Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

10/03/2012

Author : Unknown Time : 6:08:00 pm Total Comment : 0

NABI IBRAHIM A.S. KE NEGERI SYAM BERSAMA ISTERI


Gambar hiasan
Setelah bernikah, Nabi Ibrahim a.s. memaklumkan kepada isteri yang sangat dicintainya bahawa baginda mempunyai tugas yang sangat besar, iaitu sebagai seorang Nabi dan Rasul yang menegakkan agama ALLAH di muka bumi. Oleh itu, baginda perlu ke negeri Syam untuk



 melaksanakan tanggungjawab baginda. Atas dasar cinta yang sangat mendalam dan tidak sanggup untuk berpisah, Puteri Sarah rela meninggalkan segala kemewahan yang dimilikinya demi mengikuti suaminya mengembara dan berdakwah. (Sungguh sweet kan, huhu). Keputusan Puteri Sarah ini dipersetujui oleh ayahandanya Raja Khazan.

Ketika sampai ke negeri Syam, Nabi Ibrahim dan Siti Sarah mendapati negeri itu berada dalam keadaan yang buruk. Tanaman-tanaman di sana banyak yang rosak. Kebanyakan penduduk Syam meninggalkan negeri ini kerana tidak mampu untuk hidup di negeri yang berkeadaan sebegini. Nabi Ibrahim juga melalui sebuah negeri bernama Khamsas yang terletak di bawah jajahan Mesir.


SITI SARAH CUBA DIPERKOSA OLEH RAJA MESIR


Raja Mesir diketahui sebagai seorang yang kejam dan suka menganiaya rakyatnya. Dia suka merampas harta rakyat, di samping merampas isteri orang dan membunuh suaminya. Disebabkan Siti Sarah seorang yang sangat jelita, maka Nabi Ibrahim bimbang Raja Mesir akan mengapa-apakan isterinya apabila terserempak nanti. Dengan itu Nabi Ibrahim telah menyembunyikan Siti Sarah di dalam sebuah peti kayu yang diletakkan di belakang badan unta baginda.

Kehadiran Nabi Ibrahim menarik perhatian orang ramai termasuk para pengawal dan polis sempadan kerajaan Mesir. Para pengawal telah menahan Nabi Ibrahim dan baginda dibawa menghadap Raja Mesir.

Bertanya sang raja, "Wahai orang muda! Apakah barang yang terdapat di dalam peti itu?"

"Seorang perempuan," jawab Nabi Ibrahim dengan jujur. Ini disebabkan Nabi Ibrahim yakin kalau baginda berbohong sekalipun, Raja Mesir itu tetap akan membuka peti tersebut. Maka tiada gunanya baginda menipu. Tambahan pula, Nabi Ibrahim yakin ALLAH s.w.t. akan melindungi baginda dan isteri baginda dari segala kecelakaan.

Raja Mesir yang gatal itu pula berasa gembira apabila mendengar jawapan Nabi Ibrahim. Setelah peti dibuka, bertambah-tambah lagilah kegembiraan sang raja apabila melihat Siti Sarah yang tidak terperi cantiknya itu. Bertanya dia kepada Nabi Ibrahim:

"Hai orang musafir! Apakah ini isterimu?"

"Dia adalah saudaraku," Nabi Ibrahim berbohong atas dasar bermualat, tapi sebenarnya baginda tidak berdusta dari segi hakikat. Kerana baginda maksudkan saudara dalam agama, bukan saudara kandung. Walau bagaimanapun Raja Mesir tetap merampas Siti Sarah, tetapi tidak membunuh Nabi Ibrahim kerana baginda 'bukan' suami Siti Sarah. Siti Sarah dibawa ke bilik khas dalam istana, manakala Nabi Ibrahim dihumbankan ke dalam penjara.

Nabi Ibrahim berasa sangat dukacita mengenangkan isterinya yang bakal diapa-apakan oleh Raja Mesir. Tiba-tiba datang Malaikat Jibril menenangkan Nabi Ibrahim. Kata Jibril, ALLAH tidak akan membenarkan Siti Sarah dari disentuh, apalagi diapa-apakan oleh Raja Mesir yang zalim itu, hatta menyentuh kulit sekalipun tidak akan dibenarkan oleh-Nya. Selepas itu Jibril dan Nabi Ibrahim pun dipertontonkan (seperti tv) kejadian yang berlaku di bilik Raja Mesir.

Raja Mesir yang sudah sangat berahi itu mula mendekati Siti Sarah dan memujuk isteri Nabi itu agar bercumbu dengannya. Setelah Raja Mesir benar-benar hampir dengan Siti Sarah, secara tiba-tiba sahaja kaki Raja Mesir melekat di lantai, seolah-olah digam dengan pelekat yang amat kuat. Setelah tidak dapat menggerakkan kakinya, Raja Mesir yang tidak berputus asa itu mencuba pula untuk memegang bahu Siti Sarah. Namun secara tiba-tiba tangan Raja Mesir hilang sehingga ke paras bahu!

Raja Mesir terus panik. (Yalah, tangan hilang sampai ke bahu tu!) Dengan rasa menyesal dia meminta agar Siti Sarah berdoa ke hadrat Ilahi agar memulihkankan anggota badannya. Selepas Siti Sarah berdoa, tubuh Raja Mesir pun kembali kepada keadaan asal. Sayangnya Raja Mesir hanya insaf sekejap dan kembali bernafsu untuk mendapatkan Siti Sarah. Namun sebelum sempat dia berbuat apa-apa, dengan sepantas kilat pula ALLAH melekatkan kaki dan mengudungkan tangan Raja Mesir. Peristiwa ini berulang sebanyak tiga kali. Pada kali ketiga, Raja Mesir benar-benar insaf dan mengembalikan Siti Sarah ke pangkuan Nabi Ibrahim.

"Siapakah lelaki kacak yang bersamamu tadi? Apakah benar dia saudaramu?" tanya Raja Mesir.

"Tidak, dia adalah suamiku," jawab Siti Sarah.

Atas rasa bersalah dan ingin memohon kemaafan, Raja Mesir telah menghadiahkan pasangan yang mulia itu seorang hamba bernama Siti Hajar. Selain itu, mereka juga dikurniakan dengan pakaian yang cantik dan mahal. Nabi Ibrahim diberi kebebasan untuk tinggal di mana sahaja, dan dengan itu baginda memutuskan untuk tinggal di negeri Khamsas ini bersama keluarga baginda: isteri baginda Siti Sarah, Siti Hajar dan anak saudara baginda, Nabi Lut a.s.


NABI IBRAHIM DAN NABI LUT BERKONGSI PENTERNAKAN SEHINGGA KAYA RAYA


Di Khamsas, Nabi Ibrahim bersama anak saudaranya Nabi Lut mengusahakan perniagaan, pertanian dan penternakan unta, lembu, kambing dan kibas. Usaha mereka diberkati ALLAH dan mendatangkan rezeki yang melimpah ruah. Jumlah ternakan Nabi Ibrahim dan Nabi Lut sangat melimpah ruah. Terdapat satu riwayat di mana Jibril datang ke ladang ternakan dan menyamar dalam bentuk Nabi Adam a.s., dan ketika itu ternakan Nabi Ibrahim dijaga oleh dua belas ribu ekor anjing! Setiap anjing dipakai seutas kalung emas di lehernya. Untuk mengurangkan masalah pengurusan ternakan yang terlalu banyak, Nabi Ibrahim dan Nabi Lut telah membahagikan harta perkongsian mereka dan Nabi Lut membawa ternakannnya ke negeri lain bernama Sadom.


BERKAT NABI IBRAHIM KE ATAS PALESTIN


Ketika Nabi Ibrahim a.s. sampai di Palestin, baginda mendapati keadaan bumi Palestin amat gersang. Tanahnya kering, tiada sebatang pokok dan sehelai rumput pun yang tumbuh di situ. Nabi Ibrahim berasa susah hati mengenangkan ketiadaan sumber untuk baginda menternak dan mencari makanan.

Sedang Nabi Ibrahim berfikir, turun Malaikat Jibril menemui Nabi Ibrahim dan menyuruh baginda melayangkan pandangan ke sekeliling tanah Palestin yang gersang itu. Dengan izin ALLAH, pokok-pokok yang mempunyai buah-buahan dan rumput-rumput mula bertumbuh dengan banyaknya. Subhanallah. Dalam masa yang singkat, kawasan itu telah menjadi sebuah perkampungan manusia. Nabi Ibrahim a.s. tidak melepaskan peluang ini untuk menyeru umat manusia supaya menyembah ALLAH yang Satu dan meninggalkan amalan penyembahan berhala, matahari, bulan dan lain-lain. Melihat keberkatan yang dibawa oleh Nabi Ibrahim, masyarakat di situ menerima serua baginda dengan mudah.

Setelah itu, Nabi Ibrahim mengajak umatnya membina sebuah masjid untuk beribadat kepada ALLAH. Mereka bergotong-royong membina masjid tersebut. Itulah masjid pertama yang dibina di Palestin.



0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.