Assalamualaikum.Do Follow Me? Back To Dashboard? Nice To Meet You.Visit Here Again =3
Status
Say, “My prayer, my offering, my life and my death are for Allah, the Lord of all the worlds.” - The Holy Quran [6:162]
Kisah Teladan Islamik
Assalamu'alaikum....Selamat datang ke blog Kisah Teladan Islamik....Peace be to you....Welcome to Kisah Teladan Islamik blog...:)

26/04/2012

Author : Unknown Time : 6:43:00 pm Total Comment : 0

Dilindungi Allah Setelah Bertudung Labuh


Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita – wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak – kakak naqibahku, ustazah – ustazahku semuanya bertudung aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman – teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini aku memilih tudung labuh merana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-nya.
Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalahpersoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak – kakak naqibah menerangkan pelbagai soalan yang kutagih pengertian. Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.
Yang Tertutup Itu Indah
Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang kuterima, “ Yang tertutup itu indah!” Jawapan yang membawaku mengkaji surah al – Ahzab ayat 59 maksud dan tafsirannya.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakana kepada isteri – isterimu, anak – anak perempuanmu, dan isteri – isteri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tiidak diganggu.”
Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tigkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan membariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah – ratah oleh pandangan hati yang sakit.
Di sini aku bukan mahu berbicara tentang kewajipan menutup aurat. Sebaliknya aku ingin berkongsi beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar – benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudhkan urusanku dengan asbab tudung labuh.
Dikejar Tebuan Tanah
Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktivitinya ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan.
Menderap ke tengah belantara, tiba – tiba peserta puteri paling depan terlangar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Seorang peserta menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada dibarisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.
Sementara aku tetap bertahan disitu. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku daripada disengat. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak menyengat kami. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan dengan secebis kain ini.
Terlindung daripada Bahaya Malam
Suatu hari, aku ingin pulang ke kampus setelah tamat bercuti pertengahan semester. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang, bagi mengelakan duduk bertemankan seorang lelaki asing.
Sebelum bas bergerak , aku berpesan kepada pemandu agar menurunkan aku di Greenwood.
Dalam perjalanan, mata segera terlena melepaskan kelelahan dengan mengembara kea lam mimpi seketika. Kedengaran sayup – sayup suara pemandu bas nengejutkanku. Lantas aku terjaga separuh sedar.
Jam menunjukan pukul 4.30 pagi. Badan amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas, aku masih berasa sangat mengantuk, Sejurus itu, secepat kilat bas meniggalkanku.
Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagi pun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Namun aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.
Jalan raya dihadapanku lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya ialah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur – jalur cahaya hanya sedikit. Kupanfang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun , ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing hitam, besar dan garang sedang berlegar – legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada – mu aku bertawakal.
Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari- cari kayu atau besi yang akan aku gunakan sebagai senjata andainya anjing itu menyerang.
“Di mana?” Tanya Puan Norliza. Susah payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tamahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukan nama masjid tersebut. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza menentukan lokasi aku berada.
Tiba – tiba sekumpulan penunggang motosikal dengsn pelbagai aksi amberhenti beramai – ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Kebetulan aku berjubah hitam dan bertudung juga hitam . Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajah yang berkulit cerah.
Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di situ dan membaca segala ayat al – Quran yang kuhafal. Tawakalku memanjat langit.
Tiba – tiba anjing tadi berlari kearahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Pemuda jalanan itu pula seakan – akan memandang kearahku. Ketika itu aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali – kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri.
Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu melintasiku seolah – olah langsung tidak melihatku dibalik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat pemuda jalanan asyik memandang kearahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.
Tiba – tiba mereka beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi dengan pelbagai aksi. Mereka seakan – akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja kearahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, Menambah syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!
Selamat Daripada Diragut
Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak hadir ke kuliah. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia muncul kembali, aku segera bertanya , dia menunjukan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.
Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan, Hampir – hampir keguguran . Kedua – dua lututnya terluka, pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.
Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, “Jika akak memakai tudung labuh macam nie, tentu mereka tak Nampak beg tangan akak.” Kata – kata itu benar  – benar membuatkanku berfikiran jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t, kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, Antara faktor – faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh.
Menemui Jodohku
 Beberapa temanku yang mulanya memakai tudung labuh akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Penampilan masih menutup aurat, namun jika itu alasanya, dia mungkin tersilap.
Suamiku mengakui antara factor yang menyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu memperbaiki diri terlebih dahulu.
Benar, kita tidak boleh menilai seseorang dengan hanya melihat luarannya. Namun realitinya kadangkala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilai hanya melalui luaran, contoh reality, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang mak cik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung. Mana yang kita pilih? Kenapa membuat pilihan tanpa mengkaji dalaman kedua – dua dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir – fikirkanlah.
Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat
Ya! Ya! Ya! Kudengari suara – suara hati berkata, “ Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.” “Tudung tak labuh pun masih menutup aurat.” “ Don’t judge a book by its cover.” Kuhormati semua kata – kata ini. Aku Cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh begitu istimewa. Buat adik – adik remaja yang bertanya, moga adok – adik menemui jawapannya.

0 Komen:

 
This Template Was Made & Design With Love By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.