Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

04/04/2012

Author : Unknown Time : 8:29:00 pm Total Comment : 0

Bersih Clean النظافة


SIFAT BERSIH

1.     Sensitif dengan Tuhan – tidak mensyirikkan Allah dan benci kepada sesuatu yang dibenci Allah.
2.     Jika dikurniakan kesenangan, sentiasa bersyukur atas pemberianNya.
3.     Merasa resah dengan dosa dan noda yang dilakukan.
4.     Sentiasa merasa diri diawasi Pencipta.

5.     Bila ditimpa ujian dan musibah, redha dengan takdirNya.
6.     Merendah diri dan merasa hina di hadapan Allah.
7.     Bersyukur dan berterima kasih atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

Suatu ketika dahulu slogan – ″Bersih, Cekap, Amanah″ begitu mendapat tempat dan perhatian oleh masyarakat negara ini. Bahkan slogan ini merupakan slogan keramat yang mampu menarik kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada kepimpinan. Bahkan nilai-nilai yang terkandung dalam slogan ini terus menerus sesuai kepada masyarakat masa kini.

Dalam suasana semasa slogan keramat ini jika dapat dihayati dengan sepenuh dan berkesan oleh kepimpinan masyarakat, sudah pasti rakyat akan terus memberi sokongan yang padu tanpa pengecualian.

Setiap ahli masyarakat sangat dahaga kepada amalan kebersihan oleh setiap pemimpin. Mereka menolak segala bentuk nilai yang negatif seperti penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan. Apatah lagi dalam suasana krisis peradaban yang menimpa umat manusia diperingkat sejagat. Pelbagai masalah terpaksa di hadapi oleh masyarakat diseluruh dunia. Permasalahan ini turut terjejas kepada masyarakat tempatan.

Di Amerika Syarikat sepuluh peratus rakyatnya menganggur. Ini maklumat rasmi. Begitu juga ketaranya permasalahan di Eropah. Satu demi satu negara yang berada di Eropah sudah menghadapi masalah muflis. Di samping itu penyelesaian kepada usaha menangangi masalah tersebut masih hebat diperdebatkan. Samada pendekatan rangsangan fiskal atau penjimatan fiskal. Ini mengambarkan mereka sudah hilang pedoman.

Dalam senario demikian negara-negara lain turut akan ditimpa bahang permasalahan tersebut. Justeru itu, masyarakat kita untuk mampu berdepan dengan cabaran tersebut amalan bersih dalam tindak tanduk sudah pasti menjadi tuntutan yang sangat penting. Mana-mana kepimpinan yang mampu menarik sokongan masyarakat sudah pasti yang lulus dengan sifat tersebut.

Di samping sifat bersih, sifat cekap turut sangat penting. Dalam menghadapi cabaran luaran yang begitu mencabar , kepimpinan yang tidak cekap sudah pasti gagal untuk membawa hasil positif kepada kebajikan masyarakat. Masyarakat sudah jemu dengan jeritan slogan demi slogan. Masyarakat menuntut hasil yang jelas daripada yang berwajib untuk membawa kemajuan kepada masyarakat.

Masyarakat semasa lebih berkeyakinan dengan keberkesanan daripada laungan slogan. Dalam aspek ini slogan keagamaan yang luhur jika tinggal hanya slogan, masyarakat akan turut menolak kepimpinan tersebut. Justeru itu dalam usaha menyakinkan masyarakat kepada kewibawaan pemimpin, gagasan yang jelas serta praktikal secara terperinci perlu dapat dikemukakan untuk masyarakat dan dilaksana secara berkesan.

Kepada yang masih menerajui kekuasaan, masyarakat menuntut kepada hasil kemajuan yang mampu dilaksanakan. Kepada pihak yang belum mempunyai peluang tidak memadai dengan bijak mengkritik tetapi gagal menyarankan alternatif rancangan untuk memajukan masyarakat secara terperinci. Justeru itu isu pemimpin yang memiliki kecekapan mengendalikan urusan masyarakat adalah unsur yang penting diberi perhatian oleh masyarakat.

Sifat amanah kebiasaan dihubung kait dengan amalan luhur yang lepas. Mengakui memiliki sifat yang amanah tidak mencukupi, ini turut termasuk kebolehan melakonkan memiliki sifat tersebut.

Sekarang ini masyarakat berhadapan dengan krisis kepercayaan. Rata-rata dipandang tidak memiliki sifat amanah ataupun jujur. Dalam apa-apa suasana sekali pun permulaan sifat yang patut diberi perhatian utama ialah kejujuran ataupun amanah. Kita lihat mana-mana masyarakat akan memperoleh kemajuan jika barisan kepimpinan memiliki sifat amanah. Jika pemimpin beramanah, walaupun kecekapan dan kebolehan memimpin agak kurang cekap, masyarakat mampu memperolehi kemajuan walaupun pada jarak masa yang lebih panjang. Tanpa sifat amanah dikalangan pemimpin natijahnya masyarakat akan berhadapan dengan pelbagai krisis kemasyarakatan. Ini seterusnya akan menghancurkan tamadun sesebuah bangsa.

Justeru itu untuk kita memperolehi kemajuan di masa hadapan slogan keramat ″Bersih, Cekap, Amanah″ hendaklah menjadi budaya di kalangan pemimpin masyarakat bernegara. Dalam suasana ahli masyarakat yang lebih terdidik seperti sekarang, mana-mana organisasi yang ingin memenangi hati dan sokongan ahli masyarakat keseluruhannya perlu bersaing membuktikan bahawa mereka adalah jaguh sebenar yang mampu menghayati slogan ″Bersih, Cekap, Amanah″. Kepada yang berjaya sokongan rakyat adalah sesuatu yang pasti akan diperolehi.

Demi masa hadapan masyarakat eloklah kepimpinan organisasi masyarakat bersaing untuk menghayati slogan yang keramat tersebut secara berkesan.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.