Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

07/04/2012

Author : Unknown Time : 8:44:00 am Total Comment : 0

Adab Berbual Di Telefon



BERBAHASA DALAM TELEFON

Menggunakan telefon sudah menjadi keperluan dalam kehidupan masyarakat kita masa kini. Kita menggunakan telefon untuk menghubungi seseorang, bertanya khabar, mendapat keterangan lanjut berkenaan sesuatu, menyampaikan pesan, memohon pertolongan, mendapatkan keterangan, memberi arahan dan banyak sebab lagi.
Ada di antara remaja yang gugup dan agak tidak selesa apabila bercakap di telefon terutamanya apabila terpaksa menggunakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris. Ada pula remaja yang berasa kekok apabila berbual di telefon. Kebimbangan adalah pada peringkat permulaan sahaja. Kebimbangan dan kegugupan yang dimiliki sekarang perlu dihapuskan bagi membina budaya cemerlang semasa berkomunikasi dalam kehidupan.
Apa yang perlu dibuat adalah dengan mengubah kebiasaan lama kepada amalan baru yang bermula dengan kemahiran berbahasa yang biasa tetapi ditambah sedikit dengan kelembutan dan kesopanan berbahasa. Etika berbual di telefon perlu dikuasai oleh setiap remaja, kerana dunia komunikasi akan datang lebih banyak melibatkan penggunaan alat komunikasi canggih yang melibatkan telefon.
Etika pertama yang perlu diamalkan semasa berbicara di telefon walau dengan sesiapa pun kita berbicara adalah kesopanan dan kelembutan daripada segi pilihan perkataan, nada suara dan susunan ayat yang ringkas, padat dan jelas.
Etika kedua, bercakaplah dengan sebutan yang jelas, tenang dan teratur. Ini kerana kita tidak boleh bergantung pada cara, gaya atau aksi fizikal, seperti mimik muka dan gerak tangan untuk membantu penjelasan maksud percakapan kita, sebagaimana semasa kita berbual dalam keadaan bersua muka. Untuk membolehkan kita berbuat demikian adalah digalakkan anda mendapat tempat duduk yang selesa semasa mahu membuat panggilan dan semasa menerima panggilan. Keadaan duduk yang selesa memudahkan kita membina ketenteraman perasaan dan saraf.
Etika ketiga, kita perlu bercakap sejelas-jelasnya perkara yang hendak disampaikan bagi mengelakkan kekeliruan dan salah pengertian. Percakapan yang jelas boleh dibina dengan cara, kita tidak bercakap terlalu laju. Perbualan yang perlahan memudahkan pendengaran dan pentafsiran tanpa perlu membuat pengulangan berkali-kali.
Etika keempat, kita perlu juga mendengar dengan teliti serta cuba memahami secepat mungkin apa yang diperkatakan atau yang diarahkan. Dengan perkataan lain kalau anda sebagai pemanggil adalah baik mengucapkan ucapan selamat sebagai permulaan perbualan. Kemudian memperkenalkan diri dan menyatakan tujuan dan hasrat anda membuat panggilan. Jangan membiarkan penerima panggilan meneka-neka maksud atau tujuan panggilan anda. Apabila anda ingin bercakap dengan orang-orang tertentu, maka tanyalah terus nama orang berkenaan.
Apabila anda memanggil kawan atau sahabat anda di rumah, anda boleh menyatakan begini, “Hello, selamat petang, saya Azmi dari Kelang, boleh saya bercakap dengan Rohaya sekejap?” Tetapi jika anda menghubungi seseorang di sesebuah syarikat besar atau jabatan kerajaan, anda perlu meminta nama jabatan atau bahagian di mana orang itu ditugaskan terlebih dahulu. Kemudian apabila anda telah dihubungkan dengan orang di jabatan berkenaan, maka barulah anda bertanyakan nama orang yang ingin dihubungi. Perlu diperhatikan semua institusi perdagangan akan menjawab panggilan anda dengan mereka menyatakan nama syarikat dan diikuti dengan pertanyaan, “Boleh kami bantu encik?”, atau dengan bertanya, “Bagaimana kami boleh membantu saudari?”
Apabila anda membuat panggilan ke rumah dan ada orang yang menjawab dengan jawapan “Hello!” diikuti dengan pertanyaan untuk mengesahkan rumah kediaman yang dikehendaki, seperti soalan, “Ini rumah Tuan Pegawai Daerah.” Ada pula yang akan menjawab dengan menyebut, “Saya Aman di sini” atau “Encik Aman bercakap.”
Beberapa peraturan umum yang digunakan dalam perbualan di telefon seperti:
1. Menggunakan perkataan “Boleh saya bercakap dengan…”, “Ini ibunya membuat panggilan …” atau “Saya bercadang untuk bercakap dengan Encik Azmi.”
2. Perbualan seperti “Cik Rohaya ada” atau “Cik Rohaya di sini …” adalah perbualan berbentuk tidak formal.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.