Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

25/03/2012

Author : Unknown Time : 2:35:00 pm Total Comment : 0

KISAH TAUBATNYA SEKUMPULAN PEROMPAK

Untuk menjadi renungan pengajaran iktibar dan tauladan kepada kita semua, semoga dengan ini akan menimbulkan keinsafan dan kesedaran dalam diri kita iaitu kekuasaan, kebesaran dan keagungn Allah SWT.

Pada suatu hari sekumpulan perompak sedang mara ke sebuah gunung pasir untuk menjalankan kegiatan harian mereka untuk memeras ugut setiap orang yang lalu di jalan itu dan mengambil barang-barang nya. Kerana seronoknya merompak dan mencuri, mereka tidak sempat balik ke markas sehingga malam. Mereka pun mencari tempat bermalam dan berjumpa dengan sebuah rumah yang di huni oleh sepasang suami isteri dan anaknya.

Mereka pun mengetuk pintu rumah itu, penghuni rumah keluar dan ternyata sekumpulan orang bersenjata lengkap berdiri di hadapan puntu mereka. Siapa kalian ini tanya tuan rumah, ketua perompak menerangkan bahawa mereka adalah sebahagian dari pasukan tentera yang sedang berperang. Oleh kerana waktu telah malam, perang di hentikan dan mereka terpaksa mencari tempat untuk bermalam. Bolehkah kami ini bermalam di rumah tuan, kata ketua perompak, boleh kata tuan rumah. Lalu mereka di jemput masuk. Tuan rumah sangat gembira menerima tetamu para pejuang itu, dia melayan mereka dengan sebaik-baiknya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah dan mendapatkan berkat para pejuang yang berperang di jalan Allah.

Kebetulan tuan rumah mempunyai seorang anak yang lumpuh. Walaupun usianya sudah bertahun-tahun namun anak itu tidak dapat berdiri. Kalau berjalan hanya mengheret atau sambil duduk sahaja. Teringatlah tuan rumah bahawa orang yang berperang di jalan Allah do’anya makbul dan sisa-sisa barang yang di pergunakannya mempunyai khasiat tinggi dengan izin Allah. Mereka dengan keyakinan dan itikad yang baik dan tulus ikhlas kerana Allah. Tuan rumah mengambil sedikit sisa-sisa air yang di pergunakan oleh tetamu nya itu, dia berkata kepada isterinya, sila lapkan air ini pada anggota tubuh anak kita, mudah-mudahan Allah menyembuhkannya dengan berkat pejuang itu. Si isteri mengikut apa yang diperintahkan oleh suaminya, dia pun mengelap badan dan kaki anaknya dengan air dan sisa itu. Sambil berdo’a kepada Allah semoga anaknya dapat berjalan berkat pahlawan yang sedang berperang yang jadi tetamunya.

Pada pagi hari, para tetamu itu minta izin untuk meneruskan perjuangannya, mereka pun pergi ke suatu tempat yang telah di tentukan.Di sana lah mereka beraksi merompak dan merampas setiap barang berharga yang di jumpainya. Maka banyaklah harta yang di perolehi nya apabila hari telah petang dan sekejap lagi malam pun tiba. Para perompak itu balik semula ke rumah tuan yang di tumpangi nya. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah yang mereka tumpang itu, mereka ternampak anak tuan rumah yang lumpuh itu tiba-tiba tegak berdiri dan berjalan seperti tidak pernah sakit sama sekali. Mereka sangat hairan kerana pagi tadi anak itu masih berjalan mengheret tubuhnya dan setelah petang keadaan berubah serta merta. Tuan, apakah ini anak yang lumpuh itu tanya si perompak? Tuan rumah menjawab, ya betul. Bukankah pagi tadi kami nampak dia berjalan dan mengheret tubuhnya, tanya nya lagi. Tuan rumah menjawab, ya memang betul. Kemudian tuan rumah menerangkan, kami mengambil sisa-sisa air yang di pakai oleh tuan sekalian. kemudian kami lapkan kepadanya dengan harapan semoga Allah menyembuhkannya,dengan berkat tuan-tuan sekelian sebagai tentera yang berjuang di jalan Allah dan ternyata mujarab. Mendengar keterangan itu, tiba-tiba para perompak itu menangis dan mencampakkan barang-barang yang ada di tangan mereka, kemudian dengan terus terang mereka berkata, ketahuilah wahai tuan yang baik hati, sebenarnya kami bukanlah tentera yang berjuang menuju di jalan Allah. Sebagaimana yang kami dakwa’an itu bahkan kami adalah sekumpulan pencuri dan perompak, perampas barang-barang orang yang lalu lalang. Adapun kesembuhan anak mu itu tak lain hanyalah semata-mata kerana keyakinan dan itikad mu.

Tuan rumah bersama isterinya sangat terkejut mendengar pengakuan para tetamu yang dihormatinya itu. Walau bagaimana pun kedua-duanya sangat gembira kerana anaknya telah disembuhkan oleh Allah kerana keikhlasan dan keyakinannya dalam memberikan ubat pada anaknya. Para perompak terus menangis dan sangat terharu terhadap keikhlasan tuan rumah yang melayani mereka.

Kini mereka sedar akan kelakuan yang menyimpang selama ini, kemudian mereka berkata, sekarang kami telah sedar dan kami bertaubat kepada Allah SWT. Sejak peristiwa itu para perompak bersenjata itu telah merubah corak kehidupan mereka menjadi para pejuang di jalan Allah. Mereka bergabung dengan pasukan islam menentang musuh senjata yang dulunya digunakannya untuk mengancam mangsa yang tidak berdosa kini digunakannya untuk menyerang orang kafir.

Begitulah kehidupan mereka hingga menemui ajal di medan perjuangn. Begitulah sebuah kisah sejarah islam mengenai Kisah Taubatnya Sekumpulan Perompak.yang tulus ikhlas kepada Allah.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.