Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

25/04/2012

Author : Unknown Time : 7:13:00 pm Total Comment : 0

Nilai hati wanita dan pakaian ~



بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

"Don't judge book by it's cover"
Sejauh mana kita boleh gunakan pepatah ni..nilai sendiri.

Adakah pakaian itu dapat mencerminkan hati seseorang. Baik atau tidak baik?

Kebaikan dan keburukan sesuatu boleh dilihat dari pelbagai perspektif. Pertama, dari perspektif kita sebagai manusia. Kedua, Allah dan Rasul Nya.

Ikut kepada perspektif Allah dan Rasul, rujuk pada Al-Quran. Terdapat banyak ayat yang berkaitan.

Syaitan akan menggoda seseorang untuk membuka pakaiannya. Kalau terbuka pakaian kita (berpakaian seksi) , maksudnya ada masalah pemakaian tersebut dari perspektif Allah.

Pakaian seksi tapi hati baik dan pakaian menutup aurat tapi sebaliknya. Apa pandangan anda?

Contoh : Luar negara..negara yang rakyatnya tidak beriman tetapi berjaya mengekang rasuah daripada berlaku berbanding negara Islam itu sendiri.

Kebaikan itu disukai oleh semua, walaupun dia mampu sempurna dari segi pemakaiannya atau tak mampu sempurna dari sudut pemakaiannya. Kedua-duanya mempunyai ruang untuk berlaku baik.

Pakaian ini menunjukkan dia sudah menepati salah satu daripada arahan-arahan Allah yang lain. Contoh : Tutup aurat tapi tak solat. Buat 1 pahala buat 1 dosa. Solat tapi tak tutup aurat. Buat 1 pahala buat 1 dosa.

Dari sudut Islam, luaran itu boleh menggambarkan dalaman.

"Dalam hati anak Adam ada seketul daging, bila baik daging itu, maka baik lah seluruhnya. Jika rosak daging itu, maka rosaklah seluruhnya. Daging itu ialah hati.."

Hadith ini menunjukkan ada kaitan dalaman dengan luaran. Pakaian boleh mencerminkan dalaman, tetapi bukan 100%.

Bagaimana nak tahu diri benar-benar ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara?

Ikhlas perkara yang sangat rumit. Tapi mesti dimulakan, kena buat dulu walaupun rasa ia kerana seseorang, kena buat juga sebab syaitan punya kunci untuk menghalang kita ialah "kamu buat tak ikhlas, lebih baik kamu tak payah buat". Sebenarnya, itu lagi teruk.

Dari sudut nak jaga keikhlasan ikut pepatah melayu "Alah bisa, tegal biasa". Contoh : Dah biasa solat 5 waktu. Solat-solat sunat yang lain, tutup aurat. Kita akan rasa biasa sahaja.

Tak tutup aurat tapi hati baik, kita rasa "simpati" kepada mereka kerana selagi tak tutup aurat, selagi mana lelaki akan lihat aurat mereka dan terkagum dengan aurat wanita itu. Mereka akan turut mendapat dosa. Lagi-lagi apabila ada orang yang mengikuti mereka, orang yang mengikuti berdosa..orang yang menjadi ikutan pun turut berdosa.

Belum sampai seru?

Bila orang lain nasihat, ambil positif. Wujud istilah "kubur lain-lain".Hakikatnya bila kita meninggal, kita masih perlukan orang lain untuk uruskan jenzah kita. Nasihat orang lain kepada kita adalah tanda sayang nya kepada diri kita. "Belum sampai seru" hanya satu bisikan syaitan kepada kita supaya tidak berubah.

Jaga diri sendiri..ditakuti akan lahir dalam diri "aku lebih baik dari kamu". Ada kemungkinan yang besar mereka yang tidak menutup aurat melakukan sesuatu perkara lebih baik daripada mereka yang menutup aurat. Namun, jangan memperlekehkan mereka yang menutup aurat kerana ia adalah satu kunci untuk mendapat hidayah yang seterusnya.

Ini adalah tuntutuan amal soleh, lagi banyak perkara baik yang kita lakukan..lagi tinggi peluang untuk kita mati dalam keadaan husnul khatimah (kesudahan yang baik). Sentiasa muhasabah diri dan memohon kepada Allah supaya istiqamah (berterusan dalam hidayahNya).

Cara nak menegur kawan untuk menutup aurat.

Ajak seseorang dengan cara yang lembut. Berkawan dengannya. Bila dah rapat, mudah untuk terima nasihat.

Suami yang merelakan isteri tidak menutup aurat.

Bila isteri tidak menutup aurat, suami wajib mendidik isteri dengan cara yang terbaik. Lelaki yang membiarkan isterinya tidak tutup aurat ialah lelaki yang dayus. Salah satu golongan yang disebut dalam hadith nabi, lelaki dayus tidak akan masuk syurga.

Wanita yang bertudung tetapi berselindung di sebalik tudung serta melakukan lebih lagi kejahatan..

Mereka juga manusia dan berpeluang untuk bertaubat. Sama seperti mereka yang tidak menutup aurat, ada peluang untuk bertaubat. Jangan menyalahkan mereka kerana sekurang-kurangnya mereka dah buat satu tuntutan yang kita tak mampu buat (bagi yang tidak menutup aurat). Mungkin pada masa itu, mereka tidak mampu menahan nafsu tetapi kita mampu mengawalnya.

Meremehkan kebaikan orang lain juga satu kejahatan.

Kesimpulan

"Di momokkan dengan dunia fesyen yang menekankan tentang kecantikan fizikal secara tak langsung mengabaikan kecantikan dalaman "

والسلام

Wallahualam...

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.