Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

15/03/2012

Author : Unknown Time : 3:34:00 pm Total Comment : 0

Sahabat sejati, mencari dan dicari

Sahabat, datang dan pergi. Betulkah?
Sahabat yang sejati, mencari dan dicari. Benarkah?

Manusia memang memerlukan sahabat di sampingnya. Lebih lebih lagi sahabat yang mempunyai nilai yang berharga dalam hidupnya iaitu sahabat sejati.
Mungkin kita boleh memperincikan lagi disebalik maksud 'sahabat sejati'. Sahabat sejati bukan sahaja ada disamping kita dikala suka dan duka, tapi lebih dari itu lagi.

Sahabat sejati sentiasa mendorong kita kearahNya, tidak sesekali meninggalkan kita dikala kita terhina tetapi memberikan kita kesedaran bahawa kita ini milik Tuhan.

Pernah sekali sahabat saya ditipu, di fitnah dan dicaci. Malah, sahabat-sahabat sekelilingnya meninggalkan dirinya kerana termakan dek fitnah yang berterbangan.
Tambahan pula, didoakan pula supaya sahabat saya yang difitnah itu agar hidupnya dibinasakan. MasyaAllah..

Jika kita ditempat beliau, mesti kita menjeri di hati, "dimana kesetian mu!!"
Lalu, hati mula menjadi lemah dimakan oleh suasana hitam.

Nilaikan hati kita, benarkah kita bersahabat dengan semua orang disekeliling kita kerana "ikatan persahabatan diatas tali Allah" ataupun "kepentingan hidup semata-mata".
Jangan salahkan Tuhan jika diakhirat kelak kita dihukum kerana "ikatan persahabatan"


Ayah saya pernah berpesan, hanya ibubapa dan sahabat yang sejati sahaja yang mahu kamu berjaya dalam hidup. 

Bersyukurlah jika anda mempunyai sahabat yang betul-betul disamping anda. Sukar untuk dicari sahabat yang sebegitu. Raikan ikatan persahabatan anda. Mudah-mudahan, kurniaan Tuhan sahabat sejati kepada anda itu dapat membuatkan diri anda menjadi lebih baik dan menuju kearahNya.

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Tapi, bagaimana ingin mencari sahabat sejati?
Tergaru-garu kepala kita bila memikirkannya dan fikiran kita mula tergambar setiap kawan yang kita ada. Mana satu sahabat yang dikatakan sejati.
Bagi saya, cara yang paling mudah ialah perhatikan tindak tanduknya tetapi bukan menilai hatinya kerana penilaian hati hanya Allah sahaja yang tahu. Nilaikan sifatnya, adakah pernah beliau menyakiti hati anda?
Pernahkan beliau menikam anda dari belakang. 
Setelah anda berfikir, katakan kepada sahabat anda yang anda rasakan sahabat sejati itu dengan ungkapan ini.



"Aku bersahabat dengan mu kerana Allah dan bukan kerana harta dan kelebihanmu. Terima kasih kerana menjadi sahabatku"

 Ciri-ciri sahabat yang sejati
  • Jika engkau memerlukan pertolongan darinnya, dia terus menolong mu tanpa berdolak dalik
  • Jika sesuatu engkau terjatuh (musibah), dia hadir untuk meringankan bebanmu
  • Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih mudah mengalah demi menjaga tali persahabatan
  • Jika anda memberi sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menghargai perbuatan yang anda lakukan
  • Jika anda merapatkan hubungan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan anda
  • Dia sentiasa membantumu menjauhi daripada kemaksiatan dan perkara yang keji dan membantumu menunaikan perintahNya dan kebaikan
  • Dia sentiasa mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat
Ciri-ciri sahabat yang perlu kita berhati-hati atau tinggalkan
  • Sahabat yang hipokrit: Dia berkawan denganmu kerana kepentingan peribadi semata-mata dan tidak sanggup menolongmu ketika anda dalam kesusahan.
  • Sahabat yang pengampu: Dia bersetuju dalam semua perkara yang anda lakukan itu ( samada baik atau buruk). Bila berhadapan dengan anda, dia memuji dirimu,tetapi dibelakang dia mengkhianati dirimu.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah: Dia membawa anda ke kancah kemaksiatan dan menambah dosa mu didunia.
  • Sahabat yang duniawi: Dia sentiasa mengajak anda untuk 'melepak', berpesta atau ketempat yang tidak sepatutnya dan melalaikan.
  • Sahabat yang kedekut dan tamak: Dia sangat tamak untuk memberi kepadamu dan meminta banyak kepada mu. (pentingkan diri sendiri)
Bersahabatlah kerana Allah untuk mencari keredhaanNya.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.