Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

07/04/2012

Author : Unknown Time : 8:39:00 am Total Comment : 0

Remaja Dan Kesannya Kepada Negara



REMAJA OH REMAJA….
REMAJA PERLU LEBIH PRIHATIN.
Sekuat manakah ketahanan diri seorang remaja masa kini yang sedang menempuh bermacam godaan dunia ?   Apakah identiti kita sebagai hamba Allah ?…….Setelah mengetahui kehidupan yang penuh pesona dan penipuan. Sebagai seorang hamba Allah, manusia haruslah menggunakan akal  dan fikiran yang dikurniakan untuk mengelakkan diri daripada terjerumus ke lembah kemaksiatan.
Remaja perlulah prihatin dan bertanggungjawab.  Bukannya mengikut budaya barat, kegiatan tidak bermoral dan membuang masa dengan melepak.  Budaya ini dapat merosakkan akhlak remaja yang menjadi harapan negara. Remaja seharusnya mempunyai kesedaran, dan keyakinan  untuk menempuh segala cabaran dan godaan dunia.  Rugi serugi ruginya bagi remaja yang gemar membuang masa dan alpa dengan keseronokan.

Kesan daripada budaya yang menular pada masa sekarang, akibatnya remaja semakin liar dan sanggup melakukan apa sahaja demi kepuasan. Apa yang lebih menyedihkan lagi pada masa kini terdapat ramai remaja yang telah menghidapi penyakit AIDS akibat hubungan seks secara rambang serta penyalahgunaan dadah dan perkongsian jarum suntikan.
Dimanakah letaknya moral remaja. Daripada perkembangan mutakhir yang diwar-warkan melalui media elektronik dan media cetak memperlihatkan bahawa remaja Islam lebih fanatik terhadap budaya barat dan budaya negetif yang keterlaluan.  Gejala bohsia, bohjan, lepak, homoseks, lesbian, sumbang muhrim, buang anak dan pelbagai lagi antara perbuatan yang dilarang.   Sebagai remaja Islam mereka sepatutnya tahu mengenai hukum bagi mengelakkan mereka melakukan perbuatan seperti itu.
Cubalah kita renungkan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap remaja kini.  Sewajarnya, menjadi tanggungjawab remaja untuk mengubah pandangan negetif ini.  Jangan biarkan masyarakat memandang rendah dan menganggap remaja tiada harga diri.  Remaja adalah tonggak negara dan mencapai wawasan gemilang pada tahun 2020.  Perjuangan remaja belum
selesai dan kita adalah harapan negara.
Jiwa yang halus mudah sengsara apabila terluka.  Oleh itu janganlah melukakan hati insan yang selembut sutera. Perasaan yang dapat dikawal akan memperlihatkan seseorang itu ceria, tapi perasaan yang tak dapat dikawal akan menyeksakan diri sendiri. Insan yang lemah sentiasa dilanda masalah dan sukar untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam keadaan yang tertekan seseorang insan tidak dapat mengawal perasaan dan dia akan menangis.Hati yang sayu mudah menitiskan air mata.   Dan tangisan itu sukar dihentikan selagi tiada kepuasan.
Kesedihan dapat menambahkan lagi kepiluan hati apabila dia disisihkan oleh kawan sejati. Keikhlasan dan kajujuran akan mengeratkan lagi sesuatu perhubungan. Adakalanya kemarahan boleh membuatkan seseorang itu kecewa dan menjadi tidak tentu hala.
Jangan kamu terlalu memandang rendah dan hina pada diri seseorang kerana Allah berkuasa mengubah hati kita.  Dan jangan menyangka diri kita sahaja yang lebih baik dan mulia dari orang lain, kerana akan wujud sifat riak dan sombong sesama insan. Ramai insan yang sedar bahawa setiap perbuatan yang mereka lakukan akan mendapat balasannya.  Tetapi apalah gunanya kesedaran jika tidak disedari dengan amalan dan penghayatan.
Bila kamu dapat menguasai nafsu kamu, ia akan tunduk pada dirimu dan boleh dididik ke arak kebaikan tetapi jika dirimu dikuasai oleh nafsu, dirimu akan diperalatkan dan mudah dipesongkan ke arah kejahatan Setiap kesalahan yang anda lakukan seharusnya diiringi dengan kekesalan dan kesedaran agar kamu tidak digolongkan dalam orang yang beroleh kerugian.
Kita seringkali mengeluarkan keluhan andainya apa yang dihajati tidak berhasil tetapi sedarilah seharusnya kita bersyukur dan ingatlah bahawa tidak semua insan itu berjaya mendapat apa yang mereka hajati.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.