA!’ kata orang Arab Badwi itu.
‘Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan ALLAH?’ Rasulullah bertanya kepadanya.
‘Jika ALLAH akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa besar maghfirahNYA,’ jawab orang itu. ‘Jika DIA memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunanNYA. Jika DIA memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawananNYA!’.
Mendengar ucapan orang Arab Badwi itu, maka Rasulullah SAW pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab Badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril AS turun lagi seraya berkata: ‘Ya Muhammad! Rabb As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sungguh kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga ia bergoncang. Nah katakan kepada temanmu itu, bahawa ALLAH tak akan menghisab dirinya, juga tak akan memperhitungkan kemaksiatannya. ALLAH sudah mengampuni semua kesalahannya dan ia akan menjadi temanmu di syurga nanti!’
Betapa sukanya orang Arab Badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. Ia lalu menangis kerana tidak berdaya menahan keharuan dirinya.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.